Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 7}
Selasa, 26 Januari 2016 | 12:28 PG | 0 comments
   Juliana meramas-ramas kepalanya apabila melihat jumlah komen dan jumlah like yand dipaparkan di hadapan skrin komputernya . Dia mengusap kelopak matanya lalu terbeliak memandang skrin itu . "Macam mana ni? Kenapa semua orang tak suka dengan foto ni? Comel kot! Apa yang diorang nak lagi? Muka aku nak kena macam muka Taylor Swift kah?" Tanya Juliana sendirian . Juliana tu memang cantik orangnya tapi entah kenapa orang tak seberapa minat dengan fotonya .

   "Ish, sampai hati diorang semua komen muka aku macam muka beruang! Ada juga yang kata, di beruang kah orang?" Ucap Juliana sendirian sambil mengalirkan air matanya . Dia menggelengkan kepalanya .

   "Bukan-bukan . Ni pasti sebab mekap aku! Ianya tak cukup tebal lagi ." Ucap Juliana sambil menepuk-nepuk dadanya . Dia seperti tidak percaya dengan komen yang tertera di situ .

   Pada masa yang sama, Syafira turut melihat wajah Juliana yang tertera di instagram itu . Syafira ketawa sambil menepukuk-nepuk tangannya .

   "Hahahahahaha! Aduh kelakarnya muka dia! Afasal mekap macam hantu raya? Ni nak berlakon filem hantukah atau dia baru mati kelmarin?" Tanya Syafira sendirian sambil menaip komennya . Dia menepuk tangannya tanda puas hati .

   "Lega, lega! Padan dengan muka! Muka macam hantu raya kena penumbuk, ada hati nak jadi HOTS kat instagram!" Ucap Syafira lalu memeluk tubuhnya .

                                                                ***

   Syafira berjalan-jalan di dalam pasar raya besar itu . Dia memilih sayur-mayur dan buah-buahan . Tiba-tiba telefonnya berdering . Dia menjawab panggilan itu .

   "Hello ."  "..."

   "Alah, nanti saya datanglah mama! Mama ni, mama kan tahu saya sedang sibuk menulis . Kan saya dah jadi penulis novel yang berjaya . So, tak ada masa . Buku pun diorang sedang minta lagi ." Ucap Syafira sambil berkerut .

   "Apa? Papa rindu saya . Alah, sorry sangat-sangat mama . I so sorry . Banyak kerja . Nanti minggu depankah, bulan depan saya datang jenguk ."

   "..."

   "Ok, ok! Saya janji yang saya akan datang . Ok, ok! I need to go . Assalamualaikum . Kirim salam kat papa! Bye!" Syafira menutup panggilannya lalu terus berjalan sambil menolak trolinya . Dia merungut seorang diri .

   "Ni mesti nak kenalkan dengan anak kawan dia . Yalah, anak kawan mama tu kan nak kat aku . Aku yang tak layan . Hm, jual mahallah sikit ." Ucap Syafira sendirian .

   "Kalau aku kahwin dengan anak kawan dia, macam mana dengan Rafiq? Nanti pasti dia murung . Takut nanti dia bunuh diri pula . Tak boleh, tak boleh . Rafiq tetap pilihan kalbu ." Ucap Syafira sendirian . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Bersambung...

 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard

星