Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 24}
Ahad, 13 Mac 2016 | 3:32 PG | 0 comments
   Mereka berdua berbual-bual di taman itu sambil ketawa. Mereka tidak tahu bahawa ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak-geri mereka. Bukannya spy, bukannya polis. Tetapi seorang doktor. Dia berasa amat geram lalu tersu berjalan menuju ke arah mereka berdua.

   "Ehem! Tengok macam seronok sahaja! Syafira, who is this guy?" Tanya Kamal sambil memeluk tubuhnya. Syafira dan Rafiq memandang Kamal.  Kamal bercekak pinggang lalu menepis aiskrim pemberian Rafiq yang berada di tangan Syafira. Syafira terkejut besar llau merengus geram.

   "Hei, kau ingat aiskrim ni apa? Rezeki dari Allah SWT tau! Cuba kalau aku buat macam tu dekat kau? Taukan marah!?" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya. Rafiq cuba menenangkan Syafira.

   "Siapa lelaki ni Syafira? Tiba-tiba ja meroyan!" Ucap Rafiq. Syafira menggeleng.

   "Entahlah! Tak betul! Hei Kamal, kau dengar sini baik-baik! Aku takkan kahwin dengan kau! Mak aku pun dah bersetuju dengan pendapat aku! So, kau tak ada hak nak larang apa yang aku buat!" Ucap Syafira sambil bercekak pinggang.

   Kamal menggelengkan kepalanya sambil merengus geram! "SYAFIRA! Kau tahu kan yang aku ni setia dengan kau tapi ini yang kaub balaskan kepada aku! Aku ni siapa?" Ucap Kamal. Dah macam drama hindustan pula.

   "Sudahlah Kamal! Aku tak ada apa-apa dengan kau! Sudahlah! Kau ni asyik-asyik menyakitkan hati aku!" Ucap Syafira lalu terus meramas-ramas rambutnya.

   Kamal memandang Rafiq sambil menjeling tajam. Rafiq menjadi agak hairan. Dia memandang Syafira. "Err, saya rasa awak ni salah faham. Kami berduakan just kawan." Ucap Rafiq. Kamal menjadi agak marah lalu berlari sambil membaling asikrim milik Syafira kepada Rafiq.

   Rafiq menjadi amat malu setelah dirinya itu kotor dengan aiskrim yang telah dibaling oleh Kamal. Kamal memeluk tubuhnya sambil berlagak bagus..

   "Apa? Kau ingat aku takut? Marilah sini kalau kau nak gaduh dengan aku!" Ucap Kamal sambil menunjukkan reaksinya yang seperti kuat sangat tetapi di dalam hati takut.

   "Aku bagi kau peluang untuk berbual dan berbincang kau tak nak! Sekarang kau terimalah akibat dan kesan jika berani dengan MUHAMMAD RAFIQ! Terimalah padahnya!" Rafiq terus berlari menuju ke arah Kamal dan menumbuka perut Kamal. Kamal meraung kesakitan.

   Syafira berlari menuju ke arah Rafiq untuk menahannya. "Sudahlah! Kasihan dekat Kamal!" Ucap Syafira lalu terus menuju ke arah Kamal. Kamal menolak Syafira lembut.

   Kamal terus bangun dan menendang perut Rafiq. Syafira menjerit.

   "SUDAHLAH KAMAL!" Syafira menolak Kamal dengan ganas. Semua orang yang berada di situ sekadar menjadi penonton dan tidak tahu nak buat apa.

   "Rafiq, awak ok?" Tanya Syafira. Rafiq tidak mampu berdiri kerana terlalu kesakitan. Tetapi dia cuba juga berdiri untuk menumpaskan Kamal. Syafira menggeleng.

   "Sudahlah Rafiq. Mengalah sahajalah! Yang mengalah tak semestinya kalah!" Ucap Syafira. Rafiq menggeleng lalu terus menuju ke arah Kamal. Kamal menjadi ketkautan.

   "JANGAN!!!!" Jerit Syafira.

                                                                  ***

   Kamal terlentang di atas katil hospital disebabkan teruk dibelasah oleh Rafiq. Syafira mengetuk pintu bilik itu lalu terus masuk ke dalam bilik itu. Syafira duduk di sebelah Kamal sambil tertunduk lesu.

   "Kau ok tak?" Tanya Syafira sambil tersenyum tawar. Kamal memandang Syafira sambil tersenyum.

   "Saya ok! Awak janganlah risau. Buah tu untuk sayakah?" Tanya Kamal. Syafira menggangguk lalu terus menghulurkan bungkusan buah itu kepada Kamal.

   Tiba-tiba Rafiq berjalan masuk ke dalam bilik itu. Syafira memandang Rafiq sambil menundukkan kepalanya.

   Kamal menjadi ketakutan. Rafiq menghulurkan tangannya untuk berdamai. Kamal memandang Rafiq lalu terus bersalaman.

   "Tak percayakan, doktor masuk hospital." Ucap Rafiq. Kamal menggangguk. Syafira terus bangun dan meminta izin untuk beredar.

   Kamal sekadar terdiam dan memandang Syafira berjalan pergi.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard