Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 27}
Jumaat, 25 Mac 2016 | 1:45 PG | 0 comments
   Kamal keluar dari hospital itu dengan kesan balutan pada tangan dan pipinya. Dia berjalan memasuki ke dalam keretanya dan mengihudpkan enjin kereta. Dia memandu keretanya itu laju sambil merengus geram. Ya! Dia masih tidak berpuas hati dengan Rafiq yang disangkanya telah merampas Syafira darinya.

   Di dalam kereta dia sedang merungut seorang diri seperti orang gila. "Tak guna punya lelaki! Dia ingat dia siapa? Tak apa, Syafira akan tetap jadi milik aku! She was mine!" Ucap Kamal sambil menghela nafasnya.

   Tiba-tiba dia ternampak Syafira di sebuah taman. Kelihatan Syafira seorang diri sedang membaca buku. Kamal tersenyum.

   "Yes! Ini peluang baik! Inilah masanya untuk menunjukkan bahawa aku merupakan seorang jejaka yang sangat baik dan mengambil berat!" Ucap Kamal lalu memberhentikan keretanya di parkir. Dia mematikan enjin keretanya dan terus keluar dari kereta itu.

   Dia memperbetulkan kolar bajunya lalu terus berjalan dengan gaya yang cool sambil tersenyum. Dia mengusap tangannya dan tersenyum kepada Syafira. Syafira melihat Kamal lalu terus tersenyum tawar.

   "Assalamualaikum Syafira." Ucap Kamal. Syafira memandang Kamal lalu menggelengkan kepalanya. Dia menjawab salam Kamal lalu memeluk tubuhnya.

  "Hah! Apa yang kau nak? Kau ok kah? Tengok macam ada kekurangan sel otot ja!" Ucap Syafira. Kamal menggeleng sambil tersenyum. Ambil berat juga Syafira ni. Fikirnya.

   "Eh tak adalah! Saya ok ja! Setakat kena penumbuk lelaki tu, rasa macam kena tumbuk dengan baby." Ucap Kamal. Syafira sekadar menggeleng sambil sambung membaca bukunya.

   "Err, Syafira, jomlah kita keluar makan. Saya dah lapar ni. Awak tak laparkah? Saya yang belanja!" Ucap Kamal sambil tersenyum. Syafira menggelengkan kepalanya.

   "Tak apalah Doktor Kamal! Saya tak lapar pun! Awak pergilah ajar mana-mana perempuan join dengan awak! Saya tak nak! Saya sekejap nanti nak pergi rumah Juliana sebab nak berlatih main band!" Ucap Syafira. Kamal tergamam.

   "Band? Awak ada band rupanya." Ucap Kamal. Syafira mengganggukkan kepalanya. Dia masih membaca bukunya itu. Kamal terdiam. Tiba-tiba sebuah motosikal yang menjual aiskirm berhenti di situ sambil membunyikan loceng. Kamal tersenyum sambil memandang Syafira. Dia terus berlari keanak-anakkan menuju ke arah penunggang bermotosikal itu.

   Syafira berkerut lalu terus sambung membaca bukunya itu.

                                                                        ***

   "Berapa ya, harga aiskrim ni?" Tanya Kamal. Penunggang itu mengira jumlah kesemua aiskrim yang dibeli lalu tersenyum dan menggaguk.

    "Kesemuanya sekali RM25.00! Tak ada lebih dan tak kurang! Cukup-cukup saya kira, biasalah, saya ni berpengalaman." Ucap penunggan itu sambil tersenyum. Kamal terbeliak selepas mendengar harga itu.

   "Apa? RM25.00! Hei, abang! Abang ni gilakah? Takkan 25 aiskrim solero saya ni beharga RM25.00! Kiralah betul-betul!" Ucap Kamal sambil membuat wajah tidak berpuas hati. Penunggan itu berkerut.

   "Kenapa? Awak tak mampukah? Kalau tak mampu bak sini!" Ucap penunggang itu dengan rasa yang geram.

   Kamal menggeleng. "Hutanglah abang! Please, esok saya bayar separuh, separuh!" Ucap Kamal. Penunggang itu masih menggeleng.

   "Ok, saya hutang tapi esok saya tambah lagi RM25.00! Apa macam?" Ucap Kamal sambil tersenyum. Penunggang itu tersenyum dan menggangguk.

   "Kalau macam tu esok awak bayar!" Ucap penunggan itu. Kamal menggangguk lalu terus menuju ke arah Syafira. Syafira melihat Kamal lalu berkerut.

   "Banyaknya aiskrim? Nak bagi siapa?" Tanya Syafira. Kamal menggeleng sambil menghulurkan plastik itu kepada Syafira. Syafira menggeleng.

   "Awak gilakah apa? Awak ingat saya ni tak mampukah nak beli aiskrim ni semua?" Tanya Syafira. Kamal menggeleng.

   "Ambil sahajalah." Ucap Kamal. Syafira mencapai bungkusan itu. "Kalau cair macam mana?" Tanya Syafira. Kamal menggeleng.

   "Kejap!" Ucap Kamal lalu terus merampas bungkusan itu dan menuju ke arah penunggang itu.

   "Boleh tolong saya tak!? Just simpankah aiskrim ni, nanti saya ambil. Lepas ni saya ambil ya!" Ucap Kamal. Penunggang itu menggangguk lalu terus menyimpan aiskrim itu buat sementara.

   "Syafira, awakkan dah janji yang awak akan..." Kamal masih tidak menghabiskan kata-katanya, Syafira telah memotong.

   "NO! Lupakan sahajalah saya ni! Cukuplah Kamal! Enough!" Ucap Syafira sambil memeluk tubuhnya. Kamal menggeleng.

   "Mana boleh saya lupakan awak! Cuba kalau saya suruh awak lupakan mak awak! Awak nak tak lupakan dia!?" Ucap Kamal. Syafira berasa amat meluat lalu terus berlalu dari situ. Kamal menahannya.

   "Awak nak balikkah?" Tanya Kamal. Syafira mengganggk lemah.

   "Kalau dah terpaksa." Ucap Syafira.

   "Kejap, tunggu kejap ja." Kamal terus menuju ke arah penunggang itu dan senang-senang sahaja menggeladah dan mencapai bungkusan itu.

   "Hei, hei! Itu aiskrim orang. Ini aiskrim awak!" Ucap penunggang itu. Kamal berkerut.

   "Amboi, dah jadi peti sejuk." Ucap Kamal sambil ketawa kecil. Penunggan itu tertunduk lemah.

   "Kalau dah disuruh." Ucap penunggang itu sambil memeluk tubuhnya. Kamal menghulurkan aiskrim itu kepada Syafira. Syafira menggeleng.

   "Awak ambillah, mahal saya beli ni." Ucap Kamal. Syafira masih menggeleng.

    "Siapa suruh awak belikan untuk saya?" Tanya Syafira. Kamal masih mendesak lalu Syafira mencapai bungkusan itu dan terus beredar, dia juga masih sempat mengucapkan terima kasih. Inilah kehidupan Kamal yang sangat gembira, baginya!

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum! 


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard