Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 17}
Selasa, 9 Ogos 2016 | 6:48 PG | 0 comments
   Afrina duduk termenung di dalam biliknya. Aduh! Memang rasa bersalah sangat-sangat! Dia memandang jam di dinding! Sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Hari ni tarikhnya 12 Mei! Hari apa ya? Oh, hari ni hari lahir Zafrul!

   Afrina bergegas menuju ke laci mejanya. Dia membuka buku hari lahir rakan-rakan dan keluarga. Tercatat nama Zafrul dengan tarikh lahirnya 10 Mei! Alamak, macam mana boleh terlupa ni?

   'Akak boleh happykan dia dengan beli dia hadiah, sambut birthday dia, macam-macam lagi!' Kata-kata adiknya itu masih terngiang-ngiang di telinga. Sambut birthday dia! Hah, Afrina dah ada rancangan.

   Afrina berlari menuju keluar dari bilik itu. Rasa gembira sangat kerana dah tahu apa yang bakal dibuat olehnya.

                                                                                  ***

   "Apa akak nak buat ni? Kek perisa apa yang akak nak buat?" Tanya Afrisyah sambil melihat kakaknya itu sedang mengacau adunan kek yang bakal disiapkan.

   "Ini bukannya untuk kita. Akak nak berikan kepada kawan akak! Ah, Afrisyah janganlah risau!" Ucap Afrina sambil meletakkan adunan itu ke dalam satu bekas berbentuk bulat. Dia membuka microwave oven yang tersedia dan meletakkan bekas itu ke dalamnya. Siap dibalutkan lagi dengan kertas timah.

   Afrina setkan suhu masak kek itu. Afrisyah masih lagi buntu. Hmm, dekat kawan rupanya. Bukannya untuk santapan mereka.

   Masa pembakaran kek itu telah tamat. Afrina memakai sarung tangan khas bagi mengeluarkan kek itu dari ketuhar mikro itu. Hmm, memang bau aroma kek itu menusuk ke dalam hidung mancung milik mereka dua beradik. Memang baunya lazat tidak terhingga.

   Afrisyah ingin mengambil sedikit kek itu. Tetapi belum sempat mahu mencapai, Afrina telah mengetuk tangannya menggunakan sudu. Afrisyah mengurut tangannya yang kesakitan itu.

   "Aduh, sakitlah akak!" Ucap Afrisyah. Afrina memeluk tubuhnya.

   "Jangan kacau!" Ucap Afrina. Dia melihat jam di dinding, pukul 8.00 malam. Afrina tersenyum. Dia mengeluarkan barang-barang menghias kek itu lalu terus menghias kek itu mengikut cita rasanya sendiri. Bukan cita rasa yang bakal menerima kek itu.

   Afrisyah meluat lalu terus berlalu keluar dari dapur itu. Tak boleh kacau 'boss' buat kerja.

                                                                             ***

   Afrina sedang duduk di hadapan halam rumah sambil menanti seseorang. Pada masa inilah dia akan pulang dari kelas tambahan dan pasti akan melalui jalan ini. Afrisyah di belakang sekadar berkerut. Apahallah dengan kakaknya ini?

   Tiba-tiba Zafrul berjalan sambil menyeluk kedua belah tangannya itu ke dalam kocek seluarnya. Afrina tersenyum. Zafrul ternampak Afrina dan ingin mempercepatkan langkahnya. Afrina menahan.

   "Tunggu!" Ucap Afrina. Zafrul mengetap bibirnya. Ish, apa yang dia nak?

   "Apa?" Tanya Zafrul tidak puas hati. Afrina agak malu. Dia mencapai kek itu lalu menghulurkan pada Zafrul.

   "Happy birthday!" Ucap Afrina. Afrisyah yang di belakang sekadar memerhati. Nak bagi dekat 'boyfriend' rupanya.


    Zafrul agak terkejut. Dia memandang kek yang berada di depannya itu. Dia begitu terharu.

   "Err, aku nak minta maaf! Kan kelmarin aku ada buat salah dekat kau! Yalah! Aku senang-senang ja baling cawan plastik tu tanpa tunggu apa yang kau nak cakap!" Ucap Afrina sambil tersipu malu. Zafrul tersenyum.

   "Sebenarnya, aku cintakan kau!" Ucap Afrina. Zafrul begitu terkejut. Betulkah apa yang dia dengar ni!?

   "Zafrul. Zafrul! Zafrul!" Panggil Afrina. Tiba-tiba wajah Zafrul basah dengan dilimpahi air sejuk. Zafrul terus terjaga. Mimpi rupanya. Kelihatan kakaknya sedang memandang ke arahnya sambil memegang sebuah baldi yang telah disimbah air pada wajah tampan milik adiknya.

   "Zaf, kau ni dah kenapa! Bangun cepat! Tak elok tidur waktu maghrib ni!" Ucap Zafina lalu terus tinggalkan adiknya itu. Zafrul mengangguk. Mimpikah? Kan bagus kalau betul. Dia mengusap kelopak matanya lalu terus beredar ke bilik air untuk mengambil wuduk.

                                                                                      ***

   "Afrina, boleh tak kalau kau tolong dengar sikit cakap aku ni! Tolong, aku nak luangkan masa dengan kau! Tapi bukannya dengan benda mengarut, ada hal penting yang aku nak cakap." Ucap Fakrul sambil menghalang jalan Afrina. Afrina merenung Fakrul dengan tajam sekali.

   Dia memeluk tubuhnya. "Ok, apa yang kau nak cakap?" Ucap Afrina. Fakrul tergeleng.

   "Kau tahu tak, Maya tu? Dia sekarang ni sedang syak yang kau dan aku bercinta! Aku pun tak tahu macam mana dia boleh syak macam tu." Ucap fakrul. Afrina memandang Fakrul tanpa secalit senyuman di bibirnya.

   "Kau dah cakap hari tu! Lupakah?" Ucap Afrina spontan. Fakrul ni saja kah apa? Maybe dia sedang tension.

   "Tak, tapi dia masih tak serik!" Ucap Fakrul. Afrina menggelengkan kepalanya.

   "Sudah Fakrul! Stop! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi! Cukup! Aku tak kisahlah apa yang dia nak cakap! Boleh tak kalau kau tolong jangan nak masuk campur hal aku dengan dia? Perkara ni langsung tak ada kena-mengena dengan kau! Faham?" Ucap Afrina dengan garang.

   "Afrina, perkara ni memang betul-betul ada kena mengena dengan aku! Sebab dia syak kau dan aku! Kau dan aku bercinta! So, aku tak sukalah kalau dia fikir yang bukan-bukan! Ini kerana aku tak pernah sukakan kau! Aku tak pernah terhegeh-hegehkan kau! So, tak payah nak tunjuk ego sangatlah Afrina!" Ucap Fakrul lalu terus pergi meninggalkannya. Afrina memandang Fakrul pergi lalu terus tertunduk lirih.

   'Tak guna!' Desis hati kecil Afrina.

                                                                              ***

   Afrina memasuki ke dalam biliknya. Dia duduk di birai katil sambil tertunduk lesu. Dia mengusap air matanya yang mengalir sedikit. Tak pernah akan ada sesiapa pun yang akan memahaminya. Memang tak akan ada walau seorang pun!

   "Fakrul tu memang tak guna! Kurang ajar! Siap kau kalau aku jumpa kau sekali lagi! Memang kau kena tak guna!" Ucap Afrina perlahan tetapi memang penuh dendam. Geram sungguh diperkatan berego. Bila masa dia ego dengan Fakrul? Dia cuma mahu menunjukkan sifat seorang wanita yang bermaruah dan tidak terkekek-kekek seperti wanita lain. Tak tau pun begini jadinya.

   Afrina terpandang pada arah tingkap. Kelihatan Zafrul sedang tekun mengulang kaji pelajarannya di bilik. Afrina menjadi terkejut. Alamak! Kalau dia nampak aku sedang duduk termenung macam ni? Memang tak taulah! Dia segan! Yalah, perempuan mestilah kena ada maruah diri.

   Afrina berlari turun dari katil lalu terus menutup langsir tingkapnya. Tidak mahuZafrul kesan yang dia sedang bersedih. Nanti perasan pula kerana dia ingat yang Afrina sedih kerana rasa bersalah dengan Zafrul tempoh hari. Tapi memang adalah sedikit.


   "Huh, lega sikit tak perlu hadap muka Zaf tu! Buat malu ja!" Ucap Afrina sambil duduk membaringkan dirinya di atas katil. Dia begitu letih menghdapi hari ini.

   Afrina melayan fikirannya sendiri hingga tertidur. Kini dia hanya mahu melayan mimpinya sahaja. Haraplah yang indah.

                                                                                        ***

   Fakrul berjalan mundar- mandir di dalam biliknya sendiri. Fikirannya amat kusut. Apa yang nak dibuat ni? Adakah dia telah menggores hati milik Afrina. Dia kata yang dia tidak pernah terhegeh-hegehkan Afrina? Sebenarnya, dia sudah mula suka dengan gadis yang serba kekurangan itu.

   "Alamak! Fakrul, apa yang kau dah buat ni?" Tanya Fakrul sendirian di dalam biliknya. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul 10.00 malam. Tetapi jika kerana suka, dia sanggup pergi ke rumah Afrina malam-malam begini demi untuk memohon maaf dan membuatkan gadis itu tersenyum semula. Ya, itu azamnya.!

   Fakrul mencapai jaketnya lalu terus keluar dari biliknya. Kelihatan rumah itu sunyi-sepi kerana penghuinya kesemua telah melelapkan diri. Yes, ini peluang baik! Terima kasih Ya Allah!

   Dia membuka pintu rumahnya itu dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Yes, dah berjaya keluar. Kini dia telah berada di hadapan pintu pagar. Dia terus berlari pantas mahu ke rumah Afrina. Tujuannya hanya satu! Mahu memohon maaf.

   Sesampainya di hadapan rumah itu, kelihatan sangat sunyi. Apa yang dia nak buat sekarang ni? Macam mana dia nak panggil Afrina? Kalau ketuk pintu nanti kena kata prihatin kepada 'crush' pula sampai sanggup datang sini. Tetapi tak salah juga kalau jawapannya ya!

   Tiba-tiba dia mengukirkan senyumannya yang manis tidak bergula. Alhamdulillah! Mungkin Allah nak tolong! Yera sedang terbang di situ dan menuju ke arah Fakrul yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar.

   "What?" Tanya Yera! Wah, speaking Londonlah pula burung seekor ni! Tetapi suaranya memang comel tidak terhingga.

   "Err, boleh tak kalau Yera tolong panggilkan Afrina? Ada hallah!" Ucap Fakrul sambil tersenyum pahit. Yera terus terbang memasuki ke dalam rumah. Harap-harap dia sedang panggil Afrina. Afrina kelihatan sedang lena tidur dibuai oleh mimpi indah. Yera duduk di atas wajahnya.

   "Ish, burung dengki! Pergi sanalah! Aku nak tidur!" Ucap Afrina sambil menepis Yera. Yera masih memijak wajah tuannya itu. Afrina terus terjaga dan menenyeh kedua biji matanya yang bewarna biru itu. Dia sangat geram dengan Yera yang sedang menganggunya tidur itu.

   "Kenapa dengan kau Yera? Lapar? Kalau lapar sekalipun panggilah elok-elok. Jom, makan!" Ucap Afrina lalu terus berjalan mahu menuju ke dapur. Yera terbang mengekorinya.

   "Tak bolehkah kau diet Yera?" Tanya Afrina yang sedang mencuci wajahnya di sinki. Dia mengelap wajahnya yang basah itu menggunakan tisu. Dia mahu membuka almari mencapai sekotak choco crunch tetapi Yera menghalang dan menggeleng.

   "Outside!" Ucap Yera. Afrina terlopong. Luar rumah? Buat apa? Tetapi pada masa yang sama dia
begitu bangga kerana bahasa inggeris yang diajarnya dapat diguna pakai oleh burungya itu. Good bird!

   Afrina terus menuju ke luar rumah. Alangkah terkejutnya dia melihat Fakrul sedang tersenyum prihatin ke arahnya. Afrina terus berlari masuk ke dalam biliknya. Fakrul tanpa tidak dapat mengawal diri terus berlari sama mengekori Afrina masuk ke dalam rumah. Yera sekadar memerhati.

   Yera mengekori langkah Fakrul. Dia mahu memastikan semuanya ada dalam keadaan yang baik sahaja. Tak mahu berlakunya pertumpahan darah dengan pisau di sana-sini. Dia tahu yang tuannya itu tidak dapat mengawal perasaan marahnya jika kemarahan itu telah sampai ke tahap MEGA MAXIMUM! .

   Afrina menutup pintu biliknya lalu terus duduk di tepi katil. Dia begitu marah dan malu. Kenapalah Fakrul sanggup datang sini pada lewat malam begini? Sudah gilakah apa?

   Fakrul dari luar pintu bilik Afrina, mengetuk pintu bilik itu. "Afrina tolong buka pintu ni! Aku nak minta maaf fasal petang tadi! Maafkanlah aku!" Ucap Fakrul.

   "Shhhh!"Yera menyuruh Fakrul diam kerana Afrisyah dan mamanya, Puan Hamidah sedang tidur. Abahnya Encik Airil outstation di Sarawak. Minggu depan baru pulang.

   Fakrul mengangguk. "Tolonglah Afrina!" Ucap Fakrul sambil sedikit mengawal kekuatan suaranya. Yera tersenyum lega. Afrina masih malu mahu keluar! Minta maaf? Nak maafkan tapi malu nak keluar hadap muka Fakrul..

   'Malunya!' Desis hati kecil Afrina. Dia meletakkan kain tuala yang baru dilap peluhnya tadi di atas kepalanya. Dia menekup mulutnya tanda tidak percaya. Memang malu! Marah lagilah!



   Yera memandang Fakrul. Fakrul tertunduk. "Ok, Afrina! Aku berikan kau masa! Aku harap sangat kau maafkan aku! Kau ada maruah! Kau bukan macam perempuan lain yang gedik ja lebih! Kau tu unik! Memang betul! Aku tak tipu! Maaflah kalau kau rasa aku ni gila sikit! Sebab aku betul-betul rasa bersalah!" Ucap Fakrul lalu terus pergi meninggalkan bilik itu. Dia berjalan dengan lemah menuju ke muka pintu.

   Yera menjadi pengiring untuk Fakrul beredar keluar. "She's okay!" Ucap Yera lagi. Fakrul tersenyum lalu terus mengusap kepala Yera. Yera memejamkan matanya sambil tersenyum manja. Wah, memang Fakrul ni boleh jadi doktor haiwan.

   "Terima kasih Yera! Jumpa lagi nanti!" Ucap Fakrul lalu terus beredar pergi. Yera mengangguk. Dia terbang memasuki ke dalam rumah lalu terus mengunci pintu itu. Dia memasuki ke dalam bilik Afrina melalui tingkap di pintu belakang.

   Afrina memandang Yera. "Yera, dia dah pergi?" Tanya Afrina. Yera terdiam lalu terus menganggukkan kepalanya. Afrina masih takut dan seperti tidak percaya.

   "Betulkah ni? Sure?" Tanya Afrina mahukan kepastian. Yera mengeluh sedikit lalu terus memulas tombol pintu. Kelihatan Fakrul memang betul-betul telah pergi. Afrina menjenguk sedikit. Takut-takut kalau Fakrul menyorok.

   "Fuh, lega! Yera! Lain kali jagan tegur dia! Lantak dialah!" Ucap Afrina garang dan tegas. Yera menjeling menyampah.

   "What eva!" Ucap Yera. Afrina mengeluh keras lalu terus melelapkan diri bersama Yera. Prihatin dan baik sebenarnya orangnya. Baguslah tu, fikir Afrina.

Bersambung...


 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the comments! Thanks! Assalamualaikum!

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard