Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 15}
Khamis, 11 Februari 2016 | 8:46 PG | 0 comments
   Juliana duduk di ruang tamu rumah mak dan ayahnya sambil menikmati pisang goreng dan air teh panas . Telefon yang berada di tangannya langsung tidak dibuka . Maknya sedang menyiapkan nasi lemak untuk dijual . Sebelum tunggu azan Subuh berkumandang dari sebuah masjid di hadapan rumah mereka, baik dia menyiapkannya .

   Juliana melihat maknya yang sibuk memasak sambal kuah nasi lemak . Bau aromanya memang lazat dan macam mahu menghabiskan sambal itu pada masa itu juga . Dia menuju ke dapur . Kelihatan maknya sedang leka membuat kerja-kerja itu sehingga tidak menyedari kehadiran anak gadisnya itu .

   "Assalamualaikum mak! Kesian saya tengok mak buat kerja macam ni . Nak saya tolong?" Tanya Juliana sambil tersenyum . Maknya memandang Juliana tanpa senyuman lalu terus membuka peti sejuk sambil mencapai sebungkus plastik yang dipenuhi dengan ayam . Mak Juliana atau lebih dikenali sebagai Mak Senah meletakkan bungkusan itu di atas sinki .

   "Daripada Joyah duduk goyang kaki tak buat apa, baik pergi siang ayam-ayam itu . Lepas tu guilkan dengan rempah yang mak letak atas meja tu . Jangan lupa petik daun kari ." Ucap Mak Senah sambil mengacau sambal kuah nasi lemak itu . Juliana menggangguk .

   "Aik, kenapa hari ni mak suruh Joyah buat kerja ni ja? Kalau tak, selalunya, mak akan suruh Joyah masak nasi, potong-potong dan masak sambal kuah nasi lemak tu . Kenapa hari ni mak suruh Joyah siang ayam ja? Mak marahkan Joyah fasal peristiwa kat hospital tu kah mak?" Tanya Joyah sambil berkerut .

   Mak Senah memandang anak tunggalnya itu lalu tersenyum . Mak Senah menggeleng .

   "Mana ada . Mak tak marah . Kan kamu masih sakit . So, bagilah mak buat pula . Kesian kamu, baru keluar hospital ." Ucak Mak Senah sambil mengusap kepala anak daranya itu . Juliaan tersenyum .

   "Baiklah mak . Tapi, mak tak penatkah?" Tanya Juliana . Mak Senah membuat wajah bengis pula .

   "Apa? Kamu ingat mak ni tua sangat! Baru 41! Sudah! Buat kerja tu! Jangan banyak songeh!" Ucap Mak Senah lalu terus meninggalkan anaknya itu . Juliana sempat menghalang .

   "Mak nak pergi mana ni?" Mak Senah terhenti lalu memandang Juliana .

   "Nak pergi solatlah! Lepas ni kamu pula! Dah, mak pergi dulu . Cepat siang ayam tu ." Ucap Mak Senah lalu terus meninggalkan Juliana .

                                                                 ***

   Syafira bangun awal sambil menenyeh matanya . Dia melihat jam pada atas meja tepi katilnya . Baru pukul 6.30 pagi . Kuliah bermula pada jam 8.00 pagi . Terlalu awal dia bangun . Dia terus menuju ke bilik air untuk mandi dan solat .

   Selepas mandi dan solat, dia terus turun ke bawah sambil melihat ruang tamu yang kosong tiada penghuni itu . Dia munuju ke atas semula . Dia memulas tombol pintu bilik mamanya . Kelihatan bilik mamanya berkunci . Itu tandanya, mama dan papanya telah ke pejabat .

   Dia tertunduk . Dia menuju ke dapur . Kelihatan Mak Jah sedang membancuh kopi di dapur . Juliana menegur bibiknya itu .

   "Assalamulaikum mak cik! Mak cik buat apa ni?" Tanya Syafira . Mak Jah menjawab salam tersebut lalu tersu tersenyum memandang Syafira .

   "Mak Jah sedang bancuh kopi kepada tetamu kita ." Ucap Mak Jah . Syafira berkerut . Syafira melihat ke ruang tamu . Tiada orang .

   "Siapa mak cik?" Tanya Syafira . Mak Jah berkerut .

   "Alah, Kamal!" Ucap Mak Jah . Syafira terus menuju ke ruang tamu . Dia memeriksa setiap kawasan . Tiada Kamal .

   "Mana dia?!" Tanya Syafira di ruang tamu itu . Tiba-tiba satu suara bergema .

   "Saya di sini sayang!" Ucap Kamal sambil tersenyum . Syafira terkejut . Kamal terus tersenyum lalu menjolok perut Syafira dengan sebilah pisau . Syafira menjerit!

"AAAAAAAAAAAAAAAA!" Syafira terus terjaga dari tidurnya lalu mengusap peluh pada dahinya. Dia melihat jam pada sebelah katilnya . Baru pukul 6.30 pagi . Dia menjadi ketakutan . Dia tersu turun dari katil lalu tersu menuju ke bilik mandi .

   Selepas mandi dan solat, Syafira terus menuju ke ruang tamu . Dia memeriksa setiap kawasan di ruang tamu itu . Dia menuju ke halaman rumah . kelihatan kereta mama dan papanya telah tiada . Maknanya mereka telah ke pejabat .

   Tiba-tiba aa seseorang menegurnya dari belakang .

   "Syafira?" Ucap Mak Jah . Syafira memandang Mak Jah lalu tersenyum .

   "Syafira buat apa kat luar pagi-pagi ni? Dah solat?" Tanya Mak Jah .  Syafira mengganggukkan kepalanya . Dia terus masuk ke dalam rumah lalu duduk di atas sofa di ruang tamunya . mak Jah duduk di sebelahnya .

   "Nak minum apa? Mak cik akan siapkan ." Ucap Mak Jah sambil tersenyum . Syafira menggeleng . Dia mengusap kepalanya .

   "Tak apalah mak cik ." Ucap Syafira sambil mendongakkan dagunya . Mak Jah berkerut .

   "Kamu ada masalah? kalau ada masalah, ceritalah dekat mak cik . Insya-Allah mak cik boleh selesaikan ." Ucap mak jah . Syafira menggeleng .

   "Bukan mak cik . Sebenarnya, tadi, saya ada mimpi, mak cik siapkan kopi, lepas tu saya tanyalah, mak cik nak berikan kopi tu kepada siapa . And then, mak cik kata mak cik nak berikan kepada kamal saya periksalah ruang tamu, tengok, Kamal tak ada . Lepas tu semasa saya sedang cari, tiba-tiba dia tegur saya dah terus jolok perut saya dengan pisau . Saya jadi takut ." ucap Syafira . Mak Jah tergamam .

   "Alah, mimpi ja pun! Semua orang selalu kata yang mimpi ni permainan tidur! Jagan nak takut sangatlah ya! Kamal bukan seseorang yang begitu , Dia tu seorang yang peramah, hormat orang tua-tua dan tahu nak jaga kehormatan orang lain ." Ucap Mak Jah sambil tersenyum . Syafira tidak berkata apa-apa lalu terus

   "Betul juga kan mak cik . Hmm, dahlah, saya nak naik atas dulu . Saya nak pergi bersiap nak beli nasi kat luar . Sedap juga kalau dapat makan nasi lemak dengan ayam goreng ." Ucap Syafira . Mak Jah menggangguk lalu terus berjalan menuju ke dapur untuk membuat kerja .

                                                                         ***

   Mak Senah membuka gerai di hadapan rumahnya . Juliana turut membantu maknya itu .

   "Ok, dah siap . Joyah tolong mak ya ." Ucap Mak Senah sambil tersenyum . Juliana terlopong sambil merenung wajah maknya itu dalam-dalam . Maknya berkerut .

   "Afasal, salahkah nak bantu mak . mak letihlah! Hari-hari buat kerja yang sama . Kamu kan dapat MC 4 hari, Daripada duduk rumah goyang kaki, baik kamu tolong mak . Mak nak rehat sambil layan drama suami vs tunang . Layan iklan pun jadilah ." Ucap maknya lalu terus meninggalkan Juliana .

   Juliana melihat maknya berlalu pergi . Dia menghentakkan kakinya berkali-kali . Dia merengus geram sambil merungut sendirian .

   Juliana menunggu dan menunggu . Sudah sepuluh minit dia duduk seperti tunggul di situ tetapi tetap tiada orang mahu membeli . Ayam telah digoreng banyak, tetapi orang yang datang sekadar melihat dan bertanyakan harga .

   Juliana mengetuk sudunya berkali-kali sambil termenung .

   Dia mencapai telefonnya lalu berselfie di hadapan kuali . Lalu dia terus menyimpan telefon itu . Dia melihat sekeliling . Masih tiada orang mahu datang membeli nasi lemaknya .

   Tiba-tiba seorang gadis datang sambil keluar dari perut keretanya . Gadis itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan tersu menuju ke gerai itu . Juliana tida seberapa nampak jelas dengan wajah gadis itu .

   Gadis itu membuka kaca mata hitamnya lalu ternganga memandang Juliana . Juliana merenung gadis itu dengan jelingan yang tajam .

   "Kau lagi!" Ucap Juliana sambil memeluk tubuhnya .

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!




Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard