Ahad, 1 Mei 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 7}

   "Mana dia? Mana dia? Mana dia dah pergi!?" Jerit Afrina sambil melompat dan turun dari katilnya. Dia kelihatan amat gelabah dan seperti seseorang yang kehilangan anak.

  Kelihatan wajahnya memang seperti kehilangan sesuatu yang besar dan amat bermakna dalam hidupnya.

    Afrisyah yang sedang menikmati sarapan paginya bersama ibu dan ayahnya terkejut melihat gelagat Afrina itu.

   "Afrina, kenapa dengan kamu ni? Jerit macam orang gila!" Tanya ayahnya. Afrina mengusap air matanya. Dia menggelengkan kepalanya.

   "Mama ada nampak tak Yera saya?" Tanya Afrina sambil duduk di lantai dan meneruskan tangisannya. Afrisyah berkerut.

   "Yera? Yang mana satu ni? Yera tu siapa?" Tanya abahnya. Afrina menggelengkan kepalanya. "Yera tu burung saya! Saya baru beli kelmarin! Mahal tau harganya! Afrina simpan duit tu semata-mata nak beli Yera!" Ucap Afrina lagi.

   Afrisyah terlopong seketika. "Akak beli burung tapi tak beritahu kami pun!" Ucap Afrisyah. Afrina terdiam seketika.

   "Padan dengan muka kau tu! Beli burung tapi tak tahu nak jaga! Kau tahukan beli burung ni tak baik! Diakan hidup terbang bebas! Inilah Allah balas dekat kau!" Ucap mamanya sambil menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya.

   Muka Afrina menjadi agak merah. "Mama ni tak famahlah! Dia tu lain sikit! Kalau kita bebaskan dia, dia akan pulang semula kepada tuannya!" Marah Afrina.

   "Perlukah nak jerit dekat mama!? Kau punya salah nak marah dekat mama pula!" Ucap mamanya. Afrina tertunduk.

   "Apa yang kamu kata tadi Afrina? Burung tu akan pulang semula kepada tuannya selepas dibebaskan? Hmm, jadi pasti burung tu dah kembali kepada peniaganya! Cuba kamu pergi periksa!" Ucap abahnya. Afrina terdiam.

   "Betul juga cakap abah kamu tu! Pergilah tengok!" Ucap mamanya. Afrina tersenyum sambil menggangguk.

   "Oklah! Afrina pergi dulu! Kejap ja!" Ucap Afrina lalu terus berlari keluar dari rumahnya itu.




   "Haraplah dia ada! Cik Marie pasti sedang nantikan aku!" Ucap Afrina sendirian sambil berlari dengan gembira sekali keluar dari rumahnya.

    Cik Marie kelihatan sedang menyapu sampah di luar kedainya. Afrina menjerit memanggil nama Cik Marie sambil melambaikan tangannya ala-ala ratu dunia. Cik Marie melambaikan tangannya seakan-akan sedang memanggil Afrina datang.

   Afrina berlari menuju ke arah Cik Marie sambil tersenyum.

   "Mujurlah adik datang. Burung yang adik beli kelmarin ada dekat kedai akak." Ucap Cik Marie sambil tersenyum tawar. Afrina menggangguk.

   "Yakah. Saya pun sedang cari dia sekarang ni!" Ucap Afrina. Cik Marie terangguk.

   "Masuklah. Dia ada dekat dalam!" Ucap Cik Marie. Afrina menggangguk sambil tersenyum.

   Kelihatan burungnya, Yera sedang duduk di atas sebuah meja sambil ketawa mengejek kepadanya. Afrina menjadi agak geram. Dia mengetap bibirnya.

   "Entahlah! Rasanya dia saja nak usik kamu." Ucap Cik Marie! "Dia faham aa yang kita cakap dan kadang-kala kita faham juga apa yang dia cakap! Lebih kurang macam bahasa burung campur dengan bahasa bayi." Ucap Cik Marie lagi.

   Afrina membuat wajah biasa sahaja. "Yera! Mari ke sini! Jom balik!" Ucap Afrina. Yera menggeleng sambil menjelirkan lidahnya. Cik Marie tersenyum tawar.

   "Err, bersabar ya dik! Dia nak main-main ja tu!" Ucap Cik Marie. Afrina menarik nafasnya dalam-dalam.

   "Yera! Mari ke sini! Saya panggil dengan baik ni! Cepat! Afrina sudah tidak larat mahu menunggu!" Ucap Afrina lagi. Yera masih menggeleng.

   Afrina menjadi agak marah lalu mengejar burungnya itu. Yera menjadi agak terkejut. Belum sempat dia mahu terbang, Afrina sudah menangkapnya.

   "Yera! Boleh tak jangan nakal macam ni!? Kalau saya dah suruh balik tu balik sahajalah! Saya bukannya tuan yang kejam! Saya akan berikan makanan yang secukupnya dan tempat tidur ala-ala tuan putera! Saya juga akan berikan kebebasan kepada yera! Tetapi Yera haruslah balik semula sebelum maghrib! Setuju tak?" Ucap Afrina.


   Yera agak ketakutan. Dia menggagguk perlahan. Cik Marie memandang Yera dengan wajah yang bersimpati.

   "Saya tahu yang Yera sedih kerana Yera kena tinggal di tempat yang baru! Tetapi itu hakikatnya! Yera akan gembira dengan kehidupan dan tuan yang baru. Lama-lama, Yera akan biasa dengan Afrina ni! Jangan nakal dan ikut cakap tuan!" Ucap Cik Marie.

   Yera memandang Cik Marie dan menggagguk. Afrina tersenyum. "Baguslah kalau Yera dengar cakap. Jom ikut saya balik! Kita makan!" Ucap Afrina. Yera menggangguk perlahan.

   "Oklah, saya balik dulu ya akak! Terima kasih!" Ucap Afrina. Cik Marie menggangguk. Afrina membawa Yera keluar dari kedai itu.

                                                                      ***

   Afrina berjalan bersama dengan Maya sambil berbual panjang. Mereka kelihatan amat rapat.

   "Pasti burung kau tu comelkan? Siapa nama dia?" Tanya Maya. Afrina tersenyum.

   "Memanglah comel. Nama dia Yera. Warna putih campur pink! Unikkan! Kelmarin saya marah dia teruk-teruk sebab tak nak dengar cakap saya!" Ucap Afrina. Maya tersenyum tawar.

   "Err, kenapa kau marah seekor burung? Diakan sekadar haiwan!?" Tanya Maya. Afrina tersenyum agak bangga.

   "Eh, mesti! Kita kenalah jaga seekor haiwan macam adik sendiri! Dia buat salah, kita tampar tangan atau kaki dia! Baru dia dah tak nak buat kesilapan tu." Ucap Afrina. Maya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

   "Hai, macam-macamlah kau ni Afrina!" Ucap Maya.

   Tiba-tiba mereka terdengar bunyi esakan kecil dari arah depan tandas.

   "Eh, kau dengar tak bunyi orang menangis?" Tanya Afrina. Maya menggangguk.

   "Jomlah kita pergi tengok." Ucap Maya. Afrina menggangguk lalu berlari menuju ke tempat itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat pemilik tangisan itu.

   "ZAFRUL!?" Ucap mereka berdua serentak. Zafrul memandang mereka berdua.

   "Err, apa yang korang berdua buat dekat sini? Pergilah balik kelas! Aku tak nak sesiapa layan aku atau tanya apa-apa sahaja! Please leave me!" Ucap Zafrul sambil meneruskan tangisannya.


   "Kenapa kau menangis dekat sini! Apa kena dengan kau ni? Kalau Amisyah tinggalkan kau pun, tak payahlah sampai nak menangis macam ni!" Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Sorry sikit! Aku yang tinggalkan dia! Aku menangis ni sebab tangan aku sakit! Memang sakit! Sebab tulah aku menangis!" Ucap Zafrul. Maya menggeleng.

  "Kau tipu! Takkanlah tangan kau sakit sampai nak menangis macam ni! Pasti sebab lainkan?" Tanya Maya. Zafrul tetap menggeleng.

   "Aku pun manusialah! Tak semua manusia dapat menanggung segala kesakitan!" Ucap Zafrul. Afrina memeluk tubuhnya.

   "Hei, sebab tulah aku tanya kau, sebab apa kau menangis! Kesakitan bukan dari luar ja! Dari dalam dan perasaan pun kita boleh rasa tau!" Ucap Afrina. Zafrul memandang mereka berdua.

   Maya memandang Zafrul dan tersenyum.

   Zafrul menggeleng. Dia bangun lalu terus berlari mahu menuju ke kelas. Afrina dan Maya berkerut lalu meneruskan perjalanan mereka dengan penuh tanda tanya.

                                                                     ***

   Cikgu Yuna memasuki ke dalam kelas sambil diikuti oleh seorang budak yang entah dari mana. Budak lelaki itu kelihatan seperti baik hati dan agak pendiam.

   "Bangun! Assalamualaikum cikgu!" Ucap ketua darjah lalu diikuti oleh semua murid di dalam kelas itu. Cikgu Yuna memberi keiizinan kepada semua anak muridnya tu duduk.

   "Waalaikumussalam semua! Baiklah! Hari ni kita akan menerima seorang murid baru! Nama dia Fakrul! Harap kamu semua dapat menjadi kawan baiknya! Fakrul, kamu boleh duduk di sebelah Kamarul." Ucap Cikgu Yuna.

   Kamarul mengangkat tangannya. Fakrul tersenyum lalu terus duduk di sebelahnya.

   "Baiklah, buka buku teks kamu semua! Turn to page 35!" Ucap Cikgu Yuna untuk memulakan sesi pembelajaran subjek Bahasa English. Fakrul memandang Afrina yang kelihatan sedang tekun membaca buku teks itu.

   Zafrul mengesan tindakannya itu dan berasa agak kurang selesa.

   "Ish, kenapa budakni asyik tengok Afrina saja!? Ada apa-apakah?" Tanya Zafrul sendirian. Afrina memandang Fakrul. Fakrul terus menoleh ke tempat lain dan buat-buat sedang memberi fokus kepada Cikgu Yuna. Afrina menggeleng.

   "Ish, budak baru ni kenapalah asyik pandang dinding tepi aku ni? Dinding ni kotor sangatkah?" Ucap Afrina sambil memandang dinding itu.

   "Tak ada apa-apa pun! Elok ja!" Ucap Afrina. Dia menggelengkan kepalanya lalu menumpukan perhatiannya kepada pembelajaran itu.

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }