Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 4)
Jumaat, 22 Januari 2016 | 2:03 PG | 0 comments
   Mereka berdua terdiam kerana terpegun dengan ketampanan lelaki tersebut . Juliana cepat-cepat berdiri sambil tersengih . Syafira berdiri lalu menolak Juliana . Dia menuju ke arah lelaki itu sambil membetulkan rambutnya .

   "Tak malukah bergaduh macam perempuan tak betul macam ni? Kalau nak buat satu perlawanan boxing, boleh buat di gelanggangnya, bukan di sini ." Ucap lelaki itu atau nama sebenarnya Rafiq . Juliana menggelengkan kepalanya .

   "Bukan perlawanan boxinglah, ni! Perempuan tak guna ni tak mahu ganti phone saya . Bagi tiga ribu ringgit sekarang!" Marah Juliana sambil menghulurkan tangannya meminta bayaran ganti rugi . Syafira menjelirkan lidahnya sambil menggeleng . Hai, macam budak-budak tadika .

   "TAK NAK! Kenapa aku kena bayar pada anak lorded macam kau? Kalau kau betul-betul anak lorded, kau tak akan minta ganti rugi macam sekarang ni!" Ucap Syafira dengan satu das dindiran yang pedas .

   "Amboi, amboi! Dah bagi handphone orang pecah relai macam ni, masih nak action! Boleh blah! Bagi sekarang ganti rugi tu atau..." Juliana tidak menghabiskan kata-katanya, Rafiq telah memotong .

   "SUDAH! Peninglah saya macam ni kalau awak berdua masih nak teruskan pergaduhan . Dua-dua pihak tak nak mengalah dan mahu tunjuk lagak ." Ucap Rafiq sambil menggelengkan kepalanya .

   "Dia yang mula dulu!" Ucap Juliana . Syafira menggeleng dengan laju .

   "NOT! She do first! So, you must pay now for my book!" Ucap Syafira . Juliana menggeleng .

   "Heehleh, speaking London pula! Jangan nak berlagak sangat! Kau tinggal di Malaysia bukan di London!" Ucap Juliana sambil memeluk tubuhnya . Syafira meramas-ramas kepalanya .

   "WHAT EVER! Aku tak kira! Kau yang mula DULU!" Ucap Syafira . Rafiq menepuk-nepuk tangannya . Mereka berdua memandang Rafiq .

   "Sudah, sudah . Saya akan bayarkan ganti rugi itu . Baiklah, phone awak berapa ratus?"Tanya Rafiq kepada Juliana .

   "Berapa ratus? Phone saya harga RM 2800 . Bukannya ratus . Saya tak miskin ." Ucap Juliana sambil mencebik . Rafiq turut mencebik .

   "Yakah? Phone saya lagi mahal . RM 3900 . Tak berlagak macam awak pun ." Ucap Rafiq sambil menghulurkan wang yang berjumlah RM 28 . Juliana menggeleng .

   "Hei, phone saya RM 2800 . Bukan RM 28 . Mana yang lagi tu? Ni, nak beli phone Nokia pun tak cukup ." Ucap Juliana sambil memeluk tubuhnya .

   "Alah, kalau nak beli phone Nokia pun tak cukup, awak belilah phone mainan tu . Alah, yang selalu jual kat pasar malam tu . Dua phone mainan lima ringgit . Siap ada lagu butterfly lagi . Aiaia I'm your little butterfly . Hahaha!" Ucap Rafiq sambil menyanyikan lagu itu . Juliana terdiam sambil menerima duit itu dengan berat hati .

   "Hah, harga buku awak berapa?" Tanya Rafiq kepada Syafira pula .

   "Tak apalah . Saya boleh beli guna duit saya sendiri . Lagipun, saya mampu nak beli buku ." Ucap Syafira sambil merenung Rafiq lama-lama . Rafiq terdiam lalu menyimpan dompetnya .

   "OK . So, hutang semua dah terbayar . So, jomlah kita balik ." Ucap Rafiq . Juliana menahan Rafiq.

   "Sebelum tu, bagilah saya tahu nama awak siapa?" Tanya Juliana . Rafiq tersenyum .

   "Nama saya Rafiq . Nama awak berdua siapa?" Tanya Rafiq . Juliana tersenyum .

   "Nama saya Juliana dan nama perempuan tak guna ni Syafira ." Ucap Juliana . Syafira meluat lalu terus berjalan meninggalkan mereka berdua .

                                                                      ***

   Juliana berjalan untuk menuju ke kuliahnya . Baru puku berapa dah nak pergi . Lagi dua jam kuliah akan bermula tetapi Juliana tetap mahu pergi .

   "Cantiknya phone baru aku . Nak selfie banyak-banyak and then upload ke instagram . Pasti ramai yang like dan puji! Wow, boleh bayang masa depan aku cerah macam mana! Jadi hot ." Ucap Juliana sambil tersengih .

   Tiba-tiba dia terhenti di tempat yang nampak macam negara China tetapi hanya untuk suasana yang lebih unik . Juliana terdiam seketika .

   "Aku tak selfie lagi . So, tak salahkan kalau aku selfie kat sini . Pasti nampak comel dan hot!" Ucap Juliana sambil terlompat gembira . Beberapa pengunjung di tempat itu berkerut memandangnya . Tiba-tiba Juliana ternampak satu kaca mata yang cantik di atas meja . Juliana mencapainya .

   "Pasti nampak lagi comel kalau aku selffie pakai kaca mata ni ." Ucap dia sendirian lalu memakai kaca mata itu lalu mengeluarkan phonenya dan terus berselfie . Dia tersengih melihat wajahnya yang comel berkaca mata itu .


 Bersambung...
                                                             

                                                             

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard