Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 9}
Sabtu, 26 Disember 2015 | 8:21 PG | 0 comments
   Fahrin masih duduk di sisi Iriana . Dia memandang Iriana dengan penuh rasa kasih dan cinta . Iriana masih terbaring begitu . Ayah Iriana sudah pulang kerana ada banyak tugasan penting yang harus dilaksanakan .

   Sudah pukul 4.00 petang . Seorang pengawal keselamatan menyuruh Fahrin pulang kerana masa melawat telah tamat . Fahrin terus pulang . Dia memandang Iriana buat kali yang terakhir dan terus pulang ke rumahnya .

   Pada keesokan pagi, Fahrin datang sambil membawa sebungkus buah dan juga air susu kotak bersaiz besar . Dia juga turut membawa sebuah cawan plastik . Dia meletakkan di atas meja dengan harapan supaya Iriana bangun dan menikmati buah tangan yang dibawa oleh Fahrin .

   Iriana membuka matanya dengan perlahan . Dia memandang sekeliling . Kelihatan Fahrin sedang tersenyum manis di hadapannya .

   "Saya kat mana ni? Apa yang berlaku?" Tanya Iriana sambil mengurut kepalanya . Dia duduk di atas katilnya sambil menggaru kepalanya . Fahrin tersenyum . Tiba-tiba Dayang, Johan dan ayah Iriana datang . Ayahnya terus tersenyum dan menuju ke arah anak gadis tunggalnya itu .

   "Alhamdulillah . Syukurlah kamu dah bangun Riana ." Ucap ayahnya sambil mengucup dahi anak perempuannya itu . Fahrin, Dayang dan Johan tersenyum . Iriana memandang mereka berempat .

   "Aduh, rasa pening kepala ni ." Ucap Iriana sambil meramas-ramas kepalanya . Dayang membelai tangan rakannya itu dengan kasih dan sambil tersenyum .

   "Ayah ada bawa nasi dan sup ayam . Jangan lupa air kegemaran kamu, air laici kotak ." Ucap ayahnya sambil meletakkan di atas meja . Ayahnya membuka penutup bekas nasi dan sup ayam itu .

   "Biar saya yang berikan kepada dia pak cik ." Ucap Fahrin . Ayah Iriana tersenyum lalu menghulurkan bekas nasi yang telah dituangkan dua sudu sup ayam itu . Fahrin menghulurkan sesudu nasi dengan sup ayam itu di hadapan mulut Iriana . Iriana menjadi tergamam dan memandang Fahrin.

   "Apa yang dimenungkan nasi itu Iriana? Makanlah! Kasihan dekat Fahrin . Lenguhlah tangan dia nanti ." Ucap Dayang dalam nada mengusik . Iriana sekadar tersenyum simpul dan memakan nasi yang disuap oleh Fahrin . Fahrin tersenyum .

   "Tak apalah, saya boleh makan sendiri ." Ucap Iriana lalu mengelap mulutnya dengan hujung lengan pakaian hospitalnya .

   "Iriana dah rasa OK?" Tanya Johan . Iriana menggangguk . Dia menjadi agak kekok dan janggal .

                                                               ***

   "Aku akan dapatkan kau juga . Jangan harap kau akan jatuh ke tangan perempuan perampas itu! Hahahahahaha!" Ucap Fitri sambil ketawa macam perempuan gila . Dia masih mencintai Fahrin .

   "Fahrin, kau tunggulah, kalau kau dekat dengan perempuan sial tu, kau tunggu, hidup dia dengan hidup-hidup kau pun akan merana! You are MINE!!!" Jerit Fitri sambil tersenyum . Dia mencapai sebuah buku dan sebatang pen lalu mencoret nama Fahrin pada buku itu .

   "Kau tak pernah nak pandang aku . Kau hanya lebihkan perempuan tu sahaja! Habis, aku ni apa? Tunggul kayu kah?!" Tanya Fitri sendirian . Dia tersenyum sambil menulis nama Fahrin pada buku itu .


   "Kau milik aku ." Ucap Fitri lalu tersenyum sendirian . Dia meletakkan tangannya pada pipinya dan sambung menulis nama Fahrin pada buku itu sambil tersenyum .

                                                                    ***

   "Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi lawat saya ." Ucap Iriana kepada rakan-rakannya . Mereka bertiga tersenyum .

   "Alah, kitakan kawan . Pastilah kitorang risaukan kau . Jangan risau ya Iriana, kitorang selalu ada di sisi kau . Betul tak Fahrin ." Ucap Johan sambil menyiku Fahrin . Fahrin menggangguk .

   Iriana tersenyum . "Ayah, kalau ayah letih, ayah pulanglah tidur di rumah . Tak apa, Iriana tak kisah . Kasihan saya tengok ayah macam ni ." Ucap Iriana slepas memandang ayahnya yang sudah tersenguk-senguk menahan ngantuk .

   "Eh, tak apalah! Yntuk anak ayah, apa sahaja ayah boleh buat . Kamulah satu-satunya anak ayah ." Ucap ayahnya sambil tersenyum . Iriana dan rakan-rakannya tersenyum .

Bersambung...

                                                         

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard