Isnin, 4 April 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 2}

   Zafrul duduk di tempatnya sambil memandang sekeliling. Dia terus mengeluarkan sekeping kertas dari koceknya dan membacanya. Dia tersenyum sedikit sambil tersipu-sipu malu.

   Afrina memasuki ke dalam kelas dengan rakan-rakannya. Mereka duduk di tempat masing-masing. Afrina berkerut selepas memandang Zafrul sedang tersengih sendirian sambil menggigit kukunya.

   "Hello?" Afrina cuba menegurnya. Zafrul tidak menunjukkan sebarang reaksi. Afrina mengetuk bahunya menggunakan pembarisnya. Zafrul terkejut sambil berpura-pura bertanya.

   "Cikgu dah masuk?" Tanya Zafrul. Afrina ketawa kecil lalu menggelengkan kepalanya.

   "Hahahahaha! Tak masuk lagi! Kenapa tengok kau macam happy ja hari ni? Kenapa? Menang loterikah?" Tanya Afrina. Zafrul terdiam sambil menghulurkan surat itu. Afrina berkerut.

   "Surat apa ni?" Tanya Afrina. Zafrul sekadar menghulur.

   "Surat apa, surat apa! Baca ajalah!" Ucap Zafrul agak marah. Afrina menrengus marah sambil mencapai surat itu dengan marah. Dia membuka surat kecil itu dan membacanya. Dia memandang Zafrul sambil mencubit bahu Zafrul. Zafrul menjerit kesakitan.

   "Kenapa kau cubit aku?" Tanya Zafrul sambil mengurut bahunya. Afrina menggeleng.

   "Kenapa kau tulis macam ni dekat aku? Sejak bila kau ada hati dekat aku?" Tanya Afrina sambil meronyok surat itu. Zafrul merampas surat itu.

   "Hei, hei! Sorry sikit! Ni salah faham!" Ucap Zafrul sambil memperbetulkan ronyokkan surat itu. Afrina menjegilkan biji matanya seperti ingin terkeluar.

   "Salah faham apa!? Dah sah-sah kan yang kau tu ada hati dekat aku!" Ucap Afrina. Zafrul menepuk dahinya sambil menggeleng.




   "Bukan! Surat ni, Amisyah yang berikan!" Ucap Zafrul. Afrina terdiam dan tertunduk malu.

   "Apa yang kau nak kata?" Tanya Zafrul seakan-akan mengejek. Afrina bercekak pinggang. Dia mencapai pembarisnya dan menghiris tangan Zafrul. Zafrul mengurut tangannya itu.

   "Sakitlah!" Ucap Zafrul. Afrina menjeling.

   "Kalau kau nak tahu, tadi masa aku tengah lepak dekat tepi tangga tu, tiba-tiba dia cuit-cuit aku dan hulurkan surat ni. Dia kenyit mata. Memang cute gila!" Ucap Zafrul sambil tersenyum angau. Afrina sekadar menjeling menyampah.

   "So, what?" Tanya Afrina. Zafrul menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum puas.

   "Aku rasakan, dia ni macam nak minta couple dari aku! Kau rasa, aku nak couple tak dengan dia?" Tanya Zafrul. Afrina terdiam seketika.

   "Kalau kau suka dia, kau couple ajalah, kalau kau tak suka kau tolak! Just that!" Ucap Afrina sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertasnya.

   Zafrul termenung seketika. "Aku rasa, aku nak couplelah dengan dia! Perempuan yang cute macam tu, mana boleh lepas!" Ucap Zafrul. Afrina menjeling menyampah.

                                                                       ***

   Adik Afrina iaitu Afrisyah berdiri di hadapan kakanya sambil berkerut.

   "Hah, ada apa? Nak apa?" Tanya Afrina. Afrisyah menggelengkan kepalanya

"Tak, tadi Risyah ada jumpa abang Zafrul. Tengok dia macam happy semacam ja! Dia kirim salam!" Ucap Afrisyah sambil memandang kakaknya. Afrina termenung sekejap.

   "Zafrul? Huh, seronoklah! Dia dapat couple dengan budak yang paling cute! Memanglah nampak happy." Ucap Afrina sambil menyambung membuat kerja rumahnya.

"Tapi kan akak! Risyah ingat, abang Zafrul tu couple dengan akak! Dia curang dengan akakkah?" Tanya Afrisyah. Afrina membuat wajah loya mahu muntah hijau.

   "Sorrylah! Akak tak ada masalah nak couple dengan playboy yang tak ada sifat setia tu! Memang taklah! Sorry!" Ucap Afrina sambil menyapu debu di atas almari itu.

   Afrisyah terdiam.

  "Tapi kan akak, playboy macam dia tu nak berubah sekejap aja kan." Ucap Afrisyah. Afrina menggeleng.

    "Playboy macam dia tu tak akan berubah! Dengar sini baik-baik  kalau kau nak cari boyfriend atau suami, carilah yang baik dan bukan playboy sebab PLAYBOY TAK AKAN BERUBAH! Samalah dengan playgirl pun! Kenalah, Amisyah tu nampak macam playgirl dan Zafrul tu nampak macam playboy, tak taulah, siapa yang nak buang siapa."  Ucap Afrina.

  Afrisyah ketawa kecil sambil meniggalkan kakanya itu membebel.

   "Sorrylah nak couple dengan mangkuk tu! Memang taklah!" Ucap Afrina sendirian sambil mengemas rumah itu.

                                                                 ***

   "Tak sangka kan mak saya berikan kucing dekat saya." Ucap Maya sambil tersenyum. Afrina mengganggukkan kepalanya.

    "Kan mak awak kata yang kau ni jenis tak tahu jaga haiwan, kenapa mak kau beli juga?" Tanya Afrina sambil berkerut.

   "Entahlah! Tapi memang best gila!" Ucap Maya. Afrina sekadar tersenyum.

   "Dah dapat bela kucing tu, jangan pula kau tersalah beri dia minum klorok lagi ya." Ucap Sakinah sambil ketawa kecil. Maya merengus marah.

   "Ish, aku taulah macam mana nak kawal dia, kalau terbagi minum lagi, memang nahaslah nasib aku dengan mama aku, kau bukan tak tahu perangai dia yang tak suka orang rosakkan benda yang dia berikan." Ucap Maya. Afrina tersenyum.




     "Aku akan jaga dia dengan baik! Insya-Allah!" Ucap Maya. Sakinah dan Afrina sekadar menggangguk dan tersenyum.

                                                                    ***

   Amisyah dan Zafrul berjalan berduaan di sebuah taman sambil berbual panjang. Zafrul kelihatan amat malu. Amisyah sekadar tersenyum.

   "Awak tak rasa menyesal kah couple dengan saya? Saya rasa awak pasti menyesal couple dengan perempuan yang tak cantik seperti saya ni." Ucap Amisyah sambil merenung lama wajah Zafrul itu. Zafrul menggeleng.

    "Mana ada! Kalau awak nak tahu, awaklah perempuan yang paling cantik yang pernah saya jumpa! Tak pernah ada lagilah, perempuan yang cantik macam awak ni yang saya pernah couple!" Ucap Zafrul sambil tersengih malu.

   Amisyah terdiam sambil terangguk. "Alah, kalau nak kata, senang ja! Semua orang boleh kata, saya pun boleh kata beruk kacak daripada awak." Ucap Amisyah sambil tersenyum. Zafrul menggeleng.

   "Betul, awak adalah perempuan yang paling special." Ucap Zafrul. Amisyah terangguk dan tersenyum.

    "Kalau macam tu, thanks ya!" Ucap Amisyah.

   "Saya rasa, saya dah jumpa cinta sejati dan jodoh saya! Saya rasa awaklah satu-satunya yang layak untuk saya sampai mati!" Ucap Zafru. Amisyah tersenyum dan ketawa kecil.

   "Saya pun sama juga." Ucap Amisyah. Mereka berdua tersenyum dan sambung bemesra kembali. Adakah itu cinta sejatinya? Dia tahukah Amisyah itu cinta sejatinya? Mungkin juga boleh terjadi.


 Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Assalamualaikum!


 

1 ulasan:

Izzati Sarafina Hanis berkata...

Harap semuanya suka! Bestkan!? Hehehe!

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }