Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 4}
Ahad, 10 April 2016 | 7:16 PG | 0 comments
   Pada tahun lima, Afrina dan Zafrul pun tidak lagi duduk sekali. Mereka berdua duduk di tempat yang berasingan. Tetapi, Afrina sekadar duduk di hadapan Zafrul. Jadi dari situ, Zafrul akan selalu menyusahkannya dengan pelbagai perkara.

   "Ah! Sudahlah Zafrul! Kau ni memang tak berguna! Dahlah gunting aku jatuh dekat tingkap! Lepas tu gam aku pula yang habis! Kau ni memang tak berguna! Tak berguna!" Marah Afrina sambil meramas rambutnya.

   Zafrul terdiam sambil menggelengkan kepalanya. "Ish, kau beli ajalah yang baru! Miskin sangat!?" Ucap Zafrul. Afrina tersenyum sinis.

   "Amboi, amboi! Siapa yang miskin sekarang ni? Kau kah aku! Sebenarnya kau yang miskin! Tak mampu beli gunting dan gam! Kau tu yang tak berduit! Kalau nak pinjam pun, pergilah pinjam barang Amisyah tu! Pandai, barang dia kau tak nak habiskan!" Ucap Afrina dengan sinis sekali.

   Zafrul menggelengkan kepalanya. "Kau ni kedekut sangat dengan aku kenapa? Ada masalah? Atau, kepala otak kau tu miring?" Ucap Zafrul sambil ketawa besar. Afrina tidak tahan lalu mencapai buku teksnya dan memukul kepala Zafrul. Sudahlah buku teks matematik.

    Zafrul mengurut kepalanya. "Tak guna kau Afrina!" Ucap Zafrul. Afrina memeluk tubuhnya.

   "Kau ni lelaki kah perempuan?" Tanya Zafrul. Afrina tersenyum jahat.

   "Ada aku kisah! Sekarang ni, inilah balasan seseorang yang suka menyakitkan hati aku! Nilah yang paling simple dan tak sakit." Ucap Afrina lalu terus keluar dari kelas itu. Zafrul memandang Afrina keluar dari kelasnya itu.

    Zafrul menggelengkan kepalanya. "Aduh, dia ni! Bilalah nak insaf?" Ucapnya sendirian.

                                                                              ***

    Amisyah dan Zafrul berjalan bersama pulang dari sekolah. Zafrul kelihatan murung sahaja. Amisyah dapat mengesan kemurungan Zafrul itu. Dia mencebik.

   "Awak ni dah kenapa? Selama saya couple dengan awak, tak pernah pun tengok awak muram macam ni. Awak ada masalahkah?" Tanya Amisyah sambil tersenyum manis. Zafrul memandang Amisyah lalu menggelengkan kepalanya.

   "Eh, tak ada apa-apalah. Saya ok ja! Just, rasa tak sihat sikit! Awak tak perlulah nak risau sangat tentang saya." Ucap Zafrul sambil tersenyum. Amisyah ketawa kecil.

   "Tak ada masalah awak boleh murung macam ni? Jangan nak menipulah Zafrul. Ni pasti fasal perempuan tu lagikan?" Ucap Amisyah sambil tersenyum licik.

   Zafrul menjadi agak hairan dan merenung tepat-tepat wajah Amisyah. "Perempuan mana yang awak maksudkan ni?" Tanya Zafrul. Amisyah menggelengkan kepalanya.

   "Tak adalah, tadi saya ada nampak yang Afrina tu ada pukul kepala awak gunakan buku. Mungkin fasal perkara tu awak murung. Yalah, lelaki ni kan pantang dicabar. Janganlah risau, perkara ni, biar saya yang settle sendiri." Ucap Amisyah. Zafrul berkerut.

   "Eh, mana ada! Saya tak rasa apa-apa pun dengan dia. Dia memang macam tu. Saya pun dah biasa dengan perangai dia tu." Ucap Zafrul. Amisyah menggelengkan kepalanya.

   "Hei, Zafrul! Awak dengar sini baik-baik tau! Janganlah nak bagi sangat chance dekat Afrina tu. Dia ingat, dengan dia punya kegarangan tu, semua orang tak dapat nak lawan dia. Apa kata, awak berkeras sikit dengan dia tu." Ucap Amisyah.

   Zafrul menggelengkan kepalanya. "Amisyah, apa yang awak cakap ni? Awak nak suruh saya berkeras dengan dia? Maksud awak apa?" Tanya Zafrul mahukan kepastian.

   "Maksud saya, apakata, kalau dia kasar dengan awak, awak just cederakan dia sikit! Sebabnya, perempuan yang macam dia tu memang harus diberikan pengjaran." Ucap Amisyah sambil memeluk tubuhnya. Zafrul memandang Amisyah lalu menggeleng.

   "Apa yang awak merepekkan ni? Jangan harap. Saya ni lelaki, so kalau saya sakiti dia, memang teruklah saya dengan tuhan. Oklah Amisyah, saya nak cepat ni. Lagipun jalan dekat sini panas." Ucap Zafrul seakan mengejek lalu terus meninggalkan Amisyah. Amisyah menjadi agak marah.

                                                                       ***
      "Aduh, kenapa dengan kau ni? Kau dah gilakah?" Tanya Afrina yang kelihatan amat sakit ditolak oleh Amisyah.

   "Apa yang kau dah hasut Zafrul? Kau ni memang dasar perempuan yang tak berguna!" Ucap Amisyah. Afrina bangun lalu menggeleng dan menolak Amisyah.

   "Apa yang kau merepek ni? Jangan nak jadi macam perempuan gilalah dekat sini! Aku nak pulang cepat! Tepilah!" Ucap Afrina. Amisyah menggelengkan kepalanya. "Kau ni memang kena diajar! Sebab kaulah dia dah mula pandang rendah dekat aku!" Ucap Amisyah.

   Afrina menggeleng. "Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham apa-apa langsung! Sudahlah! Jangan nak jadi gila dekat sini!" Ucao Afrina. Amisyah tetap menggeleng.

   "Kau sajakan, nak tarik perhatian dia supaya tinggalkan aku dan sukakan kau? Aku dah tahu semua tu! Memang kau ni perampas!!!" Ucap Afrina. Afrina menggeleng.

   "Bila masa aku nak rampas Zafrul tu dari kau! Ni, kau dengar sini baik-baik! Kalau aku mati hidup balik pun, aku tak inginlah Zafrul tu! Kau ambillah kalau kau nak sangat! Kau pun tahukan, perempuan yang macam aku ni, memang dia takkan suka! Aku tak cantik, tak bergaya macam kau! Aku ni sekadar seseorang yang tak tahu apa-apa tentang kecantikkan! Jangan berfikiran macam budak-budaklah dekat sini!" Ucap Afrina.

   Amisyah tersenyum sinis. "Siapa yang budak-budak sekarang ni? Aku kah kau? Hei, tahu pun kau sedarkan diri tu!" Ucap Amisyah. Afrina tersenyum dengan sinis.

   "Kesiankan dengan perempuan macam kau ni. Tak ada apa-apa bukti tapi nak tuduh orang sesuka hati. Apa yang kau nak risaukan sangat dengan dia tu? Takut dia tersuka aku? Memang taklah! Lagi sekali aku nak berikan peringatan kepada kau, mati hidup balik pun,aku tak akan sukakan dia tu! Kau kena tahu perkara tu! Pergilah balik, tolong mak atau ayah kau buat kerja! Tengok tangan masa kau tolak aku tu lembut sangat!" Ucap Afrina lalu terus beredar.

    "Kurang ajar." Ucap Amisyah sendirian lalu terus meninggalkan kawasan itu.

                                                                        ***

   Afrina duduk sendirian di biliknya lalu terus menekup wajahnya. Dia menuju ke hadapan cermin sambil membelek wajahnya pada cermin. Dia tertunduk.

   "Hodoh sangatkah aku ni? Aku ni, tak layakkah untuk lelaki yang kacak-kacak! Kenapa?" Ucap Afrina sendirian lalu terus mengusap air matanya. Dia menundukkan wajahnya.

   Afrisyah memasuki ke dalam bilik kakanya untuk mengajak kakaknya itu makan malam.

   "Akak, cepatlah makan malam." Ucap Afrisyah lalu terus berkerut melihat kakaknya sedang menangis keseorangan di biliknya itu. Afrisyah meluru ke arah kakaknya itu dan menegur kakaknya.

   "Akak, kenapa akak menangis?" Tanya Afrisyah. Afrina menggeleng sambil mengusap air matanya itu.



   "Tak ada apa-apalah! Mata akak masuk habuk." Ucap Afrina. Afrisyah menggeleng sambil merenung mata akaknya itu.

   "Memang inilah alasan yang orang selalu pakai bila dia tu memang betul-betul menangis. Mata masuk habuk, mata masuk habuk! Macam dah tak ada alasan lain! Risyah tahu akak memang betul-betul menangis!" Ucap Afrisyah.

   "Akak tak sihat sikit. Tak apalah Risyah, pergi kata dekat mama yang kakak tak sihat dan nak tidur." Ucap Afrina. Afrisyah menggangguk.

   "Akak okkah?" Tanya Afrisyah. Afrina menggangguk sambil tersenyum.

   "Akak ok ja!" Ucap Afrina. Afrisyah menggangguk lalu terus meninggalkan kakaknya itu.

                                                                              ***

   Zarful membuka buku diarinya itu dan melihat wajah Amisyah yang terdapat di dalam buku itu.

   "Aduh, kenapalah Amisyah suruh aku buat kerja gila tu! Memang mengarutlah aku nak sakiti Afrina tu." Ucap Zafrul.

   "Mungkin dia ingat yang aku ni ada hati dekat dia. Mungkin! Tapi, merepek ja! Takkanlah aku nak suka dia! memang tak! Tak, tak dan tak! Just kawan!" Ucap Zafrul.


      Dia membuka tingkap biliknya itu dan melihat Afrina sedang duduk termenung sendirian di biliknya itu. Zafrul mencapai cawan plastiknya itu dan mahu menghubungi Afrina. Afrina terlihat Zafrul lalu mencapai cawan plastiknya itu.

   Dia bertanya. "Hah, apa yang kau nak?" Tanya Afrina dengan garang. Zafrul menggeleng.

   "Ish, janganlah garang sangat! Kenapa aku tengok kau macam sedih ja?" Tanya Zafrul. Afrina terdiam seketika dan menggeleng. "Aku tak ada masalah pun. Just tak sihat sikit."

   "So esok, kau tak pergi sekolahlah?" Tanya Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Err, aku tak tau lagi. Aku rasa aku masih boleh pergi sekolah, mungkin sebab terlalu letih." Ucap Afrina. Zafrul terangguk.


    "Oklah, aku nak rehat ni!" Ucap Afrina lalu menyimpan cawan plastik itu dan menutup lagsir tingkap itu. Moga Zafrul tidak dapat melihatnya. Zafrul terdiam lalu dai terus menyimpan cawan plastik itu.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard