Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 13}
Selasa, 9 Februari 2016 | 12:52 PG | 0 comments
    Syafira turun sambil menjegilkan biji matanya ke arah Kamal . Kamal tersenyum sambil berdiri dan memperbetulkan kolar bajunya . Dia tersenyum sampai ke telinga .

   "Hah, mak cik pergi dapur dulu ya . Mak cik pergi bancuh air kopi dengan kek cocopie ." Ucap Mak Jah lalu terus menuju ke dapur . Syafira duduk sambil memandang Kamal yang tidak habis-habis tersenyum .

   "Hah, apa yang kau nak? Sudahlah, asyik-asyik nak paksa saya kahwin dengan awak! Saya kata saya tak nak! Pergilah cari orang lain!" Ucap Syafira sambil menyilangkan kakinya . Kamal menggeleng .

   "Mana ada saya datang nak paksa awak . Saya datang just nak jumpa dengan orang yang paling istimewa dalam hidup saya ni! Sekali nak bagi bunga ." Ucap Kamal sambil menunjukkan sejambak bunga yang dibeli .

   "Apa? Aku paling istimewa dalam hidup kau? Habis, mak kau, ayah kau? Tak istimewa? Diorang yang membesarkan kau! Bukannya aku!" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya . Kamal menggeleng sambil tersenyum .

   "Awak ni lurus sangatlah . Tak apalah . Nah, ni ada bunga ." Ucap Kamal sambil menhulurkan bunga itu . Syafira berasa pelik melihat bunga itu . Sangat ganjil .

   "Awak beli dari mana ni?" Tanya Syafira sambil menerima bunga itu .

   "Saya beli dari kedai hindu depan rumah saya tu . Ada banyak sangat bunga kat situ . Ada yang pakai macam rantai tu pun ada . Ingat nak beli kat awak . Tapi agak mahal So, saya pilih yang ada dalam pasu tu dan bungkus dengan kertas paper ni ." Ucap Kamal . Syafira terbeliak lalu membaling bunga itu .

  "Kau ingat ini perayaan thaipussam!?" Ucap Syafira sambil tersu berdiri . Kamal terdiam dan terkaku . Tiba-tiba Mak Jah muncul sambil membawa dulang berisi kopi dan kek cocopie . Mak Jah meneguk air liur lalu meletakkan dulang itu ke atas meja . Syafira tersenyum kepada Mak Jah .

   "Errr, mak cik, letaklah . Mak cik pergilah berehat . Kesian mak cik saya tengok . Letih sangat ." Ucap Syafira . Mak Jah tersenyum lalu terus menuju ke biliknya untuk berehat . Syafira memandang Kamal . Dia mengusap penumbuknya .

   "Awak nak buat apa ni?" Tanya Kamal . Syafira menggeleng sambil mencapai secawan kopi dan memeberikan kepada Kamal .

   "Awak minum air ni cepat-cepat dan ambil kek cocopie ni makan . Lepas tu berambus!" Ucap Syafira . Kamal menggangguk sambil meneguk kopi itu lalu mencapai sebiji kek cocopie dan menggigitnya . Dia terus berdriri dan menuju ke muka pintu . Syafira menahannya .

   "Hei, hei! Bunga ni ambillah . Kirim salam dekat parents sekali ." Ucap Syafira . Kamal mencapai bunga itu lalu terus keluar dari rumah itu untuk pulang . Syafira menggelengkan kepalanya .

                                                                 ***

    Setelah empat hari duduk di hospital, Juliana pun bebas keluar dari hospital . Kakinya yang terseliuh itu pun sudah beransur sembuh . Dia berjalan keluar dari hospital sambil menghirup udara yang segar . Walaupun kakinya itu rasa agak sakit, dia masih boleh bertahan dan boleh bergerak .

   "Segarnya dapat balik! Sekarang ni, semua dendam aku akan terbalas! Siap kau tak guna!"  Ucap Juliana . Dia berjalan sambil bermain dengan telefonnya . Ada lapan keping foto Juliana berselfie di hospital . "Hai, cantiknya! Tapi, kalau letak kat instagram, apa pula diorang kata?" Ucap Juliana sambil mengeluh .

   "Hai!" Ucap Nadia sambil menepuk bahu Juliana . Juliana memandang Nadia .

   "Wow! Mujur kau datang! Jomlah hantar saya! Hantarlah saya balik rumah! Kan kaki saya baru lepas sembuh! Perlukan rehat!" Ucap Juliana sambil tersenyum .

   Nadia menggeleng . "Oh, hari tu, kau bagi kereta kau kotor dengan sampah-sampah! Sekarang ni kau nak buat apa pula? Tak boleh!" Ucap Nadia . Juliana tertunduk lalu membuat wajah kesian .

   "Alah, tolonglah aku! Kesiankanlah aku ni!" Ucap Juliana sambil tersenyum . Nadia menggangguk. Dia menganjan rakannya itu masuk lalu memandu kereta itu menuju ke destinasi .

                                                                     ***

    Syafira dan rakannya Rina duduk di sebuah kedai makan . Syafira dan rakannya Rina itu kelihatan sedang berbual mesra di kedai makan itu .

   "Ish, kejamnya mak kau suruh kahwin dengan Kamal . Kalau ya pun dia lagi pandai dari kau sampai umru dia baru ja 18 tahun, dah kena belajar kat luar negara . Kita yang dah umur 21 tahun, masih lagi belajar ." Ucap Rina . Syafira menggangguk .

   "Jomlah kita pergi beriadah kat taman ." Ucap Syafira . Rina menggangguk lalu mereka berdua berdiri untuk beredar keluar . Pada masa yang sama, Juliana dan Nadia pun sedang dalam perjalan mahu makan di situ . Tiba-tiba mereka ternampak Syafira dan Nadia . Mereka pun menuju ke arah mereka berdua .

   Syafira mencuit Rina sambil memeluk tubuhnya memandang mereka berdua . Juliana tersenyum sinis .

   "Apa yang kaun nak?" Tanya Syafira sambil meghirup air orennya yang bergas . Julian menjeling . Nadia memeluk tubuhnya . Rina sekadar memandang mereka berdua sambil berkerut .

   "Oh, datang hospital, lepas tu bawa boyfriend aku . Afasal kau tak nak cari orang lain! Boyfriend aku juga kau nak rampas! Tiada orang lainkah hah!?" Tanya Juliana . Nadia menggangguk . Syafira tersenyum sinis .

   "Dekat dahi dia tu, ada tulis kah, ini boyfriend Juliana! Ops, tersilap, nama kau bukan Juliana tapi Joyah ." Ucap Syafira sambil ketawa kecil . Juliana tergamam . Pipinya menjadi merah .



   "Joyah? Nama awak Joyahkah?" Tanya Nadia . Juliana menggeleng sambil memegang kedua belah pipinya . "Mmmmmmana ada . Nama saya Julianalah . Joyah tu nama nenek saya . Diorang suka panggil saya Joyah sebab muka saya macam muka nenek saya ." Ucap Juliana . Nadia percaya sahaja.

  "What everlah! Rafiq bukan milik sesiapa! Dia ada hak nak pilih siapa sahaja yang dia nak ." Ucap Syafira . Rina mengganggukkan kepalanya .

   Juliana menggelengkan kepalanya . "No, no and no! He is mine!" Ucap Juliana . Nadia menggangguk .

   "Korang tahu tak, yang Rafiq tu sangat sukakan perempuan yang macam Juliana . Diajuga pernah kata yang Juliana ni merupakan seorang gadis yang susah untuk dimiliki . Kurang dalam dunia ni gadis macam dia ." Ucap Nadia sambil tersengih . Syafira dan Rina terlopong .


   "Apa? Juliana ni susah untuk dimiliki dan gadis macam dia ni kurang kat dunia?" Tanya Syafira sekali lagi memohon kepastian . Nadia menggangguk .

   "Saya tengok dia ni macam senang ja nak dimiliki . Perempuan kuat selfie, banyak kat dunia ni . Ada yang sampai jatuh dalam tasik pun ada . So, jangan nak perasan sangat! Perempuan macam saya nilah kurang . Jangan nak perasan sangat!" Ucap Syafira sambil tersenyum senget .

   Juliana dan Nadia menjelirkan lidah mereka .

   "Perempuan gila membaca ni macam tak normal ." Ucap Nadia , Syafira sudah mahu naik angin .

   "Betul, betul, betul! perempuan macam kau ni sangat banyak malahan ada yang jatuh dalam longkang sebab terlalu kuat membaca ." Ucap Juliana . Syafira lagi naik berang .

   "So, jangan nak rasa yang diri tu terlalu bagus sebab perempuan macam kau tu banyak di pasaran ." Ucap mereka berdua serentak . Syafira sudah naik berang sampaikan air yang berada di tangannya habis dipicit sampai air itu habis melambung keluar .


   "APA YANG AWAK CAKAP????!!!!!" Jerit Syafira dengan sekuat hati .

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard