Izzati novels
Tetap dalam jiwa! {Bahagian 5}
Rabu, 2 Disember 2015 | 3:46 PG | 0 comments
   Iriana tertunduk . Fahrin memandangnya . "Saya tak marah kalau awak nak berterus-terang dan nak jadi teman mesra dengan saya, tapi..." Iriana seperti tidak mahu meneruskan kata-katanya . Fahrin memandagnya dalam sekali . Menantikan jawaban .

   "Saya masih tak sedia . Saya tak nak! Saya tak boleh menjadi teman dengan awak . Memang tak boleh . Lagipun, saya tak anggap apa-apa pun dengan awak . Just kawan ja . Itu sahaja ." Kata Iriana sambil memeluk tubuhnya . Fahrin terdiam .

     "Saya betul-betul minta maaf kalau kata-kata saya ni mengecilkan hati awak tetapi tolonglah awak boleh cari orang lain . Fitri, Dayang, ada banyak lagi perempuan di dunia ni yang jauh lebih cantik dari saya ."

   "Fitri itu hanya sepupu saya . Saya tak anggap dia apa pun . Jadi tolonglah jangan babitkan dia dengan saya . Saya sudah anggap dia seperti adik saya sendiri ." Ucap Fahrin . Iriana memandang Fahrin .

   "Tetapi saya nampak dia seperti tergilakan awak ." Ucap Iriana sambil berdiri untuk beredar .

   "Tetapi kenapa Iriana? Why? Saya cuma nak tahu jawapan itu sahaja . KENAPA?!" Tanya Fahrin . Iriana mengetap bibirnya .

   "Awak akan tahu pada sutau hari nanti . Awak jangan risau . Walau apa pun yang nak terjadi, awak akan tahu juga . Assalamualaikum ." Ucap Iriana lalu terus pergi meninggalkan Fahrin . Fahrin melihat Iriana pergi begitu sahaja .

                                                         ***

   Dayang memeluk bahu Iriana . "Kenapa dengan awak ni Iriana? Ada masalah? Cakaplah, saya boleh tolong ." Tanya Dayang sambil duduk di sebelah Iriana yang kelihatan amat muram .

   "Saya tak ada apa-apa masalah pun . Its ok .! Ucap Iriana sambil tersenyum tawar . Dayang berkerut .

   "Betulkah kawan saya ni ok . Tengok macam ada masalah sahaja . Iriana, kalau awak ada masalah, cakap sahaja, saya boleh tolong . Kita kan kawan . Kalau awak tak mahu kongsikan masalah awak itu, apalah ertinya persahabatan?" Kata Dayang sambil mengurut bahunya . Iriana tersenyum melihat perbuatan rakannya itu . Dayang memang prihatin dan sangat mengambil berat tentang hal dirinya .

   "Fahrin ." Ucap Iriana sambil memandang kukunya . Dayang tersentak .

   "Fahrin? Afasal dengan dia?" Tanya Dayang . Iriana menggeleng .

   "Kelmarin . Saya jumpa dia di tempat latihan permainan basketball . Dia sudah jadi tak betul dan macam gila awak tahu tak ." Kata Iriana sambil mengusap lengannya sendiri .

   Dayang masih terdiam . Dia memeluk tubuhnya .

   "Gila? Kenapa, dia buat apa kepada awak?" Tanya Dayang lagi . Iriana masih menggeleng .

   "Dia kata, dia suka kepada saya lebih dari sahabat . Dia nak jadi teman mesra dengan saya . Tapi saya tolak ." Kata Iriana sambil mengeluh panjang . Dayang tersenyum mengusik .

   "Wah, wah, wah . Ada peminat rupanya . Kacak pula tu . Kenapa awak tolak?" Tanya Dayang sambil merenung mata Iriana . Iriana tertunduk .

   "Saya ada masalah . Saya tak nak beritahunya . Saya takut dia menjadi sedih ." Ucap Iriana . Dayang menggeleng .

   "Apa masalah awak?" Tanya Dayang . Iriana mula menceritakan segala masalahnya kepada rakan karibnya itu . Dayang tersenyum .

   "Sudah, kuatkan semangat dan terus tabah . Jangan risau . Doa kepada Allah banyak-banyak ya . Saya akan tolong awak ." Dayang menggengam tangan rakannya itu dengan erat . Iriana tersenyum manis .

   Fitri telah mendengar perbualan itu . Dia menjadi lebih terbakar .

 "Kau tunggulah nanti . Aku akan hancurkan masa depan kau . INGAT!" Ucap Fitri perlahan lalu terus meninggalkan mereka berdua .

                                                 ***

   "Assalamualaikum ." Ucap Fitri kepada Iriana yang dalam perjalanan mahu pulang ke rumahnya dari pasar .

   "Waalaikumussalam . Oh, Fitri rupanya! Ya ada apa?" Tanya Iriana dengan begitu lembut sekali . Fitri tersenyum .

   "Hmm, tiada apa-apa pun . Cuma nak tanya . Esok ayah awak ada rumah?" Tanya Fitri sambil tersenyum manis ala-ala gula yang sedang dihurung oleh sekumpulan semut .

   "Tak ada . Kenapa?" Tanya Iriana lagi . Fitri menggeleng .

   "Boleh tak esok malam, saya nak datang rumah awak?" Tanya Fitri lagi . Iriana menggangguk gembira .

   "Sudah tentu boleh . Datanglah ." Ucap Iriana . Fitri terangguk .

   "Saya pulang dahulu ya . Takut nanti ayah saya lapar pula menunggu saya . Assalamualaikum ." Ucap Iriana lalu terus meninggalkannya . Fitri tersenyum jahat .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard