Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Episod kemuncak}
Ahad, 3 Januari 2016 | 5:20 PG | 0 comments
   Fitri berasa amat geram lalu mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi . Menyampah melayan kerenah mamanya dan Fahrin . Fitri berlalu pergi . Fahrin memandang Datin lalu menundukkan kepalanya .

   "Fahrin, maksu minta maaf kepada pihak Fitri . Maksu tahu Fahrin pasti tak seberapa senang dengan sikapnya . Tapi maksu harap sangat agar dia insaf dan sedar atas kesilapannya itu . Maksu rasa teramat malu dengan kelakuannya itu Fahrin . Tapi betulkah kamu tampar dia hari itu?" Tanya datin .

   "Saya minta maaf sebab tampar dia maksu . Tapi dia suka malukan orang . Hari itu, dia simbah air ke muka kawan saya Iriana . Dia sangat benci pada Iriana tu . Saya pun tak tahu kenapa ." Ucap Fahrin sambil memeluk tubuhnya .

   Datin menggangguk . Fahrin meminta izin untuk pulang .

                                                                       ***

   Fahrin mengajak rakan-rakannya pergi menonton wayang . Apabila tamatnya cerita yang ditonton . Mereka pergi makan ke restoran mewah . Tiba-tiba sahaja, Iriana muntah darah di situ dan di hidungnya itu juga terkeluar darah . Dia memegang darah itu sambil tergamam . Fahrin, Johan dan Dayang begitu terkejut .

   "Mari kita hantar dia pulang dan beritahu ayahnya . Saya sudah risau ni ." Ucap Dayang lalu mereka terus menaiki kereta Fahrin untuk menghantar Iriana pulang . Ayahnya terus menghantar Iriana ke hospital .

   Mereka bertiga menjadi agak risau dan hanya mampu duduk begitu sahaja . Selepas mendapat tahu berita Iriana begitu kritikal, ia lagi membuatkan Fahrin dan rakannya sangat risau .

   Pada masa yang sama, ayahnya sedang duduk di hadapan Iriana sambil menggengam tangan anak gadisnya itu . Ayahnya mengalirkan air mata .

   "Penyakitnya ini begitu kritikal . Saya berharap sangat agar ada seseorang yang sudi mendermakan hatinya kepada anak gadis encik . Jika tiada juga, dia terpaksa pergi . Kami sudah tidak boleh bantu ." Ayahnya mengingati kembali kata-kata doktor itu . Dia menahan air matanya .

   Iriana masih baring di atas katilnya dalam keadaan yang tidak bermaya .

                                                             ***

   Liliana dan Fitri duduk di sebuah kedai makan mewah sambil memesan burger dan minuman berjus. Mereka berdua berbual tentang Fahrin .

   "Aku dah fikir banyak rancangan, tapi semuanya tak masuk akal . Aku minta maaf ya ." Ucap Liliana sambil menggigit burgernya . Fitri memeluk tubuhnya .

   "Tak dapat idealkah, tak fikir? Ni, aku boleh buat apa sahaja asalkan Fahrin akan jadi milik aku!" Ucap Fitri sambil menghempas beg duit kecilnya itu . Liliana menggeleng .

   "Apa sahaja?" Tanya Liliana mahukan kepastian . Fitri menggangguk pasti .

   "Hei, what ever for FAHRIN!" Ucap Fitri . Liliana menggeleng tidak pasti .

   "So, kau sudah ada rancangan?" Tanya Liliana sambil memandang muka kawannya itu . Harap bukan rancanagn yang mengarut .

   "Ni, apa sahajalah aku boleh buat . Aku tahu apa aku nak buat ." Ucap Fitri sambil mengangkat keningnya . Liliana menggelengkan kepalanya .

   "Rancangan apa? Jangan buat kerja gila tau . Kalau kau nak buat rancangan pun, jangan yang gila-gila tau . Jangan yang gila-gila ." Ucap Liliana . Fitri menggeleng .

   "Hello, heard this, I can do anything!" Ucap Fitri . Liliana berkerut .

   "Dan, kau kena bantu aku ." Ucap Fitri . Liliana menggeleng . Fitri berkerut .

   "Kalau ideal yang berkaitan dengan maut, aku tak nak bercampur . Tetapi kalau idela itu sekadar nak takutkan dia, aku boleh bantu ." Ucap Liliana . Fitri berdiri .

   "Kalau kau tak nak bantu punya fasal kat kaulah! Aku boleh buat sorang-sorang ." Ucap Fitri lalu terus berlalu pergi . Liliana tahu, ini pasti membabitkan maut .

                                                                  ***

   Fahrin sedang duduk di bilik khas itu sambil memandang Iriana . Iriana sedang terbaring lemah . Fahrin berasa amat risau . Tiba-tiba Dayang dan Johan memasuki ke dalam bilik itu .

   "Macam mana dengan keadaan Iriana?" Tanya Dayang sambil meletakkan buah tangan di atas meja . Ayah Iriana sedang meneyelesaikan urusan kerja . Malam ni dia datang melawat .

   "Saya selalu berdoa agar keadaannya baik dan dia akan pulih . Saya tak nak dia mati ." Ucap Dayang sambil mencapai sebuah kerusi lalu melabuhkan punggungnya . Johan menggangguk .

   "Ayah Iriana ada kata, masih tiada lagi sesiapa yang sudi mendermakan hati kepadanya . Ini disebabkan dia menjadi amat kritikal ." Dayang menggengam tangan rakan karibnya itu .

   "Saya pun akan doakan agar ada orang yang sudi mendermakan hati kepadanya . Saya berharap sangat ." Ucap Fahrin .

                                                                   ***

   Fahrin sedang dalam perjalanan mahu ke kuliah . Sesampainya dia di kuliah, dia terus memasuki ke dalam kuliah itu dan ternampak Johan dan Dayang sedang bermain laptop mereka di taman reaksi . Fahrin duduk di hadapan mereka .

   "Assalamualaikum ." Ucap Fahrin . Dayang dan Johan menjawab salam yang diberi itu .

   "Ada kerjakah?" Tanya Fahrin sambil mengeluarkan laptopnya dari beg sandangnya . Dia membuka laptop itu .

   "Yalah, esok kan kita dah nak bentang ." Ucap Johan sambil leka menaip sesuatu pada laptopnya .

   "Kita bertiga sahaja?" Tanya Fahrin lesu . Dayang dan Johan mengganggukkan kepala mereka .

   "Yalah, kan Iriana kat hospital sekarang ni . Macam mana dia nak bentang . Kitalah yang harus buat semua ni ." Ucap Dayang . Fahrin menggangguk .

   Semasa di kuliah, Fahrin kelihatan amat muram . Dia sesekali menoleh ke tempat duduk Iriana . Tetapi Iriana tiada di situ .


                                                                  ***

   Fahrin dalam perjalanan ingin pergi melawat Iriana . Semasa dalam perjalanan ingin ke hospital, tiba-tiba Fahrin dilanggar oleh sebuah kereta mewah . Terbukti, Fitri yang melanggarnya . Fitri terus ketawa lalu melarikan dirinya . "Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh dapat kau . Biar kau mati!" Ucap Fitri .

   Semua orang datang mengerumuninya . Fahrin terbaring di atas jalan raya itu tanpa menyedarkan diri . Buah tangan yang ingin diberikan kepada Iriana pun turut terjatuh .

   Salah seorang dari mereka menghubungi ambulans untuk membawa Fahrin ke sana .

                                                          ***

   "Alhamdulillah, nasib baik ada juga orang ingin mendermakan hati kepada anak encik ." Ucap doktor itu sambil tersenyum gembira . Ayahnya tersenyum lalu menadah tangannya .

   "Siapa doktor?" Tanya ayahnya . Doktor itu tertunduk .

   "Lelaki itu merupakan mangsa kemalangan jalan raya . Dia mengalami cedera yang amat parah dan tak mungkin akan diselamatkan . Jadi, lelaki itu berhasrat mahu memberikan hatinya kepada anak gadis encik ." Ucap doktor itu . Mereka membawa Iriana untuk dibedah . Ayahnya tersenyum gembira .

   Setelah tamat sesi pembedahan, Johan dan Dayang terus menuju ke arah Iriana . Iriana sedang tersenyum parah lalu memeluk Dayang .

   "Alhamdulillah, ada orang yang sudi mendermakan hati kepada saya . Saya sangat bersyukur . Saya sudah sihat . Mana Fahrin? Kalau Fahrin dengar ni pasti dia gembira ." Ucap Iriana sambil tersenyum . Johan mengalirkan air mata manakala Dayang tertunduk suram .

   "Kenapa ni? Kenapa dengan Fahrin? Kenapa awak menangis Johan? Ada masalah?" Tanya Iriana . Johan menggeleng sambil mengusap air matanya .

   "Saya menangis sebab gembira . Saya suka tengok awak gembira ." Ucap Johan . Iriana tersenyum.

   "Mana Fahrin?" Tanya Iriana sambil tersenyum . Dayang menggeleng .

   "Fahrin ada tugasan penting yang professor beri . So, dia tak dapat datang . Dia kirim salam ." Ucap Dayang sambil mengelap air matanya . Iriana tersenyum .

                                                           ***

   "Saya rasa peliklah . Kenapa Fahrin tak datang kuliah? Saya baru sahaja keluar hospital . Kenapa dia masih tak datang? Dia sakitkah?" Tanya Iriana . Johan dan Dayang tertunduk .

   "Iriana, Fahrin dah..." Johan tak dapat meneruskan kata-katanya . Dayang tertunduk . Iriana berkerut .

   "Kenapa dengan Fahrin Johan? Dayang, beritahulah saya . Apa yang dah terjadi pada dia?" Tanya Iriana . Johan menjadi sebak .

   "Fahrin dah tak ada Iriana . Dia meninggal akibat kemalangan . Fitri yang langgar dia . Dia langgar lari . Nasib baik ada orang yang tahu nombor plat keretanya . Dia sudah masuk penjara dan akan menjalani hukuman atas tindakannya itu ." Ucap Dayang sambil menekup mukanya .

   "Jangan melawaklah Dayang . Ia langsung tak kelakar ." Ucap Iriana sambil menitiskan iar mata . Dia sudah sebak .

   "Hati awak itu . Itu adalah hati Fahrin . Dia yang nak dermakan pada awak sebab dia sayang dan cintakan awak . Dia tak nak awak menderita ." Ucap Johan . Iriana terdiam dan masih menangis .

   "Kami minta maaf sebab tak bagi tahu awak hari itu . Sebab masa tu awak baru lepas menjalani pembedahan . Kami tak nak beri awak sedih ." Ucap Dayang . Iriana mengusap air matanya lalu terduduk di atas tanah .

   "Tapi, Fahrin ada tinggalkan awak ini ." Ucap Johan sambil menghulurkan sebuah buku . Iriana mencapai buku itu .

   "Dia kata, teruskan kehidupan awak seperti biasa dan jangan sia-siakan hati yang diberikan kepada awak ." Ucap Johan lalu terus mengajak Dayang meninggalkan Iriana sendirian . Iriana terdiam sambil menitiskan air mata . Dia memegang buku itu sambil memeluk buku itu .

                                                               ***

  Fitri duduk di dalam penjara itu sambil menekup wajahnya . Dia rasa yang perbuatannya itu sia-sia sahaja . Dia terasa yang dirinya itu amat bodoh kerana sanggup melakukan kesemua itu demi cinta . Adakah dia mencintai Fahrin?

   Kalau dia mencintai Fahrin, dia tidak akan melakukan kesemua itu . Dia haruslah cuba dan cuba memikat hati Fahrin itu . Bukannya dengan melanggarnya seperti itu . Dia berasa amat menyesal kerana tidak mendengar kata-kata rakan baiknya itu, Liliana . Dia menangis sendirian .

   Pada masa yang sama . Pada waktu yang suram . Iriana duduk keseorangan di sebuah bangku sambil memegang diari Fahrin . Dia duduk termenung sambil mengenangkan detik penemuannya dengan Fahrin . Air matanya itu jatuh berlinangan .

   Dia membuka diari itu sambil tersenyum menahan tangis . Dia mengingati kata-kata Fahrin agar tidak mensia-siakan hati yang diberi .

 

     "Baiklah, saya akan meneruskan kehidupan seperti biasa . Tetapi Fahrin tetap dalam jiwa ." Ucap Iriana lalu memandang ke langit .


~Tamat~

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard