Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 17}
Selasa, 16 Februari 2016 | 7:11 PG | 0 comments
   Syafira duduk di stesen bas sambil mengusap air matanya . Tiba-tiba Rafiq ternampaknya yang menangis di situ sendirian . Rafiq terus berlari menuju ke arah Syafira yang menangis seperti ada kehilangan anak itu . Rafiq duduk di sebelahnya .

   "Kalau awak ada masalah, saya nasihatkan agar tidak membunuh diri." Ucap Rafiq sambil menenangkan Syafira. Syafira memandang Rafiq lalu terus mengusap air matanya. Rafiq berkerut memandang Syafira.

   Syafira mengelap linangan air matanya yang masih mengalir menggunakan sehelai tisu. Dia tersenyum memandang Rafiq di situ.

   "Errr, Rafiq! Ada apa ni? Kenapa awak datang sini?" Tanya Syafira sambil tersenyum. Rafiq masih berkerut dan menggeleng. Dia memandang Syafira lalu tersenyum dengan menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.

   "Bagus, awak dan seratus peratus ok! Kenapa awak menangis? Ada masalah? If you has a problem, don't worry, saya ada untuk membantu awak." Ucap Rafiq sambil menepuk-nepuk dadanya. Syafira menggeleng sambil tersenyum.

   "Siapa kata saya ada masalah?" Tanya Syafira sambil berkerut. Rafiq berkerut sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

   Syafira turut berkerut lalu mengangkat bahunya. Dia menggelengkan kepalanya.

   "Saya mana ada masalah! Ish, awak ni, lain kali tanya dulu ." Ucap Syafira. Rafiq masih lagi berkerut.

   "So, why do you crying?" Tanya Rafiq. Syafira berkerut lalu terus ketawa sambil menepuk dahinya. Rafiq masih lagi berkerut.

   "No, no! Saya ada berita baik!" Ucap Syafira. Rafiq terangguk lalu tersenyum.

   "Apanya yang berita baik tu?" Tanya Rafiq. Syafira menepuk tangannya sekali lalu tersenyum.

   "Mama saya dah tak nak paksa saya berkahwin dengan Kamal, dia kata, biar dari pilihan hati saya sendiri. So, now, I free!" Ucap Syafira sambil ketawa lagi. Rafiq menggangguk perlahan.

   "Now, awak nak buat apa?" Tanya Rafiq. Syafira terdiam sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia berdiri.

   "Dahlah, lain kali jalah kita berbual ya! Saya nak balik. Bye! Assalamualaikum!" Ucap Syafira lalu tersu berjalan menuju ke arah keretanya . Dia menyanyikan lagu yang berjudul 'Freedom' nyanyian sebenar 'Maher Zain'. Rafiq tersenyum.

                                                                     ***

   "APA?! Kalau macam ni rugilah kita Joyah!" Marah Mak Senah sambil memegang wang yang berjumlah Rm12.00 ringgit sahaja pada masa satu hari itu. Juliana tertunduk sambil mengusap air matanya.

   "Kalau macam ni, macam mana? Mak kan dah kata, nasi lemak dengan ayam goreng sebungkus empat ringgit, yang kamu jual sebungkus dua ringgit tu kenapa?" Tanya Mak Senah sambil memeluk tubuhnya . Juliana memandang maknya.

   "Mak, apa salahnya kalau kita nak bersedekah. Bagi Joyah, empat ringgit tu mahal sangat! Cubalah mak fikir secara logik, nak goreng ayam tu senang ja. Diorang beli kat pasar seekor, baru lima belas ringgit. Cubalah mak berfikir ke arah yang logik." Ucap Juliana mempertahankan dirinya.

   Mak Senah menepuk dahinya lalu tiba-tiba dia mengalami sesak nafas seperti mahu mati sahaja lagaknya itu. Juliana menjadi terkejut.

   "Mak, mak janganlah mati! Mak!" Juliana terus berlari ke arah maknya itu dan menangis dengan secukupnya! Dia mengusap air matanya.

   "Mak, mak janganlah pergi! Joyah janji yang Joyah tak akan buat lagi! Joyah janji yang Joyah akan ikut cakap mak! Tapi, mak janganlah mati!" Ucap Juliana sambil menangis dengan teresak-esak. Dia menekup mukanya.

   Mak Senah memegang pipi anak tunggalnya itu. Dia menarik nafasnya dalam-dalam seperti ada Malaikat maut mahu mencabut nyawanya. Juliana memandang maknya.

   "Joyah, Joyah kena janji dengan mak yang Joyah akan buat kerja tu elok-elok ya esok! Berilah untung pada kita! Mak teringin nak beli produk kecantikkan QU PUTEH, QU PUTEH! BARULAH PUTEH!" Tiba-tiba maknya terus bersemangat selepas menyebut perkataan qu puteh itu.

   Juliana berkerut lalu menepuk perlahan bahu maknya itu. Dia memeluk tubuhnya sambil membuat wajah yang marah.

   "Mak ni, buat Joyah risau ja! Lain kali, mak janganlah nak buat-buat mati, mati betul-betul nanti baru tau!" Ucap Joyah sambil memeluk tubuhnya . Maknya tersenyum.

                                                                         ***

   Syafira berjalan di dalam kolej di mana tempat Juliana belajar bersama dengan rakannya Rina. Mereka mempunyai tugasan khas dari Professor Fahmi yang menyuruh mereka berdua menghantar sepucuk surat cinta kepada Professor Mawar yang mengajar di kolej itu.

   "kenapa kita yang kena?" Tanya Rina sambil memeluk tubuhnya. Syafira menjongketkan bahunya sambil memandang sepucuk surat yang harum perfume wanita.

   "Nasib baik dah habis sesi pembelajaran, bolehlah kita minta izin dari pihak kolej ini untuk urusan yang kononnya teramat rasmi itu!" Ucap Rina lagi sambil melihat pemandangan kolej itu.

   Mereka berdua berhenti di hadapan pintu bilik-bilik pensyarah itu. Mereka memasuki ke dalam bilik itu. Mereka berdua tercari-cari kelibat Professor Mawar. Tiba-tiba mereka ternampak seorang pensyarah wanita yang amat cantik, tinggi lampai dan berisi itu.

   "Mungkin, itulah Professor Mawar yang disebut-sebut oleh Professor Fahmi. Kelihatan, memang nampak macam dia." Ucap Rina. Syafira berkerut. Dia berjalan menuju ke arah pensyarah perempuan itu.

   "Assalamualaikum, tumpang tanya, awak Professor Mawar kah?" Tanya Syafira sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Pensyarah wanita itu menggangguk lalu tersenyum.

   "Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah?" Tanya Professor Mawar sambil tersenyum. Rina menggeleng lalu menrampas surat dari Syafira lalu dihulurkan kepada Professor Mawar.

   "Surat apa ni?" Tanya Professor Mawar sambil berkerut. Syafira tersengih.

   "Dari Professor Fahmi yang mengajar di kolej kami. Err, khas untuk cikgu." Ucap Syafira sambil tersenyum. Professor Mawar berkerut lalu menggangguk. Dia mengucapkan terima kasih. Syafira dan Rina meminta diri untuk pulang.

   Tiba-tiba ada dua orang pelajar menghalang laluan mereka berdua. Syafira dan Rina membuat wajah marah yang teramat sangat!



    "Tunggu! Mana awak berdua nak pergi hah? Datang kolej orang tak bagi salam!" Ucap Juliana sambil memeluk tubuhnya. Syafira menjeling marah.

    "Ke tepilah, saya dengan Rina dah tak ada masa, kami perlu ke kelas tambahan sekarang!" Ucap Syafira sambil mencekak pinggang. Rina mengganggukkan kepalanya.

   "Ada kitorang kisah korang berdua nak pergi kelas tambahan? Anyways, kitorang masih tak berpuas hati!" Ucap Juliana sambil tersenyum jahat. Nadia menggangguk.

   "Kami berdua tak ada masa sekarang ni! Tolonglah! Kami nak kena pergi! Tak ada masa nak tunggu korang berdua buat ceramah bebas yang sesat kat depan ni!" Ucap Rina pula dengan mulutnya yang laser.

   Nadia menjongketkan keningnya. Dia memandang Juliana sambil tersenyum jahat.

   "Sudahlah, kami dah nak kena pergi!" Ucap Syafira lagi. Kelihatan api kemarahannya sudah mahu meletus. Nadi dan Juliana tetap menggeleng jahat.

   "What ever do you want to say, we do not care!" Ucap Nadia sambil menggeleng. Syafira sudah naik bengang.

    "We must go now!!!!!!!" Jerit Syafira.



 
 
Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


                                                             

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard