Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 3}
Ahad, 10 April 2016 | 1:37 PG | 0 comments
    Zafrul duduk bersila di lantai rumahnya sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Kakaknya berjalan menuju ke arahnya sambil membawa satu dulang yang berisi dua cawan dan seteko kopi panas. Zafrul memandang kakaknya itu lalu tersenyum.

   Zafrina memandang ke arahnya sambil berkerut. "Apalah yang kau sedang tulis tu? Macam sedang tulis surat cinta sahaja. Nak beri dekat siapa?" Tanya Kakanya itu sambil menuangkan air kopi itu ke dalam sebuah cawan lalu dihulurkan kepada adiknya itu.

   "Ish, akak ni! Suka hati sayalah nak dekat siapa pun. Apalah yang akak kisah?" Ucap Zafrul. Kakaknya itu bercekak pinggang sambil menggeleng.

   "Suka hati kaulah Zafrul. Dahlah, akak nak pergi keluar sekejap. Nak sidai baju." Ucap kakaknya itu sambil meninggalkan adiknya itu keseorangan. Zafrul tidak berkata apa-apa lalu tersenyum selepas mencoret surat itu. Dia tersenyum puas.

                                                                          ***

   Zafrul berjalan keseorangan menaiki ke kelasnya. Dia menuju ke meja Amisyah lalu meletakkan surat itu ke dalam mejanya. Dia tersenyum. Tiba-tiba rakannya Kamal menuju ke arahnya. Zafrul tersenyum.

   "Eh, macam mana dengan kau dan Amisyah tu? Apa yang kau buat dekat meja dia ni?" Tanya Kamal. Zafrul menggeleng.

   Selepas beberapa jam, semua pelajar dibenarkan masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran. Amisyah duduk di mejanya dan memeriksa dalam mejanya. Dia terkejut melihat surat itu lalu membaca isi surat yang kononnya sangat indah itu. Amisyah sekadar tersenyum lucu dan menggelengkan kepalanya.


        Amisyah memandang Zafrul. Zafrul sedang berbual dengan rakannya Kamal. Amisyah tersenyum simpul.

     Afrina memasuki ke dalam kelas itu lalu duduk di tempatnya. Zafrul memandangnya sambil menggelengkan kepalanya.

    "Afasal kau lambat datang sekolah?" Tanya Zafrul. Afrina memandang Zafrul sambil buat tidak tahu sahaja.

     Zafrul menggelengkan kepalanya. "Kau ingat aku cakap dengan kayu golf? Kenpa kau lambat datang sekolah?" Tanya Zafrul. Afrina membuat wajah tidak puas hati.

   "Kau ni cikgukah sekarang ni? Punya fasallah aku nak datang lambat atau tak! Bukannya kacau kau pun! Aku yang nak kena tanggung, bukannya kau! Jangan nak ambil tahu hal akulah, aku tak pernah ingin pun kau nak tanya macam polis kerja sepenuh masa dekat sini!" Ucap Afrina.

    Zafrul bercekak pinggang. "Amboi, salahkah aku nak tanya kau? Kau ni, kalau tak nak cari gaduh dengan aku satu hari, memang tak pernah sahkan?" Tanya Zafrul. Afrina menggeleng sambil menjelirkan lidahnya.

   "Punya fasallah! It's not on your own business!"  Ucap Afrina. Zafrul memeluk tubuhnya. "Bila masa aku buka bisnes? Kau ni memang tak nak kalah bila nak gaduh! Sudahlah, aku mengalah jalah dengan kanak-kanak ribena ni! Kalau kalah berbahas, nanti menangis pula!" Ucap Zafrul.

   Afrina menjeling tajam. "Aku pun tak nak gaduh dengan lelaki yang lembab macam kau dekat sini, daripada bergaduh dengan kau, baik makan cendol, lagi sedap!" Ucap Afrina. Zafrul terdiam.

                                                                         ***

   Amisyah duduk di hadapan Zafrul yang sedang duduk makan di kantin bersama-sama dengan raka-rakannya.

    "Zafrul, boleh saya bercakap dengan awak sekejap? Sikit ja!" Ucap Amisyah. Zafrul mengganggukkan kepalanya sambil mengikuti langkah Amisyah.

   "Kenapa ni Amisyah?" Tanya Zafrul.

   "Awak dengan Afrina tu, ada apa-apa hubungankah?" Tanya Amisyah. Zafrul terdiam seketika lalu menggelengkan kepalanya.

   "Mana ada, adalah hubungan kawan sahaja!" Ucap Zafrul sambil tersenyum tawar. Amisyah menggelengkan kepalanya itu.

   "Jangan nak tipu sayalah Zafrul. Saya tengok awak dengan dia tu macam mesra ja. Macam ada hubungan ja! Awak jangan cari fasal ya. I think, she like you! Yalah, siapalah yang nak tolak orang kacak macam awak ni." Ucap Amisyah.

   Zafrul berkerut. "Apa yang awak mengarutkan ni? Dia tulah perempuan pertama yang tolak saya. Awak ingat, saya duduk sebelah dia tu, berbual dengan dia tu, maknanya, kami berdua ada couple! Macam tu awak ingat? Ni, dia tak pernah sukakan saya dan saya pun tak pernah sukakan dia! Orang macam dia tu, saya tolak mentah-mentah macam tu jalah, lainlah kalau awak." Ucap Zafrul.

   Amisyah tersenyum sambil menggangguk. "Ok, baru lega sikit hati saya ni. Tapi ingat, saya tak nak ada tercetus di hati awak yang awak nak sangat sukakan dia tu!" Ucap Amisyah.

   Zafrul tersenyum. "Alah, hati saya hanya untuk awak ja pun." Amisyah tersenyum. Dia memandang Afrina yang kelihatan sedang bergembira berbual bersama dengan rakan-rakannya itu.

                                                                             ***

    Afrina berjalan keseorangannya di sebuah pasar sambil membawa beberapa bungkusan. Kebetulan, pada masa itu Zafrul dan Amisyah sedang bersiar-siar di situ dan ternampak Afrina sedang dalam keadaan terseksa membawa bungkusan itu.

   "Eh. itu Afrina kan?" Ucap Zafrul sambil menundingkan jarinya kepada Afrina. Amisyah memandang Afrina itu sambil berkerut.

   "Haah! Kenapa?" Ucap Amisyah. Zafrul menggeleng.

   "Tengok kesianlah pula bawa barang-barang berat macam tu. Nak tolong dia tak?" Tanya Zafrul. Amisyha terdiam lalu menggelengkan kepalanya.

   "Alah, biarlah di bawa seorang diri. Lagipun, tengok macam tak berat pun, saja nak tarik perhatian orang! Kan, awak kata dia tak ada boyfriend, so, dia buat macam tu agar ada mana-mana lelaki datang tolong dia! Macam drama tempatan, lepas tolong apa semua, kawan lama-lama, timbulnya perasaan cinta." Ucap Amisyah.

   Zafrul terdiam sambil terfikir sekejap. "Kawan lama-lama baru timbul perasaan cinta?" Ucapnya sendirian. Amisyah terdiam sambil berkerut memandang Zafrul.

   "Awak ni dah kenapa? Jomlah kita pergi." Ucap Amisyah. Zafrul terdiam seketiks lalu mengikut langkah Amisyah dan tinggalkan kawasan itu.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Assalamualaikum!

 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard