Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 1}
Jumaat, 1 April 2016 | 12:59 PG | 0 comments
   "Kau ni kan! Kalau tak menyusahkan hidup orang memang tak pernah sah! Berambuslah!" Ucap Afrina sambil memeluk tubuhnya. Zafrul memeluk tubuhnya sambil tersenyum sinis. Afrina merengus marah.

   "Hei, tak payahlah nak buat muka macam hensem sangat! Muka macam penyu!" Ucap Afrina. Zafrul menggelengkan kepalanya.

   "Hei, buatlah macam muka kau tu cantik sangat! Ni, kau dengar sini baik-baik aku tak pernah sukakan kau dan aku pun tak ingin nak jadi pasangan kau! Sorry and very sorry!" Ucap Zafrul sambil menggelengkan kepalanya. Afrina tersenyum dengan sinis sekali.

   "Sorry pergilah naik lori! Hello, aku pun lagi seribu kali juta tak ingin nak suka dengan kau! Not my tastelah lelaki yang useless di sini! Setakat dengan muka ja hensem tapi tak ada adab, tak guna juga! Kau ingat dengan muka kau yang hensem macam tu, kalau kau kacau aku, aku nak menggedik macam perempuan lain, sorry sikit! Jangan samakan aku dengan perempuan yang lain!" Ucap Afrina.

   Zaful terbeliakkan biji matanya lalu terus meninggalkan Afrina sendirian. Afrina tersenyum jahat.

  "Hah, tak tau nak cakap apalah tu! Tahu pun takut! Nanti janganlah nak berlagak sangat!" Ucap Afrina sendirian. Dia tersenyum lucu dan sangat gembira dengan kemenangannya. Kalau nak berbahas kata, memang tak akan ada sesiapa nak lawan dia.

   Zafrul berjalan menuju ke arah rakan-rakannya. Kamil memandang Zafrul yang kelihatan seperti marah sahaja.

   "Ni mesti kau gaduh dengan Afrinakan? Fasal apa pula sekarang ni?" Tanya Kamil sambil memeluk tubuhnya. Zafrul menggeleng.

   "Huh! Afrina tu, memang pantang kena kata apa, kalau kita kutuk ja dia tu sikit, berdas-das dia akan kutuk kita balik! Itulah yang membuatkan aku sakit hati! Memang perangai dia ni menyakitkan hati! Tau nak menang ja!" Ucap Zafrul sambil merengus marah. Kamil tersenyum lucu.

   Pada masa yang sama, Afrina sedang duduk sendirian sambil membaca bukunya. Kelasnya itu betapa bising sehinggakan sakit telinganya mendengar.

   " Hei, senyaplah sikit! Aku nak baca buku! Bukannya dengar korang semua memekak! Korang semua ni memang tak menyakitkan hati tak pernah sah ya!?" Marah Afrina. Semua budak lelaki hanya ketawa dan mengejek.

   Afrina menjadi amat marah. Zafrul memasuki ke dalam kelas itu sambil menjeling Afrina tajam. Afrina langsung tidak memandang wajah Zafrul.

   "Buatlah macam kacak sangat!" Ucapnya dengan nada yang paling perlahan.

                                                                        ***

   "Zafrul, kau pastikan nak buat perkara ni? Kalaulah kain dia melekat dekat kerusi ni, macam mana?" Tanya Kamil sambil memerhatikan Zafrul meletakkan gam yang berjenama UHU di atas kerusi milik Afrina.

   "Ah, padan dengan muka dia! Dia ingat dia tu bagus sangat ya! Baru tahun tiga tapi tunjuk lagak dengan kita! So, biarlah perempuan yang tak sedar diri tu tahu siapa kita." Ucap Zafrul. Kamil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Hei, kita pun baru tahun tigakan." Ucap Kamil. Zafrul sekadar menjeling.

   "Hai, apalah yang korang buat tu kan? Nak join boleh?" Tiba-tiba satu suara yang lembut datang menegur. Zafrul dan Kamil menoleh dan kelihatan seorang gadis sedang berdiri memeluk tubuhnya.

   "Hai!" Ucap Kamil. Afrina memusing telinga Zafrul yang kelihatan sedang ketakutan.

   Kamil menggigit jarinya. Zafrul menjerit kesakitan.

   "Hei, apa yang kau cuba nak buat ni hah? Oh, nak letak gam! Kau ni memang tak guna!" Ucap Afrina. Zafrul menolak tangan Afrina. Afrina memeluk tubuhnya.

   Afrina mencapai kerusi milik Zafrul dan ditukar dengan kerusi kepunyaannya yang telah dicemari oleh gam itu. Zafrul merungut geram.

   "Afrina, apa ni? Tak adillah kalau macam ni!" Ucap Zafrul. Afrina menggelengkan kepalanya.

   "Kalau kau tak nak duduk dalam keadaan yang macam tu, pergilah ambil apa-apa kain atau kertas dan lap!" Ucap Afrina.

   "Pinjam sapu tangan?" Ucap Zafrul. Afrina menggeleng.

   "No way! Pergilah ambil kertas dekat depan tu." Ucap Afrina. Zafrul mencapai kertas itu dan terus mengelap kerusinya itu. Kamil tertunduk dan Afrina menjeling tajam.

                                                                  ***

   Sekejap sahaja masa berlalu, mereka pun terus menaiki ke tahun empat. Nasib Afrina lagi malang kerana dia terpaksa duduk di sebelah Zafrul. Zafrul selalu mengacau dan mengusik Afrina. Afrina selalu akan menghiris tangan milik Zafrul dengan pembarisnya.

   Zafrul juga pasti akan menjadi ketakutan apabila melihat pembaris milik Afrina itu.

   "Hei, Afrina, kau ni memang tak boleh dipisahkankah dengan permbaris murah ni?" Tanya Zafrul. Afrina memandang wajah Zafrul lalu mengganggukkan kepalanya.

   "Kenapa? Hello, sorry sikit, pembais ni bukannya murah. Mahal ok!" Ucap Afrina sambil menjeling tajam. Zafrul ketawa kecil.

   "Hei, cawan plastik yang aku berikan dekat kau masa darjah satu tu, kau masih simpan tak sebab dah lama tak sembang dengan kau guna benda tu." Ucap Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Masa darjah satu dengan darjah dua baiklah, sekarang ni sorry! Sebab apa? Sebab kau ni suka menyakitkan hati aku! Buat macam muka kau tu mahal." Ucap Afrina. Zafrul memekakkan telinganya. Afrina mencubit bahunya.

   "Aduh! Sakitlah! Kau ni memang dah tak ada kerja lain ya? Asyik-asyik nak gaduh dengan orang!" Ucap Zafrul sambil mengurut bahunya itu. Afrina menjeling tajam.

   Tiba-tiba seorang cikgu memasuki ke dalam kelas itu diirirngi oleh seorang gadis yang berkulit putih dan berambut pendek. Dia memasuki ke dalam kelas itu dan memeluk tubuhnya.

   "Baiklah, assalamualaikum semua murid! Hari ini, kita akan menerima seorang budak baru. Sila perkenalkan diri ya." Ucap Cikgu Nora sambil tersenyum.

   "Hai! Nama saya Amisyah! Saya harap yang saya dapat menjadi rakan awak semua." Ucap Amisyah sambil tersenyum. Zafrul berkerut memandang Amisyah. Afrina sekadar mendiamkan dirinya dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

   "Baiklah, kamu boleh duduk di sebelah Maria." Ucap Cikgu Nora sambil tersenyum. Amisyah menguntumkan senyuman kepada Zafrul. Zafrul menjadi agak gelabah dan malu-malu. Afrina memandang Zafrul lalu memandang Amisyah.

   "Seronoklah tu dapat girlfriend baru yang cute dan putih melepak macam tepung! Tengok muka kaumacam happy ja." Ucap Afrina. Zafrul memandang Afrina dan memandang ke arah Amisyah.

                                                                    ***

   Afrina, Iman, Sakinah, Maya dan Laila duduk di sebuah meja sambil meletakkan makanan mereka di atas meja itu.

   "Hei, korang semua rasa budak baru tu cute tak?" Tanya Iman sambil menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya. Iman merupakan seorang yang amat gedik di dalam kumpulan itu tetapi baik hati dan ramah.

   Sakinah pula merupakan rakan baik Afrina. Sakinah merupakan seorang yang agak pemalu. Maya pula merupakan seorang yang agak pendiam dan kuat mengusik, bab-bab nak kenakan orang, dialah juara. Laila pula merupakan seorang yang simple, cool dan agak lucu.

   "Kenapa? Kau nak dia jadi gang kitakah?" Tanya Afrina. Sakinah menggelengkan kepalanya.

   "Dia nak jadi gang kita? Tengoklah, aku rasa, dia hanya layak untuk gang-gang yang duduk di meja sebelah tu ja! Semuanya lorded, beharta, cantik dan pandai bergaya." Ucap Sakinah. Laila yang masih baru di kumpulan itu sekadar mendiamkan diri.

   Afrina tidak berkata apa-apa. Dia sekadar memerhatikan tingkah-laku kumpulan yang paling hots atau lebih tepat sekali adalah gang gedik itu sahaja. Dia termenung.

   "Apa kurangnya kita ni?" Tanya Sakinah sambil memandang dirinya sendiri.

   Laila menjongketkan bahunya. Iman menggelengkan kepalanya.

   "Korang semua ni memang tak pernah nak berfikiran positiflah! Diorang semua tu pandai bergaul. Semua lelaki sukakan mereka sebab mereka tu just ada duit. Bukannya cantik sangat pun diorang semua tu." Ucap Iman. Afrina menggeleng sambil ketawa lucu.

   "Duit, aku rasakan, taklah. Sebab diorang tu gedik. Just nak main-main, bolehlah!" Ucap Afrina.

   Maya sekadar terdiam. Dia tidak tahu mahu berkata apa-apa.

   "Ah, pedulikan jalah tentang diorang tu! Kita tetap dengan diri kita! Apa diorang nak jadi, jadilah! Yang penting kita datang sekolah ni nak belajar dan bukannya nak berfashion!" Ucap Afrina. Mereka semua terangguk.

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Isnya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positive comments! Assalamualaikum!


 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard