Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 21}
Jumaat, 4 Mac 2016 | 6:17 PG | 0 comments
   "Saya tak fahamlah dengan awak ni Aiman! Selalu sangat kacau saya! Kenapa ya? Awak ni memang dah tak betul agaknya! Kepala tu miring ya? Sudahlah! Saya malaslah nak layan kerenah awak yang entah apa-apa tu!"Ucap Syafira sambil berjalan-jalan di taman itu. Aiman masih mengikuti langkahnya.

   "Alah, salahkah kalau saya nak tegur awak? Sebagai seorang sahabat, saya kenalah tegur, dan layan awak macam kawan-kawan saya yang lain! Tapi disebabkan awak adalah seorang perempuan saya kena layan awak dengan agak special sikit! Sikit ja!" Ucap Aiman sambil tersenyum senget. Syafira menggeleng.

   "Aduh, pening kepalalah dengan awak ni! Sudahlah! Malas nak layan!" Ucap Syafira sambil memasuki ke dalam sebuah kedai makan. Aiman masih mengikuti langkahnya.

   "Ish, awak nak apa lagi? Kalau awak tak berhenti ikut saya like this, i will be call the police now!" Ucap Syafira dengan nada menggungut. Aiman menjadi agak takut dan berlagak berani.

   "Alasan apa yang awak nak berikan kepada polis tu? Bukti apa?" Aiman seperti menjadi agak tabah dan berani. Syafira memeluk tubuhnya.

   "Ramai saksi di sini! Dan saya boleh cakap yang awak selalu ikut saya, sebab nak perkosa saya." Ucap Syafira. Raut wajah Aiman berubah.

   "Aku nak perkosa kau? Eh, sorrylah, not like that! Aku ni bukannya jenis lelaki yang macam tu. Siapa yang nak buat benda haram dan berdosa tu? Hanya orang yang gila benda-benda macam tu sahaja yang lakukannya! Itu maknanya, diorang tak ingat tuhan!" Ucap Aiman. Syafira masih menggeleng.

   "Tak payah nak berceramah dekat sini, sekarang ni, sebelum aku naik angin, baik kau blah! GET OUT!" Jerit Syafira lalu Aiman terus berlari meninggalkannya. Syafira tersenyum sambil terangguk-angguk.

   "Tahu pun takut! Hei, kalau berani datanglah balik!" Ucap Syafira seperti nada memanggil Aiman ke situ kembali. Dia terus memasuki ke dalam kedai itu.

                                                                       ***

   Rina mengganggukkan kepalanya sambil tersenyum mantap. Rafiq mengangkat keningnya seolah-olah meminta persetujuan.

   "So, awak boleh tak tolong saya?" Tanya Rafiq sambil tersenyum. Rina mengetap bibirnya sambil terangguk-angguk.

   "I can help you! Tapi, boleh tak awak beri sebab kenapa awak nak sangat berikan benda tu kepada dia?" Tanya Rina sambil tersenyum tawar. Rafiq menggeleng.

   "Eh, tak ada apa-apalah. Hari ni berapa hari bulan? Satu aprilkan! So april fool untuk dia!" Ucap Rafiq. Rina menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis!

   "Ada-ada ja dia ni! Hei, april fool tu, amat haram pada umat islam! Kalau kau nak tahu, hari itulah orang-orang islam di Sepanyol dibunuh dengan penuh penipuan oleh pihak musuh, lepas tu, kau nak sambut hari yang haram dan durjana itu? Kau nak raikan hari orang islam dibunuh, kalau kau orang kafir, kau pergilah sambut." Ucap Rina. Rafiq menjadi gelabah.

   "Err, yakah? Saya baru ja tahu. Oklah, just berikan kepada dia dan katakan SUPRISED FROM RAFIQ YANG HENSEM!" Ucap Rafiq. Rina menggeleng sambil membuat wajah menyampah.

   "Heehleh, tulah, lain kali, pergi cari dekat google sejarah-sejarah semua tu, kau ingat saja-saja diorang nak buat april fool, valentines day semua tu! Kalau pandai macam mana pun tapi tak ada pendidikan agama, tak ada gunanya! Samalah juga dengan gaya rambut terkini ni, mohoklah, itulah inilah, kalau kau nak tahu semua tu negara barat punya! Kalau kau buat cara macam diorang maknanya kau pun dah tergolong dalam kaum tu1 Ingat sikit!" Ucap Rina.

   "Yalah,yalah! Saya tahu saya salah, tapi mana ada saya buat rambut yang macam tu!" Ucap Rafiq sambil memegang rambutnya. Rina menggeleng.

   "Pesanan, oklah, aku bagi sekarang. Kalau kau tak nak bagitahu sebab betulnya tak apalah, buang masa ja layan orang gila." Ucap Rina lalu tersu pergi meninggalkan Rafiq sambil membawa kotak hadiah itu. Rafiq menggelengkan kepalanya.

   "Dia yang gila, kata kat orang! Ustazah konon! Hei, boleh jalanlah!" Ucap Rafiq sendirian.

                                                              ***

   "Assalamualaikum!" Ucap Rina dari depan pintu rumah Syafira. Syafira membuka pintu rumahnya. Dia menuju ke arah Rina yang membawa kotak hadiah pemberian Rafiq itu.

   "Waalaikumussalam! Rina, apa yang kau bawa tu?" Tanya Syafira. Rina menggeleng.

   "Jemputlah masuk." Pelawa Syafira. Rina tetap menggelengkan kepalanya.

   "Tak apa, lagipun aku sekejap sahaja dkeat sini. Ni, ada hadiah dari Rafiq, entahlah, dia kata suprised buat kau, cubalah kau buka." Ucap Rina sambil menhulurkan kotak hadiah itu. Syafira berkerut sambil mencapai kotak hadiah itu.

   "Apa yang ada dalam kotak ni?" Syafira membuka kotak itu dan alangkah terkejutnya dia melihat isi hadiah kotak.



   "Apa dia ingat saya ni budak-budakkah?" Tanya Syafira dalam keadaan yang agak marah. Rina sekadar tersengih.

    "Patung itik ni untuk apa?" Tanya Syafira sambil mengeluarkan patung itu. Dia membelek patung itu sambil berkerut.

   "Dia kata just simpan sahaja. Buat kenangan kalau-kalau dia mampus!" Ucap Rina sambil tersengih. Syafira membuat wajah menyampah sambil memejamkan matanya.

   "Dia cakap macam dia tahu yang dia nak mati esok. Tapi, kalau dia nak bagi barang pun, tak payahlah nak bagi anak patung macam ni dekat saya, dahlah baunya pun busuk! Dia beli dari kedai antikkah?" Tanya Syafira sambil memeluk tubuhnya dan membaling patung itu.

   "Tak, ini patung dia semasa dia kecil-kecil dahulu. Dia amat sayangkan patung ni sampai dia nak menangis semasa nak serahkan patung ni kepada awak." Ucap Rina. Syafira masih lagi berkerut.

   "Kalau rasa sayang sangat tu, tak payahlah bagi! Lagipun bukannya saya minta dari dia! Senang-senang sahaja nak berikan patung bodoh ni dekat saya! Dia ingat saya ni apa? Budak umur lapan tahun, tujuh tahun?" Syafira mebebel sambil mencapai patung itu dan menyumbatnya ke dalam kotak itu.

   "Saya tak nak patung ni, awak berikan kepada dia semula! Saya tak nak! Kalau dia tak nak bagi saya hadiah pun tak apa! Dia kan sukakan Juliana! Dekat Juliana pasti dia berikan barang-barang yang special!" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya.

   "Kenapa dengan awak ni? Dia kata, dia akan berikan patung ini kepada orang yang dia sangat sayang! Terima sahajalah, saya rasa, kalau Juliana, pasti dia terima!" Ucap Rina. Syafira memandang Rina.

   "What do you mean?" Tanya Syafira kepada Rina. Rina menggelengkan kepalanya.

   "Maksud saya sekarang, kalau Juliana, dia pasti tak banyak kerenah! Dia pasti terima sahaja hadiah pemberian ni." Ucap Rina sambil memeluk tubuhnya.

   "Heh! Itu Juliana, bukannya saya! Dia lain, saya lain! Saya tak nak pun apa-apa hadiah! Bukannya memilih, bukannya mengada, just rasa macam tercabar! Rasa macam dia nak mengejek saya! Nak katakan saya ni masih keanak-anakkan! Padahal dah besar panjang!" Ucap Syafira.

   Rina menggeleng. "Tapi dia dah bagi awak kena terima! Cuba kalau, awak beri hadiah dekat saya dan saya buang, saya baling dekat muka awak! Nak tak? Pasti awak tak nakkan! So, sekarang ni, jangan nak banyak songeh, terima sahaja hadiah ni!" Ucap Rina sambil memeluk tubuhnya dengan wajah yang geram.

   "Oklah, saya terima, tapi saya langsung tak harapkan cinta dari dia! Dia dah mampus dalam ingatan saya, ikutkan hati, nak saja saya baling kotak dengan hadiah ni dekat muka dia! Baru dia tahu yang Syafira apantang dikatakan sebagai budak-budak!" Ucap Syafira. Rina menggeleng sambil meninggalkan rakannya itu sendirian.

   "Hmm! Aku tak perlulah hadiah dari kau! Langsung tak perlu! Buang jalah dekat tong sampah, bukan dia tahu pun, tapi kesianlah pula. Simpan sahajalah, dekat kotak lama aku tu!" Ucap Syafira lalu terus masuk ke dalam rumahnya.

                                                                ***

    Kamal berjalan-jalan di sebuah tasik sambil memandang keindahan di situ, dia boleh terbayangkan wajah Syafira di dalam tasik itu. Dia menjadi amat gembira dan bahagia apabila dia dapat berkahwin denga Syafira itu.

   "Apalah yang kurangnya aku ni? Dia yang janji nak hidup semati, lepas tu marah-marah pula bila aku tuntut janji dia tu! Gilakah Syafira tu atau aku sedang berhalusinasi?" Tanya Kamal sendirian. Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis yang berambut perang duduk di bonet keretanya sambil berselfie, Kamal menuju ke arah gadis itu.

   "Assalamualaikum! Awak ni siapa? Duduk kat atas bonet kereta saya tak fasal-fasal! Tak rasa malu atau bersalahkah hah?" Tanya Kamal sambil bercekak pinggang. Gadis itu memandang Kamal lalu tergamam kerana ketakutan.

   Dia turun dari atas itu dan tertunduk. "Err, saya minta maaf, saya just nak berselfie! Salahkah?" Tanya gadis itu sambil menyimpan iphonenya ke dalam kocek seluarnya.

   "Oh, nak perasan yang kereta ni kereta awak!?Nak tunjuk dan tayang dekat orang yang awak menang sebiji kereta!?Macam tukah? Hei, kalau nak kereta macam ni, pergilah belajar baik-baik, lepas tu awak akan dapatlah kereta macam ni, bukannya melepak macam kacang hantu!" Ucap Kamal dalam nada yang agak garang.

   "Hei, awak cakap seolah-olah saya ni tak ada kerjaya dan wawasan! Buatlah macam diri tu bagus sangat! Padahal taklah bagus sangat! Ni, setakat denga kereta awak ni, nak beli, boleh petik jarilah! Sudahlah, kereta awak ni murah ja! Tu pun nak berkira!" Ucap gadis itu sambil memeluk tubuhnya.

   "Nama awak siapa?" Tanya Kamal.

   "Juliana Elvirina!  Afasal? Nak report polis!? Pergilah! Kau ingat aku takut sangat?!" Tanya Juliaan sambil bercekak pinggangnya. Kamal menggeleng.

   "Nama saya Kamal, saya bukannya nak report polis, just nak berkenalan, nah this is my card, if you have any problem, you can call me! That's all! Thank you, tumpang lalu saya dah nak balik ni!" Ucap Kamal lalu terus memasuki ke dalam keretanya.

   Juliana membaca kad itu dan terbeliak biji matanya.

   "Wow! Doktor! Hebat sungguh! Tapi, macam blur sahaja! Hahaha!" Ucap Juliaan lalu berjalan untuk pulang.

 Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard