Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 8}
Isnin, 30 Mei 2016 | 8:29 PG | 0 comments
   "Hish! Yera! Janganlah lari! Aku just nak mandikan kau! Bukannya dera kau Yera! Aku tampar nanti baru tahu!" Ucap Afrina sambil menggosok badan Yera yang putih bersih itu. Memang Afrina ni tambah kerja! Badan dah bersih putih suci, nak mandikan tiba-tiba!

   Selepas memandikan Yera, Afrina meletakkan Yera di atas katilnya. Dia mencapai pengering rambut, losyen bayi, bedak, minyak rambut dansikat rambut. Mula-mula sekali dia mengeringkan  bulu Yera lalu mengelapnya menggunakan tuala khas buat Yera. Selepas itu dia menyapukan minyak rambut dan losyen. Selepas itu dia terus menyapu bedak pada wajah Yera yang comel itu.

   Selepas tamat menghias Yera yang kelihatan bersih tetapi seperti lemas itu, Afrina berasa amat lega lalu menyimpan barang-barang itu semula. Afrina berasa amat berpuas hati. Dia mencapai sebotol minyak wangi lalu menyemburkan haumannya itu pada bulu Yera. Memang aromanya menusuk kalbu.

   Memang harum tidak terhingga. Tidak memeningkan dan tidak menghayalkan. Memang tidak rugi duit yang digunakan untuk membeli haruman minya wangi itu. Bukan botol sahaja yang cantik, wangiannya pun memang setaraf dengan bentuk botolnya.

   Kembali pada kisah realiti, Afrina tersenyum dan mendukung Yera. Tetapi Yera terus terbang tanda tidak mahu didukung seperti bayi. Afrina bercekak pinggang tanda tidak puas hati.

   "Hei, Yera! Kau ni memang saja-saja nak sakitkan hati aku! Hmm, tak apa! Aku tak bagi kau makan, padan muka!" Ucap Afrina sambil memuncungkan mulutnya seperti itik serati. Muncungnya itu boleh digunakan sebagai ampaian untuk menyidai baju.

   "What eva!" Tiba-tiba ada satu suara comel yang boleh membuatkan orang rasa seperti mahu cubit-cubit itu terdengar. Afrina tidak pasti dari mana suara itu hadir. Afrina berkerut sebelum memandang Yera yang sedang bediri di atas meja belajarnya.

   "Kau kah tu Yera!? Hmm, tak mungkin burung macam kau ni boleh bercakap! Bayar mahal-mahal tapi apa pun tak boleh buat! USELESS!" Ucap Afrina tanda mengejek Yera.

   "What eva!" Suara yang tersangat comel itu menegrur lagi. Memang comel! Afrina tahu yang suara itu mahu maksudkan 'what ever' tetapi mungkin tidak mampu menyebut atau ada masalah percakapan, Afrina bijak untuk memahaminya.

   Afrina menoleh sekali lagi. Kini pandangannya tepat memandang seekor burung yang sedang berdiri dan merenungnya tajam. Tanda seperti mau menerkam.

   Afrina merenungnya tajam juga. Seperti main lawan tenung mata. Nasib Yera bukannya burung helang, kalau burung helang, pasti Yera akan menerkamnya dan arwahlah Afrina di situ. Paling ringan pun, Afrina mungkin masuk wad ICU!

   "What eva!" Suara itu masih wujud dan kini Afrina mengetahui siapakah gerangan pemilik suara comel itu. Afrina menarik nafas dalam-dalam dan mengehembusnya keluar. Memang kini dia tahu Yeralah yang sedang menyebutkan perkataan itu berkali-kali.

   "Pandai kau menjawab! What eva? Hei, what everlah! Bukannya what eva! Eva tu siapa? Girlfriend kau?" Tanya Afrina sambil menjelirkan lidahnya. Yera tetap seperti itu.
"
   "What eva!" Burung itu masih mengulangi perkataan yang sama.  Memang kini Yera sedang mencari nahas. Afrina kini tidak tahan lagi lalu terus menerkam burung itu. Nampaknya tersalah anggap, Yera yang mungkin arwah atau masuk wad ICU!

   Yera menjadi sangat takut lalu terus terbang untuk mengelakkan diri. Afrina melompat-lompat, tujuannya agar dapat menangkap Yera untuk mengerjakan burung yang pandai terlebih itu. Pandai cakap pun susah juga.

   Tiba-tiba Afrisyah membuka pintu bilik itu dan bersa agak hairan melihat kakaknya itu tidak tentu-hala melompat-lompat semata-mata mahu menangkap seekor burung yang entah apa-apa!

   "Akak! Akak Laila nak jumpa! Apa yang akak buat ni? Terlompat-lompat macam orang gila! Sudahlah tu akak! Kenapa nak tangkap burung yang tak bersalah tu?" Ucap Afrisyah sambil menggelengkan kepalanya.

   Afrina memandang adiknya itu sambil membeliakkan biji matanya. "Apa??? Burung yang tak bersalah??? Kau kalau tak tahu apa-apa jangan main sebut ja! Dia ni memang kurang ajar! Memang tak kenang dek untung? Biar aku ajar dia cukup-cukup! Baru dia kenal siapa Afrina yang sebenarnya!" Ucap Afrina, geram.

   Afrisyah menggelengkan kepalanya. "Sudahlah akak! Akak Laila dah tunggu tu! Nanti dia cakap apa pula! Cepatlah akak! Biar saya yang uruskan Yera yang sangat comel ni!" Ucap Afrisyah sambil tersenyum.

   Afrina membuat muka menyampah. "Comellah sangat! Kau jangan beri dia makan! Kalau kau beri makan maknanya kau tak jalankan amanah yang aku beri! Dan kau tahukan apa hukum tak jalankan amanah?" Ucap Afrina lalu terus berjalan untuk keluar dari bilik itu.

  "What eva!" Yera sempat berkata begitu sekali lagi. Perkara itu membuatkan Afrisyah ketawa terbahak-bahak. Afrina malas mahu melayan lalu terus meninggalkan bilik itu secepat mungkin.

                                                                         ***

     Zafrul berjalan menuju ke arah rakan-rakannya iaitu Kamarul, Azrul, Alfi dan Ahmad. Kelihatan mereka berempat sedang nantikan ketibaan Zafrul. Zafrul duduk di hadapan mereka semua.

   "Ish, aku memang tak puas hati betullah wei! Rasa geram dekat dada aku ni, membuak-buak! Semuanya fasal apa tau? Fasal si budak baru yang entah dari mana tu! Memang buatkan aku sakit hatilah!" Ucap Zafrul sambil melempar seketul batu jauh-jauh. Macam lontar peluru.

  "Heehleh, apa yang kau tak puas hati ni? Apa problem? Ok, kalau kau ada problem, kitorang tak kisah kalau kau nak share! Kita kan member! Lagipun sharing is caring!" Ucap Ahmad sambil tersenyum selamba.

   "Perlukah aku nak share! Ni masalah aku, biar akulah yang tanggung! Apa kau nak kisah sangat!?" Ucap Zafrul dalam nada yang paling geram.

   Kamarul menggeleng. "Ish, kami nak tolong tu pun tak bolehkah? Kami ikhlas lah! Member kenalah tolong member! So, apa problem solve kau? Budak baru entah dari mana? Sure masalah Fakrul tu kan?" Ucap Kamarul.

   Zafrul sekadar mendiamkan dirinya. Memang rakan-rakannya ini terlalu baik. Apa masalah semua mereka pun nak ambil tahu. Susah juga dapat member yang terlalu nak membantu. Yang tak suka bantu pun susah juga. Macam mana ni?

   "Alah, kau ni memanglah Zaf! Sudahlah! Kitorang boleh tolong! Apa masalahnya! Fakrul ada kata apa-apakah?" Kini Alfi pula yang menyoal. Alfi ni memang kaki gaduh, pantang dicabar, ada ja yang tak kena! Sure nak berlawan.

   Sejarah pernah menyaksikan, Fadhil, seorang pelajar baru di sekolah itu. Dia pernah cuba-cuba mahu mengorat teman wanita Alfi. Mula-mula Alfi cuba menggangap itu sekadar mahu berteman biasa tetapi sering melihat teman wanitanya, Syurah sentiasa keluar bersama dengan Fadhil membuatkan Alfi merasa ada yang tidak kena.

   Pernah juga dia terbaca surat cinta yang dikirim oleh Syurah kepada Fadhil tentang perasaannya terhadap Fadhil. Bukan itu sahaja, sempat juga Syurah mengutuk dan membanding-bandingkan Alfi dengan Fadhil.  Itu yang membuatkan Alfi menjadi geram dan ingin melancarkan satu kebulian khas buat Fadhil.

   Alfi mahu mengajak Zafrul dan rakannya yang lain turut-serta dalam pembulian itu tetapi Zafrul menolaknya mentah-mentah kerana rasa bodoh mahu mebuat kesemua kerja gila itu demi seorang wanita yang tidak setia.

   Alfi terpaksa melakukannya sendirian dengan melakukan pelbagai perkara pada Fadhil dan sehinggalah Fadhil sedar yang Alfi mahu mengenakannya dan mengajak Alfi berlawan dengannya di belakang sekolah.

   Mereka pun berentap setelah dipersetujui dan akhirnya Fadhil tumpas di tangan Alfi. Habis cedera teruk Fadhil itu sampai membuatkan Alfi hampir-hampir dibuang sekolah.

   Itulah sejarah hitam buat diri Alfi. Kembali pada kisah realiti, kelihatan Zafrul sedang mengelamun jauh memandang awan.

   "Hei, Zafrul! Kalau kau asyik nak termenung macam ni dan tak nak kami semua tolong! Baik tak payah kau nak beritahu masalah kau tadi! Buang masa jalah!" Ucap Alfi. Zafrul berdiri.

   "Aku boleh selesaikannya sendirilah!" Ucap Zafrul lalu terus meninggalkan mereka semua terkebil-kebil.

                                                                             ***

    "Apa yang kau merepek ni Zaf? Aku tak faham langsung apa yang kau katakan sekarang ni!" Ucap Fakrul tanda tidak tahu apa yang Zafrul sedang membebel.

   "Aku tengok kau ni macam suka ja dekat Afrina tu! Hei, kalau kau suka kau cakap ajalah dekat aku! Tak payah nak berselindunglah! Atau kau nak aku yang beritahu dia?" Ucap Zafrul agak marah. Kenapa perlu marah-marah?

   Fakrul menggelengkan kepalanya tanda tidak. Merepek sahaja pendapat Zafrul itu. Kalau dia suka pun, apa buktinya?

   "Kau selalu tengok dia! Apa kena dengan kau? Hei, kau janganlah nak kacau dia! Setakat budak macam kau ni, sikit pun dia tak kisah!" Ucap Zafrul tanda mengejek dan merendah-rendahkan Fakrul.

   "Betul aku tak suka dia, aku just tengok-tengk macam tu ja! Kalau aku suka pun apa salahnya?" Ucap Fakrul sinis lalu terus meninggalkan Zafrul. Zafrul menjadi amat marah.

   "Ish! Kurang ajar! Siap kau nanti Fakrul! Siap!" Ucap Zafrul seperti tidak puas hati.

   Dia boleh membayanglan Fakrul sedang ketawa mengejek padanya. Memang menyakitkan hati.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Alah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the positives comments! Thank you! Assalamualaikum!



 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard