Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 5}
Jumaat, 15 April 2016 | 7:48 PG | 0 comments
   Kesemua kumpulan yang paling diva dan hot di sekolah itu berjalan sambil duduk di tempat mereka! Tempat mereka mestilah kena khas dan sangat mewah. Di tempat yang bersih dan pasti di bawah kipas angin.

   "Aku, cukup meluatlah dengan Afrina tu! Dia ingat yang dia tu cantik sangat! Aku rasa, aku nak kenakan dia tu." Ucap Amisyah sambil memeluk tubuhnya dan tersenyum sendirian.

   Ketua kumpulan mereka iaitu Damia memandang Amisyah sambil terdiam sejenak. Dia menggelengkan kepalanya sambil mengurut dagunya.

   "For what?" Tanya Damia. Amisyah menggelengkan kepalanya.

   "Taklah, aku tengok yang dia tu macam nak ambil perhatian Zafrul! Aku harap sangat agar Zafrul tak tergoda dengan dia tu." Ucap Amisyah sambil memeluk tubuhnya. Damia memandang Amisyah sambil menggeleng.

   "Are you sure yang Zafrul tu nak sangat dengan geng-geng yang entah apa-apa tu! You tahu tak yang Zafrul tu, taste dia tinggi! Tak mainlah dengan diorang semua tu!" Ucap Damia sambil tersenyum sinis. Syiffa menggangguk.

   "Zafrul tetap akan setia dengan kaulah Misyah! Kaulah yang tercantik, tercomel kat sekolah ni! Trust me! Please!" Ucap Syiffa sambil menyuapkan sesudu dadih ke dalam mulutnya.

   Amisyah terdiam seketika. "Tapi, aku tak puas hati dengan kumpulan diorang tu! Aku nak balas dendam!" Ucap Amisyah sambil memerhatikan tingkah laku satu persatu ahli kumpulan yang entah apa kepada mereka.

   Zulaika memandang Amisyah sambil merenung wajahnya lama-lama. "Apa yang kau nak kita semua buat? Malaslah nak cari gaduh dengan kumpulan yang bodoh tu! Tak ada kerja lainkah?" Ucap Zulaika.

   Amisyah menggeleng. "Yang lain tu, pada aku ok lagi! Yang Afrina tu harus ada balasan! Memang kena dibalas dendam!" Ucap Afrina.

   "Apa yang kau nak buat?" Tanya Mira. Amisyah tersenyum. Dia memetik jarinya.

   "Aku nak kenakan dia." Ucap Amisyah. Mereka semua memandang ke arahnya sambil tersenyum tawar dan memandang Afrina.

                                                                               ***

   "Baiklah, keluarkan buku karangan, saya nak periksa satu persatu! Siapa yang tak bawa atau tidak menyiapkan tugasan itu, sila berdiri!" Ucap Cikgu Nana sambil meronda sekeliling kelas untuk memastikan anak muridnya telah menyiapkan tugasan yang diberi.

   Afrina tersenyum sambil memeriksa beg sekolahnya. Dia kelihatan amat gelisah setelah melihat bukunya itu tidak ada di dalam beg sekolahnya. Rakan sebelahnya Ammar memerhatikan tindakan Afrina yang kelihatan gelisah itu.

   "Kau tak bawa buku! Memang nasib kaulah!" Ucap Ammar sambil menggelengkan kepalanya. Wajah Afrina menjadi pucat tidak berdarah. Dia mengiggil seluruh badan. Cikgu Nana merenungnya dengan tajam sekali.

   "Afrina, mana buku kamu?" Tanya Cikgu Nana. Afrina tertunduk sambil berdiri.

   "Err, saya minta maaf cikgu. Tadi ada di dalam beg ni! Entah tiba-tiba tak ada pula!" Ucap Afrina dengan perasaan yang agak gementar. Cikgu Nana merenungnya lama-lama.

   "Habis, buku tu pergi mana? Dia ada kaki boleh lari keluar dari beg sekolah kamu!? Kah, kamu tak siap?" Ucap Cikgu Nana. Semua murid-murid di kelas itu mengejeknya. Dia berasa amat malu. Amisyah tersenyum jahat sambil menggelengkan kepalanya.

   Zafrul memerhatikan Afrina sambil menggeleng.

   "Cikgu, kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh tanya Maya sebab tadi dia ada nampak saya keluarkan buku tu dan letak dekat bawa meja sebelum nak keluar rehat! Betul cikgu! Saya tak tipu!" Ucap Afrina hampir sebak.

   Cikgu Nana menggeleng tidak percaya. Maya terus berdiri. "Cikgu, betul cakap Afrina tu! Saya nampak yang dia bawa buku tu!" Ucap Maya. Amisyah mengangkat tangannya sambil berdiri.

   "Tipu! Kawan pastilah bantu kawan! Cikgu, dia memang tak bawa dan tak siapkan kerja sekolah tu! Memang betul pun!" Ucap Amisyah sambil memeluk tubuhnya. Cikgu Nana memandang Maya.

   "Afrina, berikan nombor telefon ayah kamu!" Ucap Cikgu Nana sambil mengeluarkan telefonnya. Afrina terdiam seketika.

   "Baru sekali saya buat silap, dah kena! Kalau macam Damia, Syiffa semua tu, cikgu boleh berikan peluang! Cikgu ni memang pilih kasih!" Ucap Afrina. Dia kelihatan amat marah. Cikgu Nana tersenyum licik.

   "Ada saya kisah! Kamu baru ja tahun lima, dah pandai melawan! Sekarang berikan nombor telefon ayah kamu atau kamu akan dipaksa berjumpa dengan pengetua!" Ucap Cikgu Nana sambil bercekak pinggang. Afrina tetap menggeleng.

   "Saya tak nak! Cikgu ingat saya takut sangatkah dengan guru besar yang langsung tak ada amanah tu!" Ucap Afrina. Cikgu Nana menarik lengan Afrina.

   "Cepat berikan nombor telefon ayah kamu! Jangan nak berkeras kepala!" Ucap Cikgu Nana. Afrina terpaksa mengalah dan memberikan sahaja nombor telefon ayahnya.

   Nasibnya pada hari itu amat malang dan dia sekadar bersabar. Pada waktu pulang, Afrina terus berlari meninggalkan kawasan sekolah itu dengan laju.

   Sesampainya dia di hadapan rumah, Afrisyah adiknya telah menunggunya di ruang tamu. Afrina memasuki ke dalam rumah itu seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

   "Kakak, ayah dengan ibu nak jumpa." Ucap Afrisyah. Afrina terdiam lalu terus pergi berjumpa dengan ibu dan ayahnya di dapur. Afrina duduk selamba sahaja.

   "Tadi cikgu kamu ada call dan telah menceritakan segalanya kepada ayah. Kamu ni memang tak ada adab ya!? Dah besar? Pemalas!" Ucap ayahnya tegas. Afrina tetap selamba.

   "Apa yang nak jadi dengan kau ni? Nak jadi apa? Afrina, kalau kau asyik teruskan perangai degil kau ni dan tak nak berubah, jangan haraplah kau nak cemerlang!" Ucap ayahnya sambil meneguk secawan kopi. Afrina ketawa dengan sinis sekali.

   "Ayah ingat yang saya ni kisah sangat! Sorrylah, dia tu yang pilih kasih! Ayah, Afrina buatlah kerja rumah tu! Afrina bawa! Entah macam mana buku tu boleh hilang! Mesti ada orang yang nak menganiaya Afrina!" Ucap Afrina.

   "Tapi, mana adab kamu dengan seorang guru?" Tanya ibunya pula. Afirna berasa amat rimas.

   "Sudahlah, pergilah masuk belah cikgu yang tak berguna tu! PERGILAH!" Ucap Afrina lalu terus memasuki ke dalam biliknya. Dia menghempas pintu biliknya itu dengan kuat dan bersendirian di dalam biliknya.

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard