Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 5}
Ahad, 24 Januari 2016 | 2:37 PG | 0 comments
   Juliana membuka kaca mata itu . Dia mahu meletakkan ke dalam begnya dan tiba-tiba seorang lelaki cina yang kacak ala-ala artis Korea berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangannya . Juliana terpegun melihat lelaki cina yang tiba-tiba menhulurkan tangannya seperti mahu jadi pasangan yang amat istimewa .

   "Hm, saya masih belum bersedia untuk menjadi teman tapi mesra dengan awak . Saya masih belajar. Tak apa, nanti bila saya habis belajar, awak datanglah cari saya . Nah ini nombor phone saya." Ucap Juliana sambil menghulurkan nombor telefonnya .

   "Haiya, siapa mahu jadi teman istimewa sama lu?! Wa takda mau punya . Itu kaca mata saya punya! Afasal ambil? Mau curi kah?" Tanya lelaki cina itu . Juliana tergamam dan pipinya menjadi merah kerana malu .

   "Errr, sa...saya ingat ni saya punya . Nah, ambil balik . Saya minta maaf ya!" Ucap Juliana sambil tersengih untuk menutup malu . Lelaki cina itu mencapai kaca mata itu lalu memakainya . Juliana memandang lelaki cina yang kacak itu berlalu pergi . Juliana mencebik .

   "Ish, ingatkah nak jadi boyfriend aku tadi! Rupanya spect mata dia! Aduh!" Ucap Juliana sendirian lalu terus meninggalkan tempat itu . Kalau dia bertemu lagi lelaki itu, pasti lagi malu .

                                                            ***

   "Aduh, susahnya nak buat novel! Semua orang benci novel aku!" Ucap Syafira di dalam perpustakaan itu . Dia mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan penanya . Tiba-tiba kawan lelakinya yang kacak ala-ala Izzue Islam menegurnya . Syafira memandang lelaki itu .

   "Aiman! Ada apa?" Tanya Syafira sambil tersenyum . Aiman tersengih lalu duduk di sebelahnya .

   "Nampak susah ja . Nak saya tolong? Kalau fasal novel ni, you jangan risau! Saya memang pandai." Ucap Aiman sambil merampas pena Syafira . Syafira menampar tangan Aiman .

   "Amboi, amboi! Sudah! I can do it by myself! Kau pergi buat kerja sendiri! Menyibuk ja!" Ucap Syafira sambil merampas kembali penanya yang cantik itu . Dia kembali mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan pena itu .

   Aiman mencebik . "Heehleh! Nak tolong pun tak bagi . Bodoh sombong!" Ucap Aiman . Syafira terbeliak mendengar kata-kata Aiman itu lalu mengambil bukunya dan memukul bahu Aiman . Aiman mengurut bahunya .

   "Ish, ganaslah awak ni! Awak ni memang dari kecil tak pernah berubah ya! Bukulah, novellah!" Ucap Aiman . Syafira menggelengkan kepalanya .

   "Buku dengan novel samajalah! Aduh, kalau aku layan kau ni! Boleh jadi gila! Tau tak gila!" Ucap Syafira lalu terus meninggalkan Aiman .

   Aiman tergamam lalu tersenyum sendiri .

                                                              ***

   Syafira mahu keluar dari kolejnya lalu duduk di satu bangku . Tiba-tiba Juliana ternampak Syafira dan menepuk kepala Syafira menggunakan buku tebalnya itu . Syafira mengurut kepalanya lalu berdiri memandang Juliana .

   "Apa? Nak gaduh? Nak fight? Marilah! Wei, aku tak takutlah!" Ucap Juliana . Syafira mengganggukkan kepalanya . "Kau ni kenapa! Aku ada kacau hidup kau kah?" Tanya Syafira sambil menendang kaki Juliana . Juliana mengetap bibirnya .

   "Kenapa kat mana ja aku ada, kau pun mesti ada! Ada jodohkah!? Nak kata ada jodoh, perempuan sama perempuan . Kalau Rafiq yang kacak macam muka Amar Baharin tu tak apalah juga!" Ucap Juliana . Syafira memeluk tutbuhnya .

   "What ever! Aku rasa, Rafiq tu ada hati kat aku .  Yalah, kejap-kejap pandang aku . Aku rasa memang dia suka aku! He likes me!" Ucap Syafira sambil berjalang mengelilingi Juliana . Juliana mencekik Syafira . Syafira pun turut serta . Keadaan di situ jadi huru-hara .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard