Izzati novels
Selfiestar vs novelistar (Apakah kesudahannya?)
Sabtu, 7 Mei 2016 | 7:07 PG | 0 comments
   SELEPAS LIMA TAHUN...

 Syafira berdiri di hadapan cermin di biliknya. Dia merenung sekeping foto. Dia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Tidak sabar rasanya untuk dia bertemu dengan mereka! Rindu mula menghantui jiwanya.

   Suaminya, Rafiq telah ke kerja. Syafira baru sahaja mahu menuju ke sekolah. Tetapi tujuannya bukan untuk belajar tetapi untuk mengajar.


   "Tak sabarnya! Esokkan dah cuti! Jadi, bolehlah jumpa diorang balik! Apalah dah jadi dengan diorang semua ni!?" Tanya Sayfira sendirian. Sekarang umur mereka telah 23 tahun! Mereka semakin meningkat dewasa dan telah mempunyai kerjaya sendiri.

   Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki yang dalam lingkungan 3 tahun itu berjalan menuju ke arah Syafira.

   "Mama! Bila mama nak hantar Asyraf pergi rumah nenek?" Tanya anak lelakinya yang bernama Asyraf. Syafira memandang anaknya itu dan tersenyum.

   "Jomlah, mama nak hantar lah ni! Pukul empat petang ni mama ambil. Macam biasalah." Ucap Syafira lalu memimpin tangan anak lelakinya itu keluar dari bilik itu.

                                                                          ***

    "Hei, Nadia! Dengar ceritakan, Syafira nak balik hujung minggu ni! Kan cuti sekolah dua minggu. Dia kata dia nak datang sini lawat kita! Tapi masalahnya, kita semua pun sibuk!" Ucap Rina sambil mengghirup jus limaunya.

   Nadia berkerut. "Yakah? Hmm, aku ok ja! Aku kerja balik dalam pukul 5.00 petang macam tu sebab orang lain pula nak masuk jaga wad! So, aku bolehlah nak jumpa dengan dia." Ucap Nadia. Rina merengus kemarahan.

   "Kau tak apalah kerja nurse! Nurse ni senang sikit! Aku ni engineer! Kau ingat senang-senang aku nak minta cuti! Dahlah sibuk!" Ucap Rina. Nadia menggelengkan kepalanya.

   "Ni pun nasib aku cuti hari ni! Esok pagi aku nak pergi kerja! So, tak ada masalah aku nak jumpa dengan Syafira! Kalau tak ada kerja sangat tak apa! Kalau sibuk, kerja bertimbun-timbun! Jawabnya malamlah aku dapat balik!" Ucap Rina sambil merengus marah!

     "Ish, tak apalah! Kalau macam tu, kau settlekan kerja kau cepat-cepat dan dapatlah kau jumpa dengan Syafira tu! Aku faham! Dia tukan kawan baik kau! Pasti rasa rindu tu menebal!" Ucap Nadia sambil tersenyum.

    Rina menggangguk sambil tersenyum. "Kau rasa, Juliana dah tahukah fasal ni?" Tanya Rina kepada Nadia. Nadia menjegketkan bahunya tanda tidak tahu. Dia memandang jam di tangannya.

   "Eh, aku kena pergi masuk kerja balik! Jumpa kau nanti ya! Bye!" Ucap Nadia lalu terus berlari meninggalkan Rina sendirian. Rina duduk termenung.

   Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Syafira.

Rina: Hello, assalamualaikum! Ni, Syafirakah?
 Syafira: Waalaikumussalam! Ya, ini saya! Kenapa Rina? Lama dah kita tak jumpa! Kau sihat tak?
Rina: Aku ok ja! Aku saja ja nak call kau! Yalah! Nak lepaskan rindu! Kau macam mana kat sana!? Ok?
 Syafira: Oh, aku ok ja! Nadia dengan Juliana macam mana?
 Rina: Diorang macam tulah! Juliana dengan kerja dia jadi model! Asyik-asyik kena pergi shooting! Yalah, dia punya fashion designer reka banyak sangat baju! So, sampai tak ada masalah nak lepak dengan aku dan Nadia! Nadia taklah sibuk sangat! Pukul lima petang dah boleh balik!
 Syafira: Oh, yakah! Jangan risau, ahad ni aku balik sana!
 Rina: Baguslah tu! Aku pun tak sabar nak jumpa dengan kau! Rafiq bolehkah lepas kau?
 Syafira: Mula-mula dia tak bagi, lepas aku pujuk tu, baru dia lepas! Oklah, aku ada kelas ni! Ahad ni aku datang! Kita boleh berbual lama sikit.
 Rina: Oh, oklah! Assalamualaikum! Kirim salam dekat diorang semua tu!
 Syafira: Oh, ok ja! Waalaikumussalam! Kirim salam dekat diorang sekali ya!
Rina: Insya-Allah!

   Rina memutuskan panggilan. Dia tersenyum. "Yeah! Bestnya ahad ni dia dah nak datang sini! Tak siap aku ahad ni cuti!" Ucap Rina sendirian lalu terus berjalan menuju ke keretanya.

                                                                          ***

   Kamal berjalan memasuki ke dalam hospital. Dia kini telah berada di Pahang di mana tempat Syafira menetap bersama dengan suami yang tercinta. Walaupun kini Syafira telah menjadi hak orang lain, jangan haraplah Kamal mahu melepaskan Syafira begitu sahaja.

   Kononnya cinta sejatilah. Setialah sangat! Dia tidak tahu yang dia pun akan beretemu dengan separuh jiwanya. Sudah tidak ada jodoh antara Syafira dan Kamal. Mungkin Syafira baik buat Rafiq dan bukannya buat Kamal.

   Dia datang ke Pahang ini bukannya secara dihantar oleh pihak hospital di Kuala Lumpur itu. Itu pun sebab dia memaksa untuk ke sana!

   Dia memasuki ke dalam biliknya dan menatap wajah Syafira pada telefonnya. Dia tersenyum sendiri.

   "Aku akan tetap menunggu kau! Ya Allah, berilah Rafiq cepat-cepat ceraikan dia dan datang mengahwini aku!" Ucap Kamal sendirian. Dia ingat mahu menghubungi Syafira tetapi dia rasa risau pula akan dimarahi. Jadi, dia memutus untuk menghantar mesej sahaja.

 walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan menunggumu!

  Kamal tersenyum puas lalu menutup telefonnya itu. Dia membelek fail yang berada di atas mejanya.

   Dia tidak tahu apakah padah jika menghantar mesej seperti itu kepada seseorang yang telah berpunya.

                                                                      ***

   Syafira duduk di hadapan Rafiq sambil menundukkan kepalanya. Rafiq merenungnya dengan agak tajam.

   "Kalau macam ni, susahlah! Lelaki ni memang tak pernah sedarkan!? Lain kali awak jangan layan orang gila yang macam ni! Tak pun kita report ja kepada polis! Saya geramlah!" Ucap Rafiq dengan agak tegas. Syafira menggeleng.

   "Tolonglah jangan! Saya rasa, apakata saya tak layan ja dengan mesej ni! Saya akan ugut dia! Kononnya saya akan beritahu kepada pihak polis jika dia menghantar mesej macam ni! Tolonglah saya rasa kasihan juga dekat dia! Saya faham perasaan dia tu!" Ucap Syafira.

   Rafiq tetap menggeleng. "Habis? Macam mana? Mula-mula dia hantar mesej, lepas tu datang rumah bagi macam-macam! And then porak-perandakan keluarga kita!? Syafira nakkah macam tu?" Tanya Rafiq serius. Syafira memandang suaminya lalu tertunduk dan menggeleng.

   "Awak kenalah faham! Semua ni berpunca kepada saya sendiri! Saya yang merepek pergi janji dengan dia masa dia nak pergi sambung belajar dekat luar negara! Saya berjanji yang saya akan setia dengan dialah, sehidup sematilah! Saya ingat dia akan lupakan saya! Rupanya anggapan saya tu salah! Tak tahu pun nak jadi macam ni!" Ucap Syafira.

   "Yes, I know! You pernah cerita! Tapi, itukan kisah silam! Syafira dah kahwin dengan saya! Syafira dah ada keluarga! Dia tak fikirkah semua tu?" Ucap Rafiq.

   "Manalah saya nak tahu! Sudahlah! Lusakan awak dah nak hantar saya pergi Kl, senanglah lagi!" Ucap Syafira. Rafiq menggeleng.

   "Kamal tukan ada dekat KL! Lagi risaulah saya buatnya!" Ucap Rafiq. Syafira pula yang menggeleng.

   "Saya dengar cerita dia mohon yang dia nak kerja dekat sini! So, sekarang dia ada dekat sini! Dekat Pahang ni! Apa yang awak nak risau!? Ucap Syafira. Rafiq terangguk.

                                                                    ***

   Ada satu sejarah yang pernah menyaksikan! Aiman! Aiman merupakan seorang rakan baik kepada Syafira. Tetapi tidak ada sesiapa pun yang tahu bahawa Aiman ada hati kepada Syafira. Dia selalu berharap agar Syafira menyedarinya dari segi pandangan mata dan rasa ambil berat terhadap Syafira.

   Tetapi malangnya Syafira langsung tidak tahu apa-apa! Pada satu ketika, Syafira menjemputnya untuk ke majlis kenduri perkahwinannya antara dia dan Rafiq! Aiman menjadi amat marah. barulah dia meluahkan segala perasaan cintanya kepada Syafira.

   Syafira agak terharu tetapi sudah terlambat! Dia akan berkahwin dengan Rafiq dalam masa yang terdekat itu. Semenjak kejadian itu, Aiman telah menghilangkan diri. Bukannya bunuh diri ya! Dan, baru mereka semua tahu yang kini Aiman telah menjadi seorang kapten kapal mewah yang berjaya!

   Pelbagai lautan telah pun diharunginya! Hawaii termasuk dalam destinasinya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang gadis yang asalnya juga dari Hawaii. Gadis itu merupakan jodohnya. Mereka pun terus berkahwin! Kini, Aiman telah pun menetap di Hawaii dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

    Mereka hidup bahagia di sana.

                                                                           ***

   Syafira keluar dari kereta milik Rafiq itu. Sebelum itu, dia bersalaman dengan Rafiq. Rafiq tidak dapat ikut sama kerana terlalu sibuk dengan urusan syarikat ayahnya yang telah diwarisi olehnya.

   Rafiq meminta agar Syafira menjaga dirinya baik-baik seta diri anak mereka, Asyraf sekali. Syafira sekadar menggangguk. Dia memasuki ke dalam rumah mama dan papanya. Dia memberi salam. Pintu dibuka. Kelihatan Mak Jah tersenyum melihat kehadiran Syafira.

   "Oh, Syafira. Masuklah. Mama dengan papa kamu ada dekat dalam! Mak cik rindu sangat dengan kamu ni tau!" Ucap Mak Jah. Syafira bersalaman dengan Mak Jah. Asyraf turut bersalaman dengan bibik yang kelihatan tua tetapi tetap bersemangat itu. Mak Jah ingin mengangkat bagasinya tetapi dihalang oleh Syafira.

    "Tak apalah mak cik! Syafira boleh angkat sendiri. Jom, Asyraf, kita jumpa dengan nenek dan atuk." Ucap Syafira lalu terus memasuki ke dalam rumah itu.

    Mamanya terus berlari menuju ke arah anak tunggalnya itu lalu memeluk Syafira. Syafira bersalaman dengan mama dan papanya itu. Asyraf pun tidak ketinggalan. Papanya mengusap kepala cucunya itu.

   "Syafira dah makan? Mana Rafiq? Dia tak ikut sekali!?" Tanya mamanya. Syafira menggeleng.

   "Dia tak ikut! Dia sibuk dengan syarikat dia tu! So, dia hantar Syafira dengan Asyraf sahaja! Dia kirim salam!" Ucap Syafira sambil tersenyum.

   "Syafira dah makankah? Kalau tak makan marilah kita makan sama-sama! Mak ada masakkan sambal tumis ketam!" Ucap mamanya sambil tersenyum. Syafira menggangguk lalu terus mengikut langkah mama dan papanya menuju ke dapur.

                                                                 ***

    Syafira duduk bersama dengan Asyraf di dalam bilik lamanya. Pada waktu malam itu amat tenang dengan hujan yang turun dengan lebatnya. Anaknya telah tidur. Syafira memerhatikan suasana biliknya yang sudah lama ditinggalkan.

   Tiba-tiba ada satu mesej. Syafira membaca mesej itu. Dia tersenyum sendirian.

 rasa rindulah pula! awak ok kah dekat sana?

Syafira menaip sesuatu untuk membalas semula mesej suaminya itu. Dia tersenyum setelah mesej itu telah berjaya dihantar buat suaminya yang tercinta.

 saya ok ja! dahlah saya nak tidur ni! 

   Tiba-tiba, satu mesej datang lagi. Syafira membaca mesej itu.
 oklah! tidur baik-baik ya! I LOVE YOU!

   Syafira tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil.

    Syafira menutup lampu biliknya lalu terus melelapkan dirinya.

                                                                          ***

      Syafira menunggu rakan-rakannya di hadapan restoran yang pernah menjadi tempat pergaduhan mereka. Mereka semua seperti tidak ada perasaan malu bergaduh di restoran itu di depan khayalak ramai.

   Syafira melihat jam di tangannya. "Bilalah diorang ni nak datang? Janji pukul 6.00 petang, sekarang dah pukul 6.30 petang! Memang diorang semua ni dari dulu tak pernah berubah! Err, sabar ya Asyraf! Nanti kawan-kawan mama sampai!" Ucap Syafira sambil tersenyum tawar.

    "Hei, Syafira! Kami dah datang! Wah, kau semakin lama semakin cantik!" Ucap Juliana sambil tersenyum simpul. Dia memandang Asyraf lalu menundukkan badannya untuk berbicara dengan anak rakannya itu.

   "Hai, Asyraf! Wah, semakin lama Asyraf semakin kacak! Sama macam papa Asyraf!" Ucap Juliana. Asyraf tersenyum simpul. Syafira menjadi agak cemburu sambil memeluk tubuhnya.

   Juliana tersengih. "Hehehehe! Awak jealous ya! Alah, tak payahlah nak jealous! Dah jadi milik kau pun!" Ucap Juliana sambil tersenyum senget. Syafira menggeleng.

   "Jomlah kita masuk dan makan! Aku dah lapar ni!" Ucap Rina sambil terus memasuki ke dalam restoran itu. Diikuti oleh mereka semua.

   Mereka memesan makanan dan terus berbual-bual. Mereka berbual begitu panjang. Kelihatan mereka dapat melepaskan rindu masing-masing.

                                                                        ***

    "Sudahlah Kamal! Nanti kau akan berjumpa juga dengan jodoh kau! Kisah yang dulu tu, janganlah diingatkan lagi! Jangan dengan perkara yang macam ni, kau nak kacau rumah tangga mereka! Biarlah Kamal. Mereka dah pun bahagia! Nanti kau akan jumpa juga dengan jodoh kau sendiri!" Ucap mamanya sambil tersenyum.

   Kamal menggelengkan kepalanya sambil menekup mukanya. Dia memandang wajah mamanya itu memohon kefahaman.

   "Mama, mama kena faham! Syafira tu cinta sejati Kamal! Mana boleh Kamal nak biarkan dia macam tu sahaja! Surelah Kamal akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan Syafira tu jatuh cinta dengan Kamal!" Ucap Kamal sambil mengeluh.

   "Kau dah gila! Sudahlah! Ubah hidup kau! Mulakan hidup yang baru! Masih ramai lagi yang ada di dalam dunia ni! Mungkin dia bukan yang terbaik buat Kamal! Kamal kena faham! Kamal memang kena faham perkara ni!" Ucap mamanya. Kamal tertunduk.

                                                                                    ***

      Rafiq memandu keretanya. Yang berada di dalam kereta itu adalah isteri dan anaknya. Dia mahu membawa Syafira dan Asyraf pulang kerana esok adalah cuti terakhir! Jadi baginya, pulang awal-awal lagi bagus sebab pasti Syafira ada banyak kerja yang harus dibuat untuk persediaannya untuk ke kerja.

   "Mereka semua kirim salam! Sekarang ni mereka semua pun dah ada boyfiend yang tak lama nanti mungkin akan jadi pasangan hidup!" Ucap Syafira sambil tersenyum.

   Rafiq memandang Syafira. "Maksud Syafira?" Tanya Rafiq mahukan kepastian.

   "Yalah, Juliana bercinta dengan photographer sekarang ni! Rina pula dengan engineer sama tempat kerja dengan dia. Nadia macam biasalah dengan Mio, lelaki yang menjual alat muzik! Dia sekarang ni pun semakin maju! Dulu, masa kami nak beli alat muzik dari dia pun, kedainya kecil sahaja, sekarang ni, Nadia kata yang kedai dia pun semakin besar! Perniagaan pun semakin untung!" Ucap
Syafira.

   "Professor Mawar pun dah berkahwin! Dia ada ajak saya masa tu! Tpi awak pula sibuk! Dia pun kirim salam sekali. Diorang kata, Professor Mawar dah tak nak jual mahal! Dah orang masuk meminta, dia terus bersetuju sebab tak nak jadi andartu!" Ucap Syafira sambil ketawa kecil.

   "Mama, papa dengan Mak Jah pun kirim salam!" Ucap Syafira. Selepas beberapa bulan, mereka semua mendapat berita yang Kamal akan berkahwin! Gadis yang bakal menjadi isterinya itu adalah seorang doktor juga. Kini Kamal pun sedar yang dia dengan Syafira memang tidak ada jodoh.

   Syafira berasa amat gembira selepas mendengar berita itu. begitu juga dengan Nadia, Juliana dan Rina. Mereka semua pun tunggu masa ja nak jadi seorang isteri.

   Begitulah kisah mereka! Kini persoalannya telah pun terjawab. Selfiestar vs novelistar berakhir sampai di sini sahaja.






                                                                   
 
 ~TAMAT~
 

                                                               

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard