Izzati novels
Selfiestar vs novelistar (Bahagian 1)
Sabtu, 16 Januari 2016 | 3:51 PG | 0 comments
     "AAAAAAAAAA!" Juliana menjerit sambil berlari menuju ke arah tandasnya . Dia mencapai tualanya untuk bersiap ke kuliah .

   Dia menyikat rambutnya di hadapan cermin lalu terus mencapai begnya dan telefonnya lalu keluar dari bilik itu . Dia berjalan dengan pantas mahu menuju ke stesen bas . Tiba-tiba dia tersenyum sendirian . Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mebuka bahagian mengambil gambar dalam cara selfie .

   Dia memperbetulkan rambutnya . Dia memuncungkan mulutnya lalu terus berselfie . Kebetulan, Syafira dalam perjalanan mahu menuju ke stesen bas juga untuk ke kuliah . Sempat lagi dia membaca buku sambil berjalan . Tiba-tiba Syafira terlanggar Juliana . Juliana terjatuh dan telefonnya habis jatuh pecah berderai . Syafira pun turut terjatuh .

   Juliana terbeliak biji mata melihat telefonnya yang berjenama apel itu pecah berderai disebabkan oleh seorang perempuan yang terlanggarnya itu .

   "AAAHHH! Habis telefon saya yang mahal ni pecah! Sudahlah saya tak makan duit belanja yang diberi oleh daddy semata-mata untuk membeli phone ni! Awak ni memang tak guna!" Ucap Juliana sambil menuju ke arah Syafira . Syafira membuat wajah bengis .

   "Hei, siapa suruh berselfie di tengah jalan?!" Marah Syafira sambil mencapai bukunya . Juliana merampas buku itu .

   "Bagilah balik buku aku!" Marah Syafira . Juliana menggeleng .

   "Jangan harap! Kalau phone saya dah musnah, buku ni pun sama kena musnah!" Ucap Juliana sambil mengoyak muka surat-muka surat yang ada pada buku itu . Syafira menggeleng sambil menjerit histeria .

   "JANGAN! TU BUKU SAYA! SAYA CEKIK RENGKUNG SEMATA-MATA NAK MEMBELINYA!" Jerit Syafira sambil mengusap air matanya yang mengalir deras . Buku kegemarannya sudah koyak .

   Juliana membaling buku itu lalu mengambil serpihan telefonnya yang pecah sedikit itu .

   "Kita seri! Kalau telefon saya rosak, buku awak tu pun kena koyak!" Ucap Juliana . Syafira menggeleng .

   "Telefon boleh dibaiki tetapi buku saya..." Syafira tidak dapat menghabiskan kata-katanya lalu terus menangis meninggalkan Juliana . Juliana menjeling lalu terus menuju ke destinasinya .

   "Saya akan hantar ke kedai untuk dibaiki ." Ucap Juliana sendirian .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard