Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 10}
Ahad, 27 Disember 2015 | 1:15 PG | 1 comments
   Fitri berjalan menuju ke arah seorang gadis yang sedang sibuk membuat tugasannya menggunakan komputer riba . Fitri berjalan lalu menenpuk bahu gadis itu .

   "Hoi, boleh aku tanya kau satu soalan?!" Ucap Fitri dengan kasar . Dayang memandang Fitri dengan muka yang agak marah . Dia meluat dengan sikap Fitri yang tak seberapa sopan itu .

   "Aku ada nama! Boleh tak kalau kau sebut nama aku?" Ucap Dayang . Fitri tersenyum sinis . Dia berasa agak meluat dengan Dayang yang merupakan rakan baik kepada Iriana .

   "Oklah . Sorry . Boleh aku tanya kau satu soalan?" Ucap Fitri . Dayang menggangguk .

   "Apa yang kau nak tanya?" Tanya Dayang sambil menaip sesuatu pada komputer ribanya . Fitri menggangguk .

   "Kau kawan baik Iriana kan?" Tanya Fitri . Dayang menggangguk . "Afasal?" Tanya Dayang . Fitri tersenyum sinis .

   "Kat mana dia sekarang ni ya?" Tanya Fitri . Dayang terdiam . Afasal dia nak tahu?

   "Tak tahu pun ." Ucap Dayang sambil menyambung membuat kerjanya . Fitri masih tersenyum .

   "Takkanlah kau tak tahu . Kau kan kawan baik dia . Guarantee you know right?" Ucap Fitri . Dayang masih menggelengkan kepalanya . Apalah nasib Iriana jika dia memberitahu Fitri yang Iriana sekarang di hospital? Iriana telah menceritakansegala-galanya pada Dayang . Begitu juga dengan Fahrin .

   "Jangan nak menipu! Kau kan kawan baik dia . Pasti kau tahu kan?!" Ucap Fitri . Dayang meletakkan laptopnya di atas bangu lalu berdiri mencekak pinggang .

   "Hei, kalau aku beritahu kau, apa yang kaun nak buat pada dia? Fajrin dah ceritakan segalanya pada aku . Kau ni memang TAK GUNA! Sudahlah! Pergilah balik!" Ucap Dayang sambil melibaskan tangannya seperti menghalau lalat sahaja . Fitri memeluk tubuhnya .

   "Kau jangan kurang ajar sangat! Kau ingat kau siapa? Punya fasallah aku nak pergi jumpa dia . Atau kau nak aku buat sesuatu dekat dia supaya dia lebih merana?" Ugut Fitri sambil tersenyum sinis.

   Dayang tetap menggelengkan kepalanya . Fitri menggangguk .

  "OK! Kalau macam tu, aku akan buat hidup dia merana . Sebab siapa? Sebab kawan baik dia!"Ucap Fitri untuk berlalu pergi . Dayang menghalangnya .

   "OKlah . Aku akan beritahu di kat mana ." Ucap Dayang tanda mengalah . Fitri menggangguk sambil tersenyum sinis . Tahu pun takut . Fikir Fitri .

   "Dia kat mana?" Tanya Fitri . Dayang memberitahu segalanya . Fitri menggangguk . Dia terus berlalu pergi meninggalkan Dayang .

   "Alamak, macam mana ni? Kalau dia buat apa-apa dekat Iriana macam mana?" Tanya Dayang sendririan sambil meramas-ramas kepalanya .

                                                           ***

   Iriana duduk sendirian di dalam bilik hospitalnya itu . Tiba-tiba Ayahnya memasuki ke dalam bilik itu dengan membawa buah dan air mineral . Iriana tersenyum memandang ayahnya .

   "Anak ayah sihat?" Tanya ayahnya sambil menghulurkan buah kepada Iriana . Iriana mencapai buah itu dan meletakkannya di atas meja .

   "Sihatlah sikit ayah . Alhamdulillah ." Ucap Iriana sambil tersenyum . Ayahnya membelai kepala anak gadisnya itu . Iriana sekadar tersenyum .

   "Kawan-kawan ada datang jenguk?" Tanya ayahnya sambil duduk di atas sebuah kerusi . Iriana menggeleng .

   "Tadi Dayang ada call . Dia kata, diorang bertiga nak uruskan kerja yang professor pagi tadi di kuliah . So, diorang nak habiskan dulu dan baru datang jenguk ." Ucap Iriana . Ayahnya menggangguk .

                                                               ***

   Fitri berjalan mahu menuju ke bilik Iriana ditempatkan . Setelah tiba di hadapan bilik khas tempat Iriana berehat, dia terus memulas tombol pintu dan memasuki ke dalam bilik itu . Iriana memandang Fitri lalu tersenyum tawar .

   "Wow, lepas kena belasah terus duduk di sini?" Tanya Fitri dengan sinis sambil berdiri di hadapan tingkap .

    " Apa yang awak nak?" Tanya Iriana . Fitri tersenyum sinis .

   "Apa yang aku nak? Aku patutnya tanya apa yang KAU NAK!" Marah Fitri sambil menundingkan jarinya pada muka Iriana . Iriana terdiam .

   "Apa yang kau nak dari Fahrin hah?! LOVE!? Jangan harap! Perempuan macam kau ni, dia tak layanlah! Kau jangan nak jadi perempas!" Ucap Fitri  . Iriana menggeleng .

                                                               ***

    "Risaulah dengan Iriana . Apa yang jadi kat dia sekarang ni?" Tanya Dayang keseorangan sambil masih lagi melayang laptopnya di dalam bilik .

    "Fitri tu bukan boleh percaya ." Ucap Fitri . Dia berasa amat risau .

    "YA ALLAH! Macam mana dengan dia sekarang ni?" Tanya Dayang sendirian .

Bersambung...

 







Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard