Rabu, 8 Jun 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 13}

     Zafrul merenung Maya tajam. Maya memandang Zafrul lalu berkerut. Kenapa Zafrul pandang dia macam tu? Adakah dia tersasul tadi? Adakah dia tersalah cakap tadi?

   "Kenapa kau pandang aku macam tu? Kenapa? Betulkan apa yang aku cakap tadi? Kenapa kau nak sangat ambil tahu hal Afrina! Hei, kalau kau ambil tahu hal dia pun, tapi dia tak pernah nak ambil kisah atau tak pernah nak pandang kau! Buangkan masa jalah! Waste your times!" Ucap Maya agak garang. Zafrul masih merenungnya tajam.

   Maya mengalihkan pandangannya pada tempat lain. Dia memandang beberapa orang yang sedang berjoging sambil berbual mesra. Maya rasa agak geram juga dengan Zafrul yang asyik-asyik bertanya tentang Afrina. Malaslah mahu ambil tahu.

   Zafrul menggeleng. "Kau pun tahukan apa tujuan kenapa aku suruh kau datang sini? Fasal benda nilah! Fasal perkara ni! Kau dah lupa?" Tanya Zafrul. Maya terdiam lalu tertunduk. Dia menggangguk lemah.

   "Oklah, aku minta maaf! Sorrylah sebab tak dapat kawal perasaan! Maybe esok dekat sekolah, aku akan tanya dia fasal Fakrul! And then, aku akan beritahu dekat kau! I promise!" Ucap Maya sambil tersenyum tawar. Zafrul memandang Maya lalu tersenyum.

   "Ok, aku percayakan kau! Please, kau memang perlu bantu aku! Memang perlu sangat!" Ucap Zafrul.

                                                                                    ***

   "Ok, Afrisyah jaga gerai dekat sini, akak akan pergi satu rumah ke satu rumah untuk promosikan makanan-makanan ni! Akak tahu, sure ada yang masih belum tahu tentang makanan-makanan dekat kedai ayah akak ni!" Ucap Suraya sambil tersenyum.

   Afrina berkerut dan memandang Suraya. "Habis tu, kerja saya apa pula akak?" Tanya Afrina sambil memeluk tubuhnya. Suaraya tersenyum.

   "Afrina pun samalah ikut akak! Afrisyah duduk dengan pak cik dan Yera kat sini! Alah, sekejap ja!" Ucap Suraya. Afrina tersenyum dan menggangguk. Alah, kacang ja!

   "Jomlah, kita pergi. Afrisyah tolong mempersiapkan gerai kecil ni." Ucap Suraya. Afrina tiba-tiba berkerut.

   "Akak, buang masa jalah duduk tercegat dekat depan kedai ni! Baik Afrisyah dengan Pak Mad meniaga ja dekat kedai macam biasa!" Ucap Afrina sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Suraya menggeleng laju.

   "Tak nak! Kalau duduk dekat dalam kedai, orang tak akan datang dan sure tak seberapa perasan. Kalau duduk di luar kedai, orang yang lalu-lalang akan nampak dan cuba nak rasa makanan ni! Okkan ideal akak ni?" Suraya menghabiskan ayatnya dengan membuat isyarat peace.

   Afrina menganggukkan kepalanya tanda setuju. Ideal yang bernas dan bijak. Memang sangat bestrategi!

   "So, jomlah kita mula beroperasi! Kita akan pulang tepat jam 7.00 malam! Okkan? Mak dengan bapa Afrina tak marah?" Tanya Suraya mahukan kepastian. Afrina mengiggit ibu jarinya lalu mengangguk perlahan.

   "Alah janganlah risau, kalau Afrina dengan adik takut nak balik lambat, siapkan kerja ni cepat-cepat dan korang berdua bolehlah balik awal!" Ucap Pak Mad sambil tersenyum. Afrina dan Afrisyah mengangguk tanda setuju. Mereka pun mula beroperasi.

                                                                              ***

   "Terima kasih!" Ucap Afrisyah sambil mencapai wang yang dihulurkan. Afrisyah tersenyum sambil melambaikan tangannya. Wah! Alhamdulillah, ada juga yang datang nak beli. Tiba-tiba dia ternampak dua orang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya sedang berjalan berbual. Afrisyah begitu tergamam.

   "Itu...itu Muadz dengan...dengan Hakimi! Haahlah itu Hakimi!" Ucap Afrisyah. Dia amat malu kerana dia sangat minat dengan Hakimi. Afrisyah terus menoleh ke belakang apabila ternampak yang Muadz dengan Haikimi sedang mendekati.




   "Eh, ada jualan dekat luar kedai nilah! Jom kita pergi tengok makanan mana yang sedap boleh dijadikan alas perut! Mak aku masih belum masak lagi! Maklumlah, asyik nak main dengan facebook ja!" Ucap Muadz sambil berjalan mahu menuju ke arah gerai kecil Afrisyah. Hakimi sekadar akur.

   Afrisyah? Kenapa ni nak? Tengok tu, ada orang nak beli! mungkin itu adalah kawan-kawan Afrisyah." Ucap Pak Mad. Afrisyah terdiam lalu mengangguk perlahan. Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menuju ke gerainya semula. Muadz menjadi segan apabila ternampak Afrisyah sedang tersenyum semanis tiga kilo gula.

   "Wah, tak sangka orang yang jaga kedai ni ialah Afrisyah si cantik jelita! Sama cantik dengan kakaknya! Err, Afrisyah jual apa dekat sini?" Tanya Muadz lembut dan santun. Afrisyah tersengih kerang. Alamak, apa yang aku nak cakap ni?

    "Err, saya jual kuih niochi! Ada ice lemon tea dalam tin, sekotak coklat  buatan akak Suraya dengan kek! Nak yang mana satu?" Tanya Afrisyah sambil menejling memandang Hakimi yang sedari tadi hanya memerhati.

    "Saya nak awak! Eh, maksud saya, saya nak niochi dengan ice lemon tea dua tin! Niochi saya nak lima ja!" Ucap Muadz sambil memperbetulkan kaca matanya. Memang malu sangat dengan Afrisyah yang manis dan comel ala-ala artis hollywood!

   Afrisyah mengangguk sambil mencapai pesanan yang dipesan oleh Muadz itu. Muadz mencapainya dan tersenyum. "Err, berapa harganya?" Tanya Muadz. Afrisyah mengira jumlah harganya menggunakan kalkulator yang tersedia.

   Pak Mad sekadar tersenyum melihat Afrisyah. Memang comel betul telatahnya itu.

   "Semuanya hanyalah 6.00 ringgit! Hakimi nak apa?" Tanya Afrisyah lembut sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal setelah menerima wang dari Muadz.

   Hakimi menggeleng. "Tak apalah, lain kali sahajalah!" Ucap Hakimi dengan lembut. Afrisyah tersenyum sambil mengangguk. Muadz melambaikan tangannya lalu terus beredar bersama dengan Hakimi.

   Afrisyah menghembus nafasnya. Lega sikit!

                                                                                ***

     "Kalau pak cik nak lagi, datanglah ke kedai Pak Mad, terletak di simpang jalan sana! Ada lagi banyak makanan yang sedap-sedap! Terima kasih mak cik!" Ucap Afrina lalu terus pergi meninggalkan rumah itu. Afrina melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 6.40 petang. Rasanya cukuplah untuk hari ni.

    Afrina berjalan untuk pulang ke rumah. Tak sabar rasanya mahu melihat pendapatan yang Pak Mad dan Afrisyah jana untuk hari ini.

   Tiba-tiba langkah Afrina terhenti. Dia tergamam.

   "Eh, itukan Maya dengan...." Afrina masih belum sempat menghabsikan ayatnya. Dia tertunduk. Sejak bila Maya dengan....

   "Hai Afrina!Kau nak pergi mana ni?" Tiba-tiba Fakrul menegur Afrina. Afrina menoleh memandang Fakrul dan tersenyum tawar. Dia menggeleng.

   "Mama kau dah sihat?" Tanya Fakrul dengan mesra. Afrina menganggukkan kepalanya.

   "Alhamdulillah! Kau nak pergi mana ni?" Tanya Fakrul sekali lagi. Afrina tergamam lalu menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum senget.

   "Err, aku nak pergi jumpa adik aku dekat kedai Pak Mad. Panjang ceritanya." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum dan mengangguk.

   "Tak payahlah cerita. Jom, saya teman awak pergi sana!" Ucap Fakrul lalu terus mendahului langkah Afrina. Afrina masih tidak berganjak dan masih memerhatikan Maya dengan...

   "Afrina. Jomlah nanti lewat pula kau pulang!" Ucap Fakrul lagi dengan nada yang agak kuat. Afrina memandang Fakrul lalu menggeleng.

   "Kau pergilah balik! Aku nak pergi beli air kejap! Tekak tiba-tiba rasa kering!" Ucap Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Nanti sampai kedai Pak Mad tu kau minumlah air! Jomlah balik! Dah nak maghrib ni! Lagipun aku risau kalau kau bersendirian dalam masa-masa macam ni!" Ucap Fakrul. Afrina terdiam lalu mengagguk kecil. Betul juga cakap Fakrul. Nanti kalau jadi apa-apa pada dirinya, macam mana? Maya tak apalah kerana Zafrul ada untuk menemaninya.

   Dalam perjalanan pulang. Tiada langsung perbualan antara Afrina dengan Fakrul. Mereka berdua hanya melayan fikiran masing-masing. Fakrul tersenyum sendirian. Dia tahu apa yang sedang Afrina fikirkan. Maya dengan Zafrul. Ya, dia sedang fikirkan fasal rakan karibnya dengan lelaki yang tidak disukainya. Bagaimana boleh rapat sampai macam tu?

   Afrina kadang-kala rasa geram juga dengan kelakuan Maya. Dengannya, alasan banyak. Tak sihatlah, itulah, inilah! Tapi kalau nak keluar dengan Zafrul, tengok sihat walafiat sahaja. 'Buat sakit hati ja Maya ni!' Desis hati kecil Afrina.

   Sesampainya Afrina di depan kedai Pak Mad, kelihatan adiknya sudah tiada. Yang ada hanyalah Pak Mad yang sedang mengemas gerainya itu. Pak Mad tersenyum ke arah Afrina dan Fakrul.

   "Oh, Afrisyah dah balik lama dah! Suraya yang hantarkan! Dia malas nak tunggu Afrina katanya" Kenapa lambat! Banyak pendapatannya?" Tanya Pak Mad. Afrina tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

   "Nah pak cik! Hari ni saya hanya dapat kumpul RM 45.00 sahaja! Bolehlah kan pak cik?" Tanya Afrina. Pak Mad tersenyum lalu mencapai duit yang dihulurkan. Pak Mad menyerahkan sebanyak RM20.00 kepada Afrina. Afrina ingin menolak tetapi setelah didesak oleh Pak Mad, akhirnyaa Afrina terpaksa menerimanya.

   "Terima kasih pak cik! Pak cik banyak sangat buat baik pada saya! Saya pun tak tahu macam mana nak balas jasa baik pak cik!" Ucap Afrina. Pak Mad menggeleng.

   "Pak cik yang sepatutnya berterima kasih pada Afrina! Afrina dah banyak tolong pak cik! Terima kasih banyak-banyaklah ya!" Ucap Pak Mad sambil tersenyum manis. Afrina membalas senyuman itu.

   "Saya balik dulu ya pak cik!" Ucap Afrina. Pak Mad menghalang sekejap.

   "Kamu balik seorang jakah?" Tanya Pak Mad. Afrina terdiam. Fakrul terus menjawab dengan sopan.

   "Tak apa pak cik! Saya ada untuk temankan dia!" Ucap Fakrul sambil tersenyum. Pak Mad berasa lega. Dia tersenyum. Afrina meminta diri untuk pulang sekali lagi lalu terus pulang dengan Fakrul. Dia berjalan agak lambat di belakang Fakrul. Fakrul menghentikan langkahnya dan menoleh. Afrina memandang Fakrul.

   "Afasal?" Tanya Afrina sambil memeluk tubuhnya. Fakrul merenungnya agak lama. Afrina terasa ada yang tidak kena pada dirinya lalu terus membelek-belek dirinya. Ada apa-apa masalahkah?

   "Afasal? Kenapa dengan kau?" Tanya Afrina sekali lagi. Fakrul menggelengkan kepalanya.

   "Kau sepatutnya jalan depan! Kalau tiba-tiba orang tarik kau dari belakang, aku tak akan sedar! Macam mana? Apa yang aku nak jawab dengan parents kau nanti?" Tanya Fakrul dengan prihatin. Afrina tertunduk lalu terus mendahului langkah Fakrul. Banyak songehlah dia ni!

   Sesampainya mereka di hadapan rumah Afrina. Fakrul tersenyum biasa.

   "Terima kasih teman aku! Bye! Jumpa esok!" Ucap Afrina sambil berjalan memasuki ke dalam rumahnya. Fakrul memerhatikannya hinggalah Afrina lesap dari pandangan, barulah dia terus pulang ke rumahnya. Dia tersenyum sendirian semasa mahu pulang.

                                                                                 ***

   "Maya, kau sedar tak yang kau dah banyak sakitkan hati kami semua!? Sudahlah Maya! Semenjak dua menjak ni, kau asyik-asyik nak lari dari kami ja! Apa sebenanrya yang kau buat selama ni? Cakap cepat!" Ucap Iman sambil memeluk tubuhnya. Maya tertunduk.

   Afrina memandang Maya dan terus mengenangkan tentang perkara kelmarin. Ya, dia ada ternampak Maya berjalan dengan Zafrul kelmarin. Kelihatan mereka berdua amat mesra.

   "Sampai hati kau buat macam ni dekat kami Maya! Tahulah yang kau tu ada ramai kawan facebook! Tapi, tak perlulah nak sisihkan kami semua ni!" Ucap Sakinah sambil bercekak pinggang. Maya masih menundukkan wajahnya. Afrina tidak berkata apa-apa dan sekadar mendengar sahaja rungutan dari rakannya yang lain.

   "Alah, korang semua ni buatlah macam bagus sangat! Sudahlah! Aku malaslah nak bergaduh dengan korang semua! Buangkan masa sahaja!" Ucap Maya sambil terus bangun dan beredar dari situ. Iman menggeleng kesal.

  Sakinah menuju ke arah Iman. Berbisik ala-ala detektif. "Aku rasakan Maya tu macam ada sembunyikan sesuatu daripada kita! Kau rasa apa?" Ucap Sakinah kepada Iman. Iman sekdar mendiamkan dirinya. Mungkin!



   
Bersambung.

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }