Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 10}
Jumaat, 5 Februari 2016 | 1:04 PG | 0 comments
   Selepas Syafira menghabiskan makanannya itu, dia pun membayar harga makanan lalu terus keluar dari kedai itu . Dia berjalan sambil menyanyikan lagu kegemarannya . Tiba-tiba dia ternampak Rafiq dan Rafiqah sedang berjalan-jalan sambil berbual mesra . Syafira menggarukan kepalanya lalu berjalan menuju ke arah mereka berdua . Dia terhenti sekejap .

   "Nak pergi kah tak nak? Ish, tak naklah . Entah-entah dia dengan perempuan tu girlfriend . Hmm, aku yang syok sendiri . Tak apalah . Bila memang harus berpisah, aku akan tetap setia, bila memang ini hujungnya, kau kan tetap ada, di dalam jiwa ." Ucap Syafira lalu terus berjalan menuju ke tempat lain sambil mengelap air matanya yang mengalir .

   Rafiq terus memasuki ke dalam kereta bersama dengan kakanya . Dia terus memandu kereta itu berlalu meninggalkan tempat itu . Syafira sekadar memandang kereta itu pergi sambil berlari menuju ke stesen bas . Tiba-tiba dia terjatuh . Dia terus berdiri sambil memandang sekeliling . Tiada orang yang memandang .

   "Yes, aku dah dapat!" Ucap Juliana sambil menayangkan telefonnya . Syafira terlopong lalu memandang Juliana . Syafira membuat wajah bengis .

   "Kau! Apa yang kau nak?!" Ucap Syafira sambil mengurut-ngurut kakinya . Juliana menggeleng sambil memeluk tubuhnya .

   "Aku dah dapat video kau jatuh . Aku saja ja nak rakam video kau . Tak tahulah kalau-kalau kau korek hidungkah, gigit kukukah, boleh upload ke instagram . Aku nampaklah tadi kau jalan sampai menangis-nangis . And then, aku rakam ." Ucap Juliana sambil tersenyum .

   "Kau ni kenapa hah?! Afasal kau kurang ajar sangat?! Afasal kau tak puas hati sangat dengan aku hah?!" Ucap Syafira . Juliana menggeleng .

   "Hah, what ever! Ada aku kisah dengan kau! Walau apa pun yang terjadi, kau kena terima juga balasannya! Ini kerana..." Belum sempat Juliana menghabiskan kata-katanya, Syafira memotong .

   "Tak habis-habis lagikah? Boleh baliklah!" Ucap Syafira lalu merampas telefon milik Juliana . Juliana terlopong lalu berebut mahu kembali telefonnya . Syafira masih teragak-agak sama ada mahu memberikannya atau tidak .

   "Aku akan delete video ni!" Ucap Syafira lalu terus membuang video tersebut . Syafira tersenyum puas .

   "Ok, dah selesai . Sekarang kau boleh ambil balik ." Ucap Syafira lalu terus memberikan telefon itu kepada Juliana dan terus tinggalkan dia terkapai-kapai . Juliana merengus geram .

   "Nanti kau! Kau ingat kau boleh terlepas! Nanti kau, tunggu kau! You will be destroy in my hand!" Ucap Juliana lalu terus meninggalkan tempat itu .

                                                                        ***

    Rafiq berjalan sambil menuju ke dalam bilik tidurnya . Dia membuka lampu lalu terus menyusun fail-failnya yang berselerak di atas meja . Dia menguap sambil menggelengkan kepalanya . Makan malam sudah disediakan oleh ibunya Puan Rozidah . 

   "Hai, kenapalah banyak kerja yang professor bagi? Rasa letih! Sudahlah esok aku ada kerja di luar universiti . Leceh betullah jadi mahasiswa ." Ucap Rafiq lalu terus membaringkan dirinya di atas katil. Dia menggoyang-goyangkan kakinya . 

   "Kenapa tiba-tiba aku boleh suka kat dia ya? Apa yang istimewanya dia? Macam mana dia tu boleh terlekat dekat hati aku? Tak apa, nanti aku akan cakap dekat dia . Lagipun dia pun suka aku . Rasanyalah kot ." Ucap Rafiq sendirian sambil tersengih . 

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers ok! Do leave a positive comment and support for me! Assalamualaikum!
       

 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard