Izzati novels
Selfiestar vs novelistar (Bahagian 2)
Sabtu, 16 Januari 2016 | 5:43 PG | 0 comments
   Syafira berjalan menuju ke stesen bas . Dia membuang bukunya yang telah terkoyak itu ke dalam tong sampah yang berdekatan . Dia mengeluh lalu duduk di stesen bas sambil menanti bas untuk ke kuliah . Dia ternampak sebuah kedai buku yang berada di hadapan stesen bas itu .

   Dia tersenyum sampai ke telinga lalu menyeberangi jalan raya itu untuk menuju ke kedai buku itu . Dia melihat ada pelbagai buku di kedai itu . Nama pun kedai buku . Dia melihat novelnya yang berjudul Aku yang paling pandai masih ada banyak dan tiada sesiapa pun yang berhenti untuk membelek novel itu .

   "Hm, abang boleh saya tanya?" Ucap Syafira . Lelaki yang duduk di kaunter itu menganggukkan kepalanya .

   "Novel ni laku tak?" Tanya Syafira sambil menunjukkan novel hasil tulisannya itu . Penjaga kaunter itu mendiamkan dirinya . Dia menggeleng perlahan .

   "Tak langsung cik . Ramai yang membeli novel ini dan dalam masa satu hari sahaja, mereka minta nak tukar ." Ucap penjaga kaunter itu .

   Syafira berkerut . "Err... kenapa ya bang?" Tanya Syafira . Penjaga kaunter itu terdiam .

   "Dengar cerita, mereka kata penulis novel ni syok sendiri dan suka perasan bagus dalam novel ni . Mereka juga kata, novel ni bosan dan hanya menceritakan kisah penulis yang suka perasan bagus dan perasa pandai . So, diorang tukarlah dengan novel-novel lain . Diorang kata, layan buku kanak-kanak lagi bagus ." Ucap penjaga kaunter itu . Syafira tersenyum tawar .

   "Kenapa cik? Cik kenal penulisnya?" Tanya penjaga kaunter itu . Syafira menggelengkan kepalanya .

   "Eh, taklah! Saya tak kenal langsung dengan penulis buku ni . Err... tak apalah saya nak beli satu buku ni . Kejap saya bayar lepas dah pilih buku yang saya nak ." Ucap Syafira lalu terus pergi memilih buku mana yang mahu dibeli . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu berkerut .

   "Kenapa dengan novel ni? Baguslah! Kenapa diorang tak nak baca . Boleh dijadikan idol ." Ucap Syafira lalu mencapai sebuah novel dan terus membayar harga novel itu .

                                                                 ***

   Juliana berjalan masuk menuju ke kuliahnya . Dia duduk di taman herba sambil membelek skrin telefonnya yang sudah pecah . Dia mengusap air matanya . Sudah banyak foto-foto comel selfienya yang telah dia save dalam phone itu hilang akibat Syafira .

   Dia merengus geram lalu terus meramas-ramas kepalanya . Tiba-tiba kawannya yang bernama Nadia menegur .

   "Kenapa dengan kau ni Juliana? Have a problem! C'mon, share with me ." Ucap Nadia sambil memakan keropok super ringnya itu . Juliana menggelengkan kepalanya sambil mengusap air matanya .

   "Ni, tengok ni! MY PHONE! Ianya dah rosak akibat perempuan tu!" Ucap Juliana sambil menghentakkan kakinya .

   "Ish, please be cool! Kenapa ni? Afasal dengan phone kau? Apa yang dah terjadi?" Tanya Nadia bertubi-tubi .

   "Tadi, ada seorang perempuan tu langgar aku . Habis, phone aku terjatuh!" Ucap Nadia sambil mengusap air matanya .

   "Kenapa? Apa penyebabnya?" Tanya Nadia bertubi-tubi .

   "Ah, malaslah nak cakap dengan kau ni! Meluatlah! Macam-macam soalan kau tanya!" Ucap Juliana lalu terus pergi meninggalkan Nadia . Nadia tergamam .

                                                    ***

   Syafira sangat leka membaca buku baharunya itu sampai terlepas mahu ke kuliah . Di dalam bas itu, hanya tinggal dia seorang sahaja . Syafira menuju ke tempat pemandu bas itu memandu bas .

   "Err...abang, saya dah terlepas ke destinasi . Boleh tak abang patah balik?" Tanya Syafira . Pemandu bas itu menggelengkan kepalanya .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard