Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 11}
Sabtu, 6 Februari 2016 | 1:10 PG | 0 comments
   Juliana keluar dari kedai gunting rambut lalu memperbetulkan rambutnya yang telah pendek itu . Dia sangat comel dengan berambut pendek begitu . Tiba-tiba hujan turut rintik-rintik, dia mengeluarkan payung. "Wow, muka aku sangat cantik! Ni kalau Harris J nampak, dia terus minta couple! Hehehe!" Ucap Juliana lalu terus berjalan-jalan . Dia mengeluarkan telefonnya .

   "Ni kalau selfie dan letak kat instagram, pasti ramai yang like! Wow, pasti aku akan jadi budak paling hot kat insta! Tak sabarnya!" Ucap Juliana sambil tersenyum senget .

   Juliana berjalan-jalan lalu terbayang masa depan yang sungguh cerah apabila dia menjadi seorang budak hot!

 Dia berjalan sambil melambai-lambaikan tangannya membuat catwalk . Dia telah terpilih untuk menjadi seorang pelakon Malaysia terbaru . Dia diminati oleh ramai pelakon Malaysia lelaki dan dicemburui oleh Lisa Surihani, Nora Danish dan Amyra Rosli . 

   "Err, Cik Juliana, macam mana cik boleh menjadi begitu cantik dan popular sampai macam ni? Apakah rahsianya?" Tanya seorang pengacara kepada Juliana . Juliana tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang putih . 

   "Alah senang sahaja, saya jadi macam ni sebab saya dulu berusaha dengan mengupload banyak foto-foto selfie saya dan sampai Najib Ali yang nampak foto-foto selfie saya lalu mengiklankan saya kepada semua pengarah filem untuk mengambil saya menjadi watak utama dalam  filem ini." ucap Juliana . 

   "So,apakah experience awak dalam filem yang berjudul Aku selfie kau sibuk kenapa?" Tanya pengacara itu . Juliana tersenyum .

   "Banyak ya sebenarnya, tapi yang paling best sekali, saya dapat telefon yang Nora Danish iklankan dalam maharaja lawak mega 2016 tu, apa tu, hah! PAKAR SELFIE ANDA secara percuma."  Ucap Juliana sambil tersenyum . 

   "Ok, senang jalah nak edit muka kan! So, apakah kata-kata terakhir atau trademark bagi diri awak untuk penonton semua?" Juliana tersenyum . 

   "Selfie itu tangkap gambar, tangkap gambar itu selfie!" Pengacara itu dan Juliana ketawa . 

     Juliana tersenyum sendiri sambil terbayang akan masa depannya yang begitu cerah . "Nak selfielah!" Ucap Juliana lalu berselfie sambil berjalan . Aduh, bahaya! Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam longkang . Dia mengerang kesakitan!

   "Aduh sakitnya! Ya Allah! Kaki aku ni dah patah!" Ucap Juliana sambil menangis .


                                                                         ***

    Syafira dan Rafiq berjalan beriringan memasuki ke dalam kereta . Rafiq memandu keretanya agak laju . Syafira memeluk tubuhnya . Dia memandang Rafiq sambil menunjukkan wajahnya yang agak bengis .

   "Kenapa saya kena lawat perempuan tak guna tu? Dia kelmarin kurang ajar dengan saya . Bukan kelmarin ja, hari-hari lain pun sama! Geramnya!" ucap Syafira mengusap dagunya .

   "Alah, dia kan kawan kita . Dengar cerita kaki dia sakit teruk . Tak tahulah apa keadaan dia sekarang ni ." Ucap Rafiq sambil memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat bertukar menjadi merah .

   "Kawan? She's not my friend! Padan dengan muka, kelmarin saya jatuh, dia nak rakam dan ketawa! Balasan! Selfie lagi macam perempuan gila, terimalah padahnya!" Ucap Syafira . Rafiq memansu keretanya semula setelah lampu isyarat bertukar menjadi hijau .

   "Tak baik kalau awak cakap macam tu dekat dia . Dia kan..." belum sempat Rafiq menhabiskan kata-katanya, Syafira telah memotong .

   "KAWAN! Kah girlfriend!?" Tanya Syafira sambil merenung Rafiq dalam-dalam meminta jawapan . Rafiq terdiam lalu memberhentikan keretanya di tempat parkir . Dia terus mengajak Syafira keluar dari kereta kerana telah tiba ke destinasi .

   "Jomlah kita masuk . Dia pasti menantikan kita ." Ucap Rafiq . Syafira menggelengkan kepalanya .

   "Not me! Soalan saya tadi tu tek berjawab kah atau memang tak ada jawapan?" Tanya Syafira . Rafiq menggeleng lalu terus mengajak Syafira .

   Juliana masih sedang mengusap air matanya sambil memandang kakinya yang berbalut itu . Rafiq dan Syafira memasuki ke dalam bilik itu sambil memberi salam . Juliana menjawab salam itu lalu merenung Syafira tajam .

   "Kenapa perempuan tak guna ni datang?" Tanya Juliana sambil mengelap air matanya . Syafira menggeleng .

   "Hello, kalau Rafiq tak paksa macam orang gila, aku pun tak nak datang jenguk kau, aku datang pun sebab terpaksa yang teramat sangat!" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya . Juliana bercekak pinggangnya .

   "Amboi, amboi, senangya cakap macam tu! Kau ingat aku nak sangat kau datang . Hmm, menyemak jalah wei!" Ucap Juliana . Rafiq menggelengkan kepalanya . Juliana menjeling tajam . Syafira mengipas tangannya .

   "Syafira, awak dah makan?" Tanya Rafiq . Syafira menggeleng lalu mengganggukkan kepalanya .

   "Saya dah makan, nasi goreng dengan ayam goreng! Sedap sangat!" Ucap Syafira . Rafiq menggangguk .

   "Lepas ni tak salahkan kalau kita pergi makan kat kedai seafood depan hospital ni . Saya belanja ." Ucap Rafiq . Syafira menggangguk malu . Tetapi dalam hati gembira . Juliana terbeliak biji matanya lalu berdiri .

   "Mana boleh macam tu! Saya nak ikut ." Ucap Juliana dan baring semula kerana kakinya tidak boleh tahan sangat . Syafira menjelirkan lidahnya .

   "Nah, ini ada buah tangan . Buah oren sebiji ja, ada dalam peti sejuk tapi tinggal satu ja . Ambillah ya ." Ucap Rafiq sambil memberikan kepada Juliana . Juliana ternganga lalu merengus geram .

   "Dahlah Syafira, jom kita pergi ." Ucap Rafiq . Syafira menampar kaki Juliana lalu terus beredar . Juliana menjerit kesakitan sambil menangis teresak-esak. Dia menjerit .

   "SIAP KAU SYAFIRA!"

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers ok! Do leave a positive comment and support for me! Assalamualaikum!

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard