Isnin, 6 Jun 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 11}

   Fakrul berjalan-jalan sambil menghayati alam sekitar yang berada di sekeliling bandarnya itu. Walaupun agak sesak dan ramai orang sedang duduk beriadah di taman itu, tetapi Fakrul tidak kisah kerana dia ada memegang satu slogan yang hingga kini masih menjadi pegangan hidupnya.

           
       Lagi ramai, lagi bagus!

   Itulah dia slogan yang masih dipegang! Cuba fikir, apakah rahsia di sebalik slogantersebut? Baiklah, Fakrul ini dulu adalah seorang lelaki yang playboy. Jadi padanya, kalau satu perempuan sahaja yang menjadi temanwanitanya tisak cukup. Jadi sebab itulah dia menggunakan slogan 'Lagi ramai, lagi bagus' itu hingga kini.

    Kembali pada kisah realiti, kelihatan Zafrul, Kamil, Alfi dan Kamarul juga sedang bersiar-siar di taman itu sambil berbual mesra. Tiada langsung pergaduhan kecil yang tercetus. Selalunya mereka ni kalau tak bergaduh satu hari memang tak sah. Satu hari tu, pasti kena ada satu pergaduhan! Sekekcil semut pun tak apalah.

   Fakrul seperti mahu menyapa tetapi apabila mengenangkan Zafrul yang membencinya itu, hasratnya itu terus dibuang jauh-jauh. Fakrul hanya perlu bertenang dan berlagak tidak menyedari kehadiran mereka.

   "Eh, Fakrul! Wei, jomlah join kami! Kau ada ok juga:" Tiba-tiba Kamil menegrunya. Fakrul jadi tergamam. Betulkah dia yang dipanggil tadi? Adakah Kamil memaksudkan dirinya atau orang lain yang ada di Taman Mochi itu?

   Fakrul menoleh dan dia terus menjadi agak gugup apabila empat remaja lelaki itu sedang berdiri betul-betul di hadapannya. Fakrul tersengih sekejap lalu memeluk tubuhnya.

   "Err, apa yang korang semua ni nak?" Tanya Fakrul sambil menggaru dahinya yang agak berpeluh kerna agak gelabah. Takut juga dengan si Zafrul yang bila-bila ja boleh menerkam seperti singa jantan.

   Zafrul sekadar tenang dan tiada langsung riak wajah benci atau menyampah teserlah pada wajah tampannya itu. Dia sekadar menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar dan memandang Fakrul, biasa.

   Fakrul menjadi agak senang setelah melihat riak wajah Zafrul yang tidak apa-apa tu.

   "Alah, jomlah join dengan kami! Kau asyik duduk seorang ja, tak boringkah?" Tanya Kamil. Fakrul terdiam sebentar lalu tersengih kerang. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak berminat.

   Alfi memandangya skeptikal. Terasa agak hairan. "Kau ni dah kenapa Fakrul? Kau kan kawan lama! Takkanlah nak duduk dengan aku pun kau tak nak! Kalau kau tak suka dengan si, Kamil, Kamarul dan Zaf ni! Aku kan ada! Kau boleh sembang dengan aku! Rilkeslah!" Ucap Alfi, selamba.

   Fakrul terdiam sebentar. Mahu mentafsir apa yang dikatakan oleh rakan lamanya tadi, Alfi.

   "Tak apalah! Lagipun aku nak pergi jumpa dengan...." Belum sempat Fakrul mengahbiskan ayatnya, Zafrul telah memotong ala-ala gaya seorang detektif.

   "Afrina!" Ucap Zafrul dengan gaya yang tidak menyenangkan. Dia merenung Fakrul tajam dan agak lama. Wajahnya itu memang menunjukkan riak yang tidak berpuas hati dan seperti mahu berlawan.

   Fakrul terkejut beruk selepas mendengar jawapan tersebut dari mulut Zafrul sendiri. Fakrul menggelengkan kepalanya berkali-kali.

   "Eh, mana ada! Aku..." Tetap sama, belum sempat Fakrul mahu menghabiskan ayatnya, Zafrul masih lagi memotong dengan tajam.

   "Alah, sudahlah! Aku dah tahu sangat! Tak payahlah kau nak beri dekat kami semua alasan murahan itu! Yang kau ni terhegeh-hegeh nak pergi jumpa dengan si Afrina tu apa hal hah? Kau ingat dia sukakah dekat lelaki yang style macam kau ni? Eh, sedarlah diri tu sikit! Pergi beli cermin besar-besar dan tengok diri kau tu!" Ucap Zafrul, garang.

   Fakrul terdiam sebentar. "Ish, kau ni apa hal Zaf? Sudah gilakah?" Tanya Kamil seperti mahu mempertahankan Fakrul yang langsung tidak tahu apa-apa.

   Zafrul menggeleng. "Eh, sudahlah Fakrul! Lelaki macam kau ni terlalu banyaklah dekat luar! Afrina tu bukannya bodoh macam kau! Dia tak inginlah lelaki yang macam kau ni! Sudahlah! Baik aku balh dari sini dari tengok muka kau yang tak pernah sedarkan diri ni!" Ucap Zafrul lalu terus meninggalkan mereka.

   Fakrul menggeleng marah lalu terus mengejar Zafrul. Dia menolak Zafrul tiba-tiba. Kamil, Kamarul dan Alfi begitu terkejut dengan tindakkan Fakrul itu.

   Zafrul berdiri semula lalu terus memperbetulkan kedudukannya. Dia tersenyum sinis. "Hei, kau ingat aku takut kalau kau nak belasah aku?! Belasahlah! Pukullah!" Ucap Zafrul dengan bongkak. Apa hallah dengan Zafrul ni? Sudah gila agaknya!

   Fakrul menggeleng. Wajahnya memang merah sangat. Tidak tahan dengan Zafrul yang selalu menuduhnya menyikai Afrina, si gadis yang serba kekurangan.

   "Aku tak nak lawan dan bergaduh dengan kau! Aku ada banyak hal lagilah yang nak disettlekan! Kenapa dengan kau ni hah?! Terlalu marah? Aku pernah kacau hidup kaukah? Aku pernah kacau keluarga kau? Apa yang kau nak?" Ucap Fakrul dengan marah.

   Zafrul menggeleng. "Kau diam! Kau yang kena tanya diri kau tu dulu! Hei, kalau kau betul-betul anak jantan, kau takkan cakap macam ni! Sure kau akan terus belasah aku! Pergi baliklah!" Ucap Zafrul dengan sombong. Fakrul menggeleng.

   "Kalau kau btul anak jantan, kau akan settlekan masalah ni dengan cara matang! Bukan dengan cara berlawan macam ni! Ni, kalau kau nak tahu, style budak umur enam tahun! Tak sesuai untuk aku! Maybe, it suit to you! Sudah! Aku malas nak layan orang yang tak berpengetahuan! Membuangkan masa! Bukannya kau faham!" Ucap Fakrul dengan pedas lalu terus meninggalkan Zafrul. Zafrul begitu bengang.

   Dia ingin mengejar tetapi dihalang oleh Alfi dan Kamarul. "Sudahlah! Kau ni dah kenapa tiba-tiba nak marah dia? Apa yang dia dah buat dekat kau?" Tanya Kamil. Zafrul menggeleng. Dia kelihatan begitu penat! Mungkin banyak bercakap tanpa henti tadi.

   "Aku memang tak puas hati betul dengan lelaki tak guna tu! Kalau aku jumpa dia sekali lagi, memang muka dia pecah! Mature, tak mature memang muka dia akan pecah! Aku confirmlah!" Ucap Zafrul dengan marah. Mereka bertiga hanya mampu menggeleng sahaja. Malas mahu membantah.

   Tetapi, kenapa Zafrul tiba-tiba sahaja marah Fakrul? Apa kena mengena mereka berdua dengan Afrina? Afrina? Hanya Afrina sahajakah yang tahu jawapannya? Ya, mungkin juga! Persoalan itulah yang sedang bermain-main di benak fikiran Alfi, Kamarul dan Kamil.

                                                                       ***

   "Hai Afrina!" Tiba-tiba ada satu suara menegur dari belakang. Kelihatan Fakrul sedang tersenyum ke arah Afrina yang sedang memilih buah-buahan buat mamanya yang sedang demam di rumah. Katanya makan buah-buahan ada vitamin. Memang pun. Budak tadika pun tahu tentang itu.

   "Hah, ada apa ni? Kau nak apa?" Tanya Afrina agak garang. Dia sebenarnya tak ada mood sebab mama dia kan sakit. Dia ingin balik cepat-cepat. Riasau dengan keadaannya di rumah bersama dengan Afrisyah dan Yera. Abahnya telah ke kerja.

   Fakrul rasa agak sakit hati juga apabila dibalasa begitu. Dahlah telah dikata oleh Zafrul, kini Afrina pula melayannya dengan kasar.

   "Err, banyak beli buah! Untuk siapa?" Tanya Fakrul kerana dia sudah tidak ada ideal untuk cakap apa. Afrina terdiam sebentar sambil tertunduk.

   "Untuk mama saya! Mama saya sedang sakit sekarang ni!" Ucap Afrina kesedihan. Fakrul terangguk. Hmm, baru dia tahu mengapa Afrina sedih begini.

   "Saya harap mak awak tu cepat sembuh dan ok sahaja!" Ucap Fakrul lalu terus meninggalkan Afrina. Afrina memandang Fakrul pergi. Dia sekadar tertunduk dan terus pergi pulang ke rumah. Dia tidak tahu, Zafrul sedang menghendap memerhatikan Fakrul dan Afrina.

   "Buat apa kat sini? Terhendap-hendap?" Tiba-tiba ada satu suara menegur. Zafrul menoleh, Kelihatan Maya sedang tersenyum ke arahnya. Zafrul memeluk tubuhnya.

   "Apa kau buat dekat sini? Dahlah, aku dah nak balik ni." Ucap Zafrul. Maya tidak menghalang dan sekadar memerhati Zafrul. Tiba-tiba langkah Zafrul mati. Dia menoleh memandang Maya. Dia tertunduk lalu tersenyum. Maya berasa agak hairan dengan gelagat Zafrul itu. Akhirnya dia tersenyum.

                                                                            ***

   "Mama! Janganlah risau! Nanti mama pasti akan sihat! Insya-Allah!" Ucap Afrina sambil mengurut-ngurut dahi mamanya yang tersayang. Mamanya sekadar memejamkan matanya dan sekadar terangguk mendengar kata-kata anaknya yang sulung itu.

   "Mana adik kamu?" Tanya mamanya. Afrina terhenti mengurut kepala mamanya. Dia menuju ke dapur, kelihatan adiknya sedang menikmati ayam goreng sambil tersengih-sengih. Hmm, lapar sangat tu!

   Afrina tergeleng lalu terus menuju ke arah mamanya. Kelihatan mamanya telah lena. Siao berdengkur lagi. Afrina tidak mahu menggangu lalu terus menuju ke biliknya. Kelihatan Yera pun telah tidur.

   Afrina membaringkan dirinya di atas katil sambil menghembus nafasnya. Memang rasa letih sangat hari ni. Banyak kerja yang dia buat. Salah satunya,, memasak, pergi pasar, basuh baju, sidai baju, lipat baju, mop lantai yang telah ditumpahi air sirap akibat Yera dan sapu rumah. Memang memenatkan!

   "Hmm, nak mandilah! Segar sikit!" Ucap Afrina lalu terus mencapai tualanya dan menuju ke tandas.

                                                                                ***

   "Hmm, yakah! Tak apa, aku ok ja kalau nak jadi..." Belum sempat Maya menghabiskan ayatnya, Zafrul telah memotong.

   "Hmm, kalau kau setuju oklah tu! Aku dah tak boleh tahan nak handle hal ni seorang diri! Aku harap sangat agar kau boleh tolong aku! Please, only you can help me!" Ucap Zafrul sambil mengukirkan satu senyuman manis pada Maya. Maya tergamam.

   Maya menggelengkan kepalanya lalu membalas senyuman itu. "Tak ada masalah! Ok ja! Kan kita ni kawan! Kawan sure bantu kawankan? Tetapi kenapa kau..." Maya tidak dapat meneruskan ayatnya lalu tertunduk.

   Zafrul memandang Maya. "Kenapa aku apa?" Tanya Zafrul. Maya terdiam lalu menggeleng. Dia terus pergi meninggalkan Zafrul tetapi Zafrul menghalang dengan berlari terus berdiri di hadapan Maya. Seperti seorang lelaki yang tidak mahu dia ditinggalkan oleh teman wanitanya.

   Maya menjadi terkejut dan menggeleng lemah. "Err, tak ada apa-apalah! Kau tak perlu tahu! Oklah, dah lewat ni, aku balik dulu! Bye!" Ucap Maya lalu terus berlari meninggalkan Zafrul.

                                                                                       ***

    Pada malam tepat jam 10.00 malam, hujan turun dengan lebatnya. Kelihatan Afrina sedang mengulang kaji pelajarannya dengan tekun sekali. Yera sedang duduk di atas meja belajar Afrina dan memerhatikannya.

   Afina sekadar buat tidak endah sahaja. Malas mahu melayan kerenah Yera si burung degil. Afrina tiba-tiba terdengar bunyi kacak yang pecah dari arah dapur. Afrina sangat terkejut lalu terus berlari menuju ke arah dapur.

   "Ya Allah! Kau ni dah kenapa Afrisyah? Kenapa kau pecahkan cawan ni? Dah tak larat sangatlah nak pegang cawan?" Tanya Afrina bertubi-tubi sambil mencapai penyapu untuk menyapu serpihan kacak itu.

   "Err, maafkan Afrisyah akak! Afrisyah hanya nak bagi mama makan ubat! Tengok mama tu lemah sangat! Macam tak larat! Letih sangat Afrisyah tengok!" Ucap Afrisyah agak muram dan risau. Afrina menjadi agak risau. Adakah mereka akan ditinggalkan dan hanya hidup dengan abah? Ya Allah! Janganlah uji begitu!

   Afrina terus membuang serpihan kaca itu dan berlari menuju ke arah mamanya di bilik. Yera dan Afrisyah sekadar menurut langkah Afrina yang tergesa-gesa itu.

   Kelihatan mama mereka sedang tidur. Afrina memegang dahi mamanya. Sangat panas. Risaunya. Afrina berlari ke dapur semula. Dia mencapai satu cawan plastik dan ubat-ubat yang telah diambil dari hospital tempoh hari. Afrina turut mengambil kain bersih dan basahkannya.  Dia berlari menuju ke bilik mamanya semula.

   "Mama, makan ubat ni!" Ucap Afrina sambil menghulurkan ubat dan air suma kepada mamanya. Mamanya tanpa banyak kata terus mencapai air suam dan menelan ubat yang telah diberi oleh anak sulungnya.

   "Terima kasihlah! Kamu berdua pergilah tidur! Mama nak berehat kejap! Mungkin esok atau lusa mama akan sembuh!"Ucap mamanya untuk menyedapkan hati mereka berdua. Tetapi tidak.Afrisyah mula menjadi agak muram. Matanya mula berkaca-kaca! Tunggu masa sahaja kaca itu akan pecah dan membentuk sebutir permata yang tidak bernilai jatuh berguguran dari kelopak matanya.

   Afrina mengganggukkan kepalanya. Dia perlu tidur kerana harus bangun awal esok untuk melakukan kerja-kerja rumah. Dia memimpin tangan adiknya itu keluar dari bilik. Yera sekadar
terdiam dan memahami perasaan dua beradik itu. Nasib esok sudah cuti sekolah.

   "Kakak, Afrisyah risaulah dengan keadaan mama! Kakak rasa mama akan sembuhkah?" Tanya Afrisyah mahukan kepastian dari kakaknya pula. Afrina tidak menjawab dan sekadar mengangkat bahunya. Diatidak tahu mahu menjawab apa.

   Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Hai, siapa pula yang datang rumah pada waktu hujan dan malam begini? Afrina terus membuka pintu rumah. Kelihatan abahnya sedang berdiri dalam keadaan yang basah lenjun. Afrina mengukirkan senyuman tawar tidak bergula. Dia tertunduk muram.

                   
                                                                              ***

   "Kamu berdua ni terlalu overlah! Janganlah risau! Nanti mama kamu akan sembuhlah!" Ucap abahnya tenang sambil menghirup kopi yang disediakan oleh Afrina. Afrina memandang abahnya itu agak geram. Terlalu over? Apa yang abah cakap ni?



    "Abah! Kami risau dengan keadaan mama! Abah tak risaukah? Abah pergilah tengok keadaan mama tu! Memang sedih Afrina dengan Afrisyah tengok!" UcapAfrina agak sayu. Abahnya menggeleng.

    "Tak apalah, kita doakan saja supaya mama kamu cepat sembuh!" Ucap abahnya sambil tersenyum dan mengusap kedua kepala anak gadisnya itu. Afrina dan Afrisyah tertunduk lalu menganggukkan kepala mereka.

   "Sudahlah, abah nak pergi tengok keadaan mama kamu. Jangan risau, abah ada untuk menjaga mama kamu itu." Ucap abah mereka lalu terus meninggalkan mereka berdua. Afrina dan Afrisyah terangguk lalu terus memasuki ke dalam bilik masing-masing. Yera turut memasuki ke dalam bilik Afrina untuk tidur di dalam sangkarnya. Sangkarnya macam sangkar kucing.

                                                                              ***

   Maya berlari menuju ke taman. Kelihatan orang yang mahu ditemuinya itu masih belum tiba. Dia tertunduk sebentar lalu terus duduk di atas sebuah bangku kayu. Dia termenung.

    "Ish, tak rasa macam bodohkah diri aku ni?" Tanya Maya sendirian.

   "Hmm, tak apalah! Ok ja! Lama-lama Zafrul akan sedar!" Ucap Maya lagi sambil tersenyum tawar. Sekadar mahu menyenangkan dirinya.

   "Dah lama tunggu?" Tiba-tiba ada satu suara menegur. Tangan itu juga turut menghulurkan aiskrim berperisa vanilla. Maya menoleh, kelihatan Zafrul sedang tersenyum ke arahnya. Maya tersengih lalu menggeleng.

   "Tak! Baru ja sampai!" Ucap Maya. Zafrul terangguk lalu terus duduk betul-betul di sebelah Maya. Maya agak gementar dan segan.

   "Err, berapa lama aku kena pegang aiskrim ni? Ambillah, aku beli ni khas buat kau!" Ucap Zafrul sambil menghulurkan aiskrim itu. Maya terkejut lalu tersenyum. Dia mencapai aiskrim pemberian Zafrul itu. Zafrul tersenyum dan menggangguk.

   "Apa yang kita nak bincangkan? Kenapa kau bawa aku datang sini?" Tanya Maya sambil menjilat aiskrim itu dengan nikmat. Hmm, sedapnya! Enak dan lazat.

   "Saja nak sembang dengan kau! Salahkah kalau kita nak kenal hati budi masing-masing?" Tanya Zafrul dengan spontan. Maya menelan liurnya dengan agak gelabah. Dia menjadi agak takut! Apa kena dengan Zafrul ni?

   "Err, apa maksud kau? Aku tak fahamlah!" Ucap Maya sambil tersenyum tawar. Tetapi hati berkocak-kocak.

   "Just nak lebih kenallah! Kita ni bukannya rapat sangat pun! Cakap pun sepatah dua patah ja! Taklah kenal sangat! Just kawan cakap sepatah dua!" Ucap Zafrul. Maya terangguk sambil tersenyum tawar.

   "Oooooooook!" Ucap Maya tergagap-gagap. Zafrul sekadar memandangnya dan tersenyum.

Bersambung...
 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thank you! Assalamualaikum!


 

 
 
 
   

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }