Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 12}
Selasa, 7 Jun 2016 | 6:59 PG | 0 comments
   Maya duduk termenung di dalam kelas. Kelihatan memang kelas itu amat bising dengan bunyi-bunyi bising. Siapa lagi kalau bukan dari pelajar-pelajar lelaki yang nakal dan tidak suka dengar cakap orang lain. Semuanya keras kepala.

   Maya memandang pada tempat duduk Zafrul. Hmm, nampaknya Zafrul masih belum sampai lagi. Afrina, Iman, Laila dan Sakinah kelihatan sedang berbual-bual. Entah apa yang dibualkan oleh mereka, Maya tidak mahu tahu.

   Fakrul pula sedang duduk berbual dengan rakan lamanya Alfi. Kelihatan perbualan mereka itu seperti serius sahaja.

   Maya masih menoleh ke arah tempat duduk Zafrul yang duduk di tepi tingkap barisan kedua terakhir. Maya menarik nafas dalam-dalam. Kenapalah dia masih belum sampai? Cepatlah datang!

   Tiba-tiba Maya tergamam apabila ternampak Zafrul berjalan memasuki ke dalam kelas dalam keadaan yang muram. Maya memandangnya agak lama.


   Zafrul memandang Maya lalu tersenyum tawar. Maya tergamam lalu dengan agak gugup terus memblas senyuman itu. Zafrul berjalan menuju ke tempatnya dan terus duduk. Dia membuka buku nota matematiknya.

   Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahunya.

   "Kau ni dah kenapa Maya? Jomlah sembang dengan kami! Asyik bersendirian ja!" Ucap Afrina sambil tersenyum memandang Maya. Maya terdiam lalu tersenyum tawar. Dia menggeleng.

   "Err, tak apalah! Aku macam tak sihat sangatlah!" Ucap Maya. Afrina terdiam. Dia memandang rakan karibnya itu. Dia mengeluh. Kini rakan karibnya selalu suka mengelak dari dirnya. Dia berasa amat hairan dan pelik juga dengan Maya.

   "Kenapa dengan kau ni Maya? Afasal sekarang ni kau..." Belum sempat Afrina mahu menghabiskan ayatnya, Maya terus memotong.

   "Sudahlah! Aku malaslah! Aku sakit ni! Tak sihat! Aku perlukan rehat! Kau pergilah sembang dengan diorang! Aku tak nak!" Ucap Maya agak marah. Afrina tertunduk lalu terus meninggalkan rakannya yang seorang itu bersendirian.

                                                                                      ***

   Afrina memasuki ke dalam rumahnya. Dia berjalan dengan longlai untuk menuju ke bilik mamanya. Mahu melihat keadaan mamanya itu. Sesampainya dia di bilik mamanya, kelihatan mamanya tiada di situ. Ke manakah mama pergi? Fikirnya.

   "Dah balik?" Tiba-tiba satu suara lembut menegur. Afrina menoleh dan kelihatan mamanya sedang tersenyum ke arahnya. Mamanya itu kelihatan amat bertenaga dan sihat walafiat.

   "Mama dah sihat?" Ucap Afrina sambil memeluk mamanya. Ingatkah mamanya itu akan pergi meninggalkannya setelah melihat keadaan mamanya yang tidak bertenaga itu kelmarin. Rupanya tidak.

   "Eh, eh! Kenapa ni? Mama oklah! Just sakit kepala sikit! Mungkin baru baik demam! Afrina pergilah masuk bilik dulu, mandi, solat lepas tu makan!" Ucap mamanya sambil meleraikan pelukkan anak sulungnya itu dengan lembut. Afrina tersenyum lalu menggangguk gembira.

   Dia terus berlari menuju ke biliknya. Afrisyah sempat lagi menegur kakaknya itu.

   "Akak, tadi Pak Mad ada jumpa Afrisyah. Masa tu Afrisyah baru sahaja nak balik sekolah. Pak Mad kata petang ni dalam pukul 4.00 petang, Pak Mad nak jumpa dengan akak!" Ucap Afrisyah. Afrina terdiam lalu menggangguk. Maybe fasal rancangan bagaimana nak tingkatkan jumlah pelanggan.

   Afrina terus menuju ke bilik dan kelihatan Yera sedang tidur. Ish, asyik tidur sahaja burung gemuk ni! Tak ada kerja lain agaknya!

                                                                                      ***

   "Pak Mad harap kamu tak keberatan! Pak Mad sekarang ni pun dah kekurangan duit! Entahlah mengapa?" Ucap Pak Mad sambil mengelap meja. Afrina dan Afrisyah sekadar memandang Pak Mad. Kasihan betul dengan nasibnya.

   Afrina terangguk sambil menikmati teh panas yang disediakan. Suraya menuju ke situ dan duduk di hadapan Afrisyah.

   "Akak pun memang nak minta tolong sangat dengan korang berdua ni! Kami pun tak tahulah nak buat apa? Just ini ja yang boleh bantu! Tolonglah, untuk seminggu ni sahaja! Lepas tu tak payah dah!" Ucap Suraya sambil tersenyum.

   Afrina dan Afrisyah berpandang sesama sendiri. Mereka berdua tersenyum lalu menggangguk. Boleh sahaja kalau nak bantu.

   "Setuju?" Tanya Suraya dan Pak Mad serentak. Afrina menggangguk sambil memandang adiknya. Afrisyah tersenyum.

   "Oklah! Kesian juga dekat pak cik dan akak! Saya dengan Afrisyah akan membantu!" Ucap Afrina. Suraya tersenyum lebar. Alhamdulillah, ada juga yang boleh membantu.

                                                                               ***

   Zafrul melihat jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Orang yang dinanti-nantikan masih tidak tiba. Ikutkan hati, mahusahaja dia pulang, tetapi rasa kesian juga jika orang yang dinantikannya itu tiba dan menunggunya sehingga lewat malam. Pasti dia tidak akan percaya pada Zafrul lagi.

   "Err, maaf! aKU ada banyak kerja tadi di rumah! Lamakah kau tunggu aku?" Tanya Maya sambil berdiri di sebelah Zafrul. Zafrul memandang Maya lalu tersenyum.

   "Tak apa! Duduklah!" Ucap Zafrul. Maya menggangguk lalu terus duduk di sebuah bangku yang tersedia. Zafrul berdiri di hadapannya. Maya memandang Zafrul sambil berkerut.

   "Kenapa kau ajak aku datang sini? Untuk apa?" Tanya Maya sambil menyilangkan tangannya ke dada. Zafrul menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu terus duduk di sebelah Maya. Agak jauh juga. Maya memandang Zafrul.

   "Aku just nak tanya! Fakrul dengan Afrina tu ada apa-apakah? Yalah! Sebab aku tengok diorang tu macam..." Zafrul tidak menghabiskan kata-katanya kerana Maya telah memotong.

   "Mana ada! Afrina tak ada masa pun nak bercinta! Walaupun cinta monyet! Dia sendiri pernah cakap dekat aku! Kau janganlah risau! It's okay! Why, Fakrul tu kenapa?" Tanya Maya agak kurang selesa. Zafrul menggeleng.

   "Taklah, sebab aku tengok Fakrul tu macam rapat sangat dengan si Afrina tu. Kau pun tahu, kita tak kenal sangat dengan si Fakrul tu!" Ucap Zafrul. Maya mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar.

   "Kenapa kau nak sangat ambil tahu hal Afrina? Bukannya penting sangat pun!" Ucap Maya agak kasar. Zafrul merenung Maya tajam. Apa kena dengan dia ni?

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!


 



Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard