Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 11}
Isnin, 28 Disember 2015 | 10:06 PG | 0 comments
   "Saya tak buat apa pun! Kenapa awak perlu nak marah-marah saya? Adakah saya pernah menyakiti hati awak? Pernahkah? Tak kan?" Ucap Iriana sambil memicit dahinya . Fitri tersenyum sinis lalu menjadi bengisselepas mendekati Iriana .

   "Hei, perempuan! Kau ingat kau siapa nak jadi milik Fahrin?! Jangan nak perasanlah perempuan!" Ucap Fitri lalu menampar pipi Iriana . Iriana mengurut pipinya .

   "Apa yang saya buat?! Saya ni pernah kacau hidup awakkah?!" Iriana mulai naik bengang . Dia pun ada kemarahnya juga . Fitri merengus geram .

   "Sudahlah! Apa yang aku nak sekarang ni adalah dengan lepaskan Fahrin! Janganlah kau nak cuba goda dia! DIA MILIK AKU! Kau tak faham bahasa kah apa?!" Ucap Fitri . Iriana menggelengkan kepalanya .

   "Apa bukti yang mengatakan saya dan Fahrin ada hubungan? Awak nak sangat Fahrin tu, ambillah . Saya tak kisah! Saya tak simpan perasaan pun pada diri dia! Tolonglah Fitri . Janganlah kita bergaduh kerana seorang lelaki!" Ucap Iriana dengan lembut semula . Fitri menggeleng .

   "Kau nak bukti ya! Ini buktinya ." Ucap Fitri lalu datang untuk mencekik Iriana . Iriana meronta-ronta memohon dirinya untuk dilepaskan . Dia terbatuk-batuk .

   "Fitri, tolonglah jangan buat gila!" Jerit Iriana kerana berasa mata lemas . Fitri semakin kuat mahu mencekiknya .

   "BIAR KAU MATI!!!" Jerit Fitri seperti orang gila . Tiba-tiba Fahrin, Dayang dan Johan memasuki ke dalam bilik itu . Fahrin dan Dayang menarik Fitri supaya berhenti melakukan perkara itu .

   "Sudahlah Fitri bawa mengucap!" Ucap Fahrin . Fitri tidak mengedahkannya . Fahrin terus menampar pipi Fitri dengan kuat . Fitri memegang pipinya sambil merenung tajam Fahrin . Dayang menuju ke arah Iriana untuk melihat keadaannya .

   "Kau nak bela perempuan ni ya?! Belalah dia! Tapi kau harus ingat Fahrin, hidup kau dan hidup perempuan ni, takkan bahagia!" Ucap Fitri .

   "Dia ada nama! Jangan nak kurang ajar sangat!" Marah Johan .

   "AHHH!" Marah Fitri lalu terus keluar dari bilik itu . Fahrin dan Johan menuju ke arah Iriana yang kelihatan amat lemas dan tak bermaya .

   "Macam mana boleh jadi semua ni? Apa awak buat pada dia sampai dia jadi gila macam tu?" Tanya Fahrin . Iriana menggeleng lemah sampai terbatuk-batuk . Hidung dia terkeluar setitis darah yang warnanya merah pekat . Dayang menggeleng .

   "Saya nak berehat . Tolong tinggalkan saya ." Ucap Fitri . Fahrin menggeleng .

   "Awak sudah semakin serius tu . Kita harus panggil doktor sekarang juga ." Ucap Fahrin . Iriana menggeleng .

   "Tak apalah! Perkara ni dah biasa pada saya . Saya nak berehat dan keseorangan . Tolong tinggalkan saya ." Ucap Iriana merayu . Fahrin tetap menggeleng .

   "Tak akan! Saya takut sesuatu jadi pada awak . Kami akan menemani awak di sini . Berehatlah . Kami tak kisah ." Ucap Fahrin . Iriana masih menggelengkan kepalanya .

   "Ajal dan maut hanya di tangan tuhan . Kalau awak semua menemani saya dan sudah diktadirkan pada masa itu juga saya mati, saya akan mati juga . Tak apa, tinggalkan saya berseorangan . Saya nak menyendiri . Saya merayu sangat!" Ucap Iriana sambil menggenggam tangan Dayang . Johan menggangguk .

   "Kalau macam itu juga keputusan awak . Kami dah tak tahu nak kata apa . Jaga diri ya ." Ucap Johan sambil tersenyum . Iriana masih tersenyum dan mengangguk .

   "Awak nak apa-apa? Kami boleh belikan ." Soal Johan . Iriana menggeleng .   "Jaga diri ya ." Ucap Dayang . Mereka bertiga meninggalkan Iriana keseorangan . Iriana mengalirkan air mata dan termenung .

                                                                  ***

   Fitri duduk dengan rakannya yang bernama Liliana . Liliana merupakan rakan baiknya sejak tingkatan satu lagi . Mereka duduk berbual dalam sebuah restoran mewah . 

   "Aku tak tahulah, Lili! Dia nak sangat dengan perempuan tak guna tu! Nak katakan kaya, aku lebih kaya dari dia! Nak katakan cantik, aku lebih cantik dari dia! So, apa kurangnya aku? Semua lelaki tak pernah tolak aku macam ni tau tak! Fahrin tu sikit punya palyboy dulu . Nak daptkan perempuan, petik jarilah ." Ucap Fitri sambil memetik jarinya . Dia menyedut jus orennya . 

   Liliana duduk termenung bagi memproses kata-kata rakannya itu . Dia terangguk-angguk . 

   "So, what the plan right now?" Tanya rakannya sambil menyedut jus strawberrinya . Fitri menggeleng sambil meramas kepalanya . 

   "Aku peninglah cakap dengan kau! Plan apa? Plan hari tu pun tak jadi! Fahrin jadi penyibuk pula!" Ucap Fitri sambil menjeling kasar . Liliana tersenyum licik . 

   "Kau tak bolelah pakai taktik itu, taktik itu senang sangat orang nak kesan dan tangkap kau! Apa kata kita guna taktik yang halus! Yang lebih buat dia sengsara ." Ucap Liliana sambil terangguk-angguk . Fitri terdiam . 

   "Taktik apa? Hei, dah banyak taktiklah aku fikir! Semua mustahil! Tadi macam aku nak bunuh dia tau tak! Nasib baik kawan-kawan dia datang . Kalau tak, dah arwah dah tadi ." Ucap Fitri dengan geram sekali . Liliana tersenyum . 

   "Alah, nanti aku tolong kau fikirkan . And then, lepas aku dah dapat taktik itu, aku beritahu kau OK!" Ucap rakannya itu . Fitri menggangguk . 

                                                                 ***

   Iriana bersiar-siar di taman . Baru sahaja dia keluar dari hospital atas kerana keadaanya yang agak baik . Sebenarnya dia tak boleh keluar lagi, tetapi setelah merayu-rayu kerana mahu rasai keindahan alam semula-jadi, doktor membenarkan kerana dia pun tak seberapa kritikal . 

   Dayang menepuk bahu rakannya itu . Iriana tersenyum manis .

 "Esok nak ikut aku tak?" Tanya Dayang . Iriana terdiam . 

   "Nak ikut tak?" Tanya kawannya itu . 

   "Pergi mana?" Tanya Iriana . Dayang tersenyum . 

   "Pergi tengok pasukan Harimau Muda A bertanding bola . Fahrin dan Johan pun ada sekali tau! Diorang kan player!" Ucap Dayang . Iriana menggeleng . 

   "Alah, tak bestlah kau ni Iriana . Kau kan dah keluar hospital . Jomlah teman aku . Bosanlah kau tak ada dengan aku . Asyik duduk dengan laptop ja ." Ucap Dayang . Iriana tersenyum lucu . 

   "Fahrin dan Johan kan ada . Diorang tak teman kau ke?" Tanya Iriana . Dayang memuncungkan mulutnya . 

   "Diorang kan sibuk dengan training diorang! Manalah ada masa ." Ucap Dayang . 

   "Melawat saya ada masa pula ." Ucap Iriana . Dayang menggeleng . 

   "Kau kan sakit . Pastilah Fahrin risau ." Ucap Dayang . Iriana terdiam . 

  "IKut aku ya . Nanti diorang kecil hati pula sebab kau tak ada bersama ." Ucap Dayang . Akhirnya Iriana akur . Dia tersenyum . 

Bersambung...

   


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard