Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 8}
Jumaat, 29 Januari 2016 | 7:55 PG | 0 comments
   Syafira berjalan untuk menuju ke stesen bas . Dia duduk di situ sambil mengeluarkan bukunya . Dia menyelak satu-persatu muka surat lalu terus menutup bukunya . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal .

   "Ish, mama ni pun satu! Ambil jalah aku kat rumah . Nak kena naik baslah, vanlah, teksilah, sampanlah, helikopterlah, Leceh! Semua benda aku kena berdikari . Mama dulu pun, depan rumah pun suruh atuk ambil naik kereta . Dengan aku kena berdikari ." Ucap Syafira sendirian . Tiba-tiba berhenti sebuah bas . Dia terus menaiki bas itu .

   Syafira mengelurkan bukunya . Tiba-tiba dia tergamam, teringat perkara hari itu . Dia begitu leka membaca buku sampai terlepas destinasi . Selepas itu, pemandu bas itu pula mahu melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah itu . Sebab itu dia sedar dan tak mahu ulanginya lagi . Jadikanlah ia sebagai sebuah pengajaran .

   Sesampainya dia di destinasi, dia terus membunyikan loceng dan turun dari bas . Dia berjalan dengan pantas menuju ke sebuah rumah banglo yang mewah . Mempunyai swimming pool yang bersar dan airnya bewarna biru jernih . Taman-taman di halaman rumah itupun seperti taman bunga . Sangat indah . Syafira berjalan memasuki ke kawasan rumah itu lalu menekan loceng .

   "Assalamualaikum ." Ucap Syafira sambil menekan loceng itu sekali lagi . Tiba-tiba seorang mak cik yang agak tua dan berpakaian anak tudung membuka pintu dan tersenyum memandang Syafira .

   "Mak puan! Syafira dah pulang ." Ucap Mak Jah sambil tersenyum sampai ke telinga . Yalah, Syafira ni seorang yang baik dan selalu membantu Mak Jah menguruskan kerja-kerja rumah .

   "Anak mama dah balik! Dah makan?" Tanya mamanya atau Datin Mardiah . Syafira menggeleng sambil bersalam dengan mamanya dan Mak Jah . Syafira membuka kastunyal lau tersu memasuki ke dalam rumah .

   "Mana papa?" Tanya Syafira . Mak Jah mengangkat beg bagasinya untuk meletakkannya ke dalam bilik tetapi Syafira menghalang .

   "Tak payah . Saya boleh bawa sendiri Mak Jah . Mak Jah pergilah berehat ." Ucap Syafira . Mak Jah menggangguk lalu terus meninggalkan dua beranak itu .

   "Papa kat mana lagi, kat officelah . Banyak kerja katanya ." Ucap mama sambil menjemput anak tunggalnya itu duduk . Syafira akur .

   "Ooooo, so mama, Syafira letih, Syafira nak rehat . Malam nilah ya kita berbual ." Ucap Syafira . Mamanya menghalang Syafira daripada beredar dahulu . Syafira terdiam kembali .

   "Afasal mama? Ada apa lagi? Ni mesti mama nak..." Belum sempat Syafira mengahbiskan percakapannya, mamanya telah memotong .

   "Salahkah mama nak jodohkan kamu dengan dia? Apa salah dia? Apa kurangnya dia?! Dia tu kaya, pandai, baik dan hormat orang-orang tua . Salahkah?" Tanya mamanya . Syafira terdiam lalu memeluk tubuhnya .

                                                                ***

   Juliana berjalan sambil menenyeh matanya . Ini sudah kali kesebelas dia menenyeh matanya menahan ngantuk . Dia menguap lalu duduk di atas sebuah bangku untuk berehat . Dia menguap sambil mengeluarkan telefon bimbitnya . Dia melihat sudah seratus lebih foto selfienya yang belum diupload di instagram .

   "Aduh, dahlah mengantuk! Bila Nadia nak datang ni? Dia cakap tunggu kat sini . Bila dia nak datang . Aku nak baliklah senang . Mengantuk sangat! Ni kalau dapat bantal dengan tilam, pasti best!" Ucap Juliana sambil memejamkan matanya .

   "Juliana!" Jerit Nadia . Juliana memandang Nadia lalu merengus geram .

   "Afasal kau lambat sangat Nadia! Puas aku tunggu kau! Kau pergi mana?" Tanya Juliana sambil memeluk tubuhnya . Nadia mencubit manja pipi  Juliana . Juliana menggosok pipinya itu .

   "Alah, janganlah marah . Baru lambat dua puluh minit . Traffic sangkut . Relaxlah! Ni, aku tadi ada jumpa Rafiq ." Ucap Nadia . Syafira memandang Nadia .

   "Afasal dengan Rafiq? Diaada buat masalahkah?" Tanya Juliana . Nadia menggelengkan kepalanya.

   "Aku nampak dia dengan perempuan lain ." Ucap Nadia . Juliana terlopong .

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers ok! Do  leave a positive comments and support for me! Assalamualaikum!



 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard