Rabu, 16 Mac 2016

Selfiestar vs novelistar {Bahagian 26}

   Mereka semua berjalan keluar dari kolej mereka. Professor Mawar menuju ke arah mereka berempat. "Kamu semua nak pergi mana?" Tanya Professor Mawar sambil memeluk tubuhnya.

   "Kami semua nak pergi kedai alat muzik sekejap prof! Alah, latihan kan bermula pada pukul 4.00 petang, ni baru pukul 3.00 petang! Lagi satu jam! Kami nak pergi tengok alat muzik untuk persembahan nanti. Lepas tu nak pergi makan and then baru datang sini balik!" Ucap Juliana.

   Professor Mawar menggangguk lalu terus masuk ke dalam kolej itu semula. Mereka berempat terus berlari bersama-sama. Yang paling laju ialah Nadia.

   "Hei, Nadia! Janganlah laju sangat! Kenapa dengan kau ni?" Tanya Juliana sambil mengejar Nadia. Nadia menggelengkan kepalanya.

   "Alah, tak ada apa-apa, just excited!" Ucap Nadia. Mereka bermepat memperlahankan langkah mereka langkah mereka apabila telah berada di jalan besar.

   "Dekat mana kedai alat muzik tu Juliana?" Tanya Rina sambil memeluk tubuhnya. Juliana tidak sedar yang Rina sedang bercakap dengan dia kerana dia leka berselfie di tepi mesin ATM.

   "Hei, tepi mesin ATM pun nak berselfiekah!? Sudahlah! Kita kena cepat! The times is running up!" Ucap Syafira sambil melihat jam di tangannya.

   "Err, tengok mesin ATM ni cantik dan masih berkilat, so aku naklah berselfie dengan mesin ATM ni sebab takut nanti terlepas!" Ucap Juliana sambil menutup telefonnya.

   "Kenapa kau tak nak ja berselfie depan tandas awam yang baru lepas dibina! Lebih ok kan!" Ucap Rina seakan-akan menyindir. Juliana menggeleng sambil menjelirkan lidahnya.

   "Hei, sudahlah! Kita kena cepat! bergaduh pula! Jomlah nanti kedai tu tutup!" Ucap Nadia sambil membuat wajah tidak berpuas hati. Mereka bertiga mengikut langkah Nadia. Sesmapainya mereka di hadapan sebuah kedai yang sangat besar dan nama kedai itu adalah 'ALAM MUZIKA' Mereka berempat memasuki ke daam kedai itu.

   "Assalamualaikum! Abang Mio! Abang Mio! Ni saya! Nadia! Saya datang ni nak tengok alat muzik!" Ucap Nadia sambil menggaru kepalanya. Abang Mio datang sambil tersenyum memandang Nadia.

   "Nadia! Kamu datang pun! You nak beli apa?" Tanya Abang Mio! Mereka bertiga berkerut.

   "Hei, Nadia! Ni siapa?" Tanya Juliana. Nadia tersenyum.

   "Ini boyfriend saya! Nama dia Mio!" Ucap Nadia. Mereka berempat terngaga.

   "BOYFRIEND!" Jerit mereka bertiga serentak.

                                                               ***

   "Sudahlah Fahmi! Awak ni kan! Memang tak habis-habis ganggu saya! Kalau saya panggil pengawal keselamatan, awak nanti yang susah!" Ucap Professor Mawar sambil menyusun fail-fail yang berada di atas mejanya itu.

    "Pergilah panggil! Saya just nak berikan awak hadiah!" Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar berkerut sambil memeluk tubuhnya.

   "Hadiah apa? Hei setakat dengan hadiah murah, saya pun boleh beli! Bukannya susah pun!" Ucap Professor Mawar sambil menggelengkan kepalanya. Professor Fahmi menghulurkan sebungkus beg. Professor Mawar tergamam.

   "Hadiah apa pula ni?" Tanya Professor Mawar. Professor Fahmi menggeleng.

   "Alah, banyak tanya pula, ambil jalah!" Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar mencapai beg itu lalu mengeluarkan dua helai baju siap dengan penyangkutnya sekali. Dia tersenyum dan menjerit gembira!

   "Wow! Baju ni sangat mahal! Saya memang nak sangat baju ni! Wow!" Ucap Professor Mawar seperti orang gila. Professor Fahmi tersenyum. Semua penghuni bilik guru itu berkerut.


   Professor Mawar terdiam lalu berdehem perlahan. Professor Fahmi sekadar menggeleng dan tersenyum.

   "Tetapi, baju yang warna hitam ni terlalu pendek dan seksi, takkan awak nak suruh saya pakai dekat kolej ni." Ucap Professor Mawar sambil berkerut. Professor Fahmi menggeleng.

   "Eh, bukan! Baju ni awak pakai ja dekat rumah masa kahwin dengan saya nanti!" Ucap Professor Fahmi. professor Mawar menggeleng.

   "Kalau ada jodohlah! Ok terima kasih untuk baju ni! Tapi tak semestinya saya sukakan awak! Now awak boleh keluar!" Ucap Professor Mawar. Professor Fahmi menggeleng.

   "Fine. Saya pergi dulu!" Ucap professor Fahmi lalu terus keluar dari bilik guru itu. Professor Mawar tersenyum lalu menyimpan kedua baju itu.

                                                             ***

   "Ya! Saya boyfriend Nadia! Gembira dapat berjumpa dengan awak bertiga." Ucap Mio sambil tersenyum. Nadia turut tersipu malu. Juliana mencuit bahu rakan karibnya itu.

   "Hei, Nadia, awak tak pernah beritahu saya pun yang awak ada boyfriend!" Ucap Juliana dengan agak perlahan. Nadia menggeleng lalu terus menuju ke arah Mio.

   "Kami berempat datang sini saja-saja nak tengok alat muzik! Nanti bila-bila masa kami akan datang untuk membelinya." Ucap Nadia sambil tersenyum. Mio terangguk.

   "Ok, so awak dah ada band Nadia!" Tanya Mio.

   "Ya, nanti untuk pertandingan di sekolah kami!" Ucap Rina menyampuk. Mio terangguk.

   "Apa nama band korang?" Tanya Mio. Mereka berempat mendiamkan diri mereka.

   Juliana tiba-tiba menyampuk sambil tersenyum.

   "JUSYARINA! Gabungan dari nama saya Juliana, Syafira, Rina dan Nadia! Ok kan!" Ucap Juliana. Mereka berempat tersenyum. Mio menepuk tangannya sekali.

    "So tengok-tengoklah dulu, lepas tu awak semua boleh pilih mana yang awak nak saya simpankan!" Ucap Mio lalu terus masuk ke dalam sebuah bilik VIP. Mereka bermepat menggangguk.

   "Pandainya kau reka nama band kita! Nasib baik kau ada!" Ucap Syafira. Juliana tersenyum. Tiba-tiba dia ternampak sebuah gitar dan menuju ke arah gitar itu! Dia tersenyum lalu mengeluarkan telefonnya untuk berselfie. Mereka bertiga menepuk dahi mereka.

   "Selfie, selfie, selfie! Sudahlah tu! Kalau kau nak sangat gitar tu, suruh sahaja Mio simpan!" Ucap Rina sambil memeluk tubuhnya.



        "Saya nak suruh Mio simpankan gitar ni khas untuk saya!" Ucap Juliana. Syafira, Nadia dan Rina sekadar terdiam.

     "Mungkin saya, Mio akan pilihkan keyboard yang paling mahal dan khas untuk saya! Siap diskaun lagi!" Ucap Nadia. mereka bertiga sekadar menjelingkan mata mereka.

   "Saya rasa saya nak drum ni! Drum ni sangat cantik dan berklas tinggi!" Ucap Rina lalu terus membelek-belek drum itu. Tiba-tiba Mio datang sambil tersenyum melihat Rina.

   "Awak nak drum tukah? Cuba awak main." Ucap Mio. Rina menggeleng. Mio tersenyum.

   "Saya tak pandai main drum!" Ucap Rina. Mio berkerut.

   "Tak, sebenarnya kami baru nak belajar. Sebab tulah dia tak pandai main." Ucap Syafira. Mio tersenyum sambil menggangguk faham.

    "Alah, cubalah awak ketuk-ketuk pun, nak uji yang awak selesa atau tidak!" Ucap Mio, Rina menggangguk lalu terus duduk di tempat itu.

   "You wanna rock!?" Tanya Rina. Mereka berempat berkerut.

   "Now, saya akan cuba main drum ni!" Ucap Rina lalu terus bermain drum itu. mereka berempat menekup telinga mereka kerana terlalu bising.



   "Sudah, sudah! Awak memang kena belajar dari orang yang berkemarihan!" Ucap Mio. Rina menggangguk.

   "So, Nadia awak nak apa?" Tanya Mio. Nadia tersenyum.

  "I nak keyboard! You berikanlah dekat I keyboard yang paling mahal dan berjenama!" Ucap Nadia sambil tersenyum manja. Syafira membuat wajah yang mahu termuntah.

   "Tentulah ada, kejap saya pergi ambilkan." Ucap Mio lalu terus menuju ke sebuah tempat yang penuh dengan keyboard. Nadia menunggu. Mio membawa sebuah keyboard yang sangat canggih dan cantik.

   "I rasa you mesti ok kalau main keyboard ni! You tahukah cara nak main?" Tanya Mio sambil memeluk tubuhnya. Nadia menggeleng sambil tersipu malu.

   "Err, I tak tahulah! Nanti I belajarlah kot dari prof! Lagipun keyboard ni terlalu mewah dan cantik, you rasa, I sesuaikah nak main keyboard ni?" Tanya Nadia sambil tertunduk. Syafira berkerut seperti mahu termuntah. Juliana menutup mulutnya manakala Rina tersenyum tawar.

   "Oh, orang yang cantik macam you memang layak dapat keyboard yang macam ni!" Ucap Mio. Nadia tersengih. Syafira menarik Nadia ke belakang.

   "Ohh, tak apalah, awak simpanlah dulu keyboard ni, gitar ni, dan drum ni! Nanti bila-bila kami datang beli." Ucap Syafira sambil tersenyum. Mio berkerut.

   "Awak tak nak beli apa-apakah? Oh, awak penyanyi kah?" Tanya Mio. Syafira menggeleng.

   "Penyanyinya Juliana, dia sekali menyanyi dan main gitar, err, nanti saya datanglah tengok gitar dan terus beli sekali dengan diorang sekali." Ucap Syafira. Berbelitnya ayat.

   Mio menggangguk sambil tersenyum.

   "Ok, dahlah, dah pukul berapa ni! Kita cepat-cepat pergi makan dan terus pergi latihan. Oklah, kitorang pergi dahulu! Bye!" Ucap Juliana lalu mereka berempat terus meninggalkan kedai itu. Mio sekadar melambaikan tangan dan tersenyum.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave apositive comment! Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }