Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Bahagian kemuncak!}
Ahad, 27 Mac 2016 | 4:29 PG | 0 comments
   Syafira mengayuh basikalnya untuk pulang ke rumah. Dia menjadi amat kesal kerana kumpulan Jusyarina telah gagal. Tetapi tidak apa, mereka telah mengumpul banyak kenangan ketika bersama-sama berlatih.

   Tiba-tiba dia ternampak Rafiq yang sedang duduk sendirian di atas sebuah bangku. Syafira menuju ke arahnya dan tersenyum.


   "Hai Rafiq! Seorang ja." ucap Syafira. Rafiq tersenyum.

   "Yalah, rasa bosanlah pula duduk dekat rumah tu." Ucap Rafiq. Syafira tersenyum.

   "Saya pun dah nak balik ni." Ucap Syafira.

   Rafiq tersenyum. "Err, macam mana dengan band Jusyarina? BerJaya tak?" Tanya Rafiq sambil tersenyum. Syafira ketawa kecil.

   "Tak berjaya pun. Prof redah sahaja. Masa kami semua berlatih tu pun, sakit telinga saya mendegarnya." ucap Syafira. Rafiq terangguk.

   "Terima kasihlah sebab sudi beli novel saya." Ucap Syafira. Rafiq tersenyum sambil menggangguk.

   "Tak apa, sebenanrya saya sukakan awak. Lebih dari seorang sahabat." Ucap Rafiq. Syafira terdiam sambil tertunduk.

   "Jadi, sudikah awakkahwin dengan saya?" Tanya Rafiq. Syafira melihat cincin di tangan Rafiq itu dan tertunduk malu.

                                                                 ***

    "Macam ni jalah hidup kita kan?" Tanya Juliana sambil berjalan-jalan dengan Rina dan Nadia.

   "Yalah, macam nilah. Tapi tak apalah, kau dah jadi model. Syafira pula dah kahwin, nanti aku nak sambung belajar nak jadi engineer. Memang itu cita-cita aku. Akhirnya bakal tercapai." Ucap Rina. Nadia tersenyum.

   "Aku pula dah nak sambung belajar jadi jururawat. Walaupun cita-cita aku nak jadi doktor, tapi rasanya tak tercapai kot, nurse pun jadilah." Ucap Nadia. Juliana tersenyum.

   "Syafira lagilah best, dia dah kahwin denga Rafiq! Jadi jealous jugalah tapi tak apalah, aku akan doakan agar dia bahagia hingga ke akhir hayat. Dia pun bakal nak jadi seorang guru BM sekolah rendah, walaupun dia tinggal jauh di Pahang, tapi dia tetap kawan kita selamanya." Ucap Juliana.

   Rina dan Nadia menggangguk sambil tersenyum.

   "Professor Mawar lagilah kesian! Dah umur berapa tapi masih belum kahwin, anak murid dia pun dah kahwin." ucapRina.

   "Jodoh tak sampai lagi, masa prof Fahmi nak, dia jual mahal, last sekali nak bersedih. Baik tak payah." Ucap Nadia sambil ketawa kecil.

   "Rasa rindu pula zaman kita masa dulu-dulu tu, memang lawak masa kau kena cubit dengan Professor Mawar, dua kali pula tu!" Ucap Juliana. Rina menjegilkan biji matanya.

   "Saya ingat lagi masa kita bergaduh di kedai makan. Memang masa tu kita dah tak ingat apa-apa, macam perempuan yang tak ada sifat malu." Ucap Nadia sambil ketawa.

   Mereka bertiga ketawa bersama. "Tapi kenangan tu tak akan kembali sebab tulah masa ni kena dihargai sebab masa tidak akan datang semula." Ucap Rina. Mereka bertiga berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing kerana hari sudah pun senja.

   
 FRIENDS FOREVER




 ~TAMAT~
Thanks for reading!


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard