Izzati novels
Tetap dalam jiwa! {Bahagian 7}
Selasa, 22 Disember 2015 | 11:09 PTG | 0 comments
   Iriana duduk keseorangan di dalam rumahnya di ruang tamu . Dia sedang menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah pagi tadi di kuliah . Dia kelihatan amat tekun sekali . Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk berkali-kali . Iriana menutup komputer ribanya dan menuju ke arah pintu . Selepas dia membuka pintu itu . Terdapat dua orang lelaki sedang berdiri di hadapannya .

  Tanpa membuang masa dua orang lelaki itu terus menahannya lalu menumbuk perutnya . Iriana berasa amat sakita dan terbatuk-batuk . Dia cuba meronta-ronta memohon dirinya untuk dilepaskan tetapi sayang kerana dia tidak berjaya .

  Pada masa yang sama . Fahrin berasa tidak sedap hati . Dia berasa yang Iriana sedang dilanda kesusahan . Tanpa membuang masa, Fahrin terus menunggang motosikalnya untuk menuju ke ruamah gadis yang diminatinya itu .

  Sesampainya dia di hadapan pintu rumah Iriana, dia begitu terkejut melihat dua orang lelaki itu memukul Iriana tanpa rasa belas kasihan langsung . Tanpa membuangkan masa dengan menjadi penonton, Fahrin terus menyelamatkan Iriana dan memukul kedua lelaki itu . Nasib Fahrin ada belajar ilmu silat dari atuknya . Dia berjaya menumpaskan dua orang lelaki itu .

  Dua orang lelaki itu termengah-mengah dan terbatuk-batuk kerana telah dibelasah oleh Fahrin . Fahrin bercekak pinggang .

  "Kau berdua siapa? Afasal kau pukul perempuan ni? Dia ada berhutang kah? Memang kau orang berdua ini manusia bertopengkan syaitan kerana memukul kaum yang lemah seperti dia . Sudahlah dia ada sakit . Korang tahu tak, kalau korang memukul perempuan, tidak dapat cium bahu syurga tau! Mak, bapa korang tak ajarkah!?" Marah Fahrin sambil memapah Iriana . Iriana hampir pengsan . Nasib baik Fahrin datang membantunya .

  "Korang siapa?!" Tanya Fahrin . Mereka berdua tidak mahu menjawab .

  "Baiklah, kalau macam itu, aku nak hubungi polis . Biar korang lingkup dalam lokap!" Kata Fahrin sambil mengeluarkan telefonnya .

  "Janganlah! Kami berdua ni telah diupah oleh seseorang yang amat membenci perempuan ini ." Cakap seorang lelaki antara mereka berdua . Fahrin terangguk .

  "SIAPA?!" Tanya Fahrin . Mereka berdua seperti takut mahu menyebut nama orang itu . Iriana duduk berehat sambil menekan pertunya yang begitu sakit .

  "Fffff...Fitri!" Cakap salah seorang dari mereka berdua . Fahrin berasa terkejut apabila mendengar nama itu . Dia berasa agak sedih . Fahrin memandang Iriana yang menahan kesakitan .

                                                           ***

   "FITRI!" Panggil Fahrin sambil berlari menuju ke arah Fitri . Fitri tersenyum memandang Fahrin .

   "Hai Fahrin! Kenapa ni?" Tanya Fitri sambil tersenyum . Fahrin bercekak pinggang .

   "Kau ni memang perempuan tak guna! Apa yang kau buat ni, kau ingat betulkah ha!?" Cakap Fahrin . Fitri berasa agak terkejut apabila diamarahi sebegitu-rupa dan dikatakan perempuan tak guna.

   "Awak ni kenapa Fahrin? Saya perempuan tak guna? Apa yang saya buat kepada awak?" Tanya Fitri . Fahrin menggeleng .

   "Iriana ." Ucap Fahrin . Fitri memandng Fahrin dalam-dalam .

   "Kenapa dengan perempuan tu?" Tanya Fitri sambil berkerut .

   "Kau kan yang upah dua orang lelaki supaya belasah dia? Memang kau! Kau ni memang dasar tak guna!" Kata Fahrin . Fitri menampar muka Fahrin .

   "Siapa yang tak guna sekarang ni? Dia rampas awak dari saya . Dia yang bagi saya naik darah . So, I hantar orang suruh belasah dia . Hei, tu pun cukup baguslah . Kalau nak ikutkan, aku nak suruh sahajalah dua jantan tu perkosa dia . Tapi aku rasa kasihan . So, pukul jalah ." Kata Fitri sambil tersenyum sinis .

   Fahrin mengangkat tangannya lagak untuk memukul Fitri .

  "Afasal? Nak tampar? Tamparlah . Hei, you dengar sini baik-baik! Kalau tangan you ni, melekat di pipi I . Jangan harap I nak biarkan tau . Nasib you akan malang dengan perempuan tu sekali . Jangan ingat yang I tak berani . Kalau you sayangkan sangat permpuan tu, janganlah buat . OK! Bye ." Ucap Fitri lalu pergi meninggalkan Fahrin . Fahrin menjadi gelabah dan rasa takut .

  "Ya Allah, kenapalah jadi macam ni?" Tanya Fahrin sendirian lalu pergi meninggalkan taman itu .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard