Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 16}
Sabtu, 2 Julai 2016 | 1:20 PG | 0 comments
   "So, sekarang kau nak cakap yang kau dengan Zaf tak ada apa-apa? Macam itukah Maya?" Tanya Afrina agak geram. Memang kesalahan Maya ni tak boleh dimaafkan. Maya terdiam lalu memejamkan matanya. Tak mampu bertentang mata dengan rakannya itu.

   "Maya, kalau kau ada apa-apa dengan dia pun, tak perlulah nak sisihkan kami! Kami kawan kau! Susah senang kita sama-samakan! Kau dah lupakah?" Tanya Afrina sekali lagi. Memang garang dan serius. Maya masih terdiam.

   Afrina merenung rakannya itu tajam. Menantikan jawapan.

   "Aku minta maaf!" Ucap Maya lirih. Afrina merenung rakannya itu lalu menggelengkan kepalanya. Memang tak termakan langsung dengan wajah Maya yang kasihan itu.

   "Sudahlah! Tak perlu nak minta maaf! Memang kau ni macam dah tak boleh dimaafkan! Sakitkan hati ja pandai!" Tiba-tiba Iman memotong. Memang dia langsung tidak berpuas hati dengan Maya yang pernah menghinanya.

   Maya masih terdiam lalu membuat wajah geram. Aku dah minta maaf, maafkan jalah!

   "Hei, korang semua ingat yang korang ni siapa? Aku ada haklah nak kawan dengan sesiapa ja! Apa korang peduli? Aku dah minta maaf. Really sorry! So, just forgive me! Susahkah?" Tanya Maya dengan geram sekali. Afrina bercekak pinggang.

   "Ok, kali ni aku maafkan kau! Termasuk Sakinah, Laila dan Iman! But, please, don't make like this anymore! We are your friends! We friends forever!" Ucap Afrina dan dia tersenyum sendiri. Wah, pandainya speaking London. Dah macam drama.

   Maya terdiam lalu terus berlalu meninggalkan mereka. Memang malas mahu melayan. Afrina sekadar memandang lalu mengeluh.

                                                                           ***

   Afrina berjalan bersama Fakrul di sebuah taman. Kelihatan mereka berdua sekadar terdiam. Jadi, apakah tujuan mereka bersiar-siar di taman itu sebenarnya? ><

   Fakrul melayan fikirannya. 'Apa aku nak cakap ni? kalau aku terus diam macam ni, sure Afrina nak balik. Aku nak berbual dengan dia! Aku nak tahu fasal masalah dia!' Desis hati Fakrul lalu memandang Afrina yang kelihatan sedang menikmati sebungkus kacang.

   "Err, Afrina." Tegur Fakrul. Afrina memandang Fakrul sambil berkerut. Kenapa ni?

   "Ya. Ada apa?" Tanya Afrina tanpa banyak songeh. Fakrul tertunduk sambil berdehem perlahan. Dia memperbetulkan lengan bajunya.

   "Kau tak pergi mana-mana lepas ni?" Tanya Fakrul. Afrina terdiam sekejap. Soalan jenis apa yang Fakrul ni tanya? Perlukah dia nak ambil tahu?

   "Huh, kalau tak ada topik perbualan pun, tak perlulah nak tanya soalan macam tu!" Ucap Afrina biasa sahaja. Fakrul sedikit terkejut sambil merengus geram. Afrina ni tak macam orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia sahaja.

   Afrina memandang Fakrul lalu terus menyambung menikmati kacangnya. Makan lagi senang. "Sudahlah Fakrul. Aku nak balik. Kalau ajak aku keluar macam ni semata-mata nak jalan-jalan pusing gelongsor ni, baik aku balik. Bye!" Ucap Afrina lalu terus pergi.

   Fakrul menarik lengan baju Afrina. Afrina melepaskannya. "Apa? Ada masalah?" Tanya Afrina. Fakrul menggelengkan kepalanya.

   "Err, aku memang tak ada topik nak sembang. Maybe kau ada!" Ucap Fakrul. Afrina menggelengkan kepalanya. "Aku pun tak ada topik nak sembang! Dahlah Fakrul. Kau ni ada-ada ja! Bye!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan Fakrul. Fakrul terdiam dan tertunduk. Susahlah kalau macam ni!  

                                                                                  ***

    "Sudahlah Amisyah! Aku dah tak ada apa-apa sekarang ni dengan kau! It's over! Please, leave me!" Ucap Zafrul lalu terus memutuskan panggilan. Ish, memang Amisyah ni tak pernah nak faham. Asyik nak ganggu ja!

   Zafrul melemparkan telefonnya di atas sofa begitu sahaja lalu terus membaringkan dirinya yang kelihatan amat lesu dan tidak berdaya. Baru balik dari latihan bola sepak. Semestinya letih dan penat.

   Dia terbayangkan wajah Maya. Sanggup lagikah dia nak mempergunakan gadis itu untuk kepentingannya sendiri? Masih boleh lagikah? Adakah Maya akan tetap setia membantunya atau terus pergi meninggalkan dia sendiri menyelesaikan masalah itu? Fikiran Zafrul memang kusut.

   "Ah, Maya tu ok ja! Dia tak akan pernah pergi tinggalkan aku sendiri settlekan masalah ni! Dia tu baik! Dia kawan aku! Tapi, apa pula anggapan dia dekat aku? Janganlah anggap yang bukan-bukan!" Ucap Zafrul sambil menggeleng tidak rela.

   Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Zafrul menarik nafasnya dalam-dalam lalu terus membuka pintu biliknya. Kelihatan kakanya, Zafina sedang berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang. Zafrul tertunduk lalu terus berjalan dengan longlai duduk semula di atas sofa. Zafina memasuki ke dalam bilik Zafrul dan memandang adiknya itu.

   "Kenapa ni Zaf? Akak tengok, semenjak dua menjak ni, Zaf macam ada problem! Macam ada masalah! Kalau Zaf memang betul-betul ada problem, akak tak kisah kalau Zaf nak kongsi dengan akak! Maybe akak boleh tolong!" Ucap Zafina sambil mengenggam tangan adiknya yang seorang itu.

   Zafrul menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apalah akak. Kan exam dah nak dekat, so Zaf tensionlah! Asyik-asyik fikir fasal pelajaran! Banyak homework, nak study lagi! Macam akak nak ambil SPM dululah! Tapi Zaf nak ambil UPSR!" Ucap Zafrul sambil menenyeh biji matanya. Zafina menggeleng.

   "Kalau macam tu senang ja, Zaf kenalah luangkan masa untuknya. Janganlah sampai tak peduli langsung! Kalau belajar macam orang gila pun tak boleh juga! Zaf kena sama ratakan dengan masa Zaf berlatih main bola, jumpa kawan-kawan dan berehat. Kalau Zaf pandai luangkan masa, insya-Allah, sureZaf tak akan tension macam sekarang ni!" Ucap Zafina cuba memberikan semangat pada adiknya.

   Zafrul mengangguk lemah. Mengantuklah pula.

   "Oklah, akak keluar dulu. Kalau ada problem, datang jumpa akak! Assalamualaikum!" Ucap Zafina lalu terus pergi meninggalkan adiknya melayan fikiran sendiri. Zarul menjawab salam itu dengan lambat lalu terus melelapkan diri yang keletihan.

                                                                                             ***

   Fakrul melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aduh, apa yang dia nak buat ni? Memang bosan yang teramat sangat. Nak jumpa dengan Afrina tetapi dia pula yang enggan. Fakrul pun dah pening nak melayan.

   "Nampak macam gelisah sahaja." Tiba-tiba satu suara yang lembut menyapa. Fakrul menoleh dan kelihatan seorang gadis yang bermata coklat sedang tersenyum ke arahnya. Sakinah rupanya.

   "Oh, Sakinah! Ada apa ni?" Tanya Fakrul. Sakinah agak malu-malu. Pipinya memerah. Aduh, afasallah aku pergi tegur, tengok! Kan dah malu!

   "Err, tak! Sebenarnya, aku nak tanya satu soalan!" Ucap Sakinah agak malu. Gugupnya muncul tanpa diundang.

   "Soalan? Apa dia soalannya?" Tanya Fakrul.

                                                                               ***

   "Tulah, aku pun dah tak faham dengan si Maya tu! Soalan yang entah apa-apalah dia tanya. Macam tak mature. Asal nampak ja aku rapat dengan Afrina, dah mulalah anggap yang bukan-bukan!" Ucap Fakrul. Sakinah terangguk.

   "So, apa yang kau nak buat?" Tanya Sakinah. Fakrul terdiam. Dia menggelengkan kepalanya.

   "Entahlah Sakinah. Biarkan jalah. Perkara ni dah habis! Dah tak ada apa-apa dah." Ucap Fakrul. Sakinah menganggukkan kepalanya tanda faham. Fakrul ni boleh berfikir dengan cara yang matang. Tiba-tiba hati Sakinah berdebar-debar. Dia semakin malu.

   "Err, oklah! Assalamualaikum. Bye!" Ucap Sakinah lalu terus pergi. Fakrul menjawab salam itu lambat. Dia memandang Sakinah pergi. Dia tertunduk.

                                                                                  ***

   Afrina berjalan sambil membawa Yera. Tujuannya hanya satu mahu menuju ke sebuah kedai buku. Yalah, dia nak beli novel baru. Novelnya yang baru dibeli oleh Encik Airil dua hari lepas telah habis dibaca. Kini dia nak beli yang baru pula.

   Semasa dalam perjalanan ingin ke kedai buku itu, Afrina ternampak Cik Marie sedang duduk di luar halaman kedainya sambil memegang sejambak bunga. Afrina tersenyum dan ingin menyapa.

   "Hai mak cik! Kenapa duduk terpacak dekat depan kedai ni?" Tanya Afrina. Cik Marie menggeleng agak geram.

   "Ehem, bukan mak cik! Tetapi akak! Akak masih belum berkahwin dan baru 22 tahun. Hah, Afrina nak pergi mana ni? Eh, Yera pun ada! Semakin bulat ya!" Ucap Cik Marie sambil tersenyum. Afrina membalas senyuman itu.


   "Cantik bunga! Nak buat apa?" Tanya Afrina. Cik Marie tersipu. Tiba-tiba dia berkerut. Afrina ni lurus sangatlah. Boleh lagi tanya beli bungan nak buat apa, surelah untuk hiasan. Untuk apa lagi?

   "Nak pergi mana ni Afrina?" Tanya Cik Marie sambil meninggalkan soalan yang entah apa-apa itu. Afrina tertunduk lalu tersenyum.

   "Nak pergi beli buku. Dekat kedai akak Yuri! Buku yang abah beli dua hari lepas dah habis! Bosanlah tak ada kerja nak buat dekat rumah." Ucap Afrina. Cik Marie terangguk.

   "Kat sekolah tadi ada aktiviti apa?" Tanya Cik Marie. Afrina mencebikkan bibirnya. "Tak ada apa-apa pun. Macam biasalah, belajar! Kan UPSR dah nak dekat." Ucap Afrina. Cik Marie mengangguk.

   "Baguslah tu, belajar rajin-rajin! Banggakan nama keluarga." Ucap Cik Marie. Afrina mengangguk faham.

   "Oklah akak. Saya pergi dulu ya! Bye!" Ucap Afrina lalu terus pergi meninggalkan Cik Marie. Cik Marie tersenyum. Hmm, baguslah Afrina ni.

   Detik 20 minit, akhirnya Afrina tiba di hadapankedai buku yang ingin dituju. Afrina memasuki ke dalam kedai buku itu. Kelihatan seorang gadis remaja baru sahaja keluar dari kedai buku itu. Afrina tersenyum memandang serang gadis yang beperwatakkan seperti lelaki itu sedang duduk di di kaunter. Dia mengangkat sebelah keningnya.

   "Ya, Afrina! Nak beli buku apa?" Tanya Yuri sambil memeluk tubuhnya. Afrina terlopong. Sudah lama tidak datang sini, kelihatan buku di kedai itu semakin banyak. Afrina menejrit begitu teruja.

   "Wow! Banyaknya buku!" Ucap Afrina. Yera sekadar berkerut. Menyampah betullah dengan karenah tuannya yang seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.


   "Afrina, kau baru balik dari sekolahkah?" Tanya Yuri tanpa mempedulikan keterujaan Afrina itu. Afrina memandang Yuri lalu terus menganggukkan kepalanya. Sudah tentulah! Tengoklah, pakai baju sekolahkan?

   "Bolehkah bawa burung pergi sekolah?" Tanya Yuri. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Yalah, baru balik dari sekolah, lepas tu datang sini bawa seekor burung. Pasti Afrina bawa burung pergi sekolah.

   Afrina memandang Yera yang sedang mengelamun jauh di atas lantai. Dia mengalihkan pandangannya pada Yuri semula.

   "Eh, taklah! Saya tak bawa burung pergi sekolah! Masa saya nak balik sekolah tu, saya nampak Yera sedang terbang dekat taman. Saya panggilah dia. Dia pun datang dan ikut saya sekali datang sini. Maklumlah, Yera ni kalau lepas dia, dia akan kembali semula pada tuannya, so tak perlu nak risau sangat!" Ucap Afrina. Yuri mengangguk.

   "Hah pilihlah, tapi please jangan tanya banyak soalan tentang kisah novel tu! Kau balik, baca sendiri! Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan?" Ucap Yuri lalu terus bermain dengan telefonnya. Afrina tersenyum lucu. Macam tahu-tahu sahaja.
     
                                                                              ***

   Afrina tersenyum sendirian sambil sibuk membaca novel barunya yang berjudul 'Jutawan gedik' hasil penulisan penulis remaja popular, Ain Maisarah. Dia ketawa sedikit. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Haahlah, mamanya Puan Hamidah menyuruhnya dan adiknya Afrisyah ke kedai runcit berdekatan untuk membeli perkakas masak gulai ayam. Buat hidangan makan malam.

   Dia bergegas turun dari katilnya sambil menuju ke laci meja. Tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup bunyi suara seseorang memanggilnya dari arah tingkap. Siapa agaknya ya? Kelihatan jiran depan rumahnya Zafrul sedang melambaikan tangannya.

   Afrina memeluk tubuhnya. Aduh! Apalah yang dia nak sekarang ni? Zafrul menunjukkan cawan plastik yang menjadi tempat untuk berbual. Seperti telefon cawan orang lama guna. Afrina mengangguk. Tapi tidak faham. Zafrul melemparkan cawan plastik itu. Talinya terjuntai. Afrina dapat menangkapnya.

   Afrina meletakkan cawan plastik itu pada telinganya.

   "Kau sedang buat apa?" Tanya Zafrul. Afrina tersenyum sendiri.

   Dia meletakkan cawan itu pada mulutnya untuk menjawab soalan itu. "Apa kau peduli? Suka hati akulah nak buat apa pun!" Ucap Afrina. Zafrul terangguk.


    "Tapi..." Belum sempat Zafrul mahu menamatkan ayatnya, Afrina membaling cawan itu kepada Zafrul semula. Zafrul dapat menangkapnya lalu terus memandang Afrina dengan sayu. Afrina menutup tingkap itu. Malas mahu melayan.

   Zafrul mengleuh sendiri. Afrina ni langsung tak pernah nak berbaik dengannya! Apalah yang dapat menggembirakan hatinya? Zafrul langsung tidak tahu. Afrina terdiam. Dia melayan fikirannya. Kadang-kala rasa bersalah pula.

   "Ish, buat apa aku nak cemburu! Bukannya aku suka dia pun!" Ucap Afrina. Tidak tersedar air dari matanya itu telah jatuh berlinangan.

                                                                         ***

   Afrina berjalan bersama adiknya Afrisyah pulang dari sebuah kedai runcit berdekatan. Ya, ini kerana mamanya Puan Hamidah mahu menghidangkan makan malam, gulai ayam dengan telur dadar. Afrina kelihatan agak sedih sedikit. Sememangnya rasa bersalahnya tadi masih berbaki.

   Afrisyah, adiknya menyedari kesedihan kakaknya itu. Afrisyah seperti mahu menegur tetapi takut dimarahi. Kalau tak tegur, takut nanti dianggap tidak mahu ambil peduli. Afrisyah pun tidak tahu apa yang patut dibuat untuk menyenangkan hati akaknya sendiri!

   "Kenapa Afrisyah tengok akak macam sedih ja? Kenapa? Akak sakit?" Tanya Afrisyah. Dia perlu bertanya. Biarlah nak dimarahi pun. Dia sayang akan kakaknya itu.

   Afrina memandang adiknya. "Afrisyah, apa yang akan Afrisyah buat jika Afrisyah pernah kecilkan hati seseorang?" Tanya Afrina tiba-tiba. Afrisyah memandang kakaknya itu sambil berkerut.

   "Apa soalan ni akak? Oklah, kalau Afrisyah pernah kecilkan hati seseorang dan rasa bersalah, Afrisyah akan buat sesuatu untuk happykan dia semula!" Ucap Afrisyah. Afrina memandang adiknya itu.

   "Contoh?" Tanya Afrina mahukan kepastian maksud yang tersirat di sebalik ayat adiknya itu.

   "Beri dia hadiahkah, hargai diakah, sambut birthday dia, macam-macamlah kita boleh buat untuk happykan seseorang akak! Akak pun pernah cakapkan!" Ucap Afrisyah. Afrina tertunduk sedih.

   "Macam susah!" Ucap Afrina. Afrisyah berkerut.

   "Akak pernah kecilkan hati siapa?" Tanya Afrisyah. Afrina tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tiba-tiba dia memandang adiknya yang seorang itu.

   "Err, tak ada apa-apalah! Jomlah Afrisyah balik cepat, dah lewat ni, nanti mama marah pula!" Ucap Afrina. Afrisyah mengangguk lalu terus berjalan bersama dengan kakaknya itu pulang ke rumah.


   Apalah yang akan dilakukan Afrina? Nantikanlah!

Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!      

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard