Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 9}
Selasa, 31 Mei 2016 | 10:58 PG | 0 comments
   Fakrul membaringkan dirinya di atas katil. Dia termenung sekejap mengenangkan peristiwa yang berlaku antara dia dan lelaki yang perasan bagus itu. Siapa lagi kalau bukan Zafrul seorang yang tak pernah sedarkan diri.

    "Kenapalah si Zafrul tu jealous sangat? Apa yang membuatkan sampai dia nak marah macam tu? Ada aku kacau diakah kalau nak tengok Afrina tu! Bukannya aku suka dekat Afrina tu!" Tanya Fakrul sendirian sambil menyilangkan kakinya.

   Tiba-tiba satu ideal nakal muncul di kepala otaknya yang geliga. Dia memetik jarinya dan tersenyum gembira. "Boleh juga aku try cara ni! Sure si Zafrul tu lebih panas! Nak tengok juga reaksi si Zafrul tu!" Ucap Fakrul sambil tersenyum nakal.

   Apalah idealnya itu, tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal dilakukan oleh budak baru yang entah dari mana tu! Apalah rancangannya?

                                                                  ***

   "Jangan harap akak nak bagi burung tu makan! Memang Yera tu tak sedarkan diri! Dah lupa siapa yang telah menjaganya selama ni! Penat-penat akak besarkan dia, ni balasan yang dia bagi kepada akak? Memang sah-sah tidak jawapannya!" Ucap Afrina tegas.

   Afrisyah berkerut sambil menggelengkan kepalanya. Apalah yang kakak dia sedang merepek? Penat-penat membesarkannya? Sekejap! Bukankah Afrina baru membela Yera empat hari? Baru saja dibelinya burung nakal yang lagi gebu itu. Bila masa Afrina membelanya dan menjaganya dari kecil. Ada-ada sahaja Afrina ni! Merapu sahajalah yang dia tahu!

   Afrina yang meyedari perkara itu terus mengalih pada tajuk yang lain. " Afrisyah, mana mama dengan abah? Dari tadi tak nampak! Diorang pergi mana?" Tanya Afrina. Afrisyah terdiam.

   "Entahlah, tapi Afrisyah rasa mama dengan abah pergi pasar nak beli barang masakkan untuk malam ni! Yalah, kan barang-barang memasak dekat rumah ni dah habis!" Ucap Afrisyah sambil membelai Yera yang tertidur akibat menahan gastrik.

   Dari kes 'What eva' tadi lagi Yera ridak makan! Memang dari dia bangun tidur lagi. Sampailah sekarang dah pukul berapa. Kejam sungguh Afrina ini rupanya. Kata pecinta haiwan, tapi nak bagi makan burung yang seekor pun tak nak!

   Yera membuka matanya. Dia terlalu lapar sehingga tak mampu untuk bangun. Dia memandang tuannya tanda memohon simpati. Tetapi Afrina tetap dengan egonya tidak mahu mempedulikan Yera.

   "Choco crunch!" Ucap Yera perlahan dan sangat lemah! Wah, pandai pula minta makanan di saat genting seperti ini! Afrina langsung tidak mempedulikan Yera dan buat tidak dengar. Afrisyah berasa amat kasihan.

   Afrisyah berdiri mahu mengambil makanan buat Yera, tetapi selepas mendapat jelingan maut dari kakaknya yang garang ala-ala kerbau Sepanyol, hasratnya itu terbantut dan Afrisyah sekadar memandang Yera yang seperti mahu bertemu dengan ajalnya.

   Tiba-tiba mulut Yera mengeluarkan buih-buih putih. Yera seperti terkenan sawan. Yera seperti mahu mati sahaja lihatnya.

   "Cho.......co c........runch!" Ucap burung itu lemah dan perkara itu telah membuatkan Afrina berasa amat risau. Afrisyah berlari mahu menuju ke dapur tetapi dihalang oleh Afrina. Keadaan menjadi huru-hara.

   "Choco crunch dah habis! Kan kau dah makan semalam!" Ucap Afrina resah. Afrisyah menggigit ibu jarinya! Alamak! Siapa suruh makan choco crunch itu sampai habis?

   "Habis tu macam mana?" Tanya Afrisyah. Afrina terkedu sebentar lalu terus mengeluarkan duit simpanannya. Dia mengeluarkan sebanyak RM20 dan mencapai beg duitnya.

   "Akak nak pergi mana ni? Macam mana dengan Yera? Afrisyah tengok Yera ni macam nak mati ja!" Ucap Afrisyah sambil mengalirkan air mata kesedihan. Amboi, dia yang terlebih dahulu menangis. Afrina menggeleng.

   "Afrisyah tolong beri Yera makan apa-apa sebagai alas perut sementara akak nak pergi belikan choco crunch dekat Yera!" Ucap Afrina. Afrisyah menghalang kakaknya itu dari keluar dari bilik itu.

   "Nak bagi dia makan apa?" Tanya Afrisyah, cemas! Afrina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Bagilah dia minum milo atau biskut tiger! Akak akan balik dengan secepat mungkin!" Ucap Afrina lalu terus berlari keluar dari bilik itu. Afrisyah pula menuju ke dapur untuk membancuh milo buat Yera yang kelihatan seperti mahu dicabut nyawanya itu.

                                                                            ***

    "Ish, takkanlah semua kedai dah tutup! Kesian dekat Yera sebab nak makan choco crunch! Semua ni salah aku! Dia dah mati! Dia dah mati! Aku yang bunuh dia! Aku pembunuh!" Ucap Afrina sambil menekup mukanya yang tidak dapat menahan air matanya dari keluar mengalir ke pipinya.

   "Hei, kenapa menangis di sini seorang diri?" Tiba-tiba satu suara menegurnya tanda prihatin. Afrina membuka kepolak matanya itu untuk melihat wajah pemilik suara itu.

   Fakrul sedang berdiri sambil tersenyum manis bak gula. Afrina memandangnya lalu terus mengelap sisa-sisa air mata yang mengalir tadi. Dia tidak seberapa mengenali lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Apatah lagi berbual. Lagilah tak pernah.

   "Kenapa awak menangis di sini? Ada masalahkah? Kalau awak ada masalah, saya ok ja kalau awak nak luahkan!" Ucap Fakrul begitu prihatin. Seperti suami yang mengambil berat tentang seorang isteri. Wah, Fakrul memang matang dan bijak memujuk.

   Afrina memandang Fakrul lalu terus menggelenagkan kepalanya. "Saya.... saya....saya......" Belum sempat Afrina mahu meneruskan kata-katanya, Fakrul sudah memotong.

   "Saya apa? Kenapa dengan awak ni?" Tanya Fakrul. Afrina merengus marah di dalam hati. 'Biarlah aku habiskan ayat aku dulu! Banyak tanya pula dia ni!' Desis hati kecil Afrina.

    "Saya nak beli choco crunch tapi kedai semua dah tutup!" Ucap Afrina. Fakrul ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia mendekati Afrina tetapi Afrina cuba mahu menjauhkan diri. Tak selesa dengan orang yang baru dikenalinya ini tiba-tiba ambil berat tentang dirinya. Macam dah kenal lama pula.

   "Awak ni macam budak-budaklah! Kenapa sanggup menangis sebab choco crunch?" Ucap Fakrul sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Afrina memeluk tubuh sambil memandang lelaki itu tajam.

   "Bukan sayalah yang nak makan choco crunch tu! Burung saya Yera yang nak makan! Sekarang Yera tu sampai terkena gastrik dan kempunan nak makan choco crunch! Jadi, saya nak belikanlah choco crunch pada dia! Tak tahu pula semua kedai dah tutup!" Ucap Afrina agak geram dan kasar. Ikutkan hati, mahu sahaja Fakrul itu diduku-dudku kepalanya itu.

   Fakrul terangguk. "Jadi macam mana?" Tanya Fakrul. Afrina menjongketkan bahunya tanda tidak tahu dan tidak mahu melayan Fakrul itu. Semakin dilayan, semakin banyak soalannya.

   "Dahlah, saya nak balik!" Ucap Afrina tetapi belum sempat dia mahu pergi, Fakrul sudah memegang lengan bajunya yang berlapis. Afrina menepisnya sambil bercekak pinggang dan membuat wajah bengis tak terhingga.

   "Hei, jangan nak buat saya marahlah! Nampaknya semakin beri muka semakin melampau-lampau! Jangan sampai saya bertukar jadi singa! Naya awk saya kerjakan!" Ucap Afrina dengan nada yang tegas dan garang. Fakrul tetap tersenyum. Hai, miang sungguh lelaki ini.

   "Alah, lagipun lengan awak tu berlapis, kalau tak berlapis, saya tak peganglah, lagipun buat apa awak nak balik memandangkan awak tak dapat lagi choco crunch yang burung awak nak!" Ucap Fakrul. Benar juga kata-kata Fakrul itu. Dia masih belum mendapatkan choco crunch, macam mana ni?

   "Tak apa, rumah saya ada banyak choco crunch! Nanti saya beri kepada awak satu kotak! Macam mana? Setuju?" Tanya Fakrul. Afrina memandang Fakrul lalu mengganggukkan kepalanya tanda setuju. Orang dah nak bantu, terima ajalah! Fakrul juga dapat pahala!

                                                                     ***

   "Oh, terima kasih ya Fakrul! Nah duit ni! Memang saya nak ucap terima kasih banyak-banyak! Surw Yera happy!" Ucap Afrina. Dia menhulurkan sekeping wang kepada Fakrul tetapi Fakrul menolaknya lembut. Afrina berkerut.

   "Kenapa? Alah, awak ambil sahajalah! Anggap saja yang saya ni sedekah! Tanda terima kasih juga sebab tolong saya!" Ucap Afrina. Fakrul tetap menggeleng.

   "Tak apalah! Saya tolong pun ikhlas! Kesian juga dekat burung awak tu!" Ucap Fakrul. Afrina terdiam lalu menggangguk. Dia terus meninggalkan Fakrul. Fakrul memandang Afrina pergi. Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang berbeza.

   "Ish tak mungkinlah! Lagipun ini just satu plan Fakrul! Satu plan! Jangan haraplah aku nak ada perasaan itu! Cukuplah sekali disakiti!" Ucap Fakrul sendirian lalu terus berlalu masuk ke kamarnya.

                                                                    ***

    Afrina memasuki ke dalam bilimnya dan kelihatan Yera sedang terbaring di riba Afrisyah tidak menyedarkan diri. Afrisyah juga turut menutupkan matanya, tidurlah tu!

   Afrina duduk di hadapan mereka berdua. Afrina memandang mereka berdua. Afrina memriksa nadi Yera, kelihatan nadinya masih berdenyut. Uh, lega, Yera still alive!

   "Hoi! Bangunlah! Akak dah belikan, choco crunch khas buat Yera!" Ucap Afrina seraya mengejutkan adiknya yang comel itu. Hmm, bukannya beli tapi diberi oleh Fakrul, lelaki yang baru dikenali dan dianggap entah dari mana itu!

   Afrisyah terjaga dari tidurnya dan menenyeh biji matanya yang bewarna coklat itu. Afrina menepuk bahu adiknya itu dan menggoyankannya berkali-kali. Afrina tidak berbuat apa-apa kerana masih mamai.

   "Akak, kenapa lambat sangat! Kesian dekat Yera sampai terpaksa tunggu dan akhirnya tertidur! Akak pergi mana sebenarnya? Hmm, sure dating dengan abang Zafrul tu!" Ucap Afrisyah tanda mengusik.

   Afrina merenung adiknya itu tajam. "Hmm, mana ada! Tak kuasa akak dengan playboy tu! Sudah, pergi ambil mangkuk dekat dalam bes pink tu! Letak choco crunch dalam tu! Kejutkan Yera!" Ucap kakaknya garang. Afrisyah tidak berani mahu melawan lalu terusakur sahaja dengan arahan kakaknya itu.

                                                           ***                                                             
 
        Alfi berjalan menuju ke arah Zafrul lalu duduk di hadapannya yang sedang tekun membaca komiknya. Alfi menepuk meja dan membuatkan Zafrul tersedar akan kehadirannya. Dia merengus marah.

   "Kalau iya pun kau nak panggil aku, panggilah elok-elok! Ini tidak, main ketuk-ketuk meja! Aku ketuk meja kau nanti, baru tahu!" Ucap Zafrul. Dia memang pantang dibuat begitu.

   "Alah, bukannya aku ketuk kepala kau pun! Wei, macam mana kau denagn Fakrul tu? Ok dah?" Tanya Alfi sambil memerhatikan komik yang dipegang oleh Zafrul.

   Zafrul memandang Alif lalu mencebik. "Manalah aku tahu! Aku rasa ok ja dengan dia! Tak ada problem pun dengan dia!" Ucap Zafrul sambil membebelek komiknya itu. Alfi memandang Zafrul sambil menggelengkan kepalanya.

   "Alah, kalau kau nak tipu pun tak payahlah nak jadikan aku mangsa! Hari tu juga kau asyik marah dekat Fakrul! Ingat lagi tak?" Tanya Alfi. Zafrul terdiam seketika dan akhirnya mengingati juga. Dia pernah memarahi Fakrul di hadapan Alfi dan rakannya yang lain.

   "Alah, rilekslah, perkara biasa ja pun! Aku ok ja! Tak ada masalah pun!" Ucap Zafrul dengan gaya yang rileks dan cool. Alah, berlagak kacak pula.

   Alfi memandangnya dan terdiam seketika. "Afasal kau marah Fakrul hari tu? Apa yang dia dah buat?" Tanya Alfi. Zafrul terus meninggalkan Alfi. Alfi mengejarnya tetapi Zafrul pula merenungnya tajam.

   "Ah, apa yang kau nak ambil kisah! Ini hal aku! Biar akulah yang settlekan! Kau tak payah nak masuk campur! Aku tak nak libatkan member aku dalam soal private macam ni!" Ucap Zafrul lalu terus meninggalkan Alfi sebegitu. Alfi sekadar terdiam dan menahan telinga mendegar kata-kata itu.

   "Hmm, privatelah sangat! Kau ingat aku tak tahu yang kau tu syok dekat Afrina! Tengok syle kau pun aku dah tahu Zaf! Fakrul tu kawan lama aku dan dia dah ceritakan banyak tentang perkara itu! Ini public, bukan private!" Ucap Alfi sendirian sambil tersenyum sinis.

                                                                                     ***

   "Yera, makanlah kuaci ni! Sedap! kuaci ni tumbuh daripada bunga matahari! Alah yang warna jingga kuning tu! Cara makan dia senang sahaja, kupas kulit dia dan makanlah isi dia!" Ucap Afrina sambil mengunyah kuaci itu.

   Yera memerhatikannya tetapi langsung tidak mahu menjamah kuaci itu. Afrina berkerut memandang Yera.

   "Yera, makanlah! Apa yang kau termenungkan itu! Oh, teringkatkan Eva ya!? Eva tu rupa dia macam mana? Macam girlfriend Wall-E tukah?" Tanya Afrina sambil tersengih memandang burung comelnya itu.

   Yera memandang Afrina lalu menggeleng. "Niochi!" Ucap Yera. Afrina berasa agak terkejut. Yera minta niochi? Niochi tu agak mahal! Kuih tu asalnya dari Jepun. Wah, standart Yera ni tinggi juga ya. Cik Marie pasti mengajarnya begitu.

   "Niochi!" Ucap Yera sekali lagi. Afrina berasa agak meluat.

   "Ish, macam-macamlah yang kau nak, mula-mula choco crunch, lepas tu niochi! Macam-macamlah! Semuanya pun mahal-mahal!" Ucap Afrina lalu terus keluar untuk membeli makanan mahal itu buat si Yera.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Support for me and be my followers! Do leaves the comments! Thank you! Assalamualaikum!

 
 
 

 

 
 

 

 

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard