Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 14}
Jumaat, 10 Jun 2016 | 3:12 PG | 0 comments
   Fakrul berjalan dengan longlai memasuki ke dalam biliknya. Dia begitu penat. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Maklumlah baru balik dari sekolah. Pastilah penat apatah lagi dia terpaksa balik jalan kerana ayahnya mengajarnya supaya berdikari.

   Dia mengeluh apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku tadi di sekolah. Memang menyakitkan hati betul! Berani betul Zafrul menyatakan yang dia akan belasah Fakrul jika mendekati Afrina.

Imbas kembali peristiwa di sekolah:

   Seperti biasalah, kesemua pelajar di Sekolah Kebangsaan Berjaya berpusu-pusu turun meninggalkan kelas. Ke mana lagi jika mahu ke kantin sekolah setelah mendengar loceng rehat. Di sekolah itu, bagi pelajar, loceng yang dianggap merdu bunyinya adalah loceng rehat dan loceng tamat waktu persekolahan. Memang merdu. Itu menandakan loceng kebebasan pada mereka. lebih-lebih lagi loceng tamat sekolah!

 Pada masa yang sama, kelihatan  Fakrul sedang duduk berbual dengan Alfi dan Syukri. Tiba-tiba Zafrul mendekati dengan wajah yang tidak berpuas hati. Memang menunjukkan yang betapa bencinya dia pada Fakrul, si lelaki yang manis dan matang.

   Fakrul memandangnya sambil tersenyum. Zafrul langsung tidak membalas senyuman itu. Tetapi, senyumkan satu sedekah. Tidak menjadi masalah jika mahu senyum. Tetapi kalau nak senyum tu pun ada tempatnya juga. Jangan kalau masa marah senyum, sedih senyum, menangis pun nak senyum. Itu sudah gila namanya.

   "Aku nak jumpa dengan Fakrul!" Ucap Zafrul serius.  Fakrul agak terkejut dan memandang Zafrul agak lama. Alfi berdiri sambil menepuk bahu Zafrul.

   "Kau dah kenapa Zaf!? Jomlah duduk sembang dengan kami!" Ucap Alfi. Zafrul menggeleng sambil menolak tangan Alfi. Alfi agak tergamam. Kenapa dengan Zafrul ni!? Syukri sekadar melihat sahaja kelakuan mereka. Tak naklah masuk campur.

   "Hei, kau pekakkah? Aku nak jumpa dengan kau! Tak dengarkah?" Tanya Zafrul dengan kasar dan marah. Fakrul tersenyum sinis lalu terus berdiri. Malas mahu melawan.

   "Kau ikut aku kejap!" Ucap Zafrul lalu terus pergi ke suatu tempat. Fakrul sekadar akur dan menurut sahaja ke mana yang Zafrul pergi. Ikut jalah, nanti kena kata pekak lagi! Panas juga telinganya mendegar ayat kasar begitu.

   Sesampainya mereka berdua di suatu tempat yang sunyi, Zafrul menghentikan langkahnya lalu menoleh memandang Fakrul. Fakrul memeluk tubuhnya. Dia memandang Zafrul. Zafrul merenungnya tajam.

   "Hah, apa yang kau nak?" Tanya Fakrul. Dia melihat jam di tangannya. Hmm, waktu rehat tinggal lagi dua puluh minit. Ada masa lagi.

   "Kau ni memang nak kena! Kan aku dah cakap, jangan sesekali rapat dengan Afrina! Kau tak fahamkah atau kau saja-saja buat bodoh? Hei, kau dengar sini baik-baik, lagi sekali aku nampak..." Zafrul tidak dapat menghabiskan katanya kerana Fakrul telah memotong.

   "Hei, Afrina tu isteri kaukah hah? Tunang kau? Kau ada hakkah nak kawal dia? Kau bapa diakah? Kau mak diakah? Atuk dia? Nenek dia? Takkan? So, apa lesen yang membolehkan kau menghalang aku dari rapat dengan Afrina tu? Apa?" Tanya Fakrul agak garang. Geram betullah.

   Zafrul menggeleng lalu terus menumbuk muka  Fakrul. Habis lebam dibuatnya. Ish, memang Zafrul ni tak boleh kawal perasaan. Kata pelajar mithali! Tapi senang-senang tumbuk muka anak orang. Memang nak kena dia ni!

   Zafrul tersenyum jahat. "Hah, rasakan! Tulah balasan untuk orang yang saja-saja buat bodoh dan suka cabar kesabaran orang! Memang kau kenalah macam ni! Hei, aku tak kisahlah! Apa yang nak jadi jadilah! Asalkan hati aku puas!" Ucap Zafrul lalu terus meninggalkan Fakrul di situ.

   Fakrul mengurut wajahnya itu. Aduh, memang sakit!

   'Tak guna! Siap kau nanti Zaf! Kau akan terima balasannya!' Desis hati Fakrul. Fakrul terus berlari menuju ke tandas. Dia membasuh mukanya lalu memandang dirinya pada cermin! Apa kenalah dengan Zafrul ni? Sudah gilakah? Fikir Fakrul.

   "Apa salah aku? Apa yang aku dah buat? Kenapa!?" Ucap Fakrul sambil menekup wajahnya. Memang apa yang berlaku ni di luar kawalan.

   "Fakrul, kau ni afasal? Kenapa dengan muka kau ni hah?" Tiba-tiba Alfi bertanya sambil menatap wajah Fakrul yang sudah lebam itu. Fakrul menggeleng. Alfi mengecilkan matanya.

   "Zaf tumbuk kau?" Tanya Alfi. Fakrul memandang Alfi. Macam mana dia boleh tahu? Ah, biarlah! Jangan ceritakan perkara yang sebenar.

   "Tak, aku terhantuk dekat pintu tadi! Zaf tak akan buat kerja gila ni Alfi!" Ucap Fakrul sambil mengusap dahinya sendiri. Alfi terdiam. Betulkah???

   "Betulkah ni Fakrul? Hei, habis tu afasal Zaf nak jumpa kau sangat?" Tanya Alfi lagi. Zafrul menggeleng. Tiba-tiba loceng tamat waktu rehat berbunyi. Fakrul terus keluar dari tandas itu. Alfi memandangnya.

   "Hei, kau nak pergi mana tu?" Tanya Alfi. Fakrul tidak menjawab dan sekadar pergi begitu sahaja.

   Imbasan Fakrul terhenti di situ. Dia mengurut dadanya lalu terus masuk ke bilik air. Dia perlu mandi dah mengerjakan solat fardhu Zuhur.

                                                                                   ***

   "Assalamualaikum!" Afrina menegur Fakrul yang kelihatan sedang termenung keseorangan di taman. Lamungan Fakrul terhenti lalu tersenyum memandang Afrina. Afrina berkerut. Aik, kenapa dahi Fakrul sedikit lebam? Afrina tidak tahu kerana dia tiada di sekolah kerana terlibat dalam pertandingan pidato.

   "Kenapa dahi kau lebam? Bergaduhkah? Dengan siapa? Kenapa?" Tanya Afrina bertubi-tubi tanda prihatin. Yalah, kawan-kawan. Mestilah ambil berat. Fakrul memandang Afrina lalu menggeleng.

   "Tak adalah.Aku kena hantuk dekat pintu tadi! It's okay, aku rileks ja!" Ucap Fakrul tetapi dalam hati masih panas kerana Zafrul. Afrina mengecilkan matanya yang bulat itu. Dia menggeleng.

   "Tipu! Sure kau bergaduh! Yalah, lelakikan! Tapi aku nak tahu juga dengan siapa kau bergaduh?" Tanya Afrina mahukan kepastian. Fakrul menggeleng.

   "Tak! Aku tak gaduh! Betul! Kau tak percayakan akukah?" Ucap Fakrul mahu memastikan Afrina. Afrina terdiam sekejap. Dia menggeleng.

   "Bukan, aku just nak bagi nasihat dekat kau! Kalau kau nak gaduh, jangan libatkan kesemua anggota badan kita. Perang mulut lagi ok! Lebih kurang macam berbahas!" Ucap Afrina sambil tersenyum senget. Hai, apalah yang dia merepek ni.

   Fakrul tersenyum dan menggeleng melihat telatah Afrina. "Taklah, aku tak gaduh! Mana Yera? Selalunya kau kata dia akan berkepit dengan kau! Mana dia?" Tanya Fakrul. Afrina tersenyum lalu menggeleng.

   "Dia tidur! Macam tak sihat sangat aku engok dia! Biarlah dia tidur! Err, oklah aku pergi dulu! Nak pergi kedai kejap beli mihun dekat mama aku! Kau nak pergi mana-manakah?" Tanya Afrina kepada Fakrul.

   "Err, tak apalah aku nak temankan kau boleh?" Tanya Fakrul. Afrina memandang Fakrul agak lama. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan menggeleng tidak teruja.

   "Tak apalah, aku boleh pergi seorang!" Ucap Afrina. Fakrul menggelengkan kepalanya.

   "Aku nak ikut juga! Jom! Risau juga kalau jadi apa-apa dekat kau!" Ucap Fakrul. Afrina berasa agak kurang selesa tetapi apabila telah didesak sebegitu akhirnya dia mempersetujuinya sahaja. Malas nak berperang mulut.

   Mereka berjalan untuk meninggalkan taman itu. Mereka tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tindakan mereka. Zafrul merengus marah di sebalik pokok besar yang tersedia semula jadi di taman itu. Memang agak terselindung.

Tetapi, Zafrul pula tidak sedar yang ada seorang gadis comel dengan sepasang mata yang bewarna hijau jernih juga sedang memerhatikan gelagatnya. Siapa lagi kalau bukan Maya?!



   "Memang kau ni tak pernah serik Fakrul! Memang tak akan serik! Aku pun tak tahu nak buat apa dekat kau!" Ucap Zafrul sendirian sambil menumbuk pohon yang tidak bersalah. Zafrul mngeluarkan tisu untuk mengelap tangannya yang sedikit luka akibat tertumbuk pokok itu terlebih kuat.

   "Apa yang kau buat tu hah?! Sudahlah, dah macam detektif aku tengok!" Ucap satu suara lembut tetapi agak marah. Zafrul menoleh lalu terkejut beruk melihat Maya sedang bercekak pingang di belakangnya.




   "Apa yang kau buat dekat sini? Aku tak ajak pun kau datang taman hari ni! Afasal kau datang?" Tanya Zafrul agak gugup. Maya memeluk tubuhnya. Dia menggelengkan kepalanya. Aduh, afasallah dengan si Zafrul ni?

   "Aku ada haklah nak datang taman ni! Kau ni dah kenapa? Terhendap-hendap! Kau mengendap siapa?" Tanya Maya. Zafrul menggelengkan kepalanya tanda bahwa Maya tidak perlu ambil tahu tentang dirinya.

   "Ok, tak apa! Aku tak akan tolong kau lagi! Biarlah kau tertanya-tanya tentang Fakrul ada apa-apa atau tidak dengan Afrina! Kau sure lebih suka macam tukan?" Ucap Maya sambil mengangkat keningnya sebanyak tiga kali. Zafrul menepuk dahinya. Nak ugut orang pula dia ni!

   "Tak, aku tengok Fakrul dengan Afrina sedang berbual-bual dekat bangku hujung sana tu! Rasa geramlah pula bila tengok diorang berdua semakin lama semakin rapat macam tu! Entah diorang nak pergi mana, aku pun tak tahu! Tapi takut nanti Fakrul beritahu yang..." Zafrul tidak dapat menamatkan ayatnya. Tidak mahu Maya mendengarnya. Itu rahsianya.

   "Fakrul beritahu apa? Ish, kenapalah dengan kau ni Zaf? Macam dah tak betul! It's okay, I can help you! Kau kan dah suruh aku tolong, so, sure aku akan tolong kau! Jangsanlah risau Zaf!" Ucap Maya sambil tersenyum licik. Zafrul memandangnya lalu mengangguk perlahan. Betul juga kata Maya itu.

   Zafrul terus menuju ke arah Maya. Maya tersenyum ke arahnya. Zafrul merenugnya lama"Kkkkenapa ni?" Tanya Maya gugup. Rasa segan. Zafrul terus tersedar lalu tersengih.

   "Jom, ikut aku!" Ucap Zafrul. Maya berkerut. Dia bercekak pinggang pula. "Pergi mana? Nak siasat Fakrul dengan Afrina?" Tanya Maya. Zafrul menggeleng. "Ikut jalah!" Ucap Zafrul. Maya terus akur dan ikut sahaja Zafrul. Dia tersenyum sendirian.

                                                                                 ***

   "Kau pasti Sakinah? Janganlah buat fitnah pula! Mayakan kawan kita!" Ucap Laila sambil merenung Sakinah lama. Mahu melihat cahaya kebenaran pada mata coklat milik Sakinah itu. Sakinah mengangguk. Laila tiba-tiba tersenyum.


   "Kenapa kau tersenyum ni? Apa kena dengan kau ni?" Tanya Iman sambil berkerut. Laila menggeleng lalu ketawa kecil. Mereka bertiga berkerut melihat gelagat anehnya itu.

   "Hei, kau ingat aku nak berguraukah? Aku seriuslah! Berilah tumpuan sikit! Tak ada masalah aku nak cakap macam ni kalau aku tak ada bukti!" Ucap Sakinah sambil memeluk tubuhnya. Laila membuat wajah biasa dan rileks sahaja.

   "Mana buktinya?" Tanya Afrina tiba-tiba. Afrina percaya apa yang telah diperkatakan oleh Sakinah itu kerana dia pun pernah ternampak tempoh hari semasa mahu pulang ke kedai Pak Mad tetapi sahaja mahu lihat telatah rakannya yang sendiri juga ternampak Maya dengan Zafrul yang bukan main mesra lagi.

   "Ish, no bukti tapi tak akanlah aku nak tipu dan fitnah kawan baik kita tu! Dari kecilkan kita kawan! Tak sampai hatilah aku! Tapi emang serius aku nampak Zafrul berbual mesra dengan dia, siap gelak-gelak bagi teddybear! Memang menyampah juga aku tengok!" Ucap Sakinah.

   Iman berkerut lagi. Hmm, dia cuba mentafsir. Seingat dia, Maya ni susah sikit nak bermesra dengan kawan lelaki. Kalau suka pun pasti dia hanya akan berdiam diri sahaja.

   Afrina terdiam lalu menggelengkan kepalanya. Maya, Maya! Kenapalah dengan kau ni?

   "Aku tak kira, anyways, kita memang kena siasat! Maya tu dah ganjil! Something wrong aku rasa dengan dia ni!" Ucap Sakinah yakin 100% tetapi kalau nak jalankan sesuatu perkara itu, dia yang akan berundur dan semuanya diberi pada rakan-rakannya terutama sekali Afrina.

   "Kita nak siasat macam mana? Tak ada masalah Sakinah! Kalau kau ada masa kau pergilah siasat!" Ucap Iman sambil memeluk tubuhnya dan menggeleng. Biarlah dekat Maya tu! Hidup dia!

    Sakinah memuncungkan mulutnya. Kalah playar muncung tirus. "Susahlah korang ni! Tak apa, kalau ada times kita siasatlah! Tapi pelik jugakan dengan Maya tu!" Ucap Sakinah. Mereka bertiga sekadar mengangguk dan mengiyakan kata-kata Sakinah itu.

                                                                           ***

    Maya duduk termenung di dalam biliknya seorang diri. Memang rasa suram dan muram sangat. Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Seluruh keluarganya sudah melelapkan mata untuk mencukupkan tenaga bagi menghadapi hari esok.

   Dia sangat muram. Hmm, apa yang nak dibuat?



   Maya mencapai patung beruang yang diberi oleh Zafrul. Dia tersenyum sekejap. Baiknya Zafrul kerana sanggup beli sebuah patung beruang yang sangat comel tidak terkira. Gebu dan masih wangi.

   Maya membuka suis lampu untuk melihat patung beruang itu dengan lebih jelas. Dia ketawa kecil. Tiba-tiba telefonnya berdering. Maya melihat nama pemanggil. Zafrul! Kenapa dia call malam-malam macam ni? Ada hal pentingkah?

   Maya terus menjawab panggilan telefon itu.
Maya: Hello!

Zafrul: Hello, kau dah tidurkah? Sorrylah kalau kau dah tidur, aku tiba-tiba kacau kau!

Maya: Err, taklah! Aku tak tidur lagi! Aku tengah study!

Zafrul: Kenapa tak tidur lagi? Nanti esok dekat sekolah tertidur dalam kelas!

Maya: Tak apalah, selalu aku macam ni! Hah, afasal kau call aku malam-malam macam ni? Ada problem?

Zafrul: Eh, taklah! Saja nak call! Macam mana dengan patung beruang tu? Ok tak?

Maya: Oh, ok! Comel sangat! Boleh jadi peneman! Maklumlah, akukan anak tunggal! Tak ada kawan dekat rumah!

Zafrul: Oh, aku tahu tu! Just, katakanlah kalau aku terpaksa tinggalkan kau, kau bolehlah tengok patung tu dan ingatkan aku!

Maya: Oh, yakah? Ooooook!

Zafrul: Oklah, banyak pula aku bercakap! Bye, jumpa kau esok dekat sekolah ya! Bye! Assalamualaikum!

Maya: Err, oklah! Waalaikumussalam!

  Maya terdiam sebentar dan memandang patung beruangnya itu. Apa maksud Zafrul?




   Maya menyimpan telefonnya lalu menggeleng tidak percaya. Mungkinkah Zafrul sudah lupakan Afrina dan sukakan...

                                                                                  ***

   Zafrul sedang duduk mengulang kaji pelajarannya di sebuah meja bulat. Dia membaca buku sainsnya itu sambil menghirup air kotak laicinya. Dia kelihatan amat tekun sekali belajar. Hmm, bagus!

   "Hei! Kenapa semenjak dua menjak ni aku tengok kau dengan kawan aku, Maya rapat? Macam pen dengan dakwat! Tak dapat dipisahkan!" Ucap Afrina sambil mengetuk meja Zafrul. Zafrul menjadi terkejut.

   "Eh, kenapa dengan kau ni Afrina? Tiba-tiba ja!" Ucap Zafrul sambil mengurut dadanya. Afrina menggeleng. Dia memeluk tubuhnya tanda tidak puas hati. Macam leftenan pun ada juga.

   "Maya! Kau dengan dia ada apa-apakah? Tengok bukan main rapat lagi!" Ucap Afrina sambil mengangkat keningnya. Ala-ala detekfif yang berkaliber dan efisyen. Zafrul tersedak air laicinya. Dia memandang Afrina sambil menggeleng tidak percaya.

   "Mana ada! Merepek ja kau ni! Aku rapat dengan dia just nak belajar math dari dia! Diakan pandai math! So, aku nak minta tolong ajar dari dialah! Salahkah?" Ucap Zafrul. Afrina masih terdiam lalu menggeleng.

   "Jawapan murahan! Tipu! Eh, tak perlulah kau nak menipu aku! Aku bukannya bodoh! Taulah yang aku ni macam bodoh sikit tapi taklah teruk sangat! Sudahlah! Rahsia kau semuanya ada dalam poket ni! Geng-geng aku semua dah tahu!" Ucap Afrina geram.

   Zafrul berdiri dan memandang Afrina agak lama. Akhirnya dia tidak tersedar dan asyik merenung Afrina. Afrina menjegilkan biji matanya. "Hei, aku tak takutlah dengan tenungan maut tu! Aku langsung tak kisah! I do not care! Now, aku nak tahu jawapan tu, betul atau tak???" Tanya Afrina garang.

   Zafrul tersedar dan menepuk dahinya. Tenungan maut? Afrina ni memang kena pakai specs baru dia boleh tahu tenungan maut tu macam mana! Ataupun dia memang betul-betul tak faham?

   "Afasal? Kau jealouskah? Hahaha! Kalau kau jealous cakap jalah!" Ucap Zafrul sambil tersenyum sinis. Afrina ketawa kecil dan menggeleng kepalanya.

   "Aku suka dekat kau? Hahahahahahaha! Lawaknya! Hei, tak payahlah nak cakap macam ni! Boleh baliklah! Sudahlah! Aku just nak cakap sikit ja yang kalau kau rapat dengan Maya tu, aku tak kisah! Kalau kau nak bercinta, bagi teddykah, barbie dollkah, aku memang tak kisah! Tapi satu ja yang aku minat! Tolonglah jangan nak hasuk Maya supaya jauhi dari kami! Kau ingat tau! Dia tu kawan kami dari kecil! Please! Just that I want!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan Zafrul. Zafrul tergamam.

   "Bila masa aku hasuk dia? Aku kawan dengan dia pun semuanya kerana kau!" Ucap Zafrul sendirian. Alfi masa tu pun sedang memerhati mereka berdua dan mendengar segala perbualan itu.

   "Oh, Zafrul! Kalau aku ketuk meja kau, kau marah! Kalau si Afrina tu! Kau tak kata apa pula! Siap tenung lagi! Memang kau ni entah apa-apalah Zaf! Entah apa-apa!" Ucap Alfi sendirian lalu terus berlalu pergi dari situ.

Bersambung...


Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard