Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian 29}
Ahad, 27 Mac 2016 | 4:05 PG | 0 comments
   Semua murid yang berada si kolej itu telah bersiap-sedia untuk merentas desa yang bakal diadakan. Juliana yang paling bertenaga. Syafira mengikat rambutnya dengan kemas dan telah bersiap-sedia! Mereka semua telah bersedia di haluan masing-masing! Setelah hon dibunyikan mereka semua berlari dengan biasa! Kecuali empat sekawan yang kelihatan amat laju dan seperti bertenaga.

   "Aku tak akan biarkan kau menang!" Ucap Juliana lalu terus menolak Syafira. Syafira hampir terjatuh tetapi berusaha untuk memotong Juliana.

   "Main kotor ya!" Ucap Syafira. Mereka berempat tidak mahu mengalah.



   "SAYA NAK MENANG!!!!!!" Ucap Juliana sambil memecut mereka semua. Rina yang paling belakang. Professor Mawar menepuk dahinya lalu terus keluar dari kolej itu. Tiba-tiba dia ternampak Professor Fahmi. Dia berjalan di situ. Dia hairan, kenapa Professor Fahmi tidak langsung menegurnya.

   "Ehem! Aduh, sakitnya mata ni! Waktu panas ni memang boleh buatkan kita jadi tak sihat dan ak ada energy." Professor Wawar dengan sengajanya bercakap begitu agar professor Fahmi menyedari kehadirannya. Professor Fahmi memandang Professor Mawar dan tersenyum.

   "Hai Mawar!" Ucap Professor Fahmi. professor Mawar menjeling ego dan memeluk tubuhnya. Professor Fahmi sekadar tersenyum.

   "Awak buat apa di sini?" Tanya professor Fahmi. Professor Mawar memeluk tubuhnnya. "Saja, nak ambil angin, awak ni kenapa ya! Semua benda awak nak ambil tahu." Ucap professor Mawar. Professor Fahmi menggeleng.

   "Tadi awak kata musim panas, tapi kan sekarang ni musim hujan! Baru semalam sahaja hujan, awak ni tak tengokkah cuaca? Mendung dan sejuk." Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar menjeling meluat. Sebenanrya ego.

   "Hai, Fahmi! Maaflah saya terlambat, tadi saya tolong masak untuk mak saya." Ucap seorang gadis yang jauh lebih cantik dari Professor Mawar.

   "Tak apa. Perkenalkan, ni Profesor Mawar, kawan saya, mawar, nilah girlfriend saya, Ezani, dia ni merupakan seorang arkitek." Ucap Professor Fahmi. Professor Mawar terlopong.

   "What? Girlfriend!?" Ucap professor Mawar. Ezani menggangguk sambil tersenyum dengan manis sekali.

   "Ya. Gembira dapat berjumpa dengan awak, Fahmi, seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan awak, nanti kalau awak ada banyak kawan lagi, perkenalkanlah dengan saya ya!" Ucap Ezani sambil tersenyum. Professor Fahmi menggangguk sambil tersenyum dan berbual mesra. Professor Mawar patah hati.



   Professor Mawar menggeleng lalu terus meninggalkan tempat itu.

                                                                       ***

   "Saya dah tak boleh teruskan! Penat sangat!" Ucap Juliana sambil terbaring di atas jalan. Mereka bertiga sekadar menggeleng melihat Juliana itu.

   "Hei, cepatlah, tadi kau yang beria-ria sangat nak menang! Sekarang ni, cepatlah!" Ucap Syafira. Juliana menggelengkan kepalanya. Semua pelajar telah memotong mereka.

   "Kau akan kalah Ju! Jangan mengalah! Teruskan usaha!" Ucap Nadia. Juliana menggeleng.


    "Saya perlukan rehat yang secukupnya dna air!" Ucap Juliana. Mereka bertiga menepuk dahi mereka sambil menggeleng.

   "Kalau macam ni, kita kenalah berpatah balik! Saya pun dah penat ni." Ucap Nadia. Rina dan Syafira menggangguk lalu terus memimpin rakan mereka, Juliana pulang.

   Professor Mawar sedang duduk menangis di atas bangku. Mereka berempat berkerut sambil menuju ke arah Professor Mawar.

   "Kenapa dengan prof ni? Ada masalahkah?" Tanya Nadia. professor Mawar menggeleng.

   "Prof just tak sihat sikit! Tak apalah, korang semua nak balik pergilah balik. Latihan hari ni dibatalkan, korang boleh rest hari ni." Ucap Professor Mawar. Mereka berempat menggagguka lalu terus berjalan untuk pulang.

   "Kenapalah dengan prof tu! Tak apalah, jomlah kita pergi beli alat muzik and theb pulang. Aku rasa drum dan keyboard kita dah sampai." Ucap Rina. Nadia menggangguk.

                                                                    ***

   Juliana menggalas beg gitar itu dengan rasa yang tidak rela. Dia berlari dengan laju kerana hari sudah hampir senja. Pasti maknya sedang menunggu. Dia berlari dengan begitu pantas sekali.

   Kelihatan maknya sedang menunggu di hadapan pintu pagar rumah. Dia berhenti di hadapan maknya dan kelihatan termengah-mengah. Maknay terkejut.

   "Apa benda yang kau bawa pulang ni Joyah?" Tanya maknya. Juliana menggelengkan kepalanya dengan nafasnya yang tecungap-cungap.


   "Ini gitarlah mak. Kan Joyah akan ada pertandingan nanti di Putrajaya. Mak, jomlah kita masuk, dah nak maghrib ni." Ucap Juliana. Maknay akur lalu terus mengikut langkah anaknya itu masuk ke dalam rumah.

   "Mak, saya tak larat dan letih sangat ni, saya nak rehat kejap." Ucap Juliana. Maknya menggangguk.

   "Solat ingat!" Ucap maknya. Juliana menggeleng.

   "Pastilah Joyah akan solat." Ucap Juliana lalu terus memasuki ke dalam biliknya.

                                                                     ***

   Mereka semua sudah bersiap-siap mahu ke Putrajaya. Mereka semua menaiki sebuah bas kepunyaan kolej mereka sendiri. Professor Mawar duduk di tempat yang paling hadapan.

   "So, Jusyarina, korang semua dah hafal step semua? Prof harap korang semua buat yang terbaik dan jangan sia-siakan usaha tu." Ucap Professor Mawar sambil tersenyum. Mereka berempat menggangguk.

   "Korang semua nak tahu tak yang Mio kelmarin wechat dengan saya." Ucap Nadia. Mereka bertiga berkerut. "Dia ucapkan all the best dan agar kita semua berjaya!" Ucap Nadia.

   "Wah, baiknya Mio! Saya tak pernah lagi jumpa dengan lelaki yang seperti dia!" Ucap Rina. Juliana menggeleng.

   "Rafiq lagi baik!" Ucap Juliana. Syafira skeadar tersenyum senget. Nadia menggeleng.

   "Kalau korang semua nak tahu, Mio sangat sayangkan saya macam mana dia sayangkan parents dia tau! Dia tu jaga batas pergaulan dan sangat hormati orang tua-tua." ucap Nadia sambil tersenyum. Mereka bertiga berkerut.


   "Sweet juga Mio tu, kalau tu boyfriend saya lagi best!" Ucap Juliana. Nadia menggeleng.

                                                                     ***

   "Huhuhuhuhu! Kenapa denga pengering rambut ni? Macam tak kena ja! Rambut saya kelihatan lebih teruk! Kenapa rambut awak ok ja Ju?" Tanya Rina. Juliana tersenyum.

   "Hodoh betul rambut saya! Hei, Ju, pertandingan bila?" Tanya Rina. Juliana memandang Rina dan terdiam seketika.

   "Entahlah." Ucap Juliana sambil meyikat rambutnya agar rapi semula.

   Syafira dan Nadia memasuki ke dalam bilik itu dan melihat Rina.

   "Err, Syafira, Nadia. Bila pertandingan?" Tanya Rina. Nadia tergamam dan memetik jarinya.

   "Lusa, esok hari last kita nak berlatih." Ucap Nadia. Rina menggaguk. Dia mencebik kerana rambutnya itu seperti hodoh sahaja.


   "Kenapalah saya ni hodoh sangat?" Ucap Rina sendirian. Nadia menggeleng. Syafira menepuk bahu rakannya itu.

    "Jomlah bersiap untuk tidur." Ucap Syafira. Nadai, Juliana dan Rina menggaguk. Mereka semua sudah bersiap sedia. Tiba-tiba Rina mendapat satu cadangan untuk mengenakan Syafira.

   "Aku akan cuba untuk takutkan Syafira. Diakan lemah semangat." Ucap Rina. Syafira sedang mengemas-ngemas tilamnya untuk masuk tidur.

   Syafira menutup lampu. Rina membuka lampu suluhnya dan menghalakan wajahnya kepada Syafira. Syafira terus menjerit dengan kuat sekali.

   "Aaaaa!" Jerit Syafira. Rina ketawa terbahak-bahak.


   "Saya takutlah Rina! Awak ni memang betul jahatlah!" Ucap Syafira. Rina masih ketawa. Tiba-tiba satu suara menegru mereka berempat.

   "Tak tidur lagikah?" Tanya suara itu lalu mereka berempat menjerit takut dan seperti tidak tentu-hala.

   Professor Mawar sedang berdiri di hadapan mereka sambil menghalakan lampu suluh ke arah mukanya. Mereka berempat kelihatan amat takut.


    "Pergilah tidur! Esok nak berlatih semua lagi! Tidur!" Ucap Professor Mawar lalu terus keluar dari bilik itu. Mereka berempat menghela nafas lega dan tersenyum tawar. Syafira memeluk tubuhnya.

   "Ish, sudahlah Rina! Kau ni memang tak pernah serik! Jomlah tidur Rina." Ucap Syafira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rina menggeleng.

   "Ah, sudahlah!" Ucap Rina lalu terus membuka lampu bilik itu.

   "Rina! Awak ni dah kenapa? Nanti kalau prof marah macam mana?" Ucap Nadia. Syafira menggaggukkan kepalanya. Juliana menguap mengantuk.

   "Alah rilekslah, bukan selalu kita datang ke Putrajaya ni! Masa nilah kita nak berseronok! Masa seKarang nilah kita nak jadikan hari ni adalah hari yang paling happy di dunia!" Ucap Rina. Juliana menggeleng.

   "Hei, janganlah terlalu happy sangat! Apa yang kita nak buat? Happy apa? Sudahlah Rina! Idela awak tu semuanya bodoh-bodoh!" Ucap Juliana. Rina menggeleng.

   "Masa sekarang nilah kita akan beparti baling bantal! Barulah dinamakan percutian yang menyeronokkan!" Ucap Rina. Nadia tersenyum gembira.

   "Main baling bantal? Wah dengar macam seronok ja!" Ucap Nadia. Rina menggangguk.

   "Tentulah best! Let's get starting!" Ucap Rina lalu terus membaling bantal pada muka Juliana yang kelihatan mengantuk itu.


    Juliana berasa mat geram lalu terus membaling bantalnya kepada Rina. Rina mengelak. Syafira turut bermain sama. Mereka berempat ketawa bersama-sama dan tidak berasa mengantuk langsung.

   Professor Mawar yang sedang melelapkan diri itu terdengar ketawa mereka berempat. Dia terus bangun dan menggosok matanya. Dia terus berdiri dan keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang telah terjadi.

   "Hei, hei! Kenapa dengan kamu semu..." Beum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sebuah bantal yang dibaling oleh Rina telah hinggap ke mukanya. Mereka berempat menjadi ketakutan.

    Professor Mawar melempar banta itu dan berasa amat geram.

   "Siaap yang baling???!!!" Tanya Professor Mawar dengan marah. Semua orang menunjukkan jari ke arah Rina. Professor Mawar tersenyum dengan sinis sekali. "Rina, baiknya kamu! siapa punya ideal ni?" Tanya Professor Mawar. Mereka semua masih menundingkan jari ke arah Rina.

   "Mana ada, semua ni adalah ideal Nadia! Nadia, kau sokong aku juga kan?" Tanya Rina. Nadia menggelengkan kepalanya.

   "Kan awak yang bersalah! Kenapa salahkan saya pula? Memang awak ni pentingkan diri-sendiri!" Ucap Nadia sambil mengeluh. Profesor Mawar berdehem.

   "Sekarang ni saya nak tanya, saya suruh kamu semua buat apa tadi?" Tanya Professor Mawar mahukan kepastian. Dia tersenyum dengan sinis.

   "Tidur." Ucap Juliana.

   "Tapi kamu buat apa?" Tanya Profesor Mawar lagi.

   "Main." Ucap Syafira. Professor Mawar menggagguk.

   "Rasakan ni Rina!" Ucap Professor Mawar lalu terus mencubit kedua-dua pipi Rina. Rina mengerang kesakitan.


    "Sudah! Pergi tidur!" Ucap Professor Mawar. Mereka berempat menggangguk lalu terus tidur.

                                                                                     ***

    "Hei Syafira! Dengarlah suara sayay ang merdu ni! Awak rasa ok tak suara saya ni?" Tanya Juliana. Syafira menggangguk lalu beridir di sebelah rakannya.


      Juliana cuba menyanyi. Syafira tersenyum dan mendengar lagu nyanyian Juliana itu dengan tenang. Lama-kelamaan vokalnya pun sudah tidak sedap. Syafira menutup telinganya.

   "Sudahlah Ju! Kau boleh buat aku mati!!!" Ucap Syafira sambil menekup telinganya. Nadia cuba menenangkan Syafira.

   "Macam mana kita nak menang esok kalau suara pun macam katak!?" Ucap Syafira.


   "Alah, sabar jalah, mungkin kita akan menang kalau kita usaha bersungguh-sungguh hari ini." Ucap Nadia sambil tersenyum. Syafira menggeleng. Rina dan Juliana sekadar ketawa.

    "Ish, mereka berdua ni kan tak pernah sedarkan diri! Buat salah and the ketawa pula." Ucap Syafria. Nadia sekadar tersenyum.

    "Mana prof?"  Tanya Rina. Nadia tersenyum.

    "Kek kenduri." Ucap Nadia.

    "Malam macam ni?" Ucap Rina.

                                                                           ***

   Professor Mawar memasuki ke dalam kenduri itu sambil tersenyum tawar melihat Professor Fahmi dan Ezani sedang duduk bersanding. Dia berjalan menuju ke arah mereka berdua.

   "Eh, Mawar. Masuklah!" Ucap Ezani. Professor Mawar tersenyum dan memandang professor Fahmi yang sedang berbual dengan rakan-rakannya itu.

   "Saya rasa sangat gembira kerana awak sudi datang." Ucap Ezani. Professor Mawar menggangguk sambil tersenyum.


   "Err, tak apa! Saya sangat gembira kerana awak dan Fahmi sudah selamat dihijabkabulkan." Ucap Professor Mawar. Ezanie menggangguk lalu mengucapkan terima kasih.

   Professor Fahmi tersenyum melihat Professor Mawar di situ.

   "Oh, terima kasih sebab datang. Macam mana dengan Rina dan Syafira? Diorang berdua oktak?" Taknya Professor Fahmi. Professor Mawar tergamam lalu menggangguk.

   "Ooook!" Ucap Professor Mawar.

   'Dia just tanya fasal diorang ja, fasal aku?' Ucap Professor Mawar di dalam hati.

   "Pergilah makan Mawar. Buat apa tercegat di sini?" Pelawa Ezani. Professor Mawar menggeleng.

   "Tak apalah, saya kena pulang tengok anak murid saya." Ucap Professor Mawar lalu terus pergi meninggalkan mereka berdua.

                                                                       ***

      Mereka semua sudah bersiap-sedia berdiri di atas pentas. Mereka berempat kelihatan gelabah tetapi Professor Mawar sekadar tersenyum dan menunjukkan ibu jari bagus.

    Mereka pun mula menyanyi, mereka sekadar membayangkan yang tiada sesiapa di situ kecuali mereka dan Profesor Mawar. professor Mawar tersenyum tawar dan tiba-tiba nyanyian dan permainan alat muzik mereka itu menjadi huru-hara.

   Semua orang sudah berkerut dan menutup telinga mereka. Professor Mawar menepuk dahinya.

   Keputusan telah ditetapkan oleh juri kerana kumpulan Jusyarina gagal untuk ke peringkat separuh akhir. Professor Mawar menjadi amat marah.

   "Ini semua salah kamu berempat!" Ucap Professor Mawar. ereka berempat menundukkan badan mereka tanda minta maaf.

   "We are so sorry!" Ucap mereka serentak.


     Professor Mawar terdiam dan tertunduk lesu. "Tak apalah, dah tak ada rezeki, buangkan duit ja beli alat muzik mahal-mahal tapi satu habuk pun tak ada!" Ucap Professor Mawar. Mereka berempat berkemas untuk pulang.

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! :D Be my followers and support for me! Do leave a positive comment! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard