Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 18}
Ahad, 21 Februari 2016 | 1:19 PG | 0 comments
   Mereka berdua terlopong selepas mendengar Syafira menjerit seperti hantu yang tak bertuan! Juliana menggelengkan kepalanya sambil memeluk tubuhnya. Nadia turut melakukan tindakan yang sama berulang kali.

   Syafira menarik nafasnya dalam-dalam. Tiba-tiba Professor Mawar berjalan menuju ke arah Syafira sambil tersenyum.

   "Nasib baik kamu tak balik lagi. Ni, boleh tak kamu berdua berikan surat ni kepada professor kamu tu! Terima kasih ya." Ucap Professor Mawar lalu menarik semula suratnya. Syafira dan Rina berkerut.

   "Tak apalah, kenapa tak balik lagi?" Tanya Professor Mawar sambil berkerut. Syafira dan Rina menggeleng sambil tersengih.

   "Err, nak baliklah ni." Ucap Rina. Professor Mawar terangguk lalu tersu berjalan meninggalkan mereka. Syafira kembali memandang Juliana sambil memeluk tubuhnya.

   "Ish, ke tepilah Joyah, aku dengan kawan aku ni nak pergi kelas tambahan! Tak faham-faham lagikah!? Aku nak pergi kelas tambahan!" Ucap Syafira sambil merengus geram. Juliana menjegilkan biji matanya.

   "No ways! Aku tak akan izinkan kau pergi sesuka hati! Hutang kau dengan aku masih belum habis lagi!" Ucap Juliana. Nadia menggangguk.

   Syafira tetap menggeleng.

   "Yes, you have to pay the... err, apa-apa jalah! Kau harus bayar hutang tu sekarang!" Ucap Juliana. Syafira menggeleng. Dia masih tak faham hutang apa yang dimaksudkan itu.

   "Mana ada aku hutang dengan kau! Seingat aku, nasi lemak aku dah bayar! Apa lagi yang kau nak!? Oh, hutang telefon! Kau kata kau kaya, pergilah beli sendiri!" Syafira menjegilkan biji matanya. Juliana terangguk.

   "No, no and no! Kau kena berikan Rafiq kepada aku sebagai bayaran dari telefon tu! Hei, kau jangan perasan yang Rafiq tu tergila-gilakan kau! Rafiq itu adalah jodoh buat aku dan bukan kepada kau! Jangan harap! He was mine!" Ucap Juliana. Syafira tersenyum dengan sinis.

   "Apa buktinya!?" Tanya Syafira. Juliana tersenyum dengan lagak.

   "Banyak buktinya, kitorang ada pergi date, mak dia ajak aku datang rumah, hari tu dia ada kata, dia kata, dia nak masuk meminang aku, tapi disebabkan aku masih belajar, so, tangguhkan sahaja!" Ucap Juliana sambil tersenyum. Syafira terdiam lalu tersenyum.

   "Everyday, aku tengok dia selalu keluar dengan kakak dia, dan kelmarin dia baru ja jumpa aku dekat stesen bas dan tanyakan khabar aku! So, kau jangan nak membohong!" Ucap Syafira. Juliana terdiam lalu naik bengang!

   "So, kau tak puas hati?" Tanya Juliana. Syafira menggangguk.

   "Ya, memang aku tak puas hati!" Ucap Syafira. Juliana melompat untuk bergaduh dengan Syafira, Syafira menjadi ketakutan!

   "RAFIQ MILIK AKU!" Jerit Juliana.


   Belum sempat Juliana mahu bergaduh, pengetua sudah menegur.

   "Apa bising-bising ni hah? Afasal ni?" Tanya pengetua sambil bercekak pinggang. Juliana terus berhenti dan terdiam. Syafira menjadi tergamam. Rina menuju ke arahnya.

   "Tak ada apa-apa pengetua, kami berlakon ja! Besok dah nak pergi teater!" Ucap Juliana. Syafira menggangguk sambil tersenyum.

   "Asyik, asyik alasan yang sama! Teater, teater, teater! Dah tak ada alasan lain?!" Tanya pengetua sambil membuat wajah bengis. Syafira menggangguk.

   "Betul puan! Kami berlakon!" Ucap Syafira. Pengetua memandang Rina dan Syafira.

   "Kamu berdua ni buka dari kolej sebelah tu kah?" Tanya pengetua sambil memeluk tubuhnya. Syafira dan Rina memandang sesama sendiri lalu menggangguk.

   "Buat apa datang sini?" Tanya pengetua. Syafira dan Rina terdiam. Pengetua menggeleng lalu tersenyum keibuan.

   "Sudah, kamu berdua boleh pulang ke kolej kamu." Ucap pengetua. Syafira dan Rina menggangguk lalu terus pulang.

                                                             ***

   Rafiq berjalan sendirian lalu ternampak Syafira sendirian di taman. Dia sedang membaca buku. Rafiq memandang kiri dan kanan lalu tersenyum!

   "Yes, ini peluang baik!" Ucap Rafiq lalu memperbetulkan rambutnya dan kolar bajunya. Dia membuat rilek lalu terus berjalan menuju ke arah Syafira. Syafira ternampak Rafiq lalu tersengih.

   "Ada apa ni?" Tanya Syafira sambil menutup bukunya. Rafiq menggeleng sambil tersengih!

   "Tak ada apa-apa pun sebenarnya, just saja-saja nak jumpa. Boleh saya tanya awak satu soalan?" Tanya Rafiq sambil tersenyum. Syafira terdiam lalu menggangguk.

   "Bbboleh! Tanyalah, apa dia?" Tanya Syafira. Rafiq menggangguk.

   "Awak dengan Juliana dah berbaik?" Tanya Rafiq sambil tersenyum. Syafira menggelengkan kepalanya sambil menrengus germa.

   "Saya dengan dia tak akan berbaik! Lagipun, dia tu selalu akan buat saya marah! Asal jumpa ja, mesti nak cari gaduh! Apa-apa ja, mesti kena gaduh!" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya.

   "I think, you must make your girlfriend feel cool! Taklah, saya tengok dia tu teruk sangat!" Ucap Syafira. Rafiq berkerut.

   "What? Girlfriend? Bila masa saya couple dengan dia. Kenal dia dengan lebih dalam pun tak! Girlfriend?" Tanya Rafiq. Syafira mencekak pinggangnya sambil menggeleng. Dia memandang Rafiq.

   "Tapi kelmarin dia kata yang awak pernah date dengan dia! Perempuan kuat selfie tu juga cakap yang awak nak masuk meminang dia. Tapi dia kata kena tangguh sebab dia masih belum habis belajar. Jangan nak buat tak tahulah Rafiq! I know everything!" Ucap Syafira. Rafiq menggelengkan kepalanya.

   "Bila masa saya keluar date dengan dia!? Nak keluar satu minit pun tak pernah! Tambahan memasuk meminang! Lagilah tak! Saya just jumpa dia kat gerai nasi lemak dan order nasi lemak dari dia, itu dia kata date? Wow, nampak sangat perempuan ni tak kenal maksud DATE!" Ucap Rafiq.

   Syafira ketawa kecil sambil menggeleng lucu. "Tulah, saya pun macam tak percaya! Ini disebabkan saya selalu nampak yang awak suka keluar dengan kakak awak." Ucap Syafira. Rafiq menggangguk. Syafira ketawa kecil sekali lagi.

                                                           ***

   "Alah mak! Salahkah kalau Joyah nak tukar hiasan bilik Joyah!? Rasa bosanlah dengan bilik tu! Dahlah pucat ja! Hiasan pun tak ada! Lagipun Joyah bukannya pakai duit mak dengan duit bapa! Pakai duit Joyah sendirilah mak!"

   Maknya tetap menggeleng sambil menggigit karipap ayam buatannya sendiri. Bapanya atau lebih dikenali sebagai Pak Man sama menggeleng.

   "Buat apa Joyah nak buangkan duit Joyah dengan hiasan bilik? Lebih baik Joyah simpan duit tu untuk masa depan yang lebih cerah! Kan lagi bermakna! Kita ni bukannya orang senang! Tengok rumah pun macam dah reban ayam." Ucap Pak Man sambil meneguk secawan kopi. Juliana tetap menggeleng.

   "Bapa, Joyah malulah dengan Nadia, rumah dia besar, ada swimming pool! Bilik pun cantik! Macam anak raja punya bilik. Bilik Joyah ni, dahlah pecah-pecah! Tak eloklah mak, bapa! Buruk, kalau Nadia tengok, pasti dia ketawa!" Ucap Juliana memujuk mak dan bapanya. Mereka tetap menggeleng.

   "Joyah sekarang ni dah berubah kan! Dulu, dengar ja cakap mak dengan bapa! Sekarang ni, suka membantah! Mak kata tak boleh, tak bolehlah! Membazir!" Ucap Mak Senah sambil memeluk tubuhnya. Juliana terdiam. Dia terus berlari menuju ke biliknya.

   "Merajuklah tu!" Ucap maknya. Bapanya menggeleng.

                                                             ***

   Professor Mawar duduk di bilik gurunya sambil memeriksa buku anak muridnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Hai, dah ajar beratus kali pun masih tak faham! Apalah nak jadi dengan diorang ni!? Marah nanti merajuk dan berbalas dendam! Tak boleh kena tegur langsung!" Ucap Professor Mawar.

   "Hai, kenapa kelihatan murung ja? Ada masalah?" Tanya Professor Fhami sambil tersenyum.  Professor Mawar memandang Professor Fahmi lalu tersenyum manis.

   "Err, tak ada apa-apa sebenarnya. Encik datang ni ada apa?" tanya Professor Mawar sambil tersenyum.



   "Ish, tak payahlah panggil encik, encik ni. Panggil ja Fahmi." Ucap Professor Fahmi sambil tersenyum. Professor Mawar tersenyum.

   "Err. bolehkah orang luar masuk kolej ni?" Tanya Professor Mawar sambil tersenyum. Professor Fahmi menggeleng sambil tersenyum.

   "Tak adalah. Saya tadi jumpa pengetua untuk program pertukaran pelajar selama 6 bulan. Anak murid saya yang bernama Syafira dan Rina." Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar terangguk.

   "Oh, awaklah kelmarin yang beri saya surat kan. Awak suruh dua orang anak murid awak yang berikan kepada saya." Ucap professor Mawar. Professor Fahmi mengganggukkan kepalanya.

   "mereka berdualah. Yang rambut pendek tu Rina, dan yang rambut panjang tu Syafira." Ucap Professor Fahmi.

   "Tapi, program pertukaran pelajar bukan hanya berlaku pada budak luar negarakah?" Tanya Professor Mawar.

   "Style baru!" Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar terangguk.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya, Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard