Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 8}
Jumaat, 25 Disember 2015 | 6:23 PG | 0 comments
   Fahrin dalam perjalanan mahu ke rumah Iriana . Sesampainya dia di hadapan rumah Iriana, dia ternampak ada ambulans dan ayah Iriana sedang memasuki ke dalam ambulans itu . Fahrin tidak tahu apa yang berlaku . Dia terus pulang ke rumah semula .

   Semasa sedang termenung di dalam biliknya, pintu rumahnya diketuk . Dia meluru ke hadapan pintu dan membukanya . Dia rasa meluat melihat wajah gadis yang mengetuk pintu itu .

   "Hah, apa yang kau nak?" Tanya Fahrin sekadar berbasi-basa . Fitri tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya . Fahrin menolaknya dengan lembut supaya keluar dari rumahnya .

   "Kau nak apa? Cepatlah cakap ." Ucap Fahrin sambil meneliti jam di tangannya . Fitri masih tersenyum .

   "Alah saya cuma nak ajak awak keluar makan . Bosanlah saya sebab tiada teman . Haraplah you boleh temankan I makan ." Ucap Fitri sambil mengeluarkan dompetnya .

   "Don't worry . I can pay for all of food . I belanja ." Ucap Fitri sambil menunjukkan wangnya yang banyak . Fahrin, menggelengkan kepalanya dengan sinis sekali .

   "Simpanlah duit you tu! I tak kebulur pun . Lagipun malulah perempuan harus belanja lelaki makan ." Ucap Fahrin . Fitri masih tersenyum .

   "So, you nak belanja I makan? You ada duit kah?" Tanya Fitri dengan sinis sekali . Fahrin memandang Fitri dengan serius .

   "Hei, you jangan ingat yang I ni miskin sangat! I pun tak kebulur nak makan duit you dan keluar dengan you tau tak!!!" Cakap Fahrin dengan marah dan kuat . Fitri terkaku senyumannya lalu membengiskan wajah cantiknya itu .

   "Fahrin, kenapa you sekarang ni benci sangat I? Kita dulu masa kat kampung, punyalah rapat . Tapi sekarang ni you dah berubah 360 darjah! WHY?!" Ucap Fitri . Fahrin menggelengkan kepalanya .

   "I dah tak tahan dengan you . Semakin lama you semakin teruk . Sudahlah Fitri, cubalah berubah! Janganlah jadi macam budak-budak!" Marah Fahrin . Fitri menggelengkan kepalanya .

   "Ni pasti fasal perempuan tu kan! I dah meluatlah dengan perempuan tu! You jangan nak rapat sangat dengan dia!" Ucap Fitri . Fahrin terdiam .

   "You ingat tau, I beri you last warning . Kalau you buat hubungan dengan perempuan tu, jangan harap I nak biarkan, hidup dia akan merana selamanya!" Ucap Fitri lalu terus keluar dari rumah itu . Fahrin terdiam sambil melihat Fitri pergi dengan keretanya yang sangat mewah dan mahal .

                                                      ***

   Dayang sedang duduk di taman sambil membaca sebuah buku . Tiba-tiba dia ditegur oleh Fahrin . Dayang mengukirkan senyuman .

   "Hai, Fahrin . Afasal ni? Tengok muram sahaja ." Dayang menanyakan keadaan Fahrin . Fahrin tersenyum tawar dan menggeleng .

   "Nothing . I'm OK . Just saya nak tanya awak satu soalan ." Ucap Fahrin . Dayang menggngguk .

   "Kenapa?" Tanya Dayang . Fahrin menarik nafasnya dalam-dalam .

   "Kelmarin, saya nak ke rumah Iriana, tiba-tiba saya ternampak ambulans datang rumah dia . Kenapa ya?" Tanya Fahrin . Dayang terangguk .

                                                            ***

   Iriana sedang terbaring di atas katil hospital . Ayah setia di sebelahnya . Tiba-tiba Fahrin, Dayang dan Johan memasuki ke dalam bilik wad itu . Johan dan Fahrin bersalaman dengan ayah Iriana . Dayang sekadar mengucapkan salam dan khabar . Mereka bertiga terus memandang Iriana yang tidak sedarkan diri .

   "Kenapa dengan dia pak cik?" Tanya Fahrin sambil memandang Iriana yang sedang menutup kelopak matanya .

   "Tadi, pak cik pergi tandas, masa tu Iriana sedang bancuh kopi untuk pak cik . Tiba-tiba sahaja dia pengsan ." Ucap ayah Iriana sambil mengurut kepalanya sendiri .

   Dayang menggenggam tangan rakan karibnya itu erat . Iriana masih terkaku ala-ala Puteri Snow White yang termakan epal beracun pemberian permaisuri jahat .

   Dari saat berganti ke minit, dari minit berganti ke jam, dari jam berganti ke hari, dari hari berganti ke minggu, dari minggu berganti ke bulan dan dari bulan berganti ke tahun , Kisah Iriana tidak setakat itu .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard