Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 9}
Sabtu, 30 Januari 2016 | 1:24 PG | 0 comments
   Syafira berjalan-jalan menghirup udara yang segar . Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang berkaca mata besar dan sangat layak dikatakan bendul keluar dari keretanya yang mewah . Dia berjalan menuju ke arah Syafira . Syafira terkejut memandang lelaki itu .

   "Syafira, awak nak ke mana ni? Nak saya hantarkan?' Tanya lelaki itu atau nama sebenarnya Kamal . Syafira menggelengkan kepalanya . Dia memeluk tubuhnya . Kamal tersengih menampakkan barisan giginya yang disaluti dengan pendakap gigi . Syafira tidak memandang wajahnya .

   "Saya tak nak! Awak tahu tak, saya kena kahwin dengan awak?! Awak pun tahu kan yang saya ni tak suka dekat awak . Kata-kata saya yang dulu-dulu kat awak masa saya form dua tu, just tipu! Tak ada kena-mengena langsung . Just kidding and joking!" Ucap Syafira .

    "Alah, awak ni . Apa kurangnya saya? Nak kata hensem, hensem . Nak kata kaya, kerja doktor pakar vius . Nak kata baik, saya ni peramah dan empati . So, apa yang kurangnya saya?" Tanya Kamal sambil memperbetulkan kolar bajunya . Syafira tetap menggelengkan kepalanya .

   Kamal bercekak pinggang . "Awak ni memang memilih kah?" Tanya Kamal . Syafira menggelengkan kepalanya .

   "So?" Tanya Kamal lagi . Syafira meramas-ramas kepalanya .

   "Kenapa dengan awak ni? Awak ni memang tak faham bahasakah? Saya kata saya tak suka awak tak sukalah! Awak ni pekakkah? Boleh tak tolong jangan kacau saya?!" Ucap Syafira sambil menolak Kamal sampai terjatuh . Kamal mengurut punggunya .

   "Aduh, ganasnya dia ni! Tak apalah, bakal isteri . Kenalah layan dan sabar ." Ucap Kamal sambil tersenyum .

                                                                    ***

   "Hei!" Jerit Juliana sambil menuju ke arah Rafiq dan perempuan itu . Perempuan itu terkejut memandang Juliana . Juliana memeluk tubuhnya .

   "So, ini kerja boyfriend saya . Dah lama buat kerja macam ni? Kacau awet orang? Hei, ramai lagilah jantan kat dunia ni! Kenapa kau kena kacau orang punya?!" Tanya Juliana . Perempuan itu berkerut lalu berdiri sambil memeluk tubuhnya .

   "Amboi, amboi! Mulut ni tak ada insurans kah apa? Awak ni siapa? Tiba-tiba marah macam hantu tak bertuan . Untuk pendapat awak, ini adik saya ." Ucap perempuan itu atau nama sebenarnya Rafiqah . Juliana menggaru kepalanya yang tidak gatal . Rafiq memandang Juliana sambil berkerut .

   "Errrrr, yes! Saya dapat tak bawa watak tu? Good kan? Ok, bagus . Errrrrr, Rafiq, saya tak tahu pun yang awak ada kakak yang comel macam Lisa Surihani . Hai akak! Selamat berkenalan! My name is Juliana ." Ucap Juliana sambil tersengih .

   "Thank you . Adik pun cantik . Adik kenalkah Rafiq?" Tanya Rafiqah sambil tersenyum . Juliana tertunduk malu .

   "Ada pula tak kenal . Ni kawan saya . Nama dia Juliana . Juliana, ni kakak saya, Rafiqah . Dia ni dah kahwin . Saya rindu sangat dengan kakak saya sampai nak jumpa dia ." Rafiqah menggangguk .

   "Oh, kawan . Tapi kenapa Juliana ni marah akak macam Rafiq ni boyfriend Juliana?" Tanya Rafiqah . Juliana menggelengkan kepalanya .

   "Errr, tak,tak! Tadi tu saya berlakon! Saja-saja nak hayati watak saya . Nanti nak berlakon kat istana budaya . Nabila Huda ada, Amar Baharin dan Amyra Rosli pun ada! Sorrylah ya kacau dua beradik bersembang ." Ucap Juliana sambil tersengih . Dia terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

   Rafiq mengikuti Juliana lalu mencapai lengan Juliana . Juliana menoleh lalu tergamam memandang Rafiq sedang tersenyum . Juliana tersenyum malu . Kakanya sekadar memandang dari belakang .

   "Awak buat apa kat sini?" Tanya Rafiq sambil melepaskan lengan Juliana yang berlapit itu . Juliana menggelengkan kepalanya .. Rafiq tersenyum .

   "Tak, saya saja-saja nak rasai pemandangan yang indah kat sini . Ternampak awak kat sini, saya just nak berlatih watak di depan awak dengan kakak awak ." Ucap Juliana sambil tersenyum . Rafiq menggelengkan kepalanya sambil ketawa . Juliana berkerut .

   "Awak tahukah itu kakak saya?" Tanya Rafiq . Juliana menggelengkan kepalanya .

   "Errrrrrr, tak apalah saya balik dulu . Bye assalamualaikum ." Ucap Juliana lalu berlari sambil tersengih seorang diri .

                                                          ***

   "Ish, meluatlah dengan Kamal tu! Tak sedarkan diri tu bendul nak mampus! Ada hati nak mengorat perempuan cantik ala-ala Angelina Jolie ni! Mama pun satu! Dha tak ada orang lainkah nak jodohkan dengan aku? Kamal tu juga dia nak pilih!" Ucap Syafira lalu berjalan menuju ke sebuah kedai makan.

   "Hm, mak cik, saya nak pesan nasi ayam masak merah dengan milo ais ." Ucap Syafira. Mak cik itu menggangguk lalu menuju ke dapur . Syafira mengeluarkan komputer ribanya yang bewarna merah jambu itu lalu menaip sesuatu ke dalamnya .

   "Dahlah novel pertama aku tak laku! Novel seterusnya pasti laku . Ok, novel kedua aku ni berjudul Aku Novelistar cantik . Merupakan seorang gadis yang ramai peminat dan sangat jelita seperti bidadari ." Ucap Syafira sambil tersenyum sendiri .

   Mak cik itu menghantar pesanannya . Syafira mengucapkan terima kasih lalu menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya sambil membaca bismillah . "Pasti laku . Lelaki pasti baca . Rafiq pun gerenti baca ." Ucap Syafira .

   Tiba-tiba Syafira teringat akan kisah silamnya semasa dia tingkatan dua . Dia pernah berjanji yang dia mahu sehidup semati dengannya . Dia akan menunggu Kamal kerana masa mereka berumur 19 tahun, Kamal mahu pergi belajar di UK . Syafira berjanji yang dia akan menunggu . Datanglah Chritiano Ronaldo sekalipun, dia tetap akan menunggunya .

   "Ish, bodohnya! Afasal aku pergi janji sampai macam tu! Hah, last-last dapatlah bala! Padan dengan muka! Ingatkah dia nanti ada girlfriend baru! Rupanya dia setia dengan aku!" Ucap Syafira sendirian lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers  ok! Do leave a positive comments and support for me! Assalamualaikum!


 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard