Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 6}
Isnin, 25 Januari 2016 | 1:41 PG | 0 comments
   Mereka berdua bergaduh tanpa segan-silu . Mereka berdua seperti tidak mempunyai maruah diri kerana bergaduh depan khayalak ramai . Tiba-tiba pengetua datang sambil berdehem . Mereka berdua terdiam seketika .

   "Errr, Puan Nikmah . Ada masalah kah?" Tanya Juliana sambil melepaskan tangannya dari mencekik Syafira . Syafira terbatuk-batuk sambil mengurut lehernya . Puan Nikmah tersengih dengan sinis .

   "Patutnya saya yang tanya awak berdua . Sebab apa awak berdua bergaduh macam orang gila? Tak malukah di depan orang ramai macam ni? Kepala dengan otak letak kat mana? Lutut?" Tanya Puan Nikmah sambil memeluk tubuhnya . Syafira dan Juliana menggelengkan kepala .

   "T.....tidak! Sebenarnya tak ada apa-apa pun . Kitorang saja-saja buat gaduh untuk babak berlakon di istana budaya nanti ." Ucap Juliana sambil membetulkan rambutnya . Syafira memeluk tubuhnya .

   "Sudah, pergi pulang dan siapkan tugasa yang diberi oleh pensyarah . Jangan gaduh macam ni . Tak baik!" Ucap Puan Nikmah lagi . Mereka berdua tertunduk .

   "Kamu berdua tu lawa . Tapi sayang, perangai macam gangster ." Ucap Puan Nikmah lalu terus meninggalkan mereka berdua . Mereka berdua menghela nafas lega lalu memandang dengan jelingan yang ganas antara mereka berdua .

   "All of this is your fault! I hate you! I HATE YOU!" Ucap Juliana sambil menundingkan jarinya betul-betul di hadapan Juliana . Juliana merenung tajam Syafira .

   "Anyways, kau yang buat aku benci kau! Because of you, phone aku relai!" Ucap Juliana lalu terus pergi meninggalkan Syafira . Syafira berasa agak geram dengan gadis perasan bagus itu .

   "Amboi, amboi! Dia yang nak selfie sangat macam perempuan gedik . Salahkan orang pula . Meluat aku!" ucap Syafira sendirian lalu turut meninggalkan tempat itu .

                                                                           ***

   "Yakah, nanti I datanglah ambil you! Ok, bye!" Rafiq memutuskan panggilan lalu terus berjalan masuk ke dalam keretanya yang mewah . Tiba-tiba dia ternampak Syafira sedang berdiri di situ sambil membaca bukunya . Rafiq menuju ke arah Syafira .

   "Assalamualaikum! Buat apa kat sini?" Tanya Rafiq sambil tersenyum . Syafira tersengih lalu menutup bukunya yang telah ditandakan dengan penanda buku .

   "Waalaikumussalam .Hai, Rafiq! Saya sedang tunggu kawan saya kat sini . Sambil-sambil tu baca buku . Kenapa Rafiq? Ada masalah?" Ucap Syafira . Rafiq berkerut .

    "Saya tengok macam awak yang ada masalah? Saya ni tak pernah ada masalah . Kalau ada masalah pun muka saya tetap kacak dan macho ." Ucap Rafiq sambil tersenyum sinis . Syafira terdiam .

   "Awak memang kacak pun . Lagi kacak dari Adi Putra, Aaron Aziz dan Amar Baharin ." Ucap Syafira sambil tersenyum malu . Rafiq ketawa kecil .

   "Awak tak perlu beritahu saya pun saya dah tahu yang saya ni lebih kacak dari diorang semua . Hah, kalau awak nak tahu, diorang semua pun ada pernah minta tips-tips nak jadi lelaki kacak dari saya ." Ucap Rafiq . Syafira terangguk .

   "Ok,ok . Kawan saya dah datang tu . Ok, bye ." Ucap Syafira lalu terus meninggalkan Rafiq . Rafiq menggangguk .

Bersambung...

 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard