Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 10}
Jumaat, 3 Jun 2016 | 2:01 PG | 0 comments
   "Hah, Afrina! Nak makan apa hari ni? Yang tinggal hanyalah mi, kuih dan air! Yang lain semua dah habis! Maklumlah dah nak tutup! Afrina nak apa?" Tanya Pak Mad sambil tersenyum. Pak Mad memang rapat dengan keluarga Afrina! Kadang-kala Pak Mad ada juga belanja Afrina dan adiknya makan di kedainya.

   "Hmm, pak cik ada tak kuih niochi!?" Tanya Afrina. Pak Mad tersenyum lalu mengganggukkan kepalanya.

   "Ada, Afrina nak kuih tu banyak mana?" Tanya Pak Mad sambil mengelap meja. Afrina berasa amat lega setelah mendengar jawapan dari Pak Mad.

   "Err, bagilah dalam banyak-banyak sepuluh!" Ucap Afrina. Pak Mad menggangguk lalu mencapai plastik yang tergantung di bahagian tepi kedainya dia mengambil pengepit lalu meletekkan kuih niochi itu sebanyak lime belas biji.

   "Nah!" Pak Mad menghulurkan plastik itu kepada Afrina. Afrina berkerut.

   "Eh, pak cik! Saya nak sepuluh ja! Bukan lima belas!" Ucap Afrina. Pak Mad menggeleng sambil mengukirkan senyuman manisnya.

   "Tak apalah! Pak cik belanja! Tak payahlah bayar! Lagipun hari ni pendapatan pak cik banyak! Bukan selalu pak cik belanja Afrina macam ni!" Ucap Pak Mad sambil tersenyum. Afrina berasa amat gembira.

   "Err, tak apalah pak cik! Biar jalah saya yang bayar! Kesian dekat pak cik!" Ucap Afrina. Pak Mad menggeleng.

   "Tak apalah Afrina! Sudah! Biar pak cik sahaja yang belanja!" Ucap Pak Mad. Afrina terdiam sekejap lalu tersenyum. "Terima kasih pak cik! Saya balik dulu! Assalamualaikum pak cik!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan kedai itu. Pak Mad sekadar tersenyum melihat Afrina pergi.

                                                                              ***

    Setahun pun berlalu dan mereka semua pun telah menjadi senior di sekolah itu! Ya! Mereka telah melonjak ke tahun enam! Kelihatan Afrina sedang berjalan mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba dia diteur oleh seseorang.

   "Hai Afrina!" Ucap Fakrul sambil tersenyum. Fakrul itu kelihatan semakin lama semakin kacak dan matang. Sudah tentu Zafrul cemburu! Afrina memandang Fakrul lalu tersenyum.

   "Oh, hai! Kenapa ni?" Tanya Afrina. Zafrul berjalan dan langkahnya terhenti apabila ternampak Afrina dan Fakrul sedang berbual. Dia tiba-tiba terasa geram yang teramat apabila melihat Fakrul asyik tersenyum-senyum.

   Dia seperti mahu menendang bola tepat pada muka Fakrul itu. Berani betul dia! Memang nak kena ni! Zafrul terus menuju ke arah mereka berdua. Afrina memandang Zafrul lalu membuat muka tidak puas hati. Fakrul sekadar tersenyum.

   "Hei, hei! Mana boleh berdua-duaan macam ni! Afrina! Pergi balik!" Ucap Zafrul sambil bercekak pinggang. Macam suami yang marahkan isteri pula. Afrina tersenyum sinis.

   "Hei! Berdua-duaan!? Hello, buta kah apa kau ni? Ramai orang lalu-lalang dekat sinikan! Lagipun kami ni bukannya bercinta! Yang kau ni dah kenapa nak halau aku! Aku nak baliklah ni! Menyibuk ja! Kau tu pergi balik!" Ucap Afrina geram.

   Zafrul menggeleng. "Cakap banyak pula kau ni! Nanti bapa kau risau! Pergilah balik!" Ucap Zafrul lagi. Afrina terdiam.

   "Hei, bukannya aku buat apa pun! Berbual sikit ja! Yang kau ni nak marah-marah afasal! Dahlah!" Ucap Afrina lalu terus pergi meninggalkan Zafrul dan Fakrul dalam keadaan marah. Ish, kalau aku jumpa dia lagi! Memang naya aku kerjakan! Fikir Afrina!

   Zafrul memandang Fakrul dalam keadaan yang tidak puas hati. "Kau ni pekakkah apa? Kan aku dah pesan banyak kali jangan kacau dia! Afasal kau tak nak dengar cakap aku!?" Tanya Zafrul, marah. Fakrul memeluk tubuhnya.

   "Kau ni memang cakap banyakkan? Afasal? Dia tu girlfriend kau? Tunang kau? Isteri kau? Bukan kan! So, apa yang kau nak kisah! Dia tu bukannya milik kau! Aku just kawan dengan dia! Bukannya ada apa-apa pun!" Ucap Fakrul. Zafrul terdiam.

   Tiba-tiba Alfi dan Kamarul menuju ke arah mereka berdua. "Eh, kenapa korang tak balik lagi! Wei, Fakrul! Jomlah balik! Zaf, kau tak nak ikut kitorang balikkah?" Tanya Alfi. Zafrul menggeleng.

   "Yang kau ajak si mangkuk ni sekali afasal? Balik bertiga sudahlah! Afasal dia ni nak kena menyibuk?" Tanya Zafrul. Alfi menggeleng.

   "Ok, dah sampai masanya kau tahu kenyataan ni!" Ucap Alfi.

   "Kenyataan apa?" Tanya Zafrul.

                                                               ***

   "Nah, Yera! Aku ada belikan kau niochi! Kan ni makanan kegemaran kau!" Ucap Afrina sambil menghulurkan sepinggan niochi kepada Yera. Yera terliur memandang kuih yang bulat, gebu, sedap dan masih hangat itu lagi.

   Dia terus mencapai sebiji kuih niochi itu dan memakannya dan makannya lagi. Memang gelojoh betul. Afrina menggeleng. Gelojoh betul burungnya ini! Jangan gemuk sudah.

   "Ish, jangan gelojoh sangat!" Ucap Afrina. Yera tidak mempedulikan Afrina dan meneruskan makannya.

SELEPAS BEBERAPA BULAN...

    "Hahahahahaha! Yera dah gemuklah! Betulkah ini Yera Afrina?" Ucap Laila sambil ketawa terbahak-bahak. Afrina sekadar menggaru kepalanya yang tidak gatal dan turut tersenyum.

 "Betul tu! Memang comel sangatlah lepas Yera jadi gemuk macam ni Sure Afrina tak kedekut asyik beri dia makan sahaja!" Ucap Iman. Afrina menggangguk sambil tersenyum memandang Yera yang sedang duduk memekakkan telinga. Menyampah dia mendengar ketawa dari kawan-kawan Afrina itu.

   "Tulah, aku hari-hari belikan dia niochi! Dia makan pun banyak! Sebab tulah gemuk macam ni! Nak dukung pun tak larat!" Ucap Afrina. Iman cuba mengangkat Yera tetapi tak kesampaian kerana Yera sedang merenungnya tajam.

   "Ish, buat garang pula!" Ucap Sakinah sambil memukul tangan Yera. Yera mengurut tangannya dan membuat muka garang. Tetapi tidak langsung dipedulikan.


   "Maya? Kenapa kau diam sahaja? Cakaplah sesuatu! Boringlah kau asyik diam sahaja dari tadi!" Ucap Iman sambil meneguk secawan teh. Maya memandang Yera lalu menggelengkan kepalanya.

   "Err, tak apalah! Korang berbuallah! Aku just nak dengar sahaja!" Ucap Maya. Sakinah berkerut. Semenjak dua menjak ini, Maya semakin berubah dan seperti lebih suka bersendirian.

   Afrina sekadar memandang Maya lalu tertunduk. Rakannya kini lebih suka mendiamkan diri dan suka berjauhan dari mereka.

                                                                          ***

   Afrina berjalan bersama Yera di sebuah pasar tani. Pelbagai makanan dijual di situ. Pasar itu diberi nama Pasar Mochi. Pasar itu memang selalu bising dengan kehadiran orang ramai yang ingin membeli barang keinginan mereka. Bukan setakat barang memasak sahaja dijual, kuih-muih, buah-buahan dan banyak lagi jenis makanan juga dijual di pasar itu.

   Kedai Pak Mad juga ada berdekatan dengan Pasar Mochi itu. Yera duduk di atas kepala Afrina. Afrina amat marah. Sudah berjuta-juta kali Afrina memarahinya tetapi Yera tetap berdegil dan akhirnya Afrina sekadar berdiam diri dan meneruskan perjalanannya. Biarlah orang nak ketawa. Dia sudah tidak larat mahu memarahi Yera, si burung degil.

   Tiba-tiba terdengar satu jeritan kecil sedang memanggilnya. Afrina tercari-cari dari mana jerita itu datang. Tiba-tiba seorang budak kecil yang sebaya dengan Afrisyah berdiri di hadapan Afrina sambil tersenyum. Berkaca mata dan kelihatan lurus.

   Afrina membalas senyuman itu. Muadz rupanya.

   "Hah, kenapa ni Muadz? Ada problem! Kah, nak tanya khabar fasal Afrisyah?" Ucap Afrina sedikit mengusik. Dia mengetahui yang Muadz itu ada hati dengan adiknya yang cantik lagi comel iaitu Afrisyah.

   Muadz tersenyum malu. Ada-ada sahaja Kakak Afrina ni. Mana ada! "Hmm, tak adalah! Tadi Muadz ada jalan-jalan sini nak beli buah! Ternampak akak, Muadz tegurlah! Wah! Akak semakin cantik! Akak makan Qu putehkah?" Tanya Muadz sambil ketawa terbahak-bahak. Afrina tersenyum tawar.

   "Mana ada! Biasa sahaja! Afrisyah lagi cantikkan?" Afrina cuba untuk mengusik Muadz. Muadz tertunduk malu.

   "Wah, bola baru ya! Pandainya akak imbang bola tu guna kepala! Siap boleh jalan-jalan lagi! Akak nak jadi Ronaldinho kah? Atau Neymar!? Ataupun pemain bola sepak yang kacak iaitu Ronaldo? Sejak bila akak pandai main bola? Kenapa tiba-tiba akak nak main bola?" Tanya Muadz bertubi-tubi. Afrina menggeleng.

   "Eh, mana ada! Ini bukan bola! Ini burung akak! Nama dia Yera!" Ucap Afrina sambil memandang Yera yang kelihatan marah kerana budak kecil itu pandai-pandai menyamakannya dengan bola. Kalau samakan dia dengan pemain bola sepak oklah juga.

   Muadz terkejut memandang 'objek' yang difikirkannya 'bola' itu adalah seekor burung. Muadz tersenyum senget.

   "Err, sorry ya akak! Tak tahu pun!" Ucap Muadz. Afrina menggeleng. sambil tersenyum. "Tak apalah! Oklah, akak nak pergi kedai Pak Mad sekejap! Muad nak ikut?" Ajak Afrina. Muadz menggeleng.

   "Hmm, oklah! Kalau macam tu akak pergi dulu! Bye!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan Muadz. Muadz melambaikan tangannya lalu terus menuju ke kedai buah-buahan itu semula.

   Afrina berjalan beberapa meter lalu dia pun telah sampai ke destinasi. Dia terus memasuki ke dalam kedai Pak Mad lalu duduk di meja yang telah tersedia. Anak Pak Mad yang cantik iaitu Suraya tersenyum memandang Afrina.

   "Oh, Afrina rupanya! Nak order apa?" Tanya Suraya sambil mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen daripada kocek apronnya untuk mengambil pesanan.

   "Bagi saya sepuluh kuih niochi dan dua cawan teh panas! Makan dan minum di sini ya akak!" Ucap Afrina sambil tersenyum. Suraya menulis pesanan itu lalu tersenyum dan menggangguk. Dia menuju ke dapur.

   Afrina duduk di situ sambil mengetuk-ngetuk meja berkali-kali. Yera turun dari kepalanya dan duduk bersebelahan dengan Afrina.

   "Niochi!" Ucap Yera. Afrina membuat wajah garang pada Yera!

   "Aku dah order! Kau sabar boleh tak!? Kerja nak makan sahaja!" Ucap Afrina. Yera menejling marah dan buat tidak tahu sahaja. Tiba-tiba Pak Mad menuju ke arah mereka berdua dan tersenyum.

   Afrina membalas senyuman itu. "Oh, Afrina rupanya! Sabar ya, Niochi sedang dibakar. Teh pun, Suraya keluar sekejap nak pergi beli! Tak tahu pun teh dah habis!" Ucap Pak Mad. Afrina menggangguk.

   Afrina memandang sekeliling dan sesekali memandang ke arah pintu kedai.

   Pak Mad sekadar membiarkan sahaja Afrina berbuat begitu. Faham dengan Afrina. Dia tu memang tak tahu nak duduk diam.

   "Err, pak cik. Tak ada sesiapakah yang datang kedai ni?" Tanya Afrina lembut dan sopan. Pak Mad tiba-tiba berubah menjadi muram. Dia tertunduk lesu.

   "Ada tu adalah tapi tak ramai. Yang datang pun hanya nak minum lepas tu balik! Entahlah tiba-tiba Afrina! Kedai pak cik ni tak ramai orang!" Ucap Pak Mad agak sedih. Afrina sekadar tersenyum tawar. Simpati juga dengan nasib Pak Mad.

   Pnedapatannya hanya dengan hasil jualan di kedai kecil itu sahaja. Kalau ada pelanggan adalah duit. Kalau tak ada, ikat perut sahajalah jawabnya.

   "Pak cik pun tak tahulah macam mana nak nak tambahkan pelanggan! Macam mana nak tarik perhatian orang ramai untuk datang ke kedai pak cik ni!" Ucap Pak Mad lagi. Afrina tertunduk. Tiba-tiba Suraya muncul sambil membawa makanan yang telah dipesan oleh Afrina tadi.

   Afrina mengucapkan terima kasih lalu terus menuju ke dapur untuk mengurus apa yang patut. Yera dengan lahapnya terus menikmati niochi yang panas dan gebu itu. Afrina sekadar meneguk tehnya dan memandang Pak Mad yang sedang menongkat dagu.

   "Pak cik kalau nak saya tolong tarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai ni boleh ja! Saya ikhlas membantu." Ucap Afrina. Pak Mad memandang Afrina lalu menggeleng.

   "Tak mengapalah Afrina! Menyusahkah kau sahaja!" Ucap Pak Mad. Afrina menggeleng.

   "Eh, saya boleh tolong! No problem! Saya boleh tolong bersama dengan adik saya!" Ucap Afrina sambil tersenyum. Pak Mad terdiam.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thank you! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard