Izzati novels
Tetap dalam jiwa! (Bahagian 4)
Selasa, 1 Disember 2015 | 1:20 PG | 0 comments
   Fitri sedang bersiar-siar di taman . Kelihatan ramai orang sedang beriadah di situ . Ada yang berbasikal, ada yang berjoging, ada yang bermain layang-layang . Ada banyak gelagat di taman itu . Fitri atau nama panjangnya Nurul Fitri Atiqah . Mempunya seorang abang yang bernama Muhammad Faqrul Aiman . Dia berasal dari keluarga orang-orang berada . Ayahnya, yang merupakan seorang Tan sri tidak sombong, bengis dan bongkak sepertinya .

   Sedang-sedang Fitri berjalan menghirup udara segar, dia terlanggar dengan seorang gadis yang juga sedang berjalan-jalan di situ . Dia menjadi bertambah marah dan geram dengan gadis itu .

   "Hei, jalan itu lain kali tengok orang! Jangan asyik nak berangan dan terlalu lembik sangat! Geramnya dengan orang macam kau ni!" Kata Fitri . Iriana berasa terkejut . Dia menjadi agak takut .

   "Saya minta maaf . Saya tak sengaja nak berangan atau mengelamun . Sebenarnya saya..." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata , Fahrin pula menyampuk .

   "Apa bising-bising ni hah? Afasal ni Iriana?" Tanya Fahrin sambil memandang Iriana lalu memandang Fitri . Fitri memeluk tubuh .

   "Tttttak ada apa-apa pun . Hanya perselisihan faham . Saya tak sengaja terlanggar Fitri ." Ucap Iriana sambil tersenyum ke arah Fitri . Fitri menjeling menyampah .

   "What ever! Hmm, jomlah Fahrin, kita pergi jalan-jalan di taman ini . Jomlah Fahrin . Jangan layan sangatlah perempuan ni! Dia ni memang tiada ADAB! Tau nak langgar orang sahaja . Kau ni berangan kah apa?!" Marah Fitri . Iriana tertunduk .

   "Dia ada nama . Awak tiada hak nak panggil dia perempuan macam itu sahaja ." Fahrin cuba untuk membela Iriana . Fitri mencebik .

   "Jomlah Fahrin . Let's go . " Ucap Fitri sambil menarik lengan Fahrin . Iriana sekadar tertunduk dan memandang mereka berdua berlalu pergi begitu sahaja . Dia menitiskan air mata kerana telah dimalukan begitu sahaja .

                                                       ***

   Iriana duduk termenung di tepi tasik . Dia sekadar memandang pemandangan yang indah itu . Tiba-tiba seseorang menegurnya dari belakang .

   "Assalamualaikum ." Ucap Fahrin . Fahrin memandang Iriana . Iriana tidak memandang Fahrin tetapi dengan menjawab salam sahaja .

   "Awak janganlah ambil hati sangat dengan perangai Fitri itu . Dia memang macam itu ." Ucap Fahrin sambil tersenyum ke arah Iriana . Iriana sekadar tersenyum .

   "Tak apalah . Awak sangat baik sebab telah mempertahankan saya tadi . Thank you ya ." Ucap Iriana . Fahrin menggangguk .

   "Saya nak jumpa awak sebentar lagi di kuliah . Pada masa yang sama saya nak try main basketball . Awak jumpa saya di tempat latihan main basketball ya . Assalamualaikum ." Ucap Fahrin lalu meninggalkan Iriana . Iriana memandang Fahrin pergi begitu sahaja .

                                                          ***

   Iriana menuju ke tempat yang telah dirancang untuk bertemu . Kelihatan Fahrin sedang bermain sukan yang boleh tahan popularnya di negara barat .

 
     "Eh, Iriana . Saya tunggu awak dalam sepuluh minit dah . Marilah sini . Saya nak cakap sikit sahaja ." Ucap Fahrin . Iriana menuju ke arah Fahrin .

   "Ada apa awak nak jumpa saya di sini?" Tanya Iriana . Fahrin sekadar tersenyum .

   "Awak janganlah risau sangat . Saya ni lelaki yang baik . Johan pun sama . Jangan risaulah . Saya tak akan buat apa-apa kepada awak . Tak sampai hati . Saya pun ada adik perempuan . Cuma saya ni kuat mengusik ." Ucap Fahrin . Iriana tersenyum lucu .

   "Sebenarnya saya nak cakap sesuatu . Saya harap awak tak marah ." Ucap Fahrin . Iriana menggangguk .

   "Saya sebenarnya..." Fahrin tergagap . Iriana memandang Fahrin . Fahrin tersenyum .

   "Saya sebenarnya apa?" Tanya Iriana .

  "Saya sebenarnya minat dengan awak . Semenjak kita bertemu itu lagi . Jantung saya tiba-tiba berdegup kencang . Saya nak kenal awak dengan lebih lanjut dan nak jadi teman istimewa awak . Jangan marah ya ." Ucap Fahrin . Iriana terdiam lalu tertunduk .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard