Selasa, 21 Jun 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 15}

   Memang sudah menjadi kebiasaan, Afrina memang sudah boleh tahan dan layan dengan karenah burungnya yang sangat gemuk dan comel itu. Siapa lagi kalau bukan Yera?! Memang Afrina lama kelamaan terasa tidak berpuas hati dan seperti mahu masa ayam rendang pedas dengan sup burung Yera! Memang tak boleh tahan!

   Kadang-kala, setelah Afrina mengemas biliknya, pasti Yera akan terbang masuk ke dalam dan menyepahkannya. Meja belajarnya akan menjadi sasaran utama. Buku akan dikoyakkan. Alat-alat tulis akan digigit sehingga terbelah dua. Pen akan digigit sehingga terkeluar kesemua dakwatnya dan habis kotor langsir tingkap biliknya terkena dakwat pen!

   Memang Afrina akan menjerit dengan kuat sekali. Kalah jeritan tarzan dan dinosour T rex! Kadang-kala dia akan menangis guling-guling di lantai biliknya dengan mengenangkan nasibnya yang sangat malang!

   Nak harapkan Afrisyah! Memang taklah jawapannya! Memang Afrisyah tu seperti lurus dan tidak pandai melawan. Dia juga mempunyai rasa belas kasihan! Sebab itulah kadang-kala Afrina malas mahu melayan apatah lagi membuli! Kesian!

   Kembali pada kisah realiti! Afrina sedang terbaring di atas sofa sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Tak mahu ingat semua tu lagi. Dah letih! Berat kepala! Nak menangis! Semuanya ada! Nasib Yera telah tidur di dalam sangkarnya. Afrina telah menguncinya. Alhamdulillah! Dapatlah baring-baring melayan perasaan.

   Belum sempat mahu sampai ke alam mimpi, tiba-tiba satu suara menegurnya. "Hah! Sini pun Afrina! Tolong mama sidai baju!" Ucap mamanya sambil membaling bantal pada wajah anggun anak sulungnya itu. Afrina terus mencelikkan matanya dan mencapai bantal yang baru dibaling oleh mama comelnya itu.

   Afrina mengeluh keletihan! "Hmm, nantilah mama! Afrina nak tidurlah! Letih, mengantuk, semuanya ada! Mama, bagilah Afrina rest dua jam! Please, dua jam ja!" Ucap Afrina sambil membuat wajah meraih simpati. Mamanya menggeleng.

   "Apa yang Afrina buat sampai letih sangat? Tak ada! Mama tak kisah! Pergi sidai baju! Cepat!" Ucap mamanya tegas. Afrina memandang mamanya sambil membulatkan matanya. Apa? Mama tak kesiankah?

   Afrina menggeleng. "Mama! Afrina letihlah mama! Dahlah baru balik dari tuisyen! Mama! Afrina penat! Penat! Penat! Penat! Penat! Penat!!!" Afrina terus menjerit seperti orang yang baru dirasuk hantu. Mamanya atau lebih dikenali sebagai Puan Hamidah terus terkaku melihat reaksi anaknya itu.

   "Afrina bukannya saja nak jerit dekat mama! Memang Afrina penat sangat! Mengantuk sangat! Bagilah Afrina rest dan tidur dua jam! And then Afrina terus sidai baju tu! Bukannya Afrina saja-saja!" Ucap Afrina sambil menenyeh biji matanya. Macam dah nak pengsan.

   Puah Hamidah tiba-tiba terasa kasihan melihat anaknya itu seperti orang yang hadapi sakit mental. Macam suami lari pun ada. Mamanya tersenyum kasih lalu terus mengangguk perlahan.

   "Hmm, tidurlah! Kasihan pula! Dah macam suami lari bawa anak pula Afrina ni! Dengan rambut macam apa!" Ucap Puan Hamidah lalu terus meninggalkan anaknya itu. Afrina tersenyum lalu terus membaringkan dirinya. Wah, nasib mama faham!

   Afrina memejamkan sepasang biji matanya yang bewarna biru jernih. Baru mahu memejamkannya, tiba-tiba satu suara halus yang comel lagi manja datang menegur.

   "Akak, ada orang nak jumpa dengan akak!" Ucap Afrisyah sambil menggerak-gerakkan kedua-dua bahu Afrina. Itu membuatkan Afrina jadi tergoyang-goyang. Afrina terus mencelikkan kedua-dua belah biji matanya dan membuat wajah geram! Memang nak kena budak comel ni!

   "Hei, akak nak tidurlah! Tak akanlah nak rest dua jam pun tak boleh?! Tak fahamkah? Akak nak rest! Nak akak ulang? Nanti akak record lepas tu kau dengarlah guna earphone setiap malam! Dah, pergi sana!" Ucap Afrina dengan begitu lantang dan garang. Memang menakutkan.

   Afrisyah terkaku seperti lepas tercekik buah dadu. Memang ganas betul aura Afrina ni. Boleh buat orang terkaku dan terus mendiamkan diri seperti terkena sumpahan batu oleh ibu si Tanggang!

   Afrina sambung melelapkan diri. Tiba-tiba satu suara yang agak marah dan tegas pula menyapa.

   "Afrina! Boleh tidur lagi! Hei, ada orang nak jumpalah! Kau ingat dia tu apa? Penunggu gua? Jemputlah dia masuk! Kawan kau kan!" Ucap abahnya atau lebih senang dikenali sebagai Encik Airil.

   Afrina terus terkejut beruk dan bangun dari atas sofa itu. Dia memandang wajah abahnya. Dia terus menuju ke muka pintu. Fakrul? Afasal dia datang sini? Dah pukul 6.30 petang! Ada hal apa?

                                                                                  ***

   "Ish, geramnya! Sampai macam tu sekali Maya soal dia! Maya tu dah kenapa?" Ucap Sakinah agak geram. Afrina tertunduk. Tak tahulah nak cakap macam mana. Maya ni macam-macam!

   "Hei, Afrina! Afasal masa Fakrul cakap macam tu, kau tak lari pergi rumah Maya dan terus cili-cili mulut si Maya yang macam apa tu? Kalau aku jadi kau, dah lama aku buat!" Ucap Laila pula. Afrina terdiam sahaja. Dia memeluk tubuhnya.

   Iman sekadar memandang Afrina. Afrina tertunduk. Dia menggelengkan kepalanya. Nak cakap apa?

   "Tak apa, biar aku ja yang tanya Maya esok dekat sekolah! Kau jangan risau Afrina! Masalah kau ni sure akan settle!" Ucap Iman sambil tersenyum. Afrina memandang Iman sambil menggelengkan kepalanya.

   "Eh, tak payahlah Iman! Masalah nikan masalah aku! Lagipun bukannya besar sangat pun! Tak apa, biar aku ja yang settlekan!" Ucap Afrina. Iman menggelengkan kepalanya tanda tidak perlu. Dia tetap nak uruskan masalah ini.

                                                                                         ***

   "Aku tanya ja! Kau faham tak apa yang aku cakap ni? Sudahlah Iman! Aku tak nak bergaduh dengan kau!" Ucap Maya sambil terus berjalan mahu pergi tetapi dihalang oleh si hitam manis yang comel iaitu Iman.

   "Kenapa kau perlu halang jalan aku? Aku ada cari masalah dengan kau kah?" Tanya Maya agak kasar. Iman terlopong. Kenapa Maya kasar sangat?


   "Maya, ini kaukah? Maya yang aku kenal bukannya macam ni! Maya!" Ucap Iman agak sedih. Maya memeluk tubuhnya sambil menjelingkan matanya yang bewarna hijau itu. Memang menyakitkan hati betullah!

   Maya memeluk tubuhnya. "Sudahlah Iman! Aku nak pergi! Banyak kerja lagilah yang aku nak buat! Kau ni dah kenapa?" Tanya Maya garang. Iman tetap tabah dan ingin bercakap dengan rakan lamanya itu.

   "Kenapa kau perlu tanya yang Afrina dengan Fakrul tu ada hubungan? Mereka tak ada apa-apa pun! Just kawan! Just kawan! Kau tak faham-fahamkah!? So, kenapa kau perlu tanya soalan yang bodoh macam tu?" Ucap Iman. Maya sinis.

   "Hei, afasal kau marah sangat? Oh, kau ada hati dekat Fakrul ya! Hei, dahlah kulit macam orang Afrika! Tak sedar dirikah apa kau ni? Kau dengar sini baik-baik, ini hal aku dengan Afrina! Kau faham tak?!" Ucap Maya garang dan terus tinggalkan Iman. Bergenang air mata Iman lalu terus berlari meninggalkan tempat itu.

   Dia terus memasuki ke dalam kelas dan menekup mukanya. Afrina dan Laila agak terkejut lalu terus berlari menuju ke arah Iman yang kelihatan sedang menangis. Sebab apa ya?

   "Kau afasal ni Iman? Ada masalahkah? Siapa yang buat kau sampai menangis macam ni?" Tanya Afrina tanda memujuk. Memang prihatin sungguh. Iman menggeleng dan meneruskan esakannya. Laila sekadar mengurut belakang rakannya itu. Kenapa ni?

   "Ish, macam budak-budaklah menangis!" Ucap Zakaria, pelajar yang sangat nakal. Dia menyemburkan ketawanya beserta dengan dua orang lagi rakannya, Amir dan Helmi. Afrina membuat wajah bengis tidak puas hati dan menuju ke arah mereka bertiga.

   Dia bercekak pinggang. Memang memeritkan kerana mereka bertiga telah diduku sebanyak tiga kali seorang. Memang menyakitkan. Mereka mengurut kepala mereka sambil mengeluarkan setitis air mata. Sekarang ni siapa budak-budak?

   Afrina kembali menuju ke arah Iman dan memaut bahu rakannya itu. Smeakin deraslah esakkannya itu. "Sudahlah Iman! Kau ni kenapa menangis sampai macam ni? Siapa buat kau?" Tanya Laila pula. Iman tetap menggeleng. Mereka berdua tidak tahu mahu kata apa dan sekadar terdiam dan berada di sisinya.

   "Tak apalah, nanti kalau kau dah ok, kami datang semula! Kami akan tanya apa masalah kau. Maybe kau tak ada ruang untuk bicara for a while!" Ucap Afrina lalu terus mengajak Laila untuk pergi. Laila sekadar akur dan menuruti Afrina. Iman tidak berkata apa dan sekadar meneruskan tangisannya. Kadang-kala rasa kasihan juga dengan mereka berdua yang cuba untuk memujuknya.

                                                                                 ***

   "Betul! Aku nampak dengan mata aku sendiri. Siap bertepuk tampar lagi! Ish, memang menyakitkan hati betullah!" Ucap Sakinah sambil meneguk sebotol air mineral. Terasa haus tekak menyampaikan berita sensasi.

   Afrina, Laila dan Iman sekadar terdiam mendengar berita yang disampaikan oleh rakan mereka, Sakinah. Sakinah masih membulatkan kedua biji mata coklatnya tanda serius dan langsung tidak menipu. Memang betul! Bukannya fitnah!

   "Ish, tak mungkinlah! Janganlah nak tipu kitorang Sakinah!" Ucap Laila tanda seperti tidak percaya. Dia berkerut memandang Sakinah. Sakinah menggeleng.

   "Hei, betullah! Tak akanlah aku sanggup fitnah kawan baik kita sendiri! Tak ada maknanya pun! Percayalah aku! Aku tak pernah tipu korang semua kan selama ni!?" Ucap Sakinah mahu meyakinkan kawannya yang seorang itu. Laila akhirnya mengangguk. Boleh percaya. Sakinah tidak pernah menipu. Apa yang disampaikan memang betul.

   Afrina sekadar terdiam sambil mengusap lengan Iman. Iman masih sedih dan melayan perasaannya. Afrina tidak mahu ganggu dan membiarkan sahaja. Sehingga kini, Iman tidak mahu membongkarkan lagi mengapa dia menangis tadi di sekolah. Afrina tidak mahu mendesak. Nanti ada kelapangan, dia akan bertanya.

   "Betul korang semua nak tahu ceritanya macam mana?" Tanya Sakinah. Mereka bertiga sekadar terangguk. Sakinah tersenyum. Wah, kalau betul nak dengar baguslah! Alhamdulillah!

   "Ok, benda ni bermula masa aku nak pergi letak barang dalam lokal yang aku sewa dari pengetua sekolah kita!" Ucap Sakinah mahu memulakan cerita. Mereka bertiga mendengarnya dengan begitu tekun sekali.

Cerita Sakinah! {Penulisannya sama sahaja! Lebih kurang seperti flashback}

   Sakinah berjalan agak laju ingin menuju ke lokalnya. Tujuannya adalah untuk meletakkan bukunya di dalam lokal yang baru disewanya sebanyak RM 30 ringgit untuk sebulan. Sesampainya Sakinah di hadapan lokalnya, dia terus mengeluarkan gugusan kunci dari dalam koceknya. Dia membuka lokal itu dan menyimpan barangnya.

   Tiba-tiba Sakinah terdengar satu suara. Hmm, dengarnya macam suara Maya dan Zafrul. Sakinah mengecilkan matanya. Betullah, itu Zafrul dan Maya yang sedang berjalan beriringan sambil berbual. Tujuannya, Sakinah tidak tahu!

   Sakinah memerhatikan mereka. Dia berasa agak hairan. Kenapa mereka berdua semenjak-dua menjak ni begitu rapat?


 
   Sakinah terus mengunci lokalnya itu dan terus berlari menuju ke arah mereka berdua berjalan. Sakinah menyembunyikan sedikit kedudukannya agar tidak diperasan oleh mereka berdua yang kelihatan amat leka berbual. Sakinah mahu tahu apa yang dibualkan!

   "Err, kau tahu tak yang kita ni macam dah terlalu rapat! Kau tak takutkah kalau orang lain perasan?" Tanya Maya sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sangat malu dengan Zafrul. Zafrul menggelengkan kepalanya.

   "Rilekslah! Perkara kecil ja pun! Hei, kau dah tanya dia fasal tu?" Tanya Zafrul sambil tersenyum mahu tahu. Maya memandang Zafrul lalu membalas senyuman mahu tahu itu.

   "Err, boleh tak kalau kita sembang fasal ni dekat tempat lain ja? Dekat sini tak bolehlah! Ramai orang lalu lalang! Lagipun inikan private! Kita sembang dekat taman jalah!" Ucap Maya sambil menunjukkan senyuman comelnya.

   Zafrul terangguk. Betul juga. Ramai yang lalu-lalang dekat sini. Sakinah berkerut. Apalah yang private sangat tu? Sakinah menggeleng dan terus mendengar.

   "Err, sorry ya!" Ucap Maya agak sayu. Zafrul tersenyum dan menggeleng.

   "It's okay! Hei, petang ni jumpa dekat tempat biasa! Aku belanja kau okay!" Ucap Zafrul sambil merenung Maya. Maya tergamam lalu terus mengangguk. Oklah tu! Zafrul agak ralit. Maya menjadi segan.

   "Okay! Tempat biasa!" Ucap Maya. Zafrul tersedar lalu mengangguk. Mereka berdua tersenyum malu.

   Maya menepuk bahu Zafrul dengan lembut. Zafrul tersengih kerang. "Ok, jom pergi kantin! Aku belanja kau ya!" Ucap Zafrul. Maya mengangguk. Mereka berdua jalan beriringan mahu ke kantin. Sakinah menekup mulutnya. Oh, betulkah apa yang terjadi ni???
~

   Mereka bertiga terdiam. Sakinah turut terdiam setelah cerita ditamatkan. Iman berkrut. Laila tergamam. Afrina memejamkan matanya. Maya dengan Zafrul ni ada apa-apakah? Itulah perkara yang sedang berlegar-legar di fikiran Afrina.

   "So, sekarang apa yang kita nak buat?" Tanya Laila. Sakinah mengangkat bahunya dan memandang Afrina. Dia menantikan jawapan. Afrina terdiam. Dia menggelengkan kepalanya. Rasa cemburu tu macam ada sedikit pada diri! Tetapi dia tidak tahu mengapa!

   "Kita just tunggu dan tengok." Itu sahaja jawapan Afrina. Mereka bertiga memandang Afrina dan terangguk.

                                                                                   ***

    Maya dan Zafrul berjalan bersama di Pasar Mochi itu. Keadaan di pasar itu agak biasa dan tidak ramai orang. Biasalah, hari Isnin! Kebanyakkan orang pergi kerja. Mereka berdua berjalan bersama sambil berbual sedikit.

    "Err, kau dah lupa?" Tanya Zafrul. Maya berkerut. Apa yang dia dah lupa? Fasal apa? Apa kena dengan si Zafrul ni. Zafrul menyedari yang Maya memang betul-betul sudah terlupa. Dia tersenyum lucu.

   "Ish, tuakah apa? Fasal Afrina dengan Fakrul! Kau dah tanya kah belum?" Tanya Zafrul. Maya menepuk dahinya lalu tersengih. Alamak! Terlupalah!

   "Oh, sorry! Dah tanya. Dia cakap yang dia tak suka pun dekat Afrina! Just anggap macam kawan-kawan!" Ucap Maya sambil tersenyum. Zafrul terangguk lalu merengus tidak puas hati.

   "Habis, afasal tengok diorang tu macam rapat sangat? Kau dah tanya Afrina?" Tanya Zafrul. Maya menggeleng. Zafrul tertunduk.

   "Make sure kau tanya!" Ucap Zafrul. Maya mengangguk laju tanpa sebarang bantahan walaupun sedikit tidak puas hati. Tiba-tiba Afrina, Sakinah dengan Iman berjalan beriringan menuju ke arah mereka berdua. Wajah kelihatan agak marah dan tidak puas hati. Zafrul memerah. Maya tertunduk.

   Afrina memeluk tubuhnya betul-betul di hadapan mereka berdua. Iman tertunduk manakala Sakinah sekadar memandang mereka berdua atas bawah.

   "Amboi, bukan main rapat! Maya! Apa yang kau dah kata dekat Iman? Sedapnya mulut kau cakap! Kulit dia ni, Allah yang bagi! Apa hina sangatkah orang Afrika tu? Sudah, minta maaf and our problem settle!" Ucap Afrina lembut tetapi tegas. Maya terlopong.

   Zarul berkerut. "Hei, what's going on!? Maya, kau kata apa dekat Iman?" Tanya Zafrul pada Maya. Maya terdiam sambil mengetap bibirnya. Afrina menggeleng dengan sinis.

   "Tak payah nak speaking London! Maya, apologies!" Ucap Afrina semakin tegas. Maya tertunduk dan memandang Zafrul. Zafrul merenung Maya lalu memandang Afrina dengan dalam sekali.

   "Afrina! Ceritalah apa yang dah terjadi?" Tanya Zafrul dengan lembut sekali. Afrina terangguk lalu terus menceritakan bermula dari Iman mahu menegur Maya sehinggalah Iman menangis dan menekup wajahnya di dalam kelas.

   "So, Maya! Kau perlu minta maaf!" Ucap Afrina. Maya terdiam. Zafrul memandang Maya lalu tersenyum. Maya menjadi amat lega lalu terus mengukirkan senyuman. Dia memandang Iman.

   "Ok, aku minta maaf!" Ucap Maya lalu tertunduk. Afrina terdiam agak lama. Iman mengangguk kecil.

   "Aku harap nanti kau lebih beradab dan lebih ikhlas Maya!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan mereka berdua diikuti oleh Sakinah dan Iman. Maya agak segan dan tidak tahu mahu kata apa. Zafrul menjerit.

   "Yes! I will be make sure! Maya akan jadi ikhlas dan beradab! Like an angel!" Ucap Zafrul agak kuat. Maya sekadar terdiam.


   Selepas mereka bertiga lesap dari pandangan. Zafrul mengeluh. Maya terdiam dan agak takut. Zafrul tersenyum kembali ke arah Maya.

   "Forgot about just now! Jomlah aku belanja kau makan!" Ucap Zafrul lalu berjalan mahu ke sebuah restoran. Maya sekadar menuruti.

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!

 

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }