Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 14}
Selasa, 9 Februari 2016 | 7:08 PG | 0 comments
   Syafira menuju ke arah Juliana . Juliana memeluk tubuhnya . Syafira berdiri betul-betul di hadapan Juliana sambil bercekak pinggang .

  "Amboi, senang-senang hati mak tiri sebelah jiran pak tiri anak sepupu kau cakap aku macam tu! Kau ingat kau siapa? Kau senang dan sedap mulut cakap macam tu dekat depan aku! Apa? Kau ingat kau tu bagus sangat!?" Ucap Syafira . Juliana tersenyum sinis .

   "Suka hati akulah nak cakap apa . Mulut aku! Bukan mulut kau! Apa kau peduli?" Ucap Juliana sambil menunjukkan wajah bengis .

   "Betul tu, bukannya mulut kau! Lagipun, kau tak ada hak nak cakap apa-apa pun dekat dia sebab mulut dia ni bukannya mulut kau! Bukan kau yang menjadikan mulut ni!" Ucap Nadia . Syafira tersenyum dengan sinis .

   "Kita tak ada masa nak cakap fasal mulut . Sekarang ni, mulut perempuan yang tak guna ni, kena diajar! Mulut perempuan ni harus dicili, lepas tu ambil garfu yang ada api lalu cucuh kat mulut dia, and then, jahit mulut dia dengan zip! Lagipun aku ada pakar menjahit! Nak cuba?" Tanya Rina sambil tersenyum sinis .

   "Yes, I agree, kalau sesiapa yang nak sangat cuba, dipersilakan . Tak ada bayaran, percuma sahaja . Tak dikenakan walaupun satu sen ." Ucap Syafira . Juliana dan Nadia membeliakkan biji mata mereka . Syafira dan Rina pun begitu .

   "So, kau nak apa? Nak fight? Jomlah! Kau ingat kitorang takut?" Ucap Syafira . Juliana dan Nadia memandang sesama sendiri . Mereka berdua menggangguk .

   Syafira berlari menuju ke arah Juliana lalu menendang perutnya . Juliana terpelanting . Dia mengusap perutnya . Keadaan di kedai itu menjadi huru-hara . Semua orang di kedai itu mengalihkan pemandangan mereka ke arah mereka berempat .

   Juliana berasa amat malu lalu terus berdiri dengan bantuan Nadia .

   "Kau tak apa-apa? Jomlah kita lawan dengan mereka berdua ni! Tak guna! Jangan biarkan!" Ucap Nadia . Juliana mengganggukkan kepalanya . Dia mengusap perutnya yang agak sakit memulas itu . Rasa macam nak termuntah pun ada .

   "Kau ingat kau boleh belasah kami macam tu sahaja? Jomlah fight?" Ucap Juliana . Dia terus menendang kaki Syafira . Syafira tergelincir kerana lantai telah basah dengan air orennya yang tertumpah tadi .

   Rina mencapai sebuah cawan berisi kopi panas milik seorang lelaki tua lalu membaling kopi itu ke arah Juliana . Juliana mengelak .

   "Syafira bangun lalu mencapai mi kuah panas milik seorang kanak-kanak lelaki lalu membalingnya ke arah Nadia tetapi tidak terkena kerana terkena kepada rakannya sendiri Rina . Rina tergamam .

   "Ahhhhhhh! Panasnya! Panas!" Jerit Rina lalu terus berlari menuju ke tandas . Syafira menjadi takut . Juliana tersenyum sinis . Syafira terus menuju ke tandas untuk mendapatkan Rina . Nadia dan Juliana mengekori mereka berdua .

   "Jangan nak larilah ." Ucap Juliana . Nadia mengunci pintu tandas itu . Juliana menumbuk muka Syafira . Syafira naik berang lalu menendang muka Juliana lalu terjatuh . Nadia menampar pipi Syafira berkali-kali . Syafira habis pening lalu terjatuh . Rina memandang rakannya itu .

   "Kurang ajarnya ." Ucap Rina lalu menendang lengan Nadia . Nadia mengelak lalu menduku kepala Rina . Rina mengurut kepalanya . belum sempat Nadia mahu memukul tengkuk Rina, Syafira terus menumbuk muka Nadia menyebabkan Nadia hilang kawalan lalu terus memasuki ke tempat orang mahu membuang air .

   Syafira menggengam rambut Nadia lalu terus menjolok kepalanya ke dalam lubang tandas itu . Nadia menjadi terkaku . Juliana berdiri lalu mendapatkan rakannya itu . Dia menarik keluar rakannya itu, manakal Syafira memapah rakannya untuk bangun .

   "Kau ok?" Tanya mereka berdua serentak . Mereka berdua saling memandang .

   "Kalau dia mati tadi macam mana?" Tanya Juliana . Syafira mencebik .

   "Biarlah!" Ucap Syafira . Nadia menggegam tangan Juliana lau berdiri mahu mencuci mukanya .

   "Ahhhhhhhh! Muka aku habis dah kotor! Semua gara-gara dia!" Ucap Nadia . Syafira mencebik . Juliana memegang bahu rakannya .

   Mereka berempat terus keluar dari tandas lalu melihat kedai itu telah tiada orang . Yang hanya ada hanyalah pekerja kedai itu dengan pengurusnya . Mereka berempat meneguk air liur . Kedai itu telah bersepah .

   Gara-gara seorang lelaki mereka berempat diminta untuk membayar ganti rugi itu dan mengemas kedai itu . Mereka berempat merungut geram .

                                                                     ***

   Juliana keluar dari tandas biliknya lalu mengelap rambutnya yang basah . Dia mencapai pengering rambut lalu terus mengeringkan rambutnya . Dia mengeluh .

   Setelah habs mengeringkan rambut, dia terus menyikat rambutnya dan meletakkan minyak rambut ke atas kepalanya . Lalu dia tersu mengikat rambutnya . Dia menyangkut rambutnya lalu terus menuju ke arah laptopnya .

   "Apa?! Kenapa diorang komen macam ni? Ni buatkan aku naik berang!" Ucap Juliana . Dia menumbuk dinding biliknya kerana terlalu marah .

   "Darina komen, tak comel pun . Fahdi komen, memang muka ni macam ketam ." Ucap Juliana sambil membaca komen itu . Dia merengus geram .


   Dia menghembus nafas dengan perlahan lalu tersenyum tawar . Dia menutup laptopnya lalu membaringkan dirinya di atas katil . Dia bermain dengan jari-jemarinya mengenangkan peristiwa tadi.

   "Tengoklah nasib kau Syafira ." Ucap Juliana lalu menutup lampu untuk tidur .

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya, insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!        

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard