Izzati novels
Tetap dalam jiwa! {Bahagian 3}
Jumaat, 27 November 2015 | 12:28 PG | 1 comments
   Iriana dan ayahnya , Encik Farid duduk di meja makan sambil menikmati spageti bebola daging dan jus oren . Mereka berdua makan dengan begitu berselera . Sedang ayahnya menghirup jus oren itu , tiba-tiba telefonnya berdering . Dia terus menjawab panggilan itu dengan begitu mesra . Iriana memandang reaksi ayahnya yang seperti sedang bercakap dengan teman wanita .

   Setelah habis bercakap dalam telefon , ayahnya terus meninggalkan spageti yang sudah tinggal separuh itu . Iriana tergamam .

   "Ayah , nak pergi mana?" Tanya Iriana sambil memandang ayahnya yang sedang mencuci tangan dan mulut di sinki . Ayahnya tersenyum .

    "Ayah nak keluar sebentar Iriana . Ada urusan kerja ." Cakap ayahnya sambil mengusap rambut perang milik Iriana yang berombak dan lembut .

   "Urusan kerja?" Kata Iriana sambil memandang ayahnya . Ayahnya mencapai jaket yang berada di atas sofa lalu terus memakainya .

   "Tak akanlah ayah tak nak makan sampai habis dahulu . Tinggal sedikit sahaja lagi ." Ucap Iriana sambil mengunyah spageti itu . Ayahnya tersenyum sambil menggeleng .

   "Tak bolehlah , Iriana . Ayah harus pergi sekarang . Minta maaf ya ." Ucap ayahnya . Iriana terdiam . Dia menundukkan kepalanya lalu memandang pingannya yang masih tinggal separuh spageti .

   "Ayah , kalau saya nak keluar sebentar lagi boleh?" Tanya Iriana kepada ayahnya . Ayahnya menggangguk lalu terus meninggalkan anak gadisnya itu . Iriana memandang ayahnya pergi . Dia terkedu sebentar .

                                                   ***

   "Assalamualaikum ." Ucap Iriana kepada seorang lelaki yang sedang bermain bola sendirian di padang . Lelaki itu tersenyum atas kehadirannya .

   "Waalaikumussalam . Iriana rupanya . wak buat apa di sini?" Tanya Fahrin sambil berjalan menuju ke arah Iriana . Iriana menggeleng . Dia memandang Fahrin lalu tersenyum tawar .

   "Tak buat apa-apa pun . Saya sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Dayang . Ternampak awak di sini . Jadi saya tegurlah . Kita kan kawan ." Ucap Iriana sambil menggaru kepalanya yang agak sedikit gatal . Fahrin terangguk .

   "Kalau tiada apa-apa , saya pergi dahulu ya ." Ucap Iriana . Fahrin tersenyum .

   "Biar saya temankan awak ." Ucap Fahrin . Iriana menggeleng kepalanya . Dia tertunduk .

   "Tak apa . Tttttttak perlu . Saya boleh pergi sendiri ." Ucap Iriana agak tergagap . Fahrin ketawa perlahan melihat reaksi Iriana . Iriana tersenyum .

   "Alah , tak apa! Sambil berjalan , kita boleh berbual dan saling kenal-mengenali ." Ucap Fahrin sambil tertunduk malu . Iriana terdiam . Dia tidak tahu nak jawab apa .

   "Baiklah . Saya pun sudah tak tahu nak kata apa . Jomlah kita pergi sekarang ." Ucap Iriana lalu berjalan bersama Fahrin menuju ke rumah Dayang .

   "OK!" Jerit Fahrin lalu berjalan bersama Iriana sambil tersenyum manis . Iriana sekadar terdiam . Mereka berbual tentang macam perkara .

    Sesampainya mereka berdua di hadapan pintu pagar rumah Dayang , Iriana tersenyum . Fahrin mengucapkan selamat tinggal lalu pergi meninggalkan Iriana . Iriana memandang Fahrin . Fahrin menoleh sedikit lalu dengan cepat Iriana terus memasuki ke dalam halaman rumah Dayang . Fahrin tersenyum lucu .

                                                ***

   Professor Darul memasuki ke dalam bilik itu diikuti oleh seorang gadis yang cantik berambut pendek dan lurus . Matanya bewarna hitam pekat dan kulitnya putih dan lembut . Dia memegang sebuah fail dan menguntumkan senyuman kepada kesemua penghuni bilik itu .

   Selepas mengucapkan salam . Professor Darul tersenyum . "Baiklah , hari ini kita akan ada seorang lagi pelajar baharu di kelas ini . Fitri , kenalkan diri awak ." Ucap Professor Darul . Fitri tersenyum .

   "Hai , nama saya Fitri . Saya dari Perak dan terpaksa belajar di sini atas dasar ayah saya harus ditukarkan di sini . Saya harap awak semua boleh menjadi rakan saya ." Ucap Fitri sambil menjeling sekilas ke arah Iriana . Iriana tersentap .

   "Baiklah , Fitri , kamu boleh duduk di sebelah Syakirah yang duduk di hujung sana itu ." Ucap Professor Darul sambil menundingkan jari ke arah Syakirah . Fitri berjalan menuju ke meja itu dan duduk di sebelah Syakirah . Syakirah mengunumkan senyuman ke arah Fitri tetapi Fitri tidak membalasnya .

   Setelah pulang , Fitri terus berjalan pulang . Iriana masih tidak berganjak kerana sedang menutup kesemua bukunya . Fitri berhenti di tempat Iriana .

   "Sibuk sangat kah sampai tak nak balik?" Tanya Fitri dengan sinis sekali . Iriana memandang Fitri lalu menjawab soalannya dengan sekuntum senyuman indah . Fitri tidak membalasnya .

   "Saya nak baliklah ni . Sedang mengemas buku ." Ucap Iriana sambil menggalas beg sandangnya yang kecil . Fitri menjeling menyampah lalu keluar dari bilik itu . Iriana sedar yang budak baharu itu seperti membencinya . Tetapi kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard