Ahad, 14 Ogos 2016

Cinta yang entah apa-apa! {Bahagian 18}

    Zafrul berlari pantas ala-ala pelari olimpik. Dia memasuki ke dalam rumahnya. Dia menarik nafasnya dalam--dalam dan terus membaringkan dirinya yang sedang keletihan. Kenapalah penat sangat? Tiada sesiapa pun yang tahu kecuali dirinya sendiri.

   "Huh! Penatnya kena kejar dengan anjing tadi! Punyalah ganas anjing tu!" Ucap Zafrul melepaskan geramnya yang masih terbuku. Lalu depan anjing tu pun sudah dikejar. Memang gila sungguh anjing hitam yang kelihatan ganas itu.

   Pintu biliknya diketuk. Zafrul sangat letih. Siapalah yang kacau dia pada masa dia yang sedang keletihan begini? Memang menyibuk dan langsung tidak mahu beri peluang kepada dia untuk berehat.

   Zafrul buat tidak endah sahaja. Lantaklah nak ketuk sampai reban pun. Pintu masih diketuk. Aduh, sakitlah pula telinga dengar pintu itu diketuk dengan ganas.

   "Zaf! Hei, bukalah pintu ni! Kau sedang buat apa dalam bilik tu?" Ibunya kelihatan amat marah. Zafrul terkejut lalu terus membuka pintu bilik itu. Ibunya membuat wajah bengis. Zafrul membuat wajah suci tidak berdosa.

   "Nak jadi anak derhaka ya? Ibu panggil tak buka pun pintu tu!" Ucap ibunya sambil bercekak pinggang memandang anak lelakinya itu. Zafrul mengeluh. Tu pun nak marah.

   "Maaflah ibu. Zaf penatlah!" Ucap Zafrul sambil membaringkan dirinya di atas katil. Ibunya menggeleng.

   "Kau buat apa?" Tanya ibunya. Zafrul menggelengkan kepalanya.

   "Tak ada apa-apalah! Ibu nak apa?" Tanya Zafrul selamba sahaja. Ibunya menggeleng. Zafrul ni memang bersahaja. Macam tak bersungguh sahaja soalannya itu tadi.

   "Tolong ibu beli bawang. Ibu nak buat nasi goreng." Ucap ibunya. Zafrul terbeliak. Sudahlah baru dikejar anjing, disuruh pula beli bawang. Memang takdir!

                                                                                        ***

   "Berapa kali aku nak ulang hah? Aku dah tak nak cakap dengan kau lagi! Sudah sekarang kau boleh berambus! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Tapi apa yang kau cakap dekat aku hari tu, aku maafkan! Sudahlah cukuplah! Aku dah tak tahan!" Ucap Afrina sambil berjalan tanpa mempedulikan Fakrul yang sedang memohon untuk dimaafkan. Yera yang sekadar terbang hanya memerhati.

   "Tapi Afrina! Aku akan rasa bersalah kalau kau buat macam ni! Tolonglah Afrina! Janganlah buat macam ni dekat aku! Kesiankanlah aku!" Ucap Fakrul masih tidak tahu malu. Afrina memeluk tubuhnya. Di menjegilkan kedua biji matanya yang sedia bulat.

   "Hei, kau ni tak ada maruahkah apa? Sudahlah, pergi baliklah! Tak tau malu! Malas aku nak layan lelaki yang perasan bagus macam kau ni! Hei, aku sedarlah diri aku ni! Mungkin kau yang masih tak sedar diri! Oh, selama ni kau ingat aku syok dekat kau ya? Hei, jangan haraplah! Muka macam kau ni, aku langsung tak ingin!" Ucap Afrina lagi. Oh, memang kata-katanya ini amat berbisa.

   Fakrul amat terasa dengan kata-kata Afrina. Rasa macam diri ni sudah tak ada maruah. Afrina langsung tidak kasihankan dia. Nak marahkah tak nak?

   "Kau pekakkah apa? Pergi balik! Kalau tak nak balik pun, jangan kacau aku!" Ucap Afrina lagi sambil berjalan mahu menjauhi Fakrul yang sekarang ini sedang dibenci. Fakrul masih tidak tahu malu mahu mendekati gadis itu.

   "Afrina! Janganlah macam ni! Aku merayu sangat-sangat!" Ucap Fakrul. Afrina menghentikan langkahnya.

   "Apa yang kau merayu? Apa? Aku dah maafkan kau! So, tak ada apa-apa lagi yang kau nak rayukan dari aku! Aku maafkan kau! I forgive you! Titik!" Ucap Afrina dengan geram sekali. Fakrul menggeleng.

   "Kau macam tak ikhlas ja! Kalau kau maafkan aku, kenapa kau tak nak cakap dengan aku pula! Kenapa?" Tanya Fakrul. Afrina terdiam. Tidak mahu menjawab soalan itu.

   "Tolonglah jangan berkeras kepala. Janganlah degil. Aku malaslah nak pujuk macam ni!" Ucap Fakrul. Oh, Fakrul memang cari nahas.

   "Hei, siapa suruh kau pujuk aku!? Aku tak suruh pun! Yera kau suruhkah?" Afrina berkata dengan geram sambil memandang Yera. Yera menggeleng. Afrina mengangguk.

   "Tengok, tak ada siapa pun yang suruh! So, tak payah nak bagi alasan bodoh macam ni! Suka hatilah aku nak degilkah, nak apakah! Apa kau peduli hah!?" Afrina terus pergi meninggalkan Fakrul dengan laju. Fakrul tidak mengejar kerana dia tahu Afrina tidak akan beralih hati. Hatinya keras seperti batu. Susah untuk cairkan.

   "Afrina, tolonglah jangan macam ni." Ucap Fakrul sendirian. Tanpa dia tersedar, air matanya sudah menitis. Kata-kata Afrina amat menggores hati lelakinya.

                                                                                  ***

   Afrina berjalan bersama Afrisyah pada waktu malam. Ini kerana dia baru sahaja pulang dari pasar malam. Mamanya ada pesan beberapa barang. Afrina pada masa itu berkaca mata kerana Afrina akan berkaca mata jika dia perlu. Cuma dia jarang memakainya.

   Semasa dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, Afrina terserempak dengan Iman di persimpangan jalan. Afrina dengan mesranya terus menyapa rakan baiknya itu.


   "Iman! Sini, sini!" Jerit Afrina sambil melambaikan tangannya. Afrisyah di sebelah sekadar tersenyum manis. Iman yang ternampak mereka terus membalas sapaan itu dan berlari menuju ke arah mereka berdua.

    "Kau pun pergi pasar malamkah Iman?" Tanya Afrina. Iman menggeleng.

   "Tak, baru ja pulang dari tuisyen. Kau beli apa dekat pasar malam?" Tanya Iman. Afrina menggelengkan kepalanya.

   "Adalah aku beli apa-apa." Ucap Afrina. Iman menganggukkan kepalanya.

   "Kau bergaduh dengan Fakrul kah?" Tanya Iman secara tiba-tiba. Afrina tersentap lalu menggelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih. Tiba-tiba sahaja Yera mucul dan hinggap di kepalanya. Afrina tidak kisah dan masih meneruskan perbualan.


   "Mana ada! Cuma aku dah malas nak layan dia! Lagipun dia tu bukannya penting pun dekat hidup aku! So, buat bodoh sudahlah! Just buat macam tak kenal. Dia tanya sepatah, jawablah sepatah!" Ucap Afrina sambil tersenyum. Iman mengangguk.

   "Oh, oklah! Jumpa esok dekat sekolah!" Ucap Iman sambil tersenyum lalu terus meninggalkan mereka dua-beradik. Afrina tersenyum lalu terus tertunduk. Afrisyah yang terdengar perbualan mereka sekadar terdiam dan menggeleng. Kakak ni rupa-rupanya banyak problem juga.

   "Jomlah balik Afrisyah. Sure, mama sedang tunggu kita. Nanti risau pula dia dekat rumah!" Ucap Afrina lalu terus berjalan bersama adiknya untuk terus pulang ke rumah.

                                                                                 ***

   Sakinah berlari menuju ke arah sebuah gelanggang badminton. Tujuannya satu, hanya untuk berjumpa dengan Afrina yang juga sedang berlatih bermain badminton. Afrina dan Maya ada mewakili sekolah dalam acara perlawanan badminton.

   Puas mencari, Sakinah tidak berjumpa pun dengan kawannya yang seorang itu. Yang ada hanyalah Maya. Malaslah nak tegur. Bukannya baik sangat pun kawannya yang seorang itu, padanya.

   Tiba-tiba Sakinah ternampak Zafrul turut berjalan di situ. Seingat Sakinah, Zafrul hanya bermain bola sepak. Buat apa dia ke sini? Apa? Zafrul menuju ke arah Mayalah.

   Tanpa membuang masa, Sakinah terus curi-curi dengar perbualan mereka berdua. Kalau dapat tahu cerita, boleh beritahu mereka bertiga iaitu Iman, Laila dan Afrina!

   "Penat?" Tanya Zafrul sambil tersenyum. Maya agak malu lalu tersengih.

   "Taklah sangat! Bolehlah! Buat apa dekat sini? Cari siapa?" Tanya Maya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zafrul tersenyum macho. Hm, nak tunjuk hensemlah tu.

   "Buat apa lagi, nak jumpa dengan awaklah! Nah, saya ada bawa air kotak dengan roti. Pukul berapa awak balik?" Tanya Zafrul. Maya mencapai makanan yang dibawa oleh Zafrul. Dia tersenyum.

   "Thanks! Saya balik pukul 5.00 petang! Kenapa?" Tanya Maya. Zafrul terangguk.

   "Siapa ambil awak? Bapa?" Tanya Zafrul. Maya menganggukkan kepalanya.

   "Awak call bapa awak, yang awak nak balik dengan kawan! Ok? Saya hantar awak balik ya!" Ucap Zafrul. Maya mahu membantah tetapi ayatnya telah dipotong.

   "No, just kata. Saya nak bawa awak pergi jalan-jalan cari makan! Oklah, 5.00 petang saya tunggu depan gate! Bye!" Ucap Zafrul. Tetapi langkahnya terhenti. Maya berkerut.

   "Main elok-elok, saya doakan awak!" Ucap Zafrul lalu terus pergi meninggalkan Maya. Maya tersenyum malu. Betulkah apa yang dia dengar ni? Sakinah hanya memerhati Zafrul pergi. Memang pelik bin ajaib! Adakah Zafrul dengan Maya....


Bersambung...

 Nak tahu sambungannya? Insya-Allah esok! Be my followers and support for me! Do leaves the commetns! Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }