Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 13}
Khamis, 31 Disember 2015 | 9:16 PG | 0 comments
   "Liliana, bagi botol air mineral tu ." Ucap Fitri . Liliana berkerut . "Buat apa?" Tanya Liliana . Fitri merengus geram .

   "Bagi jalah . Kau sekarang ni nak bagi ke tak?" Ucap Fitri . Liliana memberikan botol air itu . Fitri menggangguk .

   "Hah, macam tulah . Kan senang ." Ucap Fitri lalu menuju ke arah Iriana . Fitri terus membuka botol air mineral itu dan menyimbahkannya kepada Iriana . Iriana berasa terkejut lalu mengelap mukanya menggunakan sapu tangan yang dibawanya .

   "Hei, Fitri! Afasal kau kurang ajar sangat!?" Marah Fahrin . Fitri menggeleng dengan sinis sekali . Dia memandang Iriana dengan geram .

   "Hei, perempuan! Nasib baiklah aku simbag air mineral ni . Kalau aku simbah asid, hidup kau merana tau tak ." Ucap Fitri . Fahrin terus menampar pipi Fitri . Fitri mengurut pipinya .

   "Hei, Fahrin! Kau dengar sini baik-baik ya! I akan buat hidup you merana selamanya tau tak!" Ucap Fitri dalam nada mengungut . Fahrin tersenyum sinis .

   "Kau ingat aku takut dengan ugutan kau!? Buatlah kalau kau berani! I don't care!" Ucap Fahrin . Fitri berkerut marah .

                                                                      ***

   "Awak janganlah risau, Fitri tu takkan buat apa-apa kat awak . Kalau awak terlalu fikirkan benda yang negatif, hah, jadi susahlah ." Ucap Fahrin sambil tersenyum prihatin . Iriana menggeleng .

   "Saya takutlah . Saya tak boleh nak tidur malam kalau asyik fikirkan tentang perkara ni sahaja . Saya jadi risau . Saya akan fikirkan, apa yang dia nak buat! Apa yang dia nak balas?" Ucap Iriana sambil mengelap air matanya . Fahrin menggeleng sambil tersenyum .

   "Janganlah takut . Awakkan kuat dan tabah . Berdoa pada Allah banyak-banyak supaya tak ditimpa musibah ." Ucap Fahrin . Iriana tetap menggeleng sambil menitiskan air matanya .

   "Saya dahlah ada penyakit yang belum tentu nak hidup lama . Saya akan mati juga . Fitri tu tak payah susah-susah nak cari rancangan nak lenyapkan saya dari muka bumi ni . Tak perlu . Saya akan mati juga . Tunggu masa sahaja ." Ucap Iriana .

   Fahrin mengelap air mata Iriana menggunakan sapu tangannya . Iriana tersenyum sambil cepat-cepat mengusap air matanya .

   "Ajal dan maut di tangan tuhan . Hanya Allah sahaja yang menentukan ajal kita semua . Kita ini hanya duduk di dunia ini dan meneruskan kehidupan kita sebagai hambanya seperti solat, berdoa padanya . Allah pun suruh kita berdoa jika ditimpa masalah . Tak betulkah?" Ucap Fahrin sambil tersenyum .

    Iriana tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya .

                                                            ***

   Fitri menghadap komputernya . Bilik dia memang bersepah . Katil tak susun, meja komputer pun penuh dengan air minuman bertin . Dia sedang mengahdap komputernyasambil berchatting dengan rakannya .

   "Ah, bosanlah hidup macam ni!!! BOSAN!!!" Ucap Fitri sambil meramas kepalanya . Dia begitu bosan dan letih .

   "Fahrin tu pun satu, suka sangat layan perempuan perampas tu! Dia tu memang tak guna langsung! TAK GUNA! Kau tunggu Fahrin! Kau tunggu, kau akan mampus di tangan aku! Apa nak jadi pun jadilah!" Ucap Iriana lalu membaling satu tin minuman bergas .

   "KAU TUNGGU!" Jerit Fitri sambil menenyeh biji matanya . Dia begitu mengantuk .

   "Fahrin, aku cintakan kau, sejak kecil lagi! Tapi afasal kau buat aku macam ni hah? Kenapa? Kau ni memang tak guna!!! TAK GUNA!" Marah Fitri macam orang gila .

   "Fitri, kenapa ni sayang? Ada masalahkah? Mari duduk berbincang dengan mama ." Ucap mamanya dari depan pintu . Fitri merengus marah .

   "Ah, duduk diamlah! Mama tau apa? Mama tak apalah hidup bahagia dengan papa! Masalah Fitri ni macam mana!? Fitri nak tenangkan fikiran ni! Tak payahlah kacau! Pergilah buat apa-apa kerja!" Marah Fitri dengan tak beradab .

   "Fitri, tak baik cakap macam ni dengan mama . Siapa yang ajar ni hah? Fitri, kalau ada masalah, mari mama bantu ." Ucap mamanya tanpa putus asa .

   "AKU KATA DIAM, DIAMLAH! BISINGLAH! Aku nak release tension pun tak senang!" Marah Fitri sambil membaling buku-bukunya . Dia meramas kepalanya .

   "Baiklah Fitri . Kalau nak luahkan masalah tu, cari mama ya . Mama sentiasa terbuka pada Fitri ." Ucap mamanya lalu terus meninggalkan anak gadisnya itu . Fitri menangis sambil meletakkan kepalanya id atas meja hadapan komputer . Akhirnya dia tertidur .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard