Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 20}
Sabtu, 27 Februari 2016 | 11:19 PTG | 0 comments
   "Tulah, daripada kita bergaduh macam ni, bukannya boleh buat apa." Ucap Juliana sambil bersalaman dengan Syafira dan Rina. Nadia turut melakukan perkara yang sama. Syafira dan Rina menggangguk sambil tersenyum.

   "Siapa yang Rafiq nak pilih, itu terpulang kepada dia! Dia ada hak sama ada nak pilih aku atau kau. Tapi kalau dia pilih aku, kau jangan marah ya!" Ucap Juliana sambil tersengih. Syafira tersenyum tawar.

   "Ok juga kalau kita jadi empat sekawan, yalah, kami berdua ni pun bosan, asyik kami berdua sahaja yang kawan, saya hadap muka dia, dia hadap muka saya." Ucap Nadia sambil tersenyum.

   "So, apa yang kita nak buat dekat kelas ni empat orang?" Tanya Syafira. Juliana terdiam. Nadia memandang mereka berdua.

   "Entahlah, kami pun tak tahu nak buat apa. Lagipun kami berdua ni, selalunya suka duduk dekat kelas ni sampai pukul 5.00 petang! Perkara biasa yang kitorang buat selalunya main catur, bersembang dan berselfie!" Ucap Nadia sambil tersengih.

   "Wow! Cikgu tak marahkah duduk dekat kelas ni lama-lama?" Tanya Rina. Juliana menggelengkan kepalanya.

   "Tak langsung, kami bagilah alasan yang kami berdua nak belajar dekat sini! Kami akan kata yang di rumah kami tak selesa. So, pengetua setujulah." Ucap Juliana. Syafira dan Rina terangguk.

   "Ok, err, boleh saya tanya satu soalan?" Tanya Rina. Juliana menggangguk sambil tersenyum.

   "Nak tanya banyak pun boleh." Ucap Juliana. Syafira memandang Rina. Hairan? Soalan apa yang dia ni nak tanya.

   "Korang berdua ni memang rapat? Dah tak ada kawan lainkah? Pergi mana-mana memang berduakah?" Tanya Rina. Syafira menepuk dahinya. Soalan macam tu pun nak tanyakah?

   "Memang. Kami tak perlukan kawan lain, tapi awak berdua tak apa. Tapi kami berdua ni memang rapat!" Ucap Nadia. Juliana mengganggukkan kepalanya.

   "Awak berdua pun samakah?" Tanya Nadia. Rina memandang Syafira lalu menggangguk.

   "Of courselah! Kmai ni kawan sejak enam tahun sampai sekarang! Kitorang ni, macam pen dengan dakwat! Tak dapat dipisahkah! Kalau gaduh pun, sekejap ja elok!" Ucap Rina sambil memeluk sahabat karibnya itu. Syafira tersenyum.



   "Oh, yakah!" Ucap Nadia sambil tersenyum. Juliana membuka telefonnya, ternyata, Mak Senah telah mengantar mesej yang berbunyi

Bila kamu nak balik ni? Sekarang dah pukul 3.00 petang! Tahulah selalu balik pukul 5.00 petang! Risau mak sebab kamu tak beritahu mak! Kalau kamu nak balik pukul 5.00 petang mak izinkan tetapi lain kali beritahu mak.

   Juliana menggeleng sambil membalas mesej maknya itu. Syafira dan Rina memandang sekeliling kelas itu. Sunyi dan sepi.

   "Tak rasa takutkah duduk dalam kelas berduaan? Yalah, setiap sekolah atau kolej pasti ada lagendanya yang tersendiri, dan kami juga pasti yang kolej korang pun ada lagenda! Betul tak?" Tanya Rina. Syafira menggangguk.

   Nadia dan Juliana memandang sesama sendiri. Betul apa yang telah dikatakan oleh mereka berdua itu, kolej itu pun ada rahsianya yang tersendiri. Ada juga kisah yang menyeramkan di sebalik kolej yang besar dan bepretasi tinggi itu.

   "Memang betul cakap awak berdua tu! Kadang-kala, pasti ada benda yang membuatkan kami semua seram sejuk! Menakutkan! Kalau awak nak tahu lagenda di sebalik kolej ini, mari ikut kami." Ucap Nadia lalu mengajak mereka mengikut langkah mereka berdua.

   "Nampak sesuatu yang bentuk bujur di dalam kotak kaca tu?" Tanya Juliana sambil memeluk tubuhnya. Syafira dan Rina menuju ke kotak kaca itu dan memandang sesuatu yang ada di dalam kotak kaca itu.

   "Itu telurkan?" Tanya Syafira.

   "Shhhhhh! Ini bukannya sebarang telur, ini telur yang sangat pelik dan ganjil dari telur-telur yang lain! Lihatlah rupanya pun dah pelik! Kalau korang nak tahu, telur ni telah wujud dalam beberapa puluh tahun yang lepas!" Ucap Juliana sambil membuat wajah yang menakutkan.

   "Tipu! Takkan telur ni tak menetas lagi! Awak berdua nak tipu pun ada-adalah." Ucap Rina sambil menggelengkan kepalanya. Syafria menggangguk. Nadia dan Juliana terdiam lalu menuju ke arah kotak kaca itu.

   "Mana ada kami tipu! Ini memang betul dan bukannya penipuan! Sebenarnya, telur ni telah disumpah dan dijampi!" Ucap Nadia pula. Juliana menggangguk.

   "Dulu-dulu pada suatu masa yang dulu... ada sekumpulan pelajar mistik yang berlari sambil membawa sebiji telur pada waktu malam yang pekat dan hujan yang lebat beserta dengan kilat yang sambar-menyambar!" Juliana memulakan cerita.

   Rina menguap bosan. Syafira berkerut. Juliana merengus geram dan meneruskan ceritanya.

   "Nak tahu sebab apa diorang bawa balik telur tu? Sebab diorang nak balas dendam dekat pengetua diorang yang dulu sangat kejam dan pentingkan diri sendiri! Duit-duit yang kerajaan nak berikan kepada pelajar, dia ambil dan beli untuk keperluan dirinya sendiri! Memang kejam kan! Bukan itu sahaja, dia dengan keraninya itu, selalu keluar! Bukan pergi kursus atau apa, pergi berjoli!" Ucap Juliana lagi.

   "Kenapa telur? Kenapa tak boleh sumpah benda lain?" Tanya Rina. Nadia menggeleng.

   "Entahlah, tapi tok bomoh tu kata telur ja yang boleh!" Ucap Nadia sambil memandang Juliana.

   "Diorang tutup kesemua lampu di bilik diorang dan pasang lilin yang banyak! Diorang pakai baju yang serba-serbi hitam dan mula jampi telur itu! Entahlah apa yang diorang jampi tu, Dan selepas itu..." Juliana tidak meneruskan kata-katanya.

   "Apa yang berlaku?" Tanya Rina. Juliana dan Nadia memandang sesama sendiri.

   "Tak ada apa-apa. Ini cuba mitos, sebenarnya telur ini adalah kajian untuk aktiviti eksperimen kami, entah bilalah dia nak menetas dengan bantuan lampu dan udara." Ucap Juliana sambil tersenyum. Nadia turut tersenyum memandang telur itu.

   "Saya dah tahu, awak berdua pasti menipu!" Ucap Rina. Syafira menggeleng lalu memandang Rina.

   "Dekat kolej ni pun ada eksperimen yang macam ni?" Tanya Syafira seperti teruja. Nadia dan Juliana mengganggukkan kepala mereka berdua.



        "Lihatlah warnanya yang kami cat! Cantikkan!?" Tanya Nadia sambil tersenyum. Syafira dan Rina menggangguk sambil tersenyum.

     "Dahlah, jom kita pergi makan. Biar aku belanja. Lagipun makanan dekat situ murah-murah." Ucap Juliana, belum sempat mereka mahu pergi, tiba-tiba Professor Mawar menegur.

   "Apa yang kamu berempat buat di sini? Masih belum pulang?" Tanya Professor Mawar sambil memperbetulkan kaca matanya. Mereka berempat tergamam.

   "Err, kami nak baliklah ni, tadi kami ada buat study group. Sekarang baru kami nak balik, sementara tu singgah sekejaplah dekat mana-mana kedai makan." Ucap Juliana. Mereka bertiga menggangguk sambil tersenyum.

   "Oooo! Oklah! Selamat maju jaya! Bye!" Ucap Professor Mawar lalu keluar dari kolej itu untuk pulang ke rumah. Mereka berempat ketawa kecil lalu keluar dari kolej itu.

                                                                              ***

    Rafiq berjalan-jalan sambil memegang sebuah bungkusan hadiah. Dia berjalan-jalan sambil menuju ke keretanya. Rina ternampak Rafiq dan bersembunyi di sebalik dinding.

   "Itulah Rafiq yang dikatakan oleh Syafira. Ok juga, not bad! Nak kata hodoh, hensem! Dia nak pergi mana tu?" Tanya Rina sendirian sambil tersenyum sendirian.

   "Patutlah minah selfie dengan minah buku tu suka dan bergaduh sebab Rafiq, dia hensem rupanya." Ucap Rina lagi. Dia memperbetulkan rambutnya lalu menuju ke arah Rafiq yang baru mahu membuka pintu keretanya.

   "Assalamualaikum!" Ucap Rina sambil tersenyum. Rafiq berkerut sambil menjawab salam tersebut. Rina tersenyum.

  "Jadi awaklah Rafiq yang selalu dikatakan itu! Not bad! Hensem sangat! Kalau saa jadi couple awak pasti best dan awesome!" Ucap Rina. Rafiq berkerut.

   "Kejap, kejap! Awak ni siapa hah!? Tiba-tiba datang, puji, nak couple, you orang gila kah! Eh, kejap, nanti saya call Perak Road! Kesian dekat awak! Ni terlepas ni!" Ucap Rafiq. Rina berubah mukanya lalu menepuk bahu Rafiq.

   "Kurang ajarnya bahasa kata saya ni terlepas dari wad gila tu! Hei, awak Rafiqkan? Awak kan yang Juliana dengan Syafira tu sukakan sangat! Nak kata hensem taklah sangat! Jangan nak jahat sangat mulut tu! Senang-senang kata orang gila!!!" Ucap Rina. Rafiq terdiam lalu menggangguk.

   "Oh, awak kana Syafiralah ni! Err, boleh tak awak tolong saya?" Tanya Rafiq. Rina berkerut.

   "Tolong apa?" Tanya Rina.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment and be my followers! Assalamualaikum!


                                                             

 

 

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard